Sharing is caring

Salam guys! Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (walaupun dah terlepas beberapa hari sehingga post ni go live). So, cuti raya ni aku tak balik JB pun. Dan memandangkan parents dan adik aku takde kat rumah tu, aku spend cuti kali ni ke Penang dengan tujuan nak ber-JJCM. Macam la banyak sangat tempat aku nak pi dan perut tu muat nak sumbat banyak-banyak! Penang aku dah pergi few times sebelum ni. Dan untuk solo trip aku kali ni, aku memilih untuk stay di Royale Chulan yang mana bagi aku setelah dibuat perbandingan, lokasinya agak strategik juga untuk berjalan kaki di kawasan tumpuan pelancong yang terdapat di sekitarnya. And then, malam hari Jumaat tu, aku booked seafood buffet dinner di Royale Chulan ni sebab terpengaruh dengan this one video yang aku tertengok kat Youtube.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Hehehe…

Anyway, di bawah ni aku sharekan budget untuk trip 3 hari 2 malam di Penang untuk kali ni.

Budget

Return flight: PEN-LGK via AirAsia
(pick a seat, no check-in baggage, no food, no insurance)
310.07
Airport transfer:
Airport to hotel (Grab car)
Hotel to airport (Grab car)

20.00
36.00
Royale Chulan Penang (via Booking.com)*
1 Superior Double or Twin Room with breakfast x 2 nights
Tourism fee (MYR 3.00 for 1 room) x 2 nights
Triton’s Kitchen Seafood Buffet Dinner

534.25
6.00
99.00
Makan & shopping, transportation300.00
TOTALMYR 1,305.32
*Note: Tiada deposit diambil

Kali ni aku tak ke mana sangat. Kebanyakannya stay kat hotel je dan berjalan di sekitar hotel terutamanya di Penang Street Art. Cuaca pun tak menentu, hujan… so aku rasa lagi best tidur dalam bilik hotel yang sejuk tu. Hahaha.. sebab tu aku suka pi travel sorang-sorang. Kalau gini gaya punya perangai, memang aku kena maki la dengan yang follow aku travel! Hahaha.

Hotel

Royale Chulan Penang – Superior Double or Twin Room
πŸ“ https://shorturl.at/jyF47

  • Front desk staffnya sangat baik dan friendly terutamanya Devika yang uruskan check in aku. Alhamdulillah aku dapat check-in awal sekitar 12.30 tengahari sebab dah ada bilik yang available.
  • Hotel ni terletak di bangunan yang lama dan kedudukannya sangat strategik. Senang nak berjalan kaki di kawasan sekitar antaranya Padang Kota Lama, Clan Jetties, Penang Street Art dan sebagainya.
  • Aku di bilik 426 dengan partial sea view. Nampak la laut sikit dan kelibar cruise yang berlabuh di Swettenham Pier Cruise Terminal tu. Tingkapnya pun luas. Harga bilik bersekali dengan buffet breakfast. Kemudahan dalam bilik semua standard; aircond, hot shower, TV, wifi, mini fridge, iron + iron board dan lain-lain. Aircondnya sejuk dan hot showernya berfungsi dengan baik dan panas. Wifinya pun laju.
  • Tilamnya empuk dan bantalnya pun selesa. Bilik pun bersih. Lampu semua berfungsi dengan baik. Takde mentol yang tak menyala.
  • Ada kemudahan gymnasium. swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak (di tingkat 2), surau, bar dan lain-lain.
  • Buffet breakfast bermula pada jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi di dewan di tingkat 1. Aku tak sure sama ada ini lokasi sementara ke atau memang itu lokasinya. Pilihan makanannya boleh tahan la. Memadai bagi aku. Itu pun tak dan aku nak try semua. Cuma aku nak marah sebab butter takde! Tu basic kot untuk makan dengan roti. Hahaha. Jem, peanut butter semua ada. Lagi satu aku tak suka ambience kat hall. Malap sebab tingkap di sekeliling semua bertutup dengan langsir. Aku personally suka breakfast dengan suasana yang cerah dan nampak sekeliling. Tu personal preference aku la. Other than that, semua okay. Staff pun friendly.

Aktiviti

Aku takde plan apa sangat aktiviti. Yang pasti, aku cuma nak rehat, gi jalan-jalan sikit-sikit dan enjoy the food… setakat mana yang larat nak dimakan. Dan salah satu aim aku nak ber-JJCM di sini ialah sebab aku ternampak satu video seafood buffet di Royale Chulan Penang ni di Youtube iaitu Triton’s Kitchen Seafood Buffet Dinner.

Aku purposely ambil flight agak awal pagi iaitu pada jam 7.55 pagi sebab dalam kepala macam plan nak pi breakfast Ali Nasi Lemak Daun Pisang yang terletak tak jauh dari hotel. Tapi Omar yang bijak pandai ni lupa. Aku sampai Penang ni masa public holiday Hari Raya Haji. Sah-sah la banyak kedai tutup! Hahahaha.. nasib baik la ada juga few cafes yang buka kat sini. Dapat la juga mengalas perut. So, ni je la antara aktiviti aku sepanjang 3H2M aku kat sini selain daripada tidur. Aku list ikut turutan aku pergi.

Tan Jetty

πŸ“ https://goo.gl/maps/nGvnMm2vXGQ56b86A

Aku ke sini sejurus lepas letak beg kat hotel. Sementara nak menunggu waktu check-in, lepas je breakfast, aku terus jalan-jalan dekat kawasan ni. Tak jauh pun dari hotel. Dan yang bestnya, sebab masih awal pagi, maka tempat ni memang sunyi dan takde orang. Aku berselisih pun dengan seorang dua je. Aku memilih untuk ke Tan Jetty sebab jeti ni famous dengan binaan kecil berwarna merah tu. Masa tempat ni viral dulu, aku teringat ia ada vibe macam Blue Boathouse yang terkenal kat Australia tu. Di kawasan jeti ni ialah kawasan penempatan imigren Cina suku (clan) Tan yang berasal dari wilayah Fujian, China yang datang ke Penang pada zaman dulu. Rumah merah ni actually berfungsi sebagai “tokong” untuk upacara keagamaan mereka. Ada beberapa jeti yang terdapat di kawasan ni mengikut suku atau clan mereka antaranya Chew, Lim dan Lee. Cuaca tak berapa nak menyebelahi aku sebab agak mendung. Kalau clear blue sky ni, confirm cantik gambar yang diambil.

Penang Street Art

πŸ“ https://goo.gl/maps/ewRoHWC25HiYQYtt8

Setelah meluangkan masa menikmati pemandangan di Tan Jetty, aku sambung berjalan kaki menuju ke kawasan yang disenaraikan dalam UNESCO World Heritage iaitu Penang Street Art yang terletak di Lebuh Armenian dan kawasan di sekitarnya. Aku dah few times ke sini, so takde la nak menunggu giliran mengambil gambar kat mural 2 kanak-kanak naik basikal yang terkenal tu karya Ernest Zacharevic. Banyak cenderamata yang menarik tapi takde la nak beli pun. Berlambak dah kat rumah fridge magnet segala bagai. Poskad pun sama. Aku cuma beli sehelai dua je baju t-shirt kat sini sebab aku bawa dua helai baju je. Beli dengan auntie sambil practise bahasa Mandarin aku yang dah berkarat tu. Hahaha.. lepas la setakat nak tawar-menawar.

George Town World Heritage Site

Aku merayap di sekitar bandar raya George Town ni tanpa arah tujuan. Hahahaha.. main jalan je, sesekali buka juga Google Map untuk mencari kedai makan berdekatan. Cuaca pun okay, panas terik selepas hujan. Jumpa few buildings yang menarik perhatian aku, so snap la serba sikit. Antaranya Central Fire Station yang dibina pada tahun 1908, Malayan Railway Building Georgetown (1907) dan The Nagore Durgha Shrine (1800s) yang menempatkan makam seorang wali kurun ke-13 yang bernama Sayyid Shahul Hamid, yang mempunyai ramai pengikut di Nagore dan ini ialah makam India Muslim tertua di Penang. Dan tak lupa juga, Masjid Kapitan Keling iaitu masjid tertua di Penang yang dibina pada tahun 1801. Oh, by the way, berhampiran Masjid Kapitan Keling ni, dekat Jalan Kampung Kolam, aku perasan ada satu pokok bunga kertas yang besar gila aku pernah tengok. Cantik! Mula-mula aku ingatkan pokok tecoma, rupanya bunga kertas.

Nasi Dalcha Kassim Mustafa

πŸ“ https://goo.gl/maps/8EtepyWLCvL8J51t8

Aku lunch kat sini setelah puas merayap di sekitar Penang Street Art tu. Sampai di Chulia Street, ternampak restoran ni. So, singgah je la since aku pun ada masukkan kedai ni dalam list. Aku ambil kari ayam, bendi (3 batang), sebatang cili hijau dan teh o ais limau, lebih kurang dalam RM15.40 camtu la. Not bad juga rasanya. Entahla, aku ni bukan reti sangat bab-bab nasi kandar ni. Tekak aku rasa sama je. Even makan kat Line Clear ke.. Beratur ke, bagi aku rasa lebih kurang je. Cuma die-hard fan nasi kandar je kot pandai rasa bezanya. Lepas dari ni aku tak pi pun makan mana-mana kedai nasi kandar. Malas nak keluar pun satu hal. Hahahaha..

Esplanade & Padang Kota Lama

πŸ“ https://goo.gl/maps/spnoE7uEJ2KefXqT6

Aku ke Esplanade/Padang Kota Lama lebih kurang jam 6.45 petang camtu. Kalau ikutkan malas, memang aku nak sambung baring je kat bilik. Tapi sayang pula kan, cuaca macam okay. Aku pun dah plan nak ambil timelapse sunset petang tu. So, menapak la ke sana.. dekat je. Less than 500 meter. Sampai-sampai je orang dah ramai dok menikmati angin laut. Tambahan pula cuti Raya kan. Ramai juga la pekerja-pekerja warga asing mengambil peluang untuk beriadah. Tapi depa ni common sense ke laut sikit. Masa aku cantik dah setup kamera record timelapse, boleh pulak dia duduk dekat camera sampai termasuk dalam frame. Kena la achik kau bagitau elok-elok aku tengah record. Nasib baik lepas dah habis tu, depa dok usha screen masa aku tengah preview tunjuk sambil tunjuk thumbs-up sebab okay kot aku record tu. Pastu segerombolan kerumun tengok. Hahahaha… Selesai record, terus pi cari dinner area hotel.. balik bilik, edit video, render… then tido.

Dinner @Saigon Bowl

πŸ“ https://goo.gl/maps/rE4LG5Wfdc9fyZsF7

Aku singgah dinner kat sini on the way balik dari Esplanade. A halal Vietnamese restaurant. Malas nak pi jauh-jauh dengan hotel. Lagipun aku nak makan yang light je. Petang tadi cukup la kot dah makan nasi dalcha. So, kat sini aku order beef pho dengan kumquat honey fizzy. Okay la rasanya. Brothnya berasa, daging pun empuk, tak liat. Cuma aku prefer kalau daun selasihnya banyak. Barulah feel authentic Vietnamese pho macam aku makan kat Hanoi atau Saigon dulu. Harga pho dengan minuman tu ialah RM26.80.

Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh

πŸ“ https://goo.gl/maps/JaaouiLCaEvZgVwC8

Pada hari kedua di Penang ni, aku mengambil peluang untuk solat Jumaat di Masjid Acheh. Dah tua-tua ni kan, bila travel, kalau ada terjumpa masjid, aku akan cuba untuk menunaikan solat sekejap di dalamnya. Manalah esok lusa dah tak bernyawa kan.. tak berkesempatan dah nak ziarah rumah Allah ni. Anyway, Masjid Lebuh Acheh ialah sebuah masjid abad ke-19 yang dibina oleh orang Aceh yang terletak di Lebuh Acheh, George Town. Di sebelah masjid terletak perkuburan dermawan asal masjid, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dan ahli keluarganya. And one of the reasons aku nak solat Jumaat kat sini berbanding dengan Masjid Kapitan Keling yang lebih besar yang terletak berdekatan ialah kerana pemilik masjid ni sama clan dengan arwah Hababah (nenek) aku yang berketurunan Al-Aidid, manakala arwah datuk aku Al-Attas. Tu belah walid aku la. Kalau belah umi aku pula, datuk aku pure Malay (maybe ada darah Bugis kot kalau aku tak silap dengar) dan nenek aku berketurunan dari Kabul, Afghanistan. Arwah moyang aku, Bibi Zaleha Ghulam Khan tu kalau buat teh tarik, mantap bosskur! Masa kecil dulu aku pernah rasa. Hehehe…

Anyway, selepas selesai solat Jumaat, aku sempat singgah di makam Tengku Syed Hussain Al-Aidid dan keluarganya tu menghadiahkan Al-Fatihah. Semoga amal jariah yang mereka lakukan mendapat ganjaran besar dari Allah Ta’ala.

Triton’s Kitchen Seafood Buffet Dinner @Royale Chulan Penang

Aku came across video pasal seafood dinner ni masa dok cari video Royal Chulan Penang di Youtube. Lepas aku tengok, menunya macam agak menarik dan harganya pun not bad juga. So, terus aku masukkan dalam list. Tambahan pula, lokasinya di hotel yang sama, so takde lah nak serabut pi sana sini. Turun lif, terus sampai restaurantnya.

Triton’s Kitchen Seafood Buffet Dinner ni hanya pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Harga bagi dewasa ialah RM99 manakala RM79 bagi warga emas dan kanak-kanak.

Menu yang disajikan bagi aku agak banyak dan memuaskan. Tu pun ada few yang aku tak try sebab mana la nak sumbat perut yang comel ni kan? Antara yang paling aku suka ialah sajian udang, smoked salmon, grilled lamb, dessert dan banyak lagi. Nasi ada, sushi ada, Korean BBQ la, Vietnamese Pho dan macam-macam lah. Kat sini pun ada latok, rumpai laut dari Sabah yang aku dah lama teringin nak makan tu. Dapat juga rasa akhirnya. Rasanya macam air laut eh? Hahahhaa.. so okay la.. dah rasa. Kalau ko nak tengok antaranya menunya, boleh tengok video Part 2 nanti.

Cuma kekurangan yang aku rasa ialah udangnya yang agak overcooked. Kalau isinya firm atau kenyal memang perfect! Ni agak lembik dan melekat pada kulit which is the sign of overcooked. Tapi tak semua lah kot macam tu. Baby octopusnya juga agak liat. Jenuh achik kau nak mengunyah. Nasib tak tercekik. Ketam dan kerangan lain aku tak try la sebab dah kenyang betul makan udang, kambing dan smoked salmon. Oh ya! Aku bersyukur sebab tak ramai sangat yang makan smoked salmon tu. Puas hati aku ambil banyak dan cecah dengan cili. Grilled lamb tu pun yang jaga tu kemain banyak dia letak dalam plate aku. Macam tahu-tahu je aku suka kambing. Mantapppp!!!

Bintang kalau aku boleh bagi untuk semuanya.. maybe 8/10. Udang la.. aku frust sikit kat udang tu.

Hameed Pata Mee Sotong

πŸ“ https://goo.gl/maps/94HC3ab8xoXfCUkN9

Aku singgah di sini masa last day sebelum ke airport. Memandangkan flight balik aku pada sebelah petang, so aku lunch kat sini la. Mealnya takde la berat sangat kan. Lagipun kenyang lagi sebab dah breakfast kat hotel. Jarak dari hotel ke sini less than 500 meter.. kurang 10 minit berjalan kaki. Area Padang Kota Lama. Harga sepinggan yang aku makan ni ialah RM6.00. Sedap juga lah. Sambal sotongnya pun tak pedas langsung. Agak manis-manis, tapi takde la terlalu manis. Aku datang around 11.30 am camtu, so still kosong lagi. Selain mee sotong Hameed ni, ada juga gerai-gerai lain yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Anyway, pagi ni ada cruise besar, Spectrum of the Seas berlabuh kat terminal tu. Hat ni under The Royal Caribbean juga kot aku rasa. Berapa la ongkos agaknya nak naik ni kan? Teringin bethulll.

So, lepas makan mee sotong, aku merayap jalan kaki kat area George Town. Lalu depan Esplanade, air tengah pasang dan ombak pun kuat. Melimpah-limpah air laut sampai je pedestrian. And then, ingat nak singgah Gani Pasembur kat area situ tapi seatnya tiada dan aku pun malas nak menunggu. Punyalah jauh aku rasa aku dah jalan, check map, baru 5 km je. Hahaha. Asalnya nak cari tempat urut kaki nak membuang saki baki masa, tapi yang ada pun messeur pompuan. Memang idok le achik kau nak disentuhi wanita. Lalu depan Hameediyah, bukan main ramai lagi ya beratur. Sedap sangat ke? Tak pernah try lagi. Hahaha.. so jalan punya jalan, last-last balik semula ke area Penang Street Art tu. Dah berpeluh bagai, aku rest sekejap makan cendol, then terus balik hotel untuk ke airport.

Okay setakat ni je la perkongsian solo trip aku ke Penang pada tahun ni. Anyway, kalau korang berminat untuk mengetahui aktiviti aku di Kota Padang semasa trip sebelum ni, boleh klik post di bawah ni.

JANGAN LUPA SUBSCRIBE, LIKE & SHARE Youtube aku ya. Jumpa lagi di post akan datang, Insyallah. Bye!


Anyway, berikut ialah post lama aku ketika bercuti ke Penang, just in case korang berminat nak baca.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.