Sharing is caring

Kenapa solo travel?

Solo travel atau travel seorang diri bukan lagi satu perkara pelik — malah ia semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi ramai juga yang masih takut nak mulakan. Risau bosan, risau bahaya atau tak tahu nak buat apa sorang-sorang.

Aku pun dulu macam tu. Tapi lepas dah cuba sendiri, aku rasa travel seorang diri ni antara pengalaman paling best dan menenangkan.

Solo travel di Pulau Mantanani, Sabah.

Kelebihan dan cabaran solo travel

Kelebihan:

  • Bebas susun jadual sendiri
  • Lebih banyak masa untuk refleksi diri
  • Senang nak explore ikut rentak sendiri

Cabaran:

  • Kadang-kadang sunyi
  • Semua benda kena buat sendiri
  • Risiko keselamatan (tapi boleh dikawal dengan persediaan yang betul)

“Ada tips untuk solo traveller?”

Aku telah beberapa kali terjumpa pertanyaan ni di media sosial. Jadi, dalam post ni, aku kongsikan beberapa tips dan pengalaman aku sendiri, khas untuk beginner yang baru nak cuba solo travel. Semoga perjalanan korang lebih teratur, selamat dan penuh pengalaman yang menarik, Insyallah.

Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

23 Tips Solo Travel Untuk Beginner

Berikut antara tips penting kalau korang baru nak mula solo travel:

1. Buat research dulu sebelum pergi

Buat kajian dulu, jangan main redah je. Sekarang maklumat semua di hujung jari. Jangan malas please! Baca sikit pasal tempat nak pergi, budaya, cuaca, transport dan kawasan mana yang selamat. Lagi banyak info, lagi yakin kita nak jalan sorang.

Ada rough itinerary tak salah, tapi jangan terlalu rigid. Tinggalkan ruang untuk spontaneous moment. Plan basic je seperti tempat nak pergi dan aktiviti utama. Yang lain, ikut rentak pada hari tu. Best part solo travel ni ialah freedom! Kalau tiba-tiba korang rasa nak tido melepek je dalam bilik, go ahead. Takde siapa nak complaint.

2. Pack light, pack smart

Bawa barang cukup-cukup je. Jangan overpack, nanti korang jugak yang sengsara nak angkut beg. Pilih pakaian yang boleh mix and match. Kalau boleh, guna backpack je, senang nak bergerak. Ada suatu ketika, kalau aku travel 9 hari, aku bawa 9 persalinan yang berbeza. Tapi tu dulu la. Sekarang ni, recycle je pakai baju yang sama. Malas nak fikir sangat. Kalau korang beriya juga nak OOTD ala-ala Rozita Che Wan pi travel, redho je la masa mengangkut beg nanti ya.

Menikmati pemandangan sunrise di Gunung Kinabalu semasa Solo travel di Shangri-La Rasa Ria di Tuaran, Sabah.

3. Pilih penginapan yang strategik

Baca review dulu sebelum booking. Pilih lokasi yang selamat dan senang nak akses ke public transport, tempat menarik atau makanan halal. Kalau tourist spots within walking distance lagi best sebab lebih jimat dan tak perlu nak spend untuk transportation lagi. 

Apa yang aku selalu buat, aku akan view Google Street lokasi hotel yang aku nak stay tu untuk mendapatkan gambaran kasar keadaan di sana sebelum aku pergi — apa yang ada di sekelilingnya dan lain-lain. 

Pilih hotel yang selesa dan sesuai dengan bajet korang. Lazimnya, kalau aku memang plan untuk berjalan sepanjang hari, aku akan pilih hotel yang biasa je. Janji bersih, aircond/hot shower okay, itu dah memadai untuk aku. Tapi kalau aku memang just nak stay kat hotel dan takde plan nak ke mana-mana, aku akan cari hotel atau resort yang mahal sikit, so that aku boleh guna betul-betul facilities yang ada di sana. 

So far, sepanjang aku travel, aku hanya pilih untuk stay di bilik hotel saja sebab aku lebih suka privasi. Lagipun, selalunya aku akan bawa macbook dan kamera aku. So, kalau stay di hostel ni aku risau takut hilang dan sebagainya. Tapi kalau korang jenis backpackers ataupun suka berkawan, hostel pun okay, boleh dapat ramai kenalan baru.

4. Ketahui budaya dan adat tempatan

Hormati budaya, cara berpakaian dan sensitiviti masyarakat tempatan — ini untuk mengelakkan salah faham atau situasi tak selesa semasa korang travel di sana. Tolonglah jangan buat benda pelik-pelik di tempat orang for the sake of nak dapatkan view atau mengharapkan viral di media sosial. Bijak sikit please. Sebab nanti bila timbul masalah, nama baik agama, bangsa dan negara juga yang jadi mangsa. One thing yang korang kena ingat, bila kita pergi travel ni, kita seolah-olah menjadi duta kecil untuk negara kita. So, act wisely!

Solo travel di SaPa, Vietnam.

5. Bijak urus kewangan

Elakkan simpan semua duit dalam satu tempat. Pecahkan — sikit kat dompet, sikit kat beg dan sebagainya. Kalau hilang satu, takde la hilang semua. Kalau boleh guna e-wallet atau kad, lagi selamat. 

Sebelum pergi, asingkan perbelanjaan dalam sampul — mana untuk hotel, transportation, makan, shopping dan sebagainya.

Untuk kad debit atau kredit, pastikan oversea withdrawal telah diaktifkan terlebih dahulu (bergantung kepada bank).

Aplikasi seperti Expense Manager juga membantu korang untuk track perbelanjaan semasa melancong.

Ini semua terpakai untuk marhaen macam aku. Tapi, kalau korang jenis memang dah beranak atas duit, abaikan je la. 

6. Jangan tunjuk barangan berharga

Jangan terlalu menonjolkan kamera mahal, perhiasan atau tunai untuk elakkan jadi sasaran pencuri. Paling penting, jangan sesekali keluarkan duit yang banyak di tengah-tengah orang ramai. Cover-cover la sikit.

Menikmati pemandangan di Samila Beach, Songkhla semasa trip solo ke Hatyai.

7. Kos solo travel mungkin lebih tinggi

Bila travel sorang-sorang ni, memang kena bersedia sikit dari segi bajet sebab korang tak boleh nak share kos seperti penginapan, transportation, makan dan sebagainya. Tapi korang boleh berjimat dengan stay kat hostel, naik public transportation dan makan kat gerai tempatan (asal halal dan bersih). 

8. Simpan salinan dokumen penting

Jangan terlalu bergantung pada app dalam phone. Contohnya pasport, kad pengenalan, tiket penerbangan & booking hotel (simpan salinan digital & fizikal). Just in case kalau line takde, at least korang ada copy yang lain untuk digunakan.

Solo travel di Holiday Villa Resort & Spa Langkawi.

9. Bawa ubat-ubatan yang perlu

Jangan lupa bawa ubat-ubatan penting seperti paracetamol, selsema, minyak angin, ubat tahan sakit atau ubat yang memang korang selalu guna. Tak semua negara senang nak cari ubat sama. And for me, antara yang sentiasa aku bawa ialah ubat Sidomuncul “TolakAngin”. Ni memang sangat berkesan kalau perut aku meragam atau berangin.

10. Power bank dan data internet

Power bank is life! Jangan biar phone mati waktu sesat. Pastikan ada internet — penting untuk check maps, update family, cari info atau kalau emergency. Boleh beli SIM tempatan atau guna roaming yang murah. Yang penting, ada akses data yang stabil. Dah pergi melancong, takkan la tak nak update IG Story bagi officemates kau yang tengah bekerja tu makan hati! Hahahaha… Oh! By the way, pastikan bawa power bank mengikut kapasiti yang dibenarkan. Sila rujuk laman web syarikat penerbangan untuk maklumat lanjut.

Menikmati pemandangan indah semasa solo travel di Pulau Mantanani, Sabah.

11. Jaga keselamatan diri

Jangan berjalan sorang-sorang kat tempat sunyi especially pada waktu malam. Sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Kalau rasa tak selamat, cepat-cepat pergi ke tempat awam atau cari bantuan kalau perlu. Trust your instincts.

12. Ambil gambar, tapi jangan lupa persekitaran

Ya, gambar tu kenangan. Tapi jangan sampai asyik dengan phone atau kamera je. Nikmati moment yang ada di depan mata. Kadang-kadang memori dalam kepala tu lebih berharga. Dan jangan lupa untuk alert dengan persekitaran juga.

Menikmati suasana tenang semasa solo travel di Rebak Island Resort di Langkawi.

13. Update keluarga atau kawan

Korang mungkin seronok jalan sorang, tapi make sure ada orang tahu korang kat mana. Hantar update sekali-sekala. Just in case apa-apa jadi, senang nak trace. Jika perlu, boleh share juga itinerary dengan family atau teman-teman rapat korang. 

14. Ketahui lokasi kedutaan/konsulat

Kalau ke luar negara, penting untuk korang tahu lokasi dan nombor telefon kedutaan Malaysia. Ini memudahkan untuk korang contact jika berlaku hal-hal kecemasan.

Solo travel di Holiday Villa Resort & Spa Langkawi.

15. Ambil travel insurance

Ramai rasa macam tak penting, tapi travel insurance ni boleh jadi penyelamat kalau tiba-tiba jatuh sakit, hilang bag, flight delay atau kecemasan lain. Untuk solo traveler, ni antara benda paling penting sebab korang tak ada orang nak tolong kalau apa-apa jadi. Pilih plan yang cover medical, kehilangan barang dan pembatalan perjalanan. Tak mahal pun, tapi sangat berbaloi!

16. Elakkan eye contact yang tak perlu

Bila travel solo, especially kalau di tempat yang asing atau ramai orang, elakkan buat eye contact terlalu lama dengan orang yang tak dikenali. Kadang-kadang pandangan kita boleh disalah tafsir sebagai ajakan berbual atau lebih dari itu. Ini bukan pasal sombong, tapi lebih kepada menjaga diri dan elakkan situasi yang tak selesa atau berisiko. Begitu juga dengan peniaga-peniaga jalanan di beberapa negara. Kadang tu, bila ada eye contact, dia akan approach kita untuk beli barangan jualan mereka sehingga satu tahap agak annoying juga. So, the best thing untuk dibuat ialah senyum dan tolak dengan baik.

17. Waspada dengan kenalan baru

Memang seronok bila berjumpa dengan strangers, especially solo travelers lain. Tapi jangan mudah percaya sangat, especially bab bagi info peribadi, passport atau lokasi tempat tinggal. Kalau rasa tak sedap hati, better korang jauhkan diri. Jangan terlalu peramah dan meletakkan kepercayaan penuh pada orang yang kita tak kenal.

Sunrise yang menakjubkan semasa solo travel di Pulau Mantanani, Sabah.

18. Install apps yang berguna

Jangan lupa untuk install yang membantu ketika korang travel antaranya:

  • Google Translate – bantu semasa komunikasi
  • XE Currency – check kadar tukaran currency semasa
  • Grab/Bolt/Uber – transportation
  • Google Maps  – cari jalan walaupun offline
  • Sistem train atau subway – untuk check route, kos dan sebagainya untuk lokasi yang korang lawati
  • Solat169 – untuk check waktu solat tempatan

19. Enjoy masa sendiri

Solo travel bukan bermakna sunyi. Duduk kat café, tengok orang lalu lalang, lepak sambil baca buku — semua tu part of the journey. Belajar nikmati masa sendiri. Bila solo travel, banyak masa untuk kenal diri sendiri dan appreciate benda-benda kecil.

Ketenangan semasa solo travel di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran, Sabah.

20. Try benda baru mengikut keselesaan

Rasa nak cuba makanan pelik? Try je, tapi pastikan halal (bagi Muslim) dan bersih. Nak join aktiviti lokal? Pergi je! Tapi jangan paksa diri buat benda yang buat korang rasa tak selesa. Pokok pangkal, pastikan korang selesa dan have fun.

21. Jangan lupa tripod!

Kalau travel solo, tripod ni memang lifesaver. Boleh ambil gambar atau video sendiri tanpa perlu minta tolong orang. Pilih tripod yang ringan dan compact, senang simpan dalam beg dan tak makan ruang. Lagi best kalau boleh jadi monopod atau ada bluetooth remote! Tapi kalau korang malas nak mengangkut, ringankan je la mulut minta orang sekeliling tolong ambilkan. Tapi jangan banyak cekadak pulak! Hahaha..

Solo travel di Shangri-La Rasa Sayang, Penang.

22. Jangan cepat panik

Dalam apapun situasi, kekal tenang dan jangan cepat panik. Contoh, kalau korang rasa nak pitam, pastikan korang jangan cepat menggelabah. Aku pernah berhadapan dengan situasi cemas semasa aku hiking di Ninh Binh. Bila aku sampai je ke puncak, aku terus rasa nak pitam, sesak nafas, mata kelabu, peluh sejuk kat muka, tangan aku kebas dan otot pectorals aku kejang. So, apa yang aku buat ialah aku cari tempat duduk, tenangkan diri aku, bernafas ikut fasa yang aku selesa, buka dan genggam tangan aku sentiasa rasa kebas hilang. At the same time, aku berdoa pada Allah dan berselawat agar takde musibah atau perkara-perkara yang tak diingini. Alhamdulillah, lepas 15 minit camtu, aku beransur pulih dan mampu turun sendiri dengan selamat.

Dalam apapun situasi, bila travel solo ni, kita memang kena totally in control of ourself sebab seboleh-bolehnya kita tak nak menyusahkan orang di sekeliling.

23. Sentiasa ingat Allah

Ini sebenarnya yang paling penting! Walau travel solo ke mana pun, jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan minta perlindungan serta kemudahan urusan. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Insyallah segalanya dipermudahkan. Kadang-kadang bila travel sorang ni, banyak masa untuk muhasabah dan tenangkan diri juga. Lagi-lagi, kalau korang pergi ke kawasan nature seperti gunung-ganang atau pulau yang cantik, jangan lupa bertasbih memuji kebesaran-Nya sebab dengan cara ni, ia secara tak langsung mendidik jiwa kita untuk merasakan bahawa kita ni kerdil je jika nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah. In a way, travel ni juga boleh menjadi satu ibadah, bagi aku la. 

Bilik yang mewah di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran, Sabah.


Oh, jangan lupa juga. Sebelum masuk bilik hotel amalkan memberi salam dan sebelum tidur, bacalah doa atau surah apa yang patut, semoga ia menjadi perisai untuk kita. Ye la, tidur sorang di tempat baru kan? Kadang-kadang ada juga timbul perasaan yang bukan-bukan.

Solo travel di Ninh Binh, Vietnam, menikmati pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan.

Penutup: Solo Travel Adalah Pengalaman Berharga

Solo travel memang menakutkan pada mulanya. Tapi bila korang dah cuba, korang akan rasa satu kepuasan yang sukar nak digambarkan. Korang belajar berdikari, lebih kenal diri sendiri dan paling penting — korang cipta kenangan yang 100% milik korang sendiri.

Kalau korang tengah fikir nak mulakan solo trip pertama, aku harap tips ni bantu korang buat keputusan yang lebih yakin.

So, itu je lah tips aku untuk korang di luar sana yang baru mula hendak melancong secara solo. Kalau korang ada input lain, maybe boleh share di ruangan komen di bawah. 

Travel secara solo ni memang satu pengalaman yang boleh membuka mata dan membantu kita untuk kenal diri sendiri. Dan yang penting, nikmati perjalanan tu, stay alert dan sentiasa bersyukur.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.