Sharing is caring

Pengenalan

Hello semua! Just nak kongsi tentang solo trip aku kali ni ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Menghabiskan saki-baki cuti tahunan. Ni merupakan trip yang kedua aku ke sini. Kali terakhir adalah pada 2012. Lama gila tu. Aku memilih untuk stay ni Shangri-La Rasa Ria di Tuaran. Agak jauh dari Kota Kinabalu, kira-kira hampir sejam perjalanan dari KK International Airport.

Solo Trip Sabah 4H3M: Stay di Shangri-La Rasa Ria + Day Trip ke Hidden Gem Kota Belud.

Shangri-La Rasa Ria

Aku sengaja memilih untuk stay di sini sebab lokasi hotel ini lebih dekat dengan alam semula jadi. Kiranya tak terkilan la aku cancel Shangri-La di Tanjung Aru tu. Dan aku pun tiada plan untuk pergi ke mana-mana. Just menghabiskan masa di hotel ni je. Shangri-la Rasa Ria Hotel ni besar, so macam-macam aktiviti yang boleh korang lakukan. Aku memang puas hati betul dengan hotel ni dari setiap aspek – bilik, fasiliti, staf dan semuanyalah.. memang terbaik.

Bilik yang selesa di Shangri-La Rasa Ria, Sabah.
Garden wing deluxe twin room with sea view
Pemandangan sunset yang memukau di Shangri-La Rasa Ria, Sabah.
Sunset di Sabah ni memang cantik ya…

Rasaria Lookout & Discovery Centre di Rasaria Reserve

Hari kedua di Rasa Ria ni, aku mengambil pakej Sunrise Walk di Rasaria Reserve untuk menyaksikan matahari terbit berlatar belakang Gunung Kinabalu. Aktiviti bermula jam 5.00 pagi ditemani oleh guide/staf hotel, Mr. Dino. Berbaloi mendaki hampir setengah jam kat sini. Pemandangan matahari terbit dengan Gunung Kinabalu dan persekitaran pantai ni memang cantik. Kalau korang stay di hotel ni, jangan lupa pi sini. Worth it!

Rasaria Lookout di Rasaria Reserve, Shangri-La Rasa Ria, Sabah.
Rasaria Lookout
Pemandangan sunrise di Gunung Kinabalu yang memukau di Rasaria Lookout, Rasaria Reserve, Shangri-La Rasa Ria, Sabah.
Berbaloi hiking bila melihat pemandangan ni!
Pemandangan sunrise yang memukau di Rasaria Lookout, Rasaria Reserve, Shangri-La Rasa Ria, Sabah.
Pemandangan dari Rasaria Lookout

Polumpong Melangkap, Kota Belud

Pada hari ke-3 ni, member sekampung aku, Mie, yang bekerja di Kota Kinabalu, dengan baik hatinya telah mengutip aku di hotel dan membawa aku berjalan-jalan ke Kota Belud bersama anak kesayangannya, Ammar. Gigih ya pompuan tu! Ni semua memang takde langsung dalam plan aku sebab aku memang nak memerap kat hotel ni je. First destination kami, Polumpung Melangkap. Tempat ni memang ada dalam wish list aku bila bercuti ke Sabah. Tak sangka pula ada rezeki nak pergi kali ni. Thanks to Mie

Tagal Tolungan, Kota Belud

Destinasi seterusnya pada hari ke-3 di Kota Belud. Selepas pi Polumpung, Mie bawa aku ke Tagal Tolungan pula. Tagal Tolungan (juga dikenali sebagai Tagal Kampung Telungan) adalah kawasan sungai yang dijaga di bawah sistem “tagal” Sabah — di mana sungai dilarang ditangkap ikan untuk tujuan konservasi. Hasilnya? Air sungai kat sini memang jernih gila!

Best mandi sungai kat sini. Air bersih, jernih dan sangat menyegarkan! Dalam masa yang sama, boleh bermain-main dan beri makan ikan-ikan kelah yang besar dan jinak kat sungai ni.

Air sungai yang sejuk dan segar di Tagal Tolungan, hidden gem di Kota Belud, Sabah.
Cantik sangat tempat ni dan tenang!

Gayang Seafood

Sebelum pulang ke hotel, aku ajak Mie ke Gayang Seafood untuk late lunch. Kalau pergi Sabah, kena la makan seafood kan sebab kat sini fresh dan harganya murah. Total makanan yang aku order tu dalam RM124 camtu. Dengan ketam, udang, sotong, lokan, sayur, nasi dan air. Memang mantap la. Cuma servis je la hauk sikit sebab slow. Satu-satu dia hantar.

Penutup

Dan video di bawah ialah last part Sabah trip aku pada tahun 2021 ni. Terima kasih Shangri-la Rasa Ria kerana bagi aku late check-out. Takde la terkejar-kejar aku dibuatnya. Insyallah, ada kesempatan aku akan stay di sini lagi.

Thanks kerana meluangkan masa melawat blog ni dan menonton video aku ya. Jumpa lagi dalam next destination.
Till then, take care!


English summary:

Discover a 4D3N solo travel adventure in Sabah, Malaysia — staying at the luxurious Rasa Ria Shangri-La and exploring Kota Belud’s stunning natural gems: Melangkap Polumpong and Tagal Tolungan. This blog post shares a peaceful yet scenic escape perfect for solo travelers seeking nature, relaxation, and authentic local experiences in East Malaysia.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.