Solo travel to Mantanani Island
Kepulauan Mantanani membentuk sekumpulan kecil tiga pulau di luar pantai barat laut negeri Sabah, Malaysia, bertentangan dengan bandar Kota Belud, di utara Borneo. Pulau terbesar ialah Mantanani Besar; dua lagi ialah Mantanani Kecil dan Lungisan. Ia adalah tapak yang popular untuk menyelam rekreasi dan terkenal dengan dugongnya.
Percutian ke Pulau Mantanani ni sebenarnya aku dah plan sejak trip aku ke Sabah pada November 2021 yang lepas. Itu pun selepas Mie, member aku yang kerja kat sana dok bercerita pasal pulau ni. Bila aku tengok gambarnya, memang nampak menarik. So, terus masuk dalam list. Aku pun sebenarnya suka dengan tempat-tempat yang kurang dikenali. Bila aku sebut Mantanani, kawan-kawan macam “weh kat mana tu??”.. sebab jarang didengari. Lain lah kalau Semporna, Sipadan semua tu.



Berikut adalah bajet aku untuk solo trip ke Pulau Mantanani dan Kota Kinabalu selama 5 hari 5 malam ni.
BUDGET
Flight: Malaysia Airlines – Kuala Lumpur – Kota Kinabalu (return) – Termasuk RM43 (insurans) | RM 421.04 |
Asiana Hotel x 1 malam – Standard double with no window | RM 110.76 |
Sutera Mantatani x 3 malam – Beach chalet for 2 pax – land transfer dari KK ke Rempayan Jetty (return) – boat trip Rempayan Jetty ke Pulau Mantatani (return) – full board (breakfast, lunch, tea time & dinner) – free snorkeling & kayak | RM 1,860.00 |
Promenade Hotel x 1 malam – Junior suite (with late checkout) – Termasuk breakfast for 2 | RM 366.62 |
TOTAL *tidak termasuk perbelanjaan Grab, makan, shopping etc | RM 2,758.42 |
Semua perbelanjaan hotel tu sebenarnya untuk 2 pax. Kalau korang pergi berdua memang jimat sebab boleh berkongsi. Tapi sebab aku pi sorang, aku terpaksa redho je la untuk bear the cost.
ITINERARY
- Pulau Mantanani x 3 malam
- Kota Kinabalu x 1 malam
Aku sampai di KK Airport hampir jam 1 pagi. So, untuk pengetahuan korang, Grab tidak beroperasi di KK Airport selepas jam 12 tengah malam. Punya lah lama aku try book Grab tapi tak dapat. Maka, terpaksalah mengambil airport taxi yang agak mahal.. RM30 untuk few km je.

Asiana Hotel, Kota Kinabalu
Aku booked Asiana Hotel sebab hotel tu antara terdekat dengan The Magellan Sutera KK. Aku kena berada di sini pada jam 6.30 pagi untuk menaiki bas ke Rempayan Jetty di Kota Belud. Asiana Hotel ni merupakan bajet hotel yang selesa. Hot shower ada, aircond berfungsi.. dah mencukupi untuk aku. Sebab aku pun nak rehat dalam 4-5 jam je. So, tak perlulah kot nak membazir duit kan?
Sutera @Mantanani, Kota Belud
Sutera @Mantanani ialah salah satu resort yang beroperasi di Pulau Mantanani. Untuk ke Mantanani ni pun ada option. Sama ada korang nak pergi sendiri ke Rempayan Jetty di Kota Belud tu atau naik shuttle bus dari The Magellan Sutera Kota Kinabalu. Aku memilih untuk naik dari Magellan. Mudah kerja. Perjalanan dari Magellan KK ke Rempayan Jetty ialah hampir 2 jam. Dan dari Rempayan Jetty ke Pulau Mantanani lebih kurang 30-40 minit menaiki boat.. bergantung pada keadaan cuaca.
Pakejnya korang boleh lihat di sini:
www.suteraatmantanani.com
Stay di Sutera ni korang dah tak perlu risau pasal makan sebab pakejnya fullboard, termasuk breakfast, lunch, teatime dan dinner. Takde la serabut nak fikir nak makan apa. Dan hidangan buffetnya pun sedap-sedap dan mewah. Hari-hari makan udang, daging, ayam dan sebagainya. Dan pakejnya juga termasuk dengan beberapa aktiviti seperti snorkeling, kayak dan sebagainya. Kalau korang nak naik ATV, kena bayar sendiri lah.




Di Sutera ni juga terdapat bar yang menyediakan pelbagai minuman. Alcohol pun ada. Standard resort la kan. Snacking pun turut dijual. Kat sini je la kalau korang nak beli jajan. Aku tak rasa korang sanggup nak meredah ke area kampung tu kalau just nak mencari benda-benda ni. Dan aku pun tak sure ada atau tak.




Aku memilih hotel ni untuk bermalam sebelum pulang ke KL kerana ia terletak di tengah-tengah KK dan dekat dengan pelbagai kemudahan. Senang boleh jalan kaki je. Ini adalah hotel pertama yang aku stay masa first time datang KK pada 2012 dulu. Dan lagi satu kenapa aku pilih Promenade ni sebabnya ada pilihan untuk late check-out. So, memandangkan flight balik aku pada sebelah malam, dapat checkout lewat around 3 pm kira okay la. Tak perlu rushing sangat. Actually boleh je kalau aku nak request lewat lagi sebab depa pun blocked booking for that room until 12 am. Dan pilihan breakfastnya pun boleh tahan banyak. Berbaloi juga stay sini.




Mantanani ~ nama pulau ini adalah gabungan perkataan Ubian “manta” (selimut) dan “Nani” (nama seorang perkasa yang memerangi musuh yang memiliki selimut).
Perjalanan dari Magellan KK ke Rempayan Jetty, Kota Belud mengambil masa hampir 2 jam. Bertolak pada jam 6.45 pagi dan sampai sekitar jam 8.50 pagi. Jalan macam agak bumpy tapi nasib baik basnya selesa. So, sampai di Rempayan Jetty, aku kena isi form dulu sebelum menaiki boat. Boat bergerak sekitar jam 9.10 pagi dan mengambil masa 40 minit untuk tiba di jeti Sutera Mantanani. Sepanjang perjalanan memang aku kagum gila sebab rasanya macam first time aku tengok horizon yang seolah-olah tiada berpenghujung. Alhamdulillah cuaca sangat elok dengan langit membiru. Memang rezeki sungguh.
Semakin menghampiri Pulau Mantanani, semua yang berada di dalam boat teruja dengan warna laut yang biru kehijauan dan sangat jernih dengan pasir yang memutih. Sangat cantik ya!



















Oh, by the way… kat sini banyak ya tulang sotong katak. Bagi yang tak tahu, tulang sotong ni ialah sumber kalsium untuk burung peliharaan. Macam aku yang dok bela burung budgie ni. Aku memang beli tulang sotong ni kat petshop di Cyberjaya ni. Seketul RM15 kalau tak silap. Ni dah depan mata, memang aku kutip la beberapa ketul. Besar-besar pulak tu. Boleh jadi stok untuk setahun lebih ni. Hahaha.

Sehari sebelum pulang ke Kuala Lumpur, aku stay semalam di sini. Stay kat Promenade Hotel ni, memang boleh jalan kaki je la di sekitar KK ni. Sebab dah 10 tahun tak ke sini, aku memang clueless la. Pi masuk Oceanus depan hotel ni. Ingatkan nak mencari lunch. Lengang ya mall itu. Rupanya mall yang dah tak berpenghuni sangat. Ada la few shops je. Maybe sebab dah ada banyak mall baru kot.
Antara aktiviti yang aku buat sebelum balik kat KK ni ialah:
Body massage
Urut badan di Eden Reflexology yang terletak di belakang Promenade Hotel ni. No wonder la banyak review bagus. Memang bagus. Encik Faiz yang urut badan aku tu memang mantap urutannya. Ada promo RM110 untuk 2 jam. Kalau aku spend harga urut aku kat Sutera hari tu, maybe boleh urut sampai tertanggal kulit!
Day trip ke Pulau Manukan
Jalan kaki dari hotel ke Jesselton Point. Aku amik pakej 1 pulau je sebab nak balik awal. Tu pun boat operator lewat 30 minit. Rugi masa je. Harga tiket RM20 kalau tak silap. Sampai kat Manukan kena bayar RM5 untuk bayaran marine park. Anyway, okay la lepak sekejap kat Manukan ni. Ramai gila orang ya.




Just cari ikan bilis mata biru tu je sebab member aku kirim. Harga sini sangatlah harga pelancong. Aku tengok kopi Tenom kat sini RM12. Paling murah pun depa leh bagi RM9. Aku beli kat Speedmart99 belakang hotel ni baru RM6 (2-in1) & RM7 lebih. (3-in-1). Jauh nau beza. Tapi aku faham la, depa peniaga kecil-kecilan.. supermarket ni ambil kuantiti besar. Tu sebab boleh jual murah. Tapi sebagai pengguna akhir.. aku akan cari mana yang paling ekonomi lah.
Makan makanan laut di Welcome Seafood, Asia City
Aku pernah dibawa makan di sini pada 2012 dulu selain daripada Gaya Seafood yang famous tu. Seafood restaurant ni actually terletak di belakang Promenade Hotel je. Less than 1 km kalau berjalan kaki. Aku ke sini pada jam 3.00 petang. So memang takde customer lagi. Weekdays pula tu. Seingat aku masa aku pergi dinner dulu, ramai customer dia. So, untuk lunch, aku order 1 ekor ketam saiz besar masak kam heong, butter prawn, kangkung goreng belacan, 2 gelas lime asam boi yang sedap tu dan nasi. Mantap bai seafood dia. Jenuh aku nak habiskan sorang-sorang. RM101.95 untuk semua tu yang aku rasa sangat berbaloi. Dia punya kenyang sampai dalam flight aku tak ambil pun dinner yang depa sediakan. Kenyang gile weh!





Pulau ni semula jadinya sangat cantik tapi dicemari dengan sampah-sampah yang datang dari kampung berdekatan. Aku rasa masyarakat di sini ada masalah dalam menguruskan sampah-sarap mereka. Nasib baik di sekitar Sutera Mantanani ni tidak terlalu teruk kalau dibandingkan dengan kawasan pantai di kampung sebelah. Tapi depa pun terkesan apabila sampah-sarap ni mendarat di pantai resort mereka.


Aku macam terkejut gila tengok keadaan di sana dengan lambakan sampah-sarap di kawasan resort yang terbiar. Teruk sangat pemandangannya, Aku sangat berharap pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan segara bagi membantu menyelesaikan masalah ni. Sayang betul. pulau ni sangat cantik tetapi tercemar dengan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Till then, selamat berpuasa!
Pulau Mantanani, Kota Belud, island hopping Sabah, snorkeling Sabah, hidden gem Sabah, Sabah island escape, Sabah solo travel, cuti ke Sabah 2025, percutian pulau Sabah, pulau cantik di Sabah, tempat menarik di Sabah, healing trip Malaysia, solo trip ke Sabah, vlog solo travel Malaysia, solo backpacker Malaysia, snorkeling trip Sabah, beautiful beaches Sabah, vlog travel sunyi, silent vlog Malaysia, island vibes aesthetic vlog, trip santai di pulau, vlog staycation tepi pantai, relax di pulau, pemandangan laut Sabah, laut jernih Sabah, pulau jernih Sabah, wisata pulau Sabah, snorkeling di Pulau Mantanani, cuti ke pulau Sabah, tempat cantik Sabah, sunrise photography Sabah, best island in Malaysia, beach getaway Malaysia, food & travel vlog, explore Sabah vlog, Rempayan Jetty Kota Belud, travel Sabah dari Kota Kibanalu, sunset & stargazing pulau, best hotel in Kota Kinabalu, Hotel Promenade Kota Kinabalu, daytrip to Manukan Island, trip ke Pulau Manukan
Leave a Comment