Sharing is caring

Trip Santai Musim Luruh di South Korea 5H4M

Pengenalan

Trip musim luruh ke South Korea selama 5H4M kali ni adalah merupakan trip redah je disebabkan tiket flight kami adalah jenis standby. Thanks to Aris kerana meletakkan aku dan Erol under MAS friends & family listnya. Kira birthday trip aku lah ni sebab kami bertolak pada 30 September 2016. Dan trip ni pun Bai join sekali. Kiranya kali kedua lah dia pergi. First dulu.. masa first trip kami in October 2012. Since then setiap tahun at least sekali aku mesti pi Seoul!

Alhamdulillah, we managed to get our seats malam tu. So, kami bertolak dari KLIA pada jam 11.00 malam dan sampai di Incheon Airport pada awal pagi sekitar 6.30 pagi camtu.

Trip Santai Musim Luruh di South Korea 5H4M
Muka lega dapat tiket.

Selesai urusan imigresen semua, kami terus ambil bas 6015 dari airport terus ke Myeongdong. Berhenti di Sejong Hotel.

Yun Guest House di Namsan Hill

Memandangkan kami tak booking hotel langsung, so guesthouse di sekitar Namsan tu kebanyakannya dah fully booked especially Namsan Guesthouse favorite aku. But luckily, Yun Guesthouse yang terletak di belakang NGH5 tu ada kekosongan. So, kami ambil bilik kat situ sepanjang 5 hari 4 malam berada di sini. Alhamdullillah boleh checkin awal. So, first thing yang kami buat ialah tido! Tak puas okay tido atas seat flight.

Yun Guest House di Namsan Hill, Seoul.
Mujurlah ada Yun Guesthouse.

Lunch di Yoogane Dakgalbi

Around 1.00 pm camtu, lepas mandi semua, kami keluar untuk pergi lunch di Myeongdong. So, pergilah ke Yoogane Dakgalbi tu. Apa lagi makan kat situ, nasi goreng seafood lah. Si Bai makan macam sikit-sikit je. Biasalah dia ni tekak kampung. Merana lah kau kejap kat sini ya.

Jalan-jalan di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Lokasi wajib… Myeongdong.
Nasi goreng seafood di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Seafood fried rice at Yoogane.
Nasi goreng seafood di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Dia ni la yang nak sangat makan kat sini.

Jalan-jalan di Myeongdong

Habis makan, kami merayap di sekitar Myeongdong ni. Tak kemana pun. Pusing-pusing then balik semula ke hotel dan tido lagi. Hahahaha.

Myeongdong, Seoul yang sentiasa penuh dengan lautan manusia.
Sentiasa ramai orang di Myeongdong ni.
Kuih ikan berinti kacang merah di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Taiyaki.. dalam dia ada red bean paste.

Malam tu, kami keluar semula mencari kudap-kudapan sebelum dinner. Pusing punya pusing ternampak deep fried squid. Tengah sejuk-sejuk ni makan benda panas-panas memang sedap. Tapi memandangkan ringgit yang makin merudum.. 5000 won sebekas tu bila kau convert dekat RM20 jadilah. Makan sekali je la ya.

Jalan-jalan di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Malam hari merambu kat sini lagi.
Street food di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Deep fried squid.. panas-panas makan ngan sos dan mustard. Yummehh!!

Dinner galchi jorim di Busanjib

Then, singgah di Busanjib untuk dinner. Aku seperti biasalah.. wajib pekena galchi jorim iaitu asam pedas favorite aku. Dah kenyang makan, merayap lagi kat area ni sebelum balik bilik.

Busanjib, makanan mesra Muslim di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Kedai makan kegemaran. Mana lagi.. Busanjib lah.
Jalan yang sesak dengan pengunjung di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Malaysian bersepah-sepah kat sini.
Keju mozarella bakar di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Teringin nak makan ni tapi dah kenyang sangat. Next time je lah.

Morning di Namsan Hill

Esoknya, kami bangun awal pagi untuk naik ke Namsan Hill. Morning walk katanya. Pagi tu pulak hujan renyai-renyai. Nasib baik ada disediakan payung kat guesthouse ni. So kami slowly naik ke Namsan Hill menuju ke Namsan Tower. Jalan slow-slow je.

Yang dua orang tu dah berjalan ke depan. Aku tak larat nak mengejar. So, aku jalan ikut my own phase. Sambil mengambil gambar dan berehat menikmati udara segar kat sini.

Morning walk di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Morning walk at Namsan Hill.
Morning walk di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Steady je depan jalan. Tu belum tengok yang tua-tua berlari lagi.

Last time masa winter aku naik kat sini pokok-pokok semuanya tengah togel. La ni sebab tengah peralihan antara summer dengan autumn, so pokok-pokok still ada yang berbunga cantik lagi. Geram tengok bunga-bunga kat sini. Rasa macam nak rembat bawak balik KL.

Bunga-bunga yang cantik di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Kemain cantik lagi bunga-bunga kat sini.
Bunga-bunga yang cantik di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Hat ni yang aku paling geram sekali.
Bunga-bunga yang cantik di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Cantikkan?
Bunga-bunga yang cantik di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Kita closeup sikit.. test Samsung S7 Edge ni punya camera.
Bunga-bunga yang cantik di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Nice lah closeup dia.

Sampai kat atas area Namsan Tower tu ingatkan aku dah lama ketinggalan. Rupanya Erol ngan Bai split masa berjalan naik dan endup aku yang sampai dulu kat atas ni. Hahahaha. Si Bai kemain lagi kepenatan nampaknya. Tak macho langsung. Aku yang banyak lemak ni steady je sampai kat atas (walaupun agak nak putus nyawa jugak lah).

Pemandangan yang tenang dan hijau di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Ikut shortcut jalan tengah ni. Sebab tu la cepat sikit sampai.
Menikmati pemandangan yang tenang dan hijau di Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Time ni aku sorang je kat area ni. Naya kalau pengsan kat sini.

Love loch di N-Seoul Tower

Bila sampai kat sini hujan dah mula lebat. Ingatkan nak mencari padlock yang letak kat sini dulu. Tak jumpa pun. Bukan main banyak lagi padlock yang baru. Celah mana entah kau terselit ya.

Jadi, kami lepak kat cafe pekena hot mocha. Habis lepak dan bila hujan dah reda, kami turun semula ke bawah. Rehat dulu kat bilik, then kami lunch lagi di Busanjib sebelum merayap semula.

Pemandangan bandaraya Seoul dari Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Seoul dari Namsan Hill.
Pemandangan bandaraya Seoul dari Namsan Hill, Seoul, South Korea.
Berkabus sebab hujan.
Pemandangan di sekitar N-Seoul Tower, Seoul, South Korea.
Mak Jemah tunggu siapa tu?
Pemandangan di sekitar N-Seoul Tower, Seoul, South Korea.
Kalau aku duduk tengah tu maybe patah terus kerusi tu.
Pemandangan di sekitar N-Seoul Tower, Seoul, South Korea.
Kena hati-hati turun. Tergolek kalu naya punya kes… macam si Bai tergolek. Hahaha. Mujur tak patah riuk.
Lunch di Busanjip bersama ahjumma yang sangat baik.
Lunch di Busanjib. Ahjumma tu tokeh dia.

Dinner dengan kawan Korean

Malam harinya, kami ke Myeongdong pekena streetfood kat sini. Bai dok repeat sotong goreng tu. Then kami jumpa si Jenny, kawan Korean aku yang baru habis kerja. Dia belanja kami dinner di Chungmu Kimbab… kimbab dengan spicy squid and radish kimchi. Sedap gile sotong pedasnya! Selesai dinner kami dok melepak untuk pekena coffee. Ingatkan nak pi Cafe Pascucci kat Myeongdong ni. Sekali tengok dah bertukar ke cafe lain. Bedal je lah.. janji leh lepak. Lepas borak-borak dan si Jenny habis charge iPhonenya, kami pun beransur balik ke bilik.

Milk banana ni antara wajib dicuba kalau berada di South Korea.
Sape pi Korea tak pekena banana milk ni tripnya tak cukup syarat! Hahaha.
Makanan laut di street food Myeongdong, Seoul. South Korea.
Grilled seafood.
Chungmu kimbab di Myengdong, Seoul, South Korea.
Chungmu kimbab with spicy squid and radish kimchi (kkakdugi).
Chungmu kimbab di Myengdong, Seoul, South Korea.
Tu si nyonya Jenny tu.

Namsangol Hanouk Village

Keesokan harinya, selepas brunch di Busanjib (aku makan tteobokki.. sedap!), kami pergi ke Namsangol Hanouk Village. Aku tak pernah ke sini lagi. So, okay jugaklah kan kalau pergi. Takde lah jauh mana pun dari Myeongdong ni. Boleh tahan ramai juga orang time ni. Ada show bagai. Selesai mengambil gambar dan berehat kat sini, kami balik semula ke Myeongdong.

Tteobokki di Busanjib, Myengdong, Seoul, South Korea.
Tteobokki di Busanjip.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Namsangol Hanouk Village.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Lovebirds!
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
One of the buildings in Namsangol.
N-Seoul Tower dari Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
NSeoul Tower dari Namsongol Village.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Park dalam village ni.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Hijau!
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
The complex.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Lake yang ada kat sini.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Sawan sebab dah beberapa hari tak kena sambal belacan.
Namsangol Hanoul Village, Seoul, South Korea.
Beruk terlepas!
Jalan-jalan di Myeongdong, Seoul, South Korea.
Ice-cream bentuk rose ni tengah trending kat sini.

Tawaf area ni ntah berapa kali. Keluar masuk kedai. Tapi takde apa pun nak dibeli. Hahaha.

Last night dinner di Busanjib

Then, malam terakhir tu kami dinner di Busanjib. Bagitau ahjumma tu esok kami nak balik. Sekali dia pi bagi extra menu untuk kami. Baik sungguh ahjumma ni. Dah la peramah orangnya.

Bersama ahjumma di Busanjib. Myeongdong, Seoul, South Korea.
Thanks Ahjumma! Jumpa lagi. Saranghae…

So, bila dah kenyang, kami pusing Myeongdong untuk last round sebelum balik ke bilik untuk kemas barang sebabnya esok awal-awal pagi kami kena keluar ambil bas untuk ke airport. Sambil-sambil kemas luggage, sempat juga curi-curi timbang berat badan. Hamikkkk kau! Sekali naik 80 kg lebih! Ya ampun.. ni paling berat aku pernah timbang. Matilah balik kena diet semula. Arghhhhhh!!!!

Mala petaka apakah ini????? Waaaaaaa…

So, bila dah kenyang, kami pusing Myeongdong untuk last round sebelum balik ke bilik untuk kemas barang sebabnya esok awal-awal pagi kami kena keluar ambil bas untuk ke airport. Sambil-sambil kemas luggage, sempat juga curi-curi timbang berat badan. Hamikkkk kau! Sekali naik 80 kg lebih! Ya ampun.. ni paling berat aku pernah timbang. Matilah balik kena diet semula. Arghhhhhh!!!!

Trip Santai Musim Luruh di South Korea 5H4M
Lepak sini dulu sebelum boarding. Muka dah sebesar talam!!!

Alhamdulillah jam 10 lebih, kami boarding flight untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan balik kami mengikut route yang sedikit jauh kerana mengelakkan typhoon yang berada di kepulauan Taiwan ketika itu. But Alhamdulillah, yang penting kami selamat sampai. Begitulah ceritanya… hahahaha…

Trip Santai Musim Luruh di South Korea 5H4M
Muka lapar nasi lemak.
Trip Santai Musim Luruh di South Korea 5H4M
Thanks MH!

And again.. thanks Aris for the opportunity. And thank you Malaysian Airlines for the hospitality.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.