Sharing is caring

Pengenalan

Ramai bertanya dengan aku berapa bajet nak pergi bercuti ke South Korea? Kadang-kadang susah nak jawap sebab selalunya bergantung pada itinerari korang… berapa lama kat sana? Just berjalan di Seoul sahaja atau pergi few other places outside Seoul? Nak stay kat hostel/guesthouse atau hotel yang selesa? Semuanya itu akan mempengaruhi bajet korang.

By the way, untuk info yang lebih lengkap berkenaan percutian ke South Korea, korang boleh refer post aku yang sebelum ini:

https://omaralattas.com/2015/04/south-korea-for-first-time-visitors/

Jadi, untuk memberi gambaran kasar berapa perbelanjaan kalau korang nak berjalan ke sana, aku cadangkan basic itinerary seperti di bawah ni. Detail untuk setiap tempat berikut aku dah explain dalam post di atas tu.

Cadangan itinerari South Korea 5H4M

  • Hari pertama: (KUL@1.00 am – ICN@8.20 am), Myeongdong, NSeoul Tower, Namsangol Hanok Village
  • Hari kedua: Gyeongbokgung, Gwanghuamun Square, Cheonggyecheon, Changdeokgung, Bukchon Hanok Village, Insadong
  • Hari ketiga: Dongdaemun, Namdaemun, Hongik University/Hongdae, Itaewon (halal food & mosque), Gangnam, Apgujeong
  • Hari keempat: Nami Island or Everland or Yongpyong Ski Resort (winter)
  • Hari kelima: (ICN@11.10 am – KUL@4.40 pm)

Selalunya, if possible aku akan ambil flight AirAsia pada jam 1.00 pagi so that aku boleh sampai di Seoul pada awal pagi (sekitar jam 10.00 pagi). Kalau ada rezeki boleh check-in awal, aku boleh rest sekejap sebelum keluar lunch. Kalau tak pun, aku boleh tinggalkan beg kat hotel dan start berjalan whole day tu.

Dan hari ke-5 tu, aku kena checkout awal pagi sebab flight AirAsia ke Kuala Lumpur adalah pada jam 11.00 pagi. So, at least kena ada di airport 2-3 jam lebih awal. Dan sebagai makluman, kalau nak stay di Seoul, aku akan pilih untuk stay di area Myeongdong/Namsan.

Anggaran bajet 5H4M ke South Korea

Okay, secara kasarnya, anggaran budget ke Seoul adalah seperti berikut:
(setakat October 2016 ni ratenya adalah 3.8.. so aku bundar kepada 4.0 untuk mudah kira).

1. Return Flight

KUL-ICN: 1.00 am – 8.20 am
ICN-KUL:11.10 am – 4.40 pm
Baggage & Insurance
Note: Aku pernah beli time sale dapat RM900 return
RM 1,000.00 – RM 1,500.00

2. Penginapan

Ada pilihan sama ada hostel, guesthouse atau hotel.
For me, aku suka stay guesthouse.
My favorite stay adalah di area Myeongdong, terutamanya Namsan Guesthouse 1, 2 or 3.
Reason kenapa aku suka stay sini, boleh refer previous post ni.
 
Anggaran bajet untuk semalam adalah antara:
RM 50.00 (hostel) – RM 300.00 (guesthouse) x 4 malam.
Pilihlah ikut keselesaan korang dan poket juga.
RM 200.00 – RM 1,200.00

3. Pengangkutan

ICN-Myeongdong via Bus No. 6015: 15,000 won one way x 2 = 30,000 wonRM 120.00
T-Money for Subway – aku selalu reload 30,000 won.
If kurang topup lah. Kalau ada balance and tak rasa nak pi lagi, boleh perabih gunakan beli barang kat kedai serbaneka.
RM 120.00
Nami Island
Cheongnyangni Station – Gapyeong Station = 4,000 won/one way
Gapyeong Station – Jetty to Nami via taxi = +3,000 won/one way
7,000 won x 2 (untuk pergi balik) = 14,000 won
RM 56.00

4. Makanan

Lunch & dinner, breakfast at guesthouse
Average meal antara 5,000 won – 20,000 won
Bergantung sama ada makan seafood fried rice atau set ikan bakar/asam pedas etc.
(5,000 won or 20,000 x 2 meal = 10,000 won or 40,000 won) x 4 hari
Note: Normally aku bajet RM 100.00 per day termasuklah minum coffee and snacks.
RM 160.00 – RM 640.00

5. Entrance fee

Gyeongbokgung – 3,000 wonRM 12.00
N-Seoul Tower Observatory Deck – 10,000 wonRM 40.00
Nami Island – 8,000 wonRM 32.00

6. Other expenses

Shopping, souvenirs, etc.RM 500.00 – RM 1,000.00

Anggaran kos: RM 2,240.00 – RM 4,720.00

Penutup

So, basically begitulah anggaran untuk bercuti ke Seoul selama 5 hari 4 malam merangkumi 1 destinasi di luar Seoul iaitu Nami Island yang terletak di Gangwon-do.

Kalau korang nak merayap lagi contohnya ke Everland, atau bermain ski di Yongpyong Ski Resort, atau berkunjung ke theme park di Lotte World, maka kenalah masukkan extra budget untuk tempat-tempat tersebut. Begitu juga kalau nak shopping baju dan sebagainya, make sure banyak lagilah duit yang dibawa.

Diharapkan post aku serba-sedikit ni dapat membantu for those yang bercadang untuk menjejakkan kaki ke bumi kimchi ni. Trust me… korang akan datang semula ke sini sebab selain mempunyai musim yang berbeza, South Korea mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik yang tak cukup untuk dijelajahi selama beberapa hari sahaja.

Till then… selamat bercuti!


English summary:

Planning a budget trip to South Korea? This 5D4N travel guide is perfect for first-time travelers from Malaysia looking for a complete itinerary, must-visit places like Nami Island and Myeongdong, and halal food options in Seoul. Packed with money-saving tips and realistic budget estimates, this blog is your one-stop plan for a smooth, affordable Korea vacation.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.