Hello semua! Bertemu lagi dalam blog kali ini. Masih bercerita mengenai Hatyai dan ini merupakan trip kedua aku ke sana selepas pergi buat pertama kalinya pada cuti Hari Kebangsaan yang lepas. Thanks to Shezz sebab beritahu aku tentang promo tiket Tren Khas KTMB ni. Tengah-tengah baring nak melelapkan mata, terus bingkas bangun book tiket train dan hotel. Gigih ke idok???
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Heheheβ¦
Tren Khas My Sawadee KTMB
πhttps://online.ktmb.com.my/
- Untuk pengetahuan korang, Tren Khas My Sawadee ni ialah merupakan tren khas inisiatif KTMB yang menawarkan perjalanan terus dari KL Sentral ke Hatyai buat pertama kalinya bersempena dengan Hari Malaysia pada 15-18 September 2022 yang lalu. Kiranya trip percubaan la ni untuk melihat sejauh mana sambutan pengguna. Nampak gayanya menggalakkan dan menurut pegawai yang memberi taklimat, cepat juga sold out. So, hopefully akan ada lagi trip ni di masa akan datang atau diadakan terus untuk kemudahan pengguna.
- Harga tiket yang ditawarkan bermula dari MYR 75 untuk seat biasa dan MYR 97 untuk katil bawah dan MYR 89 untuk katil atas.
- Tren bertolak sekitar jam 10.10 malam dan sampai di Hatyai lebih kurang jam 8.30 pagi waktu Hatyai.
- Total perjalanan hampir 12 jam termasuk dengan berhenti di Padang Besar untuk urusan imigresen.
- Walaupun ini ialah direct train, penumpang masih perlu turun di Padang Besar untuk cop pasport. Kemudian naik train ni semula terus ke Hatyai.
- Kalau korang naik ETS, last stop memang di Padang Besar dan korang kena ambil van atau SRT train untuk ke Hatyai. So, direct train ni agak mudah la bagi aku.
- Yang penting, korang boleh tidur sepanjang perjalanan dan sampai Hatyai pada awal pagi.
- Tempat tidur pun selesa, ada sebiji bantal dan selimut nipis. Ada sikit bau kepam. Standard la tu kan. Kalau tak selesa, sembur la apa yang patut. Kalau korang naik train ni, better pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang kerana aku yang suka winter ni pun, terasa juga kesejukkannya.
- Train ni mempunyai kemudahan kantin, tandas dan musolla. Bilik karaoke pun ada tapi di koc yang paling hadapan. Aku tak pergi pun sebab malas nak meredah koc.
Penginapan: The 1 Place Hat Yai
Memandangkan aku book hotel untuk trip ni pada last minit, memang takdelah hotel-hotel yang available di sekitar Lee Gardens tu. Semua fully-booked. So, yang tinggal cuma 2 hotel sahaja di kawasan Hatyai Downtown ni. Tiada pilihan lain, so aku booked je la hotel ni. Harga bilik untuk 2 malam yang aku booked melalui Agoda ialah MYR 113.84. Ia terletak di bahagian belakang train station. Agak jauh untuk berjalan kaki. So kena ambil motor, Grab atau tuk-tuk. Kalau korang tanya aku, aku tak suka stay sini sebab satunya lokasi. Jauh dari area Lee Gardens. And then susah nak dapat transportation melainkan guna Grab. Tiada tuk-tuk kat area ni. Hotelnya pun agak uzur tapi tu aku tak cerewet sangat cuma aku rasa hazab sebab water heater tak berfungsi, mini fridge dan wifi kat bilik takde. Cuma kat lobi je. TV pun guna monitor komputer yang ciput tu. The only thing yang aku appreciate kat sini ialah front desk dia yang baik hati bagi aku check-in awal gile pada jam 9.00 pagi walaupun waktu sebenar check-in ialah pada jam 1.00 petang. Tu je feedback positif yang aku boleh bagi.
Hatyai Hard Sale 2022
Kebetulan masa tarikh trip aku ke sini, mereka melancarkan Hatyai Hard Sale 2022, acara/festival yang mempromosikan Hatyai sebagai destinasi pelancongan. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti. Terdapat banyak gerai makanan, produk-produk kraftangan di sekitar downtown ni. Ada few stage yang mempersembahkan nyanyian, muzik-muzik Thailand. Persembahan ladyboy pun ada! Mau berpinau mata pak-pak aji berkopiah yang lalu depan stage tu. Hehehe. Ye la.. ko kat Siam kan.. What do you expect? On the way nak balik tu, terserempak dengan those group yang buat persembahan tu. Comel macam iras-irasa Sajat pun ada. Walaupunnnn… Hahahaha. Apapun, memang meriah la. Penuh sesak dengan umat manusia terutamanya dari Malaysia. Aku terfikir berapa banyak Ringgit Malaysia mengalir keluar… hmmm… Aku tak stay lama pun. Lepas pusing-pusing sana sini, terserempak ngan member Cyberjaya aku, borak sikit-sikit, tapau makanan, terus balik. Nak makan tempat penuh sesak. Tu pun aku dan tapau pulut mangga, makan kat tangga depan Lee Gardens Plaza tu.
Tapi aku respect la pihak pelancongan Thailand. Depa dalam bab-bab promosi pelancongan ni memang bagus. Malaysia kena belajar kot untuk tarik pelancong macam ni. Bukan setakat mengeluh kenapa rakyat dok sibuk pi Hatyai. Tak gitu?
Sewa Tuk-Tuk ke Songkhla
Peluang bercuti ke Hatyai buat kali kedua ni, aku manfaatkan dengan berkunjung ke Songkhla City yang aku malas nak pergi semasa trip yang pertama pada 2 minggu sebelum ni. Kebetulan semasa di dalam train tu, aku berkenalan dengan seorang subscriber Youtube aku bernama Andy. Alkisahnya, masa nak ambil gambar kat dalam koc tu, aku punyalah struggle nak letak kamera kat katil. Lepas tu dia offer nak tolong ambilkan gambar aku. “Abang Omar kan?.” Aku macam.. ehhh.. ada orang kenal ke? Hahaha. So, memandangkan aku memang takde plan apa dan kebetulan dia macam nak ke Samila Beach tu, aku pun try contact Unlce Yaw, driver tuk-tuk yang offer aku nak bawa pi jalan-jalan kat Songkhla dulu. Tak sempat nak mesej, orang tua tu ada rupanya kat depan Lee Gardens Plaza tu. Memang dia cakap dia selalu kat situ. So, aku tanya dia semua.. maka, terjadilah trip ke Songkhla City kali ni.
Harga untuk trip seharian tu ialah 1,500 baht. Lebih kurang MYR 185 macam tu. So, aku divide dengan Andy. Seorang dalam MYR 90 lebih camtu. Trip bermula dari jam 9.00 pagi sampai la ke lewat petang. Kami tunjukkan kat Uncle Yaw mana kami nak pergi termasuklah lunch di Khlong Hae Seafood buffet tu. Kami skip temple semua tu. Just pilih mana yang kami nak pergi.
So, kat bawah ni aku listkan destinasi pililhan kami di Songkhla.
Kho Hong Mountain Viewpoint, Hatyai Cable Car & Phra Phutthamongkol Maharat
Ini ialah lokasi pertama kami. Ia terletak di lokasi yang sama. Tapi masa kami datang ni, cable car tak beroperasi sebab masih dalam maintenance. So, kami cuma spend masa mengambil gambar dan menikmati pemandangan Hatyai dan Songkhla dari atas bukit ni. Nothing much to do. Kat sini depa sediakan beberapa spot yang korang boleh pose untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Berbaloi pi sini kalau nak tengok view lah.
Golden Mermaid Statue @Samila Beach
Samila Beach ni terletak kira-kira 34 km dari Lee Gardens Plaza. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit macam tu. Apa yang ada kat sini? Yang paling famous. statue Golden Mermaid tu la. Aku sampai sini lebih kurang jam 10 pagi. So, matahari dah terpacak kat atas kepala. Memang panas. Tapi syukur, masa sampai ni tak ramai orang dok bergambar kat situ. Abis je snap gambar, terus ramai orang. Hahaha.. Kebetulan masa kami datang ni, depa dok buat event melepaskan anak udang ke laut. Penyu pun ada sekali. Meriah! Kat sini pun ada kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis produk/kraftangan kalau korang nak beli as souvenirs. By the way, aku macam under estimate pantai kat sini. Cantik ya pantai Samila tu. Air jernih dan bersih. Rasa macam nak berendam je sebab airnya agak sejuk berbanding dengan udara luar yang panas dan bahang.
Ton Nga Chang Waterfall
Ton Nga Chang Waterfall ni terletak di dalam Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary. Terletak kira-kira 60 km dari Samila Beach atau 30 km hari Lee Gardens Plaza. Lokasi ni kami pilih sebab dah tak tahu nak pi mana. Nak pi temple semua kami tak berminat. Nak tengok elephant camp memang lagi la aku tak suka lagi-lagi mengenangkan nasib binatang kat tempat macam tu. So, rasanya pi waterfall lagi okay. Mujur lah Uncle Yaw nak bawa sebab agak jauh juga tu dari Samila Beach.
Bila sampai kat sini, cuaca hujan sekejap tapi lepas tu dah reda. Tempatnya memang cantik. Kami pi yang bahagian bawah je. Dan ikan punyalah banyak!!! Aku rasa macam ikan kelah kot. Macam lagi banyak dari Tagal Tolungan kat Kota Belud yang aku pergi dulu. Airnya pun segar dan sejuk. Aku yang memang takde plan nak mandi, terjun dengan baju yang ada. Langsung tak bawa baju extra. Hahaha. Sebab memang takde dalam perancangan kan.
Actually, di bahagian atas lagi menarik. Tapi agak ramai la orang berkelah. Kat situ korang boleh tengok air terjun yang tinggi. Aku malas nak meredah sampai ke hujung tu. So, just ambil gambar dari jauh je. Maybe next time la kot. Tapi memang geram la tengok ikan-ikan kat sini. Monyet pun banyak. Ye la, tempat orang picnic kan. Depa aim je la. Worth tak pi sini? Kalau korang nature lover macam aku.. menang worth it! Banyak lagi spot menarik. Tak sempat nak explore sebab nak pi lunch kat Khlong Hae Seafood Buffet pula.
Alive
Alive ialah sebuah restoran yang terletak kira-kira 6 km dari Lee Gardens. Kami singgah sini sebab pernah nampak restoran ni kelihatan menarik. Dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok. Senang cakap makan dalam suasana yang menghijau dan nyaman. Mula-mula ingat macam nak makan light snack je tetapi terpaksa batalkan niat. Untuk kawan-kawan Muslim, tempat ni serve pork ya. So, end up kami just order air je la untuk menghilangkan dahaga. Apa pun, tempat ni memang cantik. Boleh la kalau nak singgah mengabadikan kenangan atau nak berOOTD.
Khlong Hae Halal Seafood Buffet
Ini adalah antara destinasi wajib bagi pengunjung ke Hatyai. Terletak kira-kira 6 km dari Lee Gardens dan berdekatan dengan Khlong Hae Floating Market. Harga seafood bufet di sini teramatlah murah iaitu 299 baht. Iaitu kira-kira MYR 35 seorang. Mana nak cari kat Malaysia kan? No wonder la sentiasa penuh kat sini. Yang datangnya pun berbas-bas dan dah siap booking! Merasalah yang main terjah macam aku ni. Terpaksa beratur menunggu dekat 1 jam untuk masuk. Itupun sebab si Andy ni sanggup nak menunggu. Kalau ikutkan perangai aku, nampak je orang beratur panjang, memang aku akan angkat kaki.
Berbaloi tak beratur lama? Jawapannya BERBALOI!!!!! Sebab yang dihidangkan kat sini bukan kaleng-kaleng. Udang galah segar-segar, ada kupang, kepah. scallop dan segala macam mak nenek seafood. Daging ada. Salmon belly pun ada. Ikan bukan ikan kecil-kecil. Ikan siakap, ikan salmon, entah apa lagi ikan yang korang boleh bakar. Bukan itu sahaja, terdapat juga lauk-pauk lain kalau korang nak makan. Pendek kata, memang berbaloi dengan harga MYR 35 yang korang bayar tu. Next time pi Hatyai, aku make sure akan ke sini lagi. Mungkin kena book dulu kot. Teringat-ingat udang barbeque hari tu. Entah berapa ekor aku bedal! Hahaha.
Aktiviti-aktiviti lain
What else bila Omaq di Hatyai… makan, urut, makan, urut. Breakfast di Dimsum Chabura memang wajib dan urut badan sampai lunyai di Michael Massage, selain daripada shopping gajus dan kudap-kudapan di Kim Yong Market.
So, demikianlah serba-sedikit perkongsian aku untuk 2nd trip aku ke Hatyai pada 15-18 September 2022 yang lepas dengan menaiki Tren Khas My Sawadee KTMB direct dari KL Sentral ke Hatyai. Aku harapkan pihak KTMB akan mengekalkan route ni pada masa akan datang sebagai option kepada rakyat Malaysia untuk bercuti ke Hatyai selain daripada menaiki ETS.
Untuk anggaran budget dan cadangan itinerary, korang boleh refer post di bawah ni:
Check out latest trip aku ke Labuan Bajo pada September 2024. Sumpah best tempat ni!
Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.
Oh! Jangan lupa singgah di perkongsian terbaru aku ke Sapa pada penghujung September 2023 yang lepas. Aku ada share detail itinerary dan budget juga di dalam tu.
Till then, bagi sesiapa yang nak bercuti ke Hatyai tu, selamat bercuti dan semoga perkongsian aku ni bermanfaat. By the way, feel free untuk baca dan tengok vlog aku di Hanoi, Vietnam!
Leave a Comment