Assalamualaikum semua dan salam sejahtera! Kita bertemu kembali dalam travel blog aku pada kali ini iaitu di Lombok, Indonesia. Ini merupakan kali kedua aku ke sini. Trip pertama ialah pada 2016 bersama kawan-kawan aku pada suatu ketika dahulu. Dan yang membuatkan aku paling teruja untuk ke Lombok pada kali ni adalah kerana bersempena dengan birthday Umi yang ke-66 tahun.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk 20,000 subscribers pada tahun 2023 ni. Heheheβ¦
Okay, mengikut perancangan asal, aku nak bawa Umi bercuti sama ada di Langkawi atau di Penang. Tetapi bila tengok ramalan cuaca, asyik memanjang je hari hujan mengikut tarikh yang aku plan nak pergi tu, membuatkan aku rasa better pergi ke destinasi lain. Dan bila aku check ramalan cuaca di Bali dan Lombok, cuacanya panas. And then ada pula masuk news Bali isytiharkan darurat kerana ada kebakaran, maka ke Lomboklah yang sebaiknya. Sebenarnya, ada kisah menarik juga tentang trip aku ke Lombok ni.
Alkisahnya, ada seorang pembaca blog aku menulis komen di post Lombok aku pada 2016 tu bertanyakan nombor Fandy, tour guide aku pada masa itu kerana nombor yang tertera di situ tidak dapat dihubungi. So, aku pun try juga Whatsapp dan SMS ternyata messagenya tidak berbalas. Jadi, betullah nombor tu dah tak valid (nota: aku dah update nombornya dalam post 2016 tu). Aku try check Facebooknya pun dah takde. Jadi aku dok fikir macam mana caranya aku nak contact Fandy. Alhamdulillah sel-sel otak aku berhubung dengan baik dan aku teringat nama kampung di mana dia tinggal. So, apa lagi cari kat Google Map lah! Telek satu-satu jalan dan rumah, tetiba nampak nama dia. Dan perasaan aku kuat mengatakan ni memang betul dia. Tambahan pula bila tengok some of the photos kat situ, terselit gambar dia dan wifenya. Alhamdulillah, jumpa semula! Mujur juga Fandy letak contact numbernya di situ dan bila aku Whatsapp. beberapa minit kemudian dah dapat balasan. Syukurrrrrr!!! Jejak kasih sangat kan? So, dari situ aku berkomunikasi dan saja je tanya itu ini tentang tour dan sebagainya walaupun dalam kepala belum ada perancangan nak ke sana.
Tapikan kuasa Allah ni nak habaq mai. Aku tak henti-henti berdoa pada Allah semoga dipermudah jalan untuk aku berkongsi rezeki dengan Umi sempena hari jadinya tu. Memang aku nak hadiahkan pengalaman yang special sikit pada hari istimewanya tu. Alhamdulillah, last year aku dapat bawa dia ke Hatyai masa hari jadinya. Tahun ni aku gamble je ajak Umi datang dengan adik aku 5 hari sebelum trip. Pesan siap-siap suruh bawa pasport sekali. Kalau ada rezeki kita pergilah somewhere. Kalau tak, pi staycation kat mana-mana pun okay. Janji dapat celebrate sama. Dan Alhamdulillah sangat-sangat, Allah mudahkan urusan aku. Empat hari sebelum trip, payment untuk job aku pun masuk, maka dan-dan tu juga aku book flight dan hotel serta confirmkan dengan Fandy tentang trip aku ke Lombok ni. Aku pun sengaja tak beritahu Umi sehinggalah pada hari nak bertolak. Surprise!!! Hahaha. Alhamdulillah rezeki Umi dan adik aku juga. Maka, terjadilah trip Lombok aku pada 2023 ni.
Begitulah kisahnya… hahaha. Okay, now aku sharekan detail itinerary dan budget untuk trip Lombok ni selama 3 hari 2 malam. Budgetnya ialah untuk 3 orang. Kalau korang pergi, sorang atau berdua, pandai-pandai la budget ya. Ini just untuk reference korang je. Memberi sedikit gambaran camtu. Dan perlu diingat, itinerarynya santai-santai saja. Tak ke mana sangat pun. Just di area Kuta ni je. Nama pun nak rehat-rehat je kan.
Budget
Return flight KUL-LOP via AirAsia (for 3 pax) Including: luggage: LOP-KUL (20 kg) – for 1 person only, pick a seat (return), no meal & no insurance | 1,532.00 |
Accommodation: Novotel Lombok Resort & Villas x 2 nights Superior Twin Room with breakfast x 2 pax: MYR 794.75 Additional for 1 pax with breakfast IDR 450,000 x 2 nights: IDR 900,000 = MYR 276.00** | 1,073.00 |
Airport transfer & Tour Airport to hotel (return), Bukit Merese, Sade Village IDR 1,400,000 | 430.00 |
Other expenses – shopping, tip, etc** | 1,765.00 |
Expenses via credit card – meal at hotel | 436.00 |
Estimated total | MYR 5,236.00 |
** exchange rate = 0.000306
E-Customs Declaration Form
πhttps://ecd.beacukai.go.id/
- Ini merupakan kali pertama aku mendapat notification ni via AirAsia email. Mungkin ini prosedur terkini menggantikan pengisian borang setibanya di airport Indonesia.
- Tak susah mana pun nak mengisinya. Just ikut je arahan dan lengkapkan borang berikut. Ada 2 versi; Bahasa Indonesia dan English.
- Masukkan details penumpang dalam flight booking korang. Nama, nombor pasport, alamat tempat tinggal di Indonesia (nama hotel) dan sebagainya. Kalau sorang, sorang je la. Kalau bertiga, tambah lagi nama.
- Bila dah siap diisi, selepas submit, kita akan diberikan QR Code. Save that code, tak kira la download ke.. screenshot ke… nanti tunjukkan pada pegawai imigresen di kaunter.
- Prosedur kemasukan di Lombok sedikit berbeza berbanding dengan first time pergi dulu. Selesai cop pasport semua, kita dikehendaki berdiri dan beratur mengikut barisan dan pegawai dengan seekor anjing akan dibawa melalui korang untuk mengesan kalau ada bahan-bahan terlarang. So, jangan takut. Anjing tu tak gigit korang pun.
Tip Penting Bagi Pengguna AirAsia App
- Bagi jenis yang dah terbiasa menggunakan e-boarding pass macam aku ni, make sure juga korang save juga versi pdf atau image dalam phone korang.
- Sebabnya jangan jadi macam aku. Aku terlupa gila nak save format yang lain dalam phone, dan masa kat kaunter, bila pegawai imigresen tu nak tengok, app tak boleh nak buka sebab takde network. Network airport pula slow cam hareyyy dan aku pula tak sempat nak roaming. Nasib baik la pegawai tu baik dan memahami.
- So, next time make sure save versi lain boarding passnya pergi dan balik. Kalau korang masih gunakan jenis printed, takde masalah. Ni jenis macam aku semua nak elektronik, bila takde network terus jammed. Hahahaha…
- Dan untuk roaming pula, bagi pengguna Celcom yang nak subscribe 3-day internet pass berharga MYR 25 tu, nasihat aku, better la buat ketika masih di bumi Malaysia lagi dengan menginstall app Celcom Lite dan beli pass melalui app tu. Aku nak try buat kat Airport Lombok tu, terkial-kial linenya, ingatkan dah subscribe.. rupanya tidak ya. Maybe sebab aku yang bangang ke… tatau la. Rupanya aku pi roaming per day MYR 39 tu. Haram betul! Hahahahaha.
Hotel
Novotel Lombok Resort & Villas @ Pantai Mandalika
- Hotel ini terletak di Pantai Mandalika, Kuta, Lombok berdekatan Mandalika International Circuit. Di sebelahnya juga terdapat sebuah hotel baru iaitu Pullman Mandalika Beach.
- Di antara sebab hotel ini menjadi pilihan aku ialah kerana ia berdekatan dengan Bukit Seger. So, kita boleh mendaki bukit ini untuk melihat pemandangan di sekitar Pantai Seger dan Pantai Mandalika serta Mandalika Circuit. Pemandangannya cantik terutamanya semasa sunset.
- Berhampiran dengan Bukit Seger ini juga terdapat statue Putri Mandalika, iaitu kisah lagenda di Lombok ni. Untuk mengetahui kisah lagenda ni, korang boleh klik di sini.
- Persekitaran hotel ini sangat cantik dengan gaya senibina Sasak dengan kayu-kayuan dan bumbung tinggi beratap “ilalang”. Persekitarannya hijau dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan juga bunga-bunga kertas. Banyak spot menarik untuk OOTD.
- Selain daripada bilik-bilik hotel, terdapat juga juga villa-villa dengan private pool. Kalau poket korang tebal, boleh la stay di sini.
- Hotel dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya open-air restaurant, bar, elevated pool, kids pool, gym, spa, mart dan lain-lain lagi. Aktiviti sukan air juga boleh dilakukan di sini antaranya kayak dan scuba.
- Kemudahan WIFI sangat baik sama ada di dalam bilik ataupun di persekitaran hotel. Even berada di pantai depan hotel pun, connectionnya masih bagus.
- Aku stay di bilik 203 yang terletak di aras 2 dengan sedikit pemandangan laut. Nampak sipi-sipi je sebab diblok oleh pokok-pokok.
- Facilities kat bilik pun bagus. Aircond sejuk, hot shower laju dan panas. Bantal dan tilamnya bersih dan selesa. Mineral water dan hair dryer pun ada. Pendek kata basic facilities semua okay. Cuma iron board je takde, kena minta.
- Bilik yang aku stay ni ialah Superior Twin Room untuk 2 orang dewasa. Ada 2 twin beds dengan 1 day bed. Dan memandangkan aku pergi bertiga, kalau korang book di Booking.com, korang kena book 2 bilik sebab bilik jenis ni untuk 2 adults. So, apa yang aku buat, aku Whatsapp dulu Novotel Lombok di +62 370 6153333 untuk bertanyakan boleh tak nak tambah seorang lagi dan bayaran tambahan untuk 1 pax (termasuk breakfast). Customer servicenya bagus. Yang communicate dengan aku namanya Khalil. So, dia bagitau untuk extra 1 pax aku kena bayar IDR 450,000 untuk sehari termasuk breakfast. Day bed tu pun akan disiapkan jadi tempat tidur dengan alas, selimut dan bantal. So, untuk 2 malam jadinya IDR 900,000, lebih kurang MYR 276.00 macam tu. So, bayaran untuk extra pax ni aku bayar di kaunter masa check-in sebab bayaran bilik aku dah settlekan di Booking.com.
Spice Market Restaurant
- Untuk makan pula, terdapat sebuah open-air restaurant di sini iaitu Spice Market. Lokasinya menarik terletak menghadap pantai. So, dining with a view la konsepnya. Lebih nyaman kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Santai betul rasanya.
- Terdapat pelbagai pilihan makanan di sini daripada masakan tempatan sehinggalah ke barat. Menu makanannya korang boleh lihat di sini.
- Bagi pengunjung Muslim, jangan risau. Makanan di sini diiktiraf halal oleh Indonesia Muslim Board. So, makanlah tanpa was-was.
- Restoran ini dibuka dari jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam.
- Untuk breakfast buffet pula, pilihan makanannya boleh tahan banyak. Ada pelbagai daripada nasi, bubur, mee, pastries dan sebagainya. Aku pun tak larat nak try semua.
- Sebelum meal (kecuali buffet breakfast), mereka menghidangkan starter berupa roti dan butter.
- Untuk hidangan ala carte pula, harganya juga standard hotel dan rasanya sedap. Aku suka nasi ayam taliwang dengan sambal yang pedas tu. Mantapppp!!! Crispy fried chicken, pizza, bakmi Indonesia dan lain-lain yang aku cuba tu semuanya sedap. Kira puas hati jugalah makan.
Main & kids pools
- Terdapat 2 jenis kolam di sini iaitu elevated main pool yang mengadap pantai dan kolam untuk kanak-kanak yang dilengkap dengan water fountain, water slides dan jacuzzi.
- Elevated main poolnya terletak di hadapan activities kids club dan bersebelahan dengan restoran.
- Kolamnya agak luas dengan kedalaman kolamnya 1.2 meter hingga 1.5 meter. Paling dalam tu lebih kurang paras dagu aku.
- Masa aku stay kat sini cuaca panas terik. So, memang seronok la berendam dalam ni.
In Balance Spa
- Di Novotel Lombok ni terdapat sebuah spa kecantikan iaitu In Balance Spa yang menyediakan perkhidmatan massage, facial, body scrubs dan sebagainya.
- Untuk senarai massage, treatment dan sebagainya, korang boleh lihat di sini.
- Aku booked “Ginger Healing Massage” selama 75 minit untuk Umi yang berharga IDR 395,000 (lebih kurang MYR 121). Adik aku pula mengambil foot massage selama 45 minit berharga IDR 285,000 (around MYR 87).
- First time Umi pi spa dan urut badan ni, memang dia kata best gila. Sedap badan diurut dengan minyak bercampur halia. No wonder lepas tu steady je naik Bukit Seger! Hahaha.
- But too bad untuk aku yang suka urut ni, kat sini tiada messeur lelaki. Hopefully in future ada la. Memang tidak la aku nak suruh orang perempuan urutkan. Harrammmm!!!
Complimentary ~ Photo Session
- Terima kasih kepada Novotel Lombok kerana menghadiahkan perkhidmatan photo session bersama photographer professional untuk mengabadikan momen-momen di sekitar hotel ni.
- Untuk photo session ni, aku booked slot pada hari kedua sekitar jam 5.00 petang selepas Umi dan adik aku selesai berurut di spa.
- Hotel menghadiahkan sekeping gambar yang dipilih berserta dengan frame.
- Untuk koleksi gambar-gambar yang lain, kalau korang berminat, bolehlah membeli. Untuk makluman, sekeping gambar berharga IDR 100,000 iaitu sekitar MYR 30. Kalau 10 keping ke atas, harga sekeping ialah IDR 85,000 (MYR 26). Mahal hawau!
- Gambar-gambar yang kami ambil ada 145 keping. Faesal, jurugambar kami suggest kami ambil semua dengan harga IDR 1 juta lebih. Around MYR 300 lebih juga. Lepas kawtim dengan dia, akhirnya dapatlah IDR 900,000 untuk semua 145 keping gambar tu. Dalam MYR 276. Aku share dengan adik aku bayar.
- Sebabnya gambar yang dia ambil semuanya cantik-cantik dan kami suka. Yang paling penting, momen dengan Umi dan adik aku tu lebih berharga dari nilai duit. So, redho je la membayarnya. Heheee..
- Faesal transfer terus gambar yang diambilnya ke telefon kami. Gambar frame tu, aku ambil keesokkan harinya masa check-out.
- Oh, lupa nak bagitau, Faesal memang bagus dalam kerjanya. Dia pandai create mood, handle dan guide kami untuk dapatkan shot-shot yang menarik. A very nice guy!
Warm & friendly staff
- First impression aku tentang staff di Novotel Lombok ni ialah mereka sangat friendly dan very helpful. Bermula daripada process pre-booking yang dibantu oleh Khalil melalui Whatsapp sehinggalah semasa process check-in yang diuruskan oleh Erna. Penat-penat bila disambut dengan senyuman manis, hilang sikit kepenatan kan?
- Di restoran pun sama, staff mereka sangat attentive terutama Udin yang selalu datang ke meja bertanyakan jika ada apa-apa keperluan. Tak lupa juga Hamid dan Wafi.
- Dan semasa di spa pun, Umi dan adik aku dilayan dengan baik oleh Wani dan Yuli. Umi puas hati betul dengan urutan Wani. Tu yang boleh mendaki bukit lepas tu. Hahaha…
- Tapi yang paling terkesan ialah semasa hendak pulang. Sapaan ramah dari Azis dan Pak Kardi buatkan rasa macam nak stay lama je lagi. Memang seronok berbual bersama mereka walaupun dalam masa yang sekejap.
- Aku harap mereka semua ni dimurahkan rezeki dan sentiasa terus dengan sikap yang positif sebegini.
Transportation
Airport transfer & tour with Fandy
- Aku menggunakan khidmat Fandy, tour guide aku masa ke sini pada 2016 dulu. Aku dah ceritakan kat atas macam mana aku berjaya cari dia selepas lost contact. Terima kasih teknologi!
- Aku cuma minta Fandy ambil dan hantar kami dari airport ke hotel, vice versa. Dan pada hari terakhir tu aku just nak pergi ke Bukit Merese dan Desa Sade. Lain-lain tu aku skip sebab memang tak sempat cover. Lagi lah aku jenis malas nak terkejar-kejar. Pergi mana yang dan je la. Sebab Insyallah, ada rezeki pergilah lagi kan?
- Untuk airport transfer dan tour ni, Fandy charge MYR 400, dalam IDR 1,330,000. So, aku bundarkan je jadi IDR 1,400,000… lebih kurang dalam MYR 430 camtu.
- Sebelum ni, Fandy selalu bawa tetamunya menikmati nasi balap di rumahnya sebelum dihantar ke airport. But, not this time around sebab rumahnya masih terkesan dengan gempa yang melanda Lombok pada 2018 dahulu. Rumah utamanya masih lagi dalam pembinaan. So, dia belanja kami makan di Rumah Makan Nasi Balap Puyung yang terkenal tu (walaupun aku pi bayar dulu… mana aku tahu dia nak belanja. Hehehe). End up dia belikan aku 10 biji telur asin bakar untuk dibawa pulang. First time aku makan. Tak terlalu masin macam telur kat sini. Just nice bila makan dengan nasi balap tu.
- Anyway, kalau korang perlukan khidmat dan pakej tour di Lombok ni, boleh contact Fandy di +62 853-3855-3612. Terbaik bosskur servicenya!
Itinerary
Untuk trip kedua aku ke Lombok ni, aku stay selama 3 hari 2 malam. Memang tiada perancangan nak tour pelosok Lombok pun. Hanya sekadar berehat di hotel, spend time dengan Umi dan adik aku dan last day tu tour di area yang berdekatan dan ziarah family Fandy. Takde nak pi air terjun ataupun ke kepulauan Gili.
Makanya, trip 3 hari 2 malam aku di Lombok seperti berikut:
Day 1: KUL – LOP, free and easy at hotel
Day 2: Free and easy at hotel
Day 3: Bukit Merese, Desa Sade, lepak rumah Fandy, LOP – KUL
So, di bawah ni aku kongsikan catatan aktiviti harian aku bersama-sama dengan expenses untuk rujukan korang. Mana la tahu membantu serba sedikit korang nak buat planning kan…
Day 1: Kuala Lumpur – Lombok
- Flight kami ke Lombok adalah pada jam 2.05 petang dan perjalanan mengambil masa 3 jam 10 minit. Sepanjang perjalanan, mata dijadikan dengan pemandangan menarik terutamanya merentasi Kepulauan Jawa dan Bali serta persekitarannya. Gunung Agung di Bali pun jelas kelihatan.
- Ketika menuruni ruang udara Lombok, dapat disaksikan betapa kering persekitarannya kerana dilanda musim kering. Dikhabarkan hujan tidak turun hampir beberapa bulan terutamanya di bahagian Lombok Barat.
- Kami mendarat di Lombok Airport pada sekitar jam 5.15 petang. Tiada perbezaan waktu di antara Kuala Lumpur dan Lombok.
- Selesai urusan imigresen, kami disambut oleh Fandy di luar arrival hall. Sama seperti dulu, Fandy menyarungkan kami selendang kecil kain tenunan Sasak sebagai tanda ucapan selamat datang.
- Masa perjalanan dari airport ke Novotel Lombok lebih kurang 30 minit. Fandy tanya sama ada kami nak singgah makan dulu tapi aku pilih untuk terus ke hotel je so that boleh rehat. 3 jam duduk tegak dalam flight sakit juga belakang. Almaklum dah senja. Hahaha.
- So, sampai di hotel, proses check-in berjalan lancar. Staffnya bernama Erna yang uruskan. Sangat peramah. Aku cuma perlu membuat bayaran tambahan untuk extra 1 pax berjumlah IDR 900,000 (MYR 276).
- Erna juga memberitahu pihak hotel ada memberi complimentary photo session. Aku cuma perlu book slot mengikut masa yang aku prefer.
- Sampai di bilik, kitorang mandi dan rehat. Sekitar jam 7.00 malam kitorang keluar semula untuk dinner di Spice Market Restaurant.
- Aku dan Umi makan nasi ayam taliwang (IDR 160,000), masakan khas Sumbawa, manakala adik aku memilih crispy fried chicken (IDR 80,000). Ayam taliwang dia aku suka sebab pedas. Umi makan sikit je sebab dia memang jenis tak makan banyak. Sudahnya ayam dia aku dan adik aku yang habiskan. Crispy fried chickennya pun sama seperti namanya. Rangup!
- Untuk minuman pula, kami memilih tomato juice (IDR 60,000), iced coffee (IDR 60,000) dan iced tea (IDR 40,000).
- Selesai makan, kami bersiar-siar di tepi pantai menghirup angin malam. Kemudian pulang ke bilik untuk tidur. Itu je la aktiviti hari pertama kami di Lombok.
Cash:
- AirAsia Meal : IDR 215,000 (MYR 65.00)
- Airport transfer & tour : IDR 1,400,000 (MYR 430.00)
- Hotel – extra 1 pax : IDR 900,000 (MYR 276.00)
- Dinner @ Spice Market : IDR 677,600 (MYR 209.00)
Cash: IDR 2,515,000 (MYR 771.00)
Credit card: IDR 677,600 (MYR 209.00)
Day 2: Santai-santai di hotel, Statue Putri Mandalika & Bukit Seger
- Hari kedua di Lombok ni kami just stay di hotel je. Plannya petang nanti, lepas Umi dan adik aku selesai berspa bagai dan berphoto session, aku nak ajak naik ke Bukit Seger yang terletak di tepi hotel ni.
- So, awal pagi sebelum breakfast, kami bersiar-siar di sekitar Pantai Mandalika di hadapan hotel. Pasirnya bulat-bulat kecil seperti sekoi. Pantai Mandalika ni cantik dengan diapit oleh 2 bukit kecil dan Lautan Hindi yang terbentang luas. Ombaknya agak besar dan menderu-deru sayup di hadapan. Di gigi pantai, ombaknya kecil je mungkin dah diperlahan disebabkan bentuk muka bumi di sini.
- So, selepas breakfast buffet di Spice Market Restaurant, kami melepak seketika di pantai. Di pantai hotel ni terdapat sebuah booth untuk peniaga tempatan yang menjual kain tenunan Sasak. Tengah-tengah lepak tu, mbak tu dok singgah menunjukkan kain-kain tersebut. Jadi, Umi ambil la sehelai warna yang dia berkenan.
- Selesai lepak, kami balik bilik sambung tidur. And then, aku keluar merayap kat sekitar hotel ni ambil gambar dan video untuk vlog sebelum merendamkan diri dalam pool. Ya Allah, nikmat betul dapat berendam ketika cuaca panas terik ni.
- Sekitar jam 1.30 tengahari sebelum pergi lunch aku ajak Umi dan adik aku mengambil beberapa keping gambar di sekitar hotel. Ada satu gerbang memasuki private villa tu dihias cantik dengan pokok bunga kertas. Memang sesuai untuk OOTD.
- Untuk lunch, kami memilih pizza Margaritha (IDR 100,000), Tempe Mendoan (IDR 50,000), Crispy Fried Chicken (IDR 80,000) dan hot tea (IDR 40,000).
- Dan pada jam 3.00 petang, aku bawa Umi dan adik aku ke In Balance Spa untuk temujanji massage diorang. Aku ambilkan Umi “Ginger Healing Massage” selama 75 minit yang berharga IDR 395,000 (lebih kurang MYR 121) dan adik aku pula buat foot massage selama 45 minit berharga IDR 285,000 (around MYR 87). Thanks kat adik aku di Terengganu yang sponsor spa session bondanya. Hehehe..
- Habis spa session, dalam 4.30 petang tu, aku ke kaunter photography service bertanya dengan Faesal kalau boleh start awal sebab slot kami jam 5.00 petang. Dia kata boleh je, so kami pun terus buat photo session. Photo session di sekitar hotel ni mengambil masa hampir 45 minit.
Statue Putri Mandalika & Pohon Jomblo
- Statue Putri Mandalika ni terletak berhampiran dengan Bukit Seger. Ia dibina bagi memperingati lagenda tempatan iaitu Putri Mandalika, seorang puteri yang cantik yang menjadi rebutan ramai putera kerajaan lain. Bagi mengelakkan sengketa dan menyelamatkan rakyatnya daripada peperangan, Putri Mandalika terjun dari Bukit Seger ke laut dan menghilang. Menurut masyarakat tempatan, Putri ini menjelma sebagai cacing yang berwarna-warni pada waktu tertentu dan sempena ini mereka menyambut pesta Bau Nyale di sekitar Pantai Mandalika. Cacing berwarna-warni ni katanya hanya muncul semalam sahaja di antara bulan Februari dan Mac. So, begitulah secara ringkasnya kisah Putri Mandalika ni. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik di sini.
- Berhampiran dengan statue ni juga terdapat sebatang pokok yang digelar Bachelor Tree atau Pohon Jomblo. Pokok ni elok je tumbuh sebatang di persisiran pantai yang ditenggelami air laut ketika air pasang. Lupa pula aku nak bergambar dengan pokok ni. Ye lah.. nasibnya kan serupa. Hahahaha… sedih!
Bukit Seger & Mandalika International Circuit
- Bukit Seger terletak di sebelah kiri pantai Novotel Lombok ni. Untuk pergi ke bukit ni, korang akan melalui jambatan yang diperbuat daripada buluh dan kayu yang merentasi saliran air di bawahnya. Di sekitar kawasan ni terdapat tempat meletak kenderaan, gerai-gerai penduduk tempatan yang menjual air kelapa muda, cenderahati berupa gelang, keychain dan sebagainya. Dan pastinya korang akan dihampiri oleh penjual-penjual di sini yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa. Pandai-pandai la deal ya.
- Anyway, terdapat 2 laluan untuk naik ke Bukit Seger ni. Kalau korang nak menaiki tangga bayaran IDR 5,000 dikenakan untuk seorang. Tangga ni dibina oleh penduduk tempatan, so sebab itu berbayar. Tapi kalau nak naik free je, boleh melalui laluan di bahagian kanan. Personally aku rasa laluan ni lebih landai dan mudah sikit untuk dinaiki. Anyway, ikut korang la kan prefer yang mana.
- Aku memilih untuk menaiki tangga kerana ingatkan lebih mudah. Dah lama tak beriadah, maka semput la juga. Padan muka aku! Tapi aku lagi kagum kat Umi sebab steady je dia naik. Lain machiam stamina mak aku ni!
- Semasa kami naik bukit ni, kami diekori oleh kanak-kanak yang menjual cenderahati dan mbak yang menjual kelapa muda. Gigih ya depa ikut sampai ke atas walaupun aku bagitau nanti aku beli masa turun je nanti.
- Tapikan, seronok melayan depa berbual. This young girl namanya Anding kalau tak silap, pandai betul berborak. End up sampai kat atas tu, kami beli juga beberapa gelang dan keychain dari setiap seorang dari mereka walaupun aku tatau entah kat siapa aku nak bagi benda-benda ni semua. Ada 5 orang kanak-kanak yang menjual. Bagi la support sikitkan diorang mencari rezeki yang halal.
- Air kelapa pun kami beli juga sebab ada sorang mbak tu namanya Aisah baik dok menolong adik aku mendaki dan menuruni bukit. Walaupun aku ngeri dengan parang yang ada kat tangan dia tu, dah la bukitnya curam. Mujur la tak tergolek. Dia pun dok tolong kami ambil gambar bertiga.
- Apapun, orang-orang tempatan kat sini memang baik-baik dan peramah.
- Oh, lupa pula nak cerita pasal Bukit Seger. Pemandangan dari atas bukit ni cantik juga terutamanya pada waktu sunset. Cuma aku tak explore sangat sebab dah pancit.
- Dari atas ni juga kita boleh saksikan pemandangan Pertamina Mandalika International Circuit, litar lumba yang dibuka pada November 2021. Khabarnya circuit ni antara yang tercantik di dunia sebab kedudukannya yang terletak berhampiran laut.
- Dah puas menikmati pemandangan di sekitar Bukit Seger ni, kami pun balik ke hotel. Sebelum tu, singgah dulu berjumpa Faesal untuk melihat gambar-gambar yang diambil semasa photo session tadi. Cantik semuanya!
- Lepas kawtim last price tu, kami pun terus bayar dan Faesal pun transfer kesemua gambar tu ke handphone kami. Settle satu perkara.
- Balik ke bilik, rehat, mandi and solat.. lepas tu kami keluar pi dinner. Menu pilihan Bakmi Goreng Djakarta (IDR 120,000), Gado-Gado (IDR 85,000), Melon Juice (IDR 60,000), Coca Cola (IDR 35,000) dan Hot Tea (IDR 40,000).
- Lepas makan, balik bilik rest dan kemas-kemas barang. Esok dah nak check-out. Haizzzz… singkat pulak rasanya. Dislike! Dislike! Dislike!!
Cash:
- Kain tenun Sasak : IDR 100,000 (MYR 30.60)
- Photo session photos : IDR 500,000 (MYR 153.40)
- Bukit Seger stair access : IDR 15,000 (MYR 4.60)
- Massage @ In Balance Spa : IDR 680,000 (MYR 208.60)
- Air kelapa – 3 biji : IDR 75,000 (MYR 23.00)
- Cenderahati Bukit Seger : IDR 143,500 (MYR 44.00)
- Lunch @ Spice Market : IDR 326,700 (MYR 100.00)
- Dinner @ Spice Market : IDR 411,400 (MYR 127.00)
Cash: IDR 1,513,500 (MYR 464.20)
Credit card: IDR 738,100 (MYR 227.00)
Day 3: Check-out, Bukit Merese, Desa Sade & Nasi Balap
- Hari ni last day di Lombok. Sedih pula rasanya nak balik. Macam tak puas je bermalasan selama 3 hari 2 malam kat sini.
- Selesai breakfast, kami mengambil angin di tepi pantai. Aku pula merayap di bahagian kanan pantai dok record video… demi content uols.. mana tahu next time boleh guna kan? Hehe..
- Fandy ambil kami pada jam 10.00 pagi. In fact 9.30 pagi dia dah sampai. Pak Kardi dan Azis yang membawa beg kami ke kereta. Sempat la berbual mesra bersama mereka berdua. Tu yang rasa macam berat nak balik sebab dapat rasa kemesraan mereka. Insyallah, ada rezeki nanti, aku akan ke sini lagi.
Bukit Merese or Merese Hills is an epic Kuta Lombok sunset viewpoint that overlooks the shores of Tanjung Aan Beach and the rocky coastline toward Kuta.
https://www.weseektravel.com/bukit-merese-hills-sunset-viewpoint/
Bukit Merese @ Tanjung Aan
- Bukit Meresa ialah lokasi yang sentiasa ada dalam list aku kalau berkunjung ke Lombok, tak kira la berapa kali pun sebab aku sangat teruja dengan pemandangannya yang bagi aku sangat cantik.
- Walaupun masa aku datang ke sini tengah musim kering dan tiada rumput-rumput yang menghijau, ia tidak mencacatkan pemandangan keseluruhan kawasan ni.
- Dulu masa aku first time ke sini, meleleh ya air mata sebab aku macam terkesima teruk dengan viewnya. That was in 2016. Jalan kat sini pun dah sedikit berbeza. Mereka dah buat laluan untuk akses sampai ke sini. Kalau dulu, Fandy parking di kaki bukit berdekatan pantai dan kami naik bukit ni dari situ. La ni tak perlu lagi. Hanya perlu daki sikit je. Mak aku yang 66 tahun pun boleh naik, korang yang muda jangan nak macam-macam alasan ya! Hehe..
- Dari atas Bukit Merese korang dapat saksikan pemandangan Lautan Hindi yang terbentang luas di hadapan. The best time katanya kalau nak ke sini masa sunset. Tapi dalam panas terik ni pun menarik juga pemandangannya, cuma korang rentung la kalau bersidai lama-lama kat sini.
- Nah, ni aku belanja sikit view masa aku pergi tahun 2016. Cantikkan? One day kalau aku ke sini lagi, aku nak try merayap sampai ke hujung sana.
Desa Sade ~ Traditional Sasak Village
- Selesai berpanasan di Bukit Merese, aku ajak Fandy ke Desa Sade, perkampungan adat kaum Sasak di Lombok ni. Tempat ni sangat sesuai kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kaum Sasak dari segi sejarah, adat dan sebagainya.
- Masuk ke sini rasanya free je tapi masa nak daftar masuk tu, korang kena tulis nama dan berikan sumbangan seikhlas hati. Setiap tetamu akan dibantu oleh seorang guide untuk menerangkan mengenai perkampungan Sade ni. Tip nak berikan pada guide pun ikut korang la.
- Di sini, korang dapat saksikan cara hidup kaum Sasak, aktiviti seharian mereka sebab ini ialah perkampungan sebenar mereka, bukannya replika atau sebagainya.
- Desa Sade ni terdiri daripada 9 buah kampung antaranya Sade Luar dan Sade Dalam. Dan Sade Dalam inilah induknya. Keseluruhan Desa Sade mempunyai 150 buah rumah dengan jumlah penghuni hampir 700 orang.
- Kesemua kampung ini diketuai oleh seorang Ketua Adat. Pelbagai lapisan generasi tinggal di sini hinggalah generasi yang ke-15.
- Uniknya Desa Sade ni dapat dilihat dari senibina rumah mereka dengan bumbung yang tinggi beratapkan “ilalang”. Strukturnya dibuat daripada kayu.
- Aktiviti mereka di sini antaranya ialah membuat kain tenunan. Kain tenunan Sasak mempunya corak khas dan ia diwarnakan dengan bahan-bahan semulajadi antaranya akar nila, kulit kayu, kunyit dan sebagainya.
- Menurut guide kami, keseluruhan kaum Sasak di kampung ni ialah Muslim. Walau bagaimanapun, mereka masih kuat memelihara adat mereka. Antara yang terkenal mengenai budaya Sasak ni ialah adat “menculik” anak dara yang hendak dijadikan isteri. Katanya, kalau masuk meminang dengan cara kita orang Melayu, ia agak kurang sopan dan mengecilkan hati keluarga perempuan.
- Lazimnya mereka berkahwin di kalangan keluarga sendiri antaranya sepupu dan lain-lain bagi menjaga kelangsungan adat tradisi mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak menghalang kalau ada di antara mereka yang hendak bernikah dengan “orang luar”.
- Anyway, sebelum beransur pulang, kami membeli 2 helai kain tenunan Sasak dan beberapa paket kopi Lombok asli.
Nasi Balap Puyung
- Selepas melawat Desa Sade, Fandy membawa kami lunch di Rumah Makan Nasi Balap Puyung Inaq Esun yang berhampiran dengan rumahnya. Kalau dulu, Fandy akan beli nasi balap ni dan makan di rumahnya. Tapi kali ni makan di restoran je sebab rumahnya masih terkesan dengan gempa pada 2018 dulu. Rumah induknya pun masih lagi dalam pembinaan.
- Anyway, nasi balap ni masa first time aku makan dulu, memang aku suka. Dan Fandy dia akan orderkan aku versi yang pedas sebab dia tahu aku hantu pedas.
- Bagi aku memang sedap nasi balap ni. Ia ringkas tapi sangat berasa. Ia dimakan dengan ayam suir, carikan ayam yang garing yang aku tersilap ingatkan ikan bilis goreng. And then ada kacang soya goreng (kedelai) dan ayam pelecing yang pedas itu. Versi tak pedas pun ada.
- Kali ni aku makan dengan telur asin bakar, first time merasa dan memang masuk dengan nasi balap. Ia tak terlalu masin macam telur masin kat Malaysia.
- Nasi balap ni mendapat nama dari perkataan “balap” iaitu lumba. Ini kerana cucu pemilik kedai makan ni seorang pembalap (pelumba motor). So, setiap kali dia menang perlumbaan, dia akan meraikannya dengan membawa rakan-rakannya makan di kedai makan neneknya ni. Maka, selepas itu lahirlah nama Nasi Balap ni. Begitulah kisahnya anak-anak…
- So, kalau korang berada di Lombok, jangan lupa menikmati nasi balap ni. Minum bersama es jeruk! Mantap!!!
- Selesai menikmati nasi balap, kami terus menghala ke rumah Fandy yang terletak berhampiran dengan restoran ni. On the way nak balik tu, Fandy ambil sekali anak dia, Kenzo di sekolah. Sudah besar ya dan semakin sihat! Hahaha.. dulu jumpa umur 6 tahun, kecil je.
- Di rumah, isteri, ibu dan keluarganya yang lain ada di rumah. Alhamdulillah, ibu Fandy masih kuat walaupun usianya mencecah lebih 80 tahun.
- Rumah Fandy menjadi tumpuan jiran-jiran setempat bagi mendapatkan air kerana kebanyakkan sumur mereka telah kering, tetapi Alhamdulillah di rumah Fandy airnya masih ada.
- So, kami berehat sebentar di rumahnya, menunaikan solat dan isteri Fandy menghidangkan kami air kelapa muda yang dipetik di halaman rumahnya bagi menghilangkan dahaga. Mereka nak hidangkan kopi, then aku cakap tak payah la susah-susah. Air kelapa ni pun dah cukup.
- Sepanjang lepak dengan Fandy dan isterinya, kami banyak berborak pasal life, update kehidupan masing-masing dan flashback memori masa first time aku datang ke Lombok dulu. Dia juga ada bertanyakan tentang kawan-kawan yang dulu datang ke sini. Well, masing-masing dah ada life kan…
- Aku pun ada bagi cadangan pada Fandy untuk lebih promotekan Lombok di social media terutamanya TikTok kerana sekarang ni di sana marketnya lebih luas untuk anak-anak muda berbanding dengan Facebook. Kita pun bantu la promote mana yang patut.
- Actually bagi aku Lombok ni ada banyak potensi, setanding dengan Bali dari segi keindahan alam semulajadinya.
- Selesai berborak, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Fandy dan bertolak ke airport. Tapi sebelum tu, aku minta tolong Fandy singgah di mana-mana supermarket untuk aku membeli kopi untuk dibawa pulang. Kalau tak, rugi je luggage 20 kg yang aku beli hala pulang ni. Hehe…
Cash:
- Kain tenun Sasak @ Desa Sade : IDR 500,000 (MYR 153.40)
- Derma masuk Desa Sade : IDR 50,000 (MYR 15.30)
- Desa Sade guide : IDR 100,000 (MYR 30.60)
- Lunch @ Nasi Balap Puyung : IDR 133,000 (MYR 40.80)
- Kopi Luwak : IDR 183,500 (MYR 56.20)
- Bag wrapping @ airport : IDR 65,000 (MYR 20.00)
- Snacks @ airport : IDR 20,000 (MYR 6.10)
- AirAsia Meal : IDR 220,000 (MYR 67.40)
Cash: IDR 1,271,500 (MYR 390.00)
Okay guys, begitulah serba-sedikit perkongsian aku mengenai trip di Lombok pada 4-7 November 2023 yang lalu sempena hari jadi Umi aku. Insyallah, ada rezeki aku nak bawa Umi ke tempat lain pula. Doakan aku murah rezeki ya! Thanks juga atas doa dan wish birthday pada Umi aku di Instagram.
So, pada sesiapa yang menggunakan khidmat Fandy di Lombok, boleh hubunginya di +62 853-3855-3612. Insyallah, dia akan berikan yang terbaik. Pakej-pakej di Lombok pun dia ada sediakan.
Dan pada sesiapa yang ada pertanyaan, boleh DM di Instagram baru aku: @omaralattas309 atau tulis di ruangan komen di bawah. Insyallah, aku akan cuba jawab mengikut apa yang aku tahu. IG lama aku @omaralattas tu seperti dah menjadi arwah selamanya… haizzz.. sedih betul!
Okaylah, till we meet again. Jangan lupa subscribe, like dan share Youtube aku. Doakan aku murah rezeki so that aku boleh travel lagi dan share pengalaman dengan korang. Jumpa lagi… adiosss!!!
Untuk mengetahui tentang trip Lombok aku yang pertama pada tahun 2016 dulu, boleh klik link di bawah. Antara lokasi yang aku pergi ialah Gili Trawangan, Gili Air, Gili Meno, Air Tejun Benang Stokel dan lain-lain.
Perkongsian trip terkini aku pada Julai 2024 di bandar pesisir pantai di Vietnam ~ Nha Trang.
Dan ini pula perkongsian tentang trip aku ke Sapa, Vietnam pada bulan September 2023 yang lepas.
Untuk info trip aku ke Hanoi dan Ninh Binh pada tahun 2022, boleh rujuk post di bawah:
Manakala, untuk trip aku ke Hanoi dan Halong Bay pada 2019, boleh rujuk post di bawah:
Jazakallah kepada Encik Omar kerasa sudi berkongsi. Susah nak mendapat perkongsian bertulis sekarang ini.
Alhamdulillah Puan/Cik Suriati kalau bermanfaat serba sedikit. Saya masih lagi old skool! Hahaha.. Sebab saya sendiri suka cari info travel yang bertulis. Senang nak dijadikan rujukan. Apapun, terima kasih sebab sudi singgah ya. ππ
thank you for your sharing
You’re welcome. Aza ππ