Hi semua! Untuk entry kali ni, aku nak kongsi pengalaman aku ketika bercuti di Bali baru-baru ni. Percutian ini aku rancang sempena menyambut birthday Erol pada 5 Julai yang lalu. Memula macam tak sure sama ada nak plan bercuti atau tidak memandangkan ia jatuh pada bulan puasa. Tambahan pula destinasinya pun tak sure di mana. But aku memang nak pergi travel sangat memandangkan trip aku ke Bangkok dengan Jihan pada April lalu terpaksa di-cancel atas sebab kerja. So, hati memang bergolak-golak nak pergi somewhere. Luckily, AirAsia ada buat sale masa tu and I managed to get a very good deal, aku rasa lah. Oh! By the way, ni first time aku ke Bali. In fact kami bertiga ni memang tak pernah menjejakkan kaki ke sini. Kasihan kan? Hehe…
Anyway, percutian untuk 4 hari 3 malam, termasuk tiket flight, hotel, tax, baggage, seat dan insurance adalah sekitar RM906.00 seorang! Boleh tahan murah kan? Hotel pula aku memilih Grand Istana Rama Hotel yang terletak di hadapan Kuta Beach. Berdasarkan komen-komen dalam TripAdvisor dan juga blog, ada bermacam-macam pendapat. Ada yang kata okay.. dan ada yang kata sebaliknya. Apapun, aku tawakkal je sebab dalam kepala cuma fikir janji tempat okay untuk tidur dan yang paling penting terletak di hadapan pantai, tu dah cukup bagus bagi aku. Anyway, nanti aku cerita dengan lebih lanjut pasal hotel ni.
Day 1: Kuta
Seperti yang sedia maklum, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Flight kami dari KL adalah lebih kurang jam 10.15 pagi dan kami sampai selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport sekitar jam 1.00 tengahari. Cuaca pun baik. Tak panas sangat dan berangin. Selesai semua urusan immigration dan baggage, kami terus keluar mencari teksi untuk ke hotel. Memula mencari juga teksi BlueBird yang mengikut beberapa blog adalah adalah perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai dan menggunakan meter di Bali ni. Tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin kami tertunggu di tempat yang salah. Ulat memang banyak la kat luar airport ni. Memula tu ada yang approach nak Rp200,000 ke hotel Mahal!! Padahal hotel ngan airport dekat je.. like 15 minit kalau tak jem. So, kami tak jadi naik. Then kami di-approach lagi oleh seorang bapak supir ni. Memula dia mintak Rp150,000. Pastu tawar punya tawar kami dapat Rp90,000 which is kami rasa okay la kot. Sekitar RM24.00 untuk satu van. So, bolehlah sebab malas nak menunggu bagai.
Sampai kat hotel, kami disambut dengan ramah oleh penyambut tetamu di sana. Takde pun tunggu lama macam yang aku baca kat blog tu. Nak berurusan pun senang. Dan aku memang dah siap-siap prepare refundable deposit Rp1,000,000 seperti mana yang aku baca kat komen TripAdvisor. Tersenyum receptionist tu.
Sampai bilik, lepas letak barang dan berehat seketika, sekitar jam 4.30 petang kami keluar menuju ke Kuta Beach di hadapan hotel ni. Ramai gila manusia kat sini yang majoritinya terdiri daripada pelancong asing. Mengikut bapak supir tadi, katanya warga Australia yang paling ramai datang ke sini. Rata-rata yang datang ke sini adalah untuk surfing dan berjemur di tepi pantai. So, memandangkan ni bulan puasa, makanya kenalah menjaga mata kan! Hahaha. We spent like 1 hour kat sini mengambil gambar dan melihat orang bermain surfboard. After that, kami merayap kat Beachwalk Mall yang terletak bersebelahan dengan hotel ni. Sebenarnya area Kuta ni memang happening dengan segala macam aktiviti. Lepas merayap kat ceruk-ceruk jalan sebelah mall ni, kami pun menuju ke Samudera Cafe di Grand Istana Rama ni untuk berbuka puasa. They gave us complimentary coupon untuk merasa masakan Indonesia sempena Minggu Promo Kuliner Indonesia. Just makan ringan-ringan je. Aku just pilih gado-gado je. Kalau nak makan buffet kena tambah like Rp140,000 seorang lepas 25% discount. Malaslah… sebab plannya nak makan kat tempat lain.
And masa berbuka ni, Firr google makan nak cari masakan padang yang halal kat sini. Jumpa kat this one blog. So, selesai menjamah tadi, kami terus ambil cab dan suruh dia bawa ke Rumah Makan ACC Minang yang terletak di Jalan Raya Tuban. Takde la jauh sangat pun, cuma sedikit jam je. Macet kata orang Indonesia ni. Harga teksi adalah Rp50,000. Aku rasa kalau naik BlueBird tu boleh dapat lagi murah. So, bila dah sampai sini, apa lagi.. tunggu makanan dihidangkan lah kan? Just order air je. Sekali dia bawak lauk, ambik kau.. bermacam-macam jenis. Dari ayam, daging, peparu, sambal, sayur dan macam-macam lagi. Standard kalau makan kat restoran Padang di Indonesia ni, dia kan kira lauk-lauk yang kita ambil je. Yang tak sentuh tu, dia tak kira. Dan nasinya walaupun nampak sikit, tapi hakikatnya boleh buat kita kenyang gile! Makan malam kami di restoran merangkumi lauk-pauk, 3 botol Teh Sosro, es jeruk dan kopi Bali adalah sebanyak Rp162,800 atau sekitar RM44.00 untuk 3 orang. Murahkan? So, bila dah selesai makan, kami menunggu driver taxi yang kami naik tadi tu untuk hantar kami pulang ke hotel. But, sebelum balik ke hotel kami singgah tapau makanan kat McDonald’s dan mart untuk masa sahur nanti.
So, itulah sahaja aktiviti hari pertama kami di Bali ni. Esoknya, kami ada full-day tour yang aku dah pre-booked sebelum datang ke sini.
Grand Istana Rama Hotel
Grand Istana Rama Hotel adalah salah satu hotel terkemuka di Kuta ni. Walau bagaimanapun, ia merupakan sebuah hotel lama yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Kalau buka komen kat blog mahupun TripAdvisor ni, macam-macam benda yang korang leh baca. Yang positifnya dan tak kurang juga yang negatifnya. But bagi aku, I’m okay with this hotel. Dengan harga yang murah yang aku dapat kat deal AirAsiaGo tu, dah memadai bagi aku. Aku bukannya kisah sangat bab nak stay ni sebab for me aku jenis kalau travel, dapat tempat tidur yang okay dan selesa dah cukup dah. Tak perlu nak bermewah-mewah sangat. Tapi ikut individu lah kan? Ada yang cerewet dan ada yang jenis tak kisah macam aku ni.
Berkenaan hotel ni, aku akan listkan antara pro dan contra-nya agar siapa yang nak stay kat sini in future boleh pertimbangkan. Antaranya:
Pro:
- Terletak betul-betul di hadapan Kuta Beach, ni antara kelebihan utama hotel ni. Tak payah nak berjalan jauh.
- Terletak bersebelahan dengan Beachwalk Mall, pusat membeli-belah terbaru di Kuta yang penuh dengan kedai-kedai pakaian, restoran dan bermacam-macam lagi.
- Staffnya yang peramah dan sangat membantu. Ada juga komen yang aku baca kat website yang mengatakan staffnya tak peramah dan sebagainya, but luckily aku takde experience benda-benda camtu. Derang sangat helpful since the first time aku email untuk request few things from them. Dari Guest Relation Officernya, Rara hinggalah ke General Managernya, Andi. Sangat membantu.
- Landskap yang menarik – penuh dengan pokok-pokok yang menghijau dan rimbun. So, memang rasa tenang kalau berada di sini.
- Bilik hotelnya dalam keadaan baik dan cukup selesa. Ada yang komen kata biliknya berbau “antik” but for me kalau dah dalamnya penuh dengaan furniture kayu, bau-bau seperti itu adalah normal. And I’m okay with that.
- Dapat beberapa complimentary voucher upon stay, antaranya (i) menjamah makanan sempena minggu Promo Kuliner Indonesia secara percuma, (ii) free banana boat ride for 3 di Nusa Dua bersekali dengan transportation pergi dan balik. Nusa Dua terletak lebih kurang 40 minit perjalanan, (iii) free 20 minutes back massage, (iv) free tequila kat Samudera Bar – ni bagi yang kaki minum memang heaven la kot, aku voucher ni awal-awal dah tolak ke tepi, (v) free birthday cake untuk birthday boy, Erol yang dihantar ke bilik.
Cons:
- Memandangkan hotel ini adalah hotel lama, keadaan toiletnya adalah sederhana. Bersih memang bersih cuma keadaannya “agak lama”. Air shower-nya agak slow dan kecil dan hot shower tak berfungsi pun.
- Kemudahan Wifi juga slow. Tetapi disebabkan aku roaming, so tak terasalah. Hehehe.
So, kesimpulannya, if it happens aku pergi lagi ke Bali ni, aku akan stay kat sini je. Selesa, murah dan value for money.
Day 2: Full-day tour with Bali Magic Tours
Tour selama satu hari ini diuruskan oleh Bali Magic Tours yang aku google sebelum bertolak ke Bali. Tour guide kami bernama Gusti dan bersama pak supirnya, Made. Pakejnya adalah seperti berikut:
- Tempat-tempat yang dilawati: Goa Gajah Temple, Tirtha Empul Temple, Temen Village (kopi luwak), Kintamani (Batur Lake & Volcano), Tegallalang Rice Terrace, Uluwatu dan Jimbaran Seafood dinner (berbuka)
- Waktu lawatan: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Harga pakej: USD 55.00 atau Rp 649,000 seorang
- Pakej termasuk entrance fee
Pada hari kedua ni, kami dijemput oleh Gusti dan Made di hotel pada jam 8.00 pagi. Destinasi pertama kami ialah Goa Gajah.
On the way ke Goa Gajah, kita akan melalui desa-desa kraftangan di Bali ni. Memang yang seperti kita maklum, masyarakat Indonesia memang sangat terkenal dengan seni art and craftnya yang diwarisi sejak turun-temurun. Kawasan yang pertama yang dilalui adalah Tohpati yang terkenal dengan seni batik. Kemudian kita akan melalui kawasan Batubulan, famous for its stone carving. Macam-macam statue/arca yang boleh kita nampak sepanjang melalui kawasan ni. Then, kita akan melalui pula Celuk yang terkenal dengan penghasilan seni kraf daripada perak. Menurut Gusti lagi, masyarakat di sini rata-ratanya bekerja separuh hari sebagai pegawai kerajaan, dan separuh harinya tu diperuntukkan untuk membuat dan mengusahakan kerja-kerja seni pertukangan ni yang telah diwariskan oleh nenek-moyang mereka.
Goa Gajah
Goa Gajah atau Elephant Cave ni terletak di Bedulu, berhampiran dengan Ubud. Kawasan ini dipercayai dibangunkan pada sekitar abad ke-9 hingga ke-11 Masihi. Facade Goa Gajah ni mempunyai ukiran yang sangat unik. Kawasan kuil ni juga dikongsi oleh dua penganut iaitu Hindu dan Buddha. Di dalam Goa Gajah ni terdapat patung Ganesha, iaitu Dewa Gajah yang mengikut kepercayaan penganut Hindu adalah Dewa Bijaksana/Pengetahuan. Dan Gusti ada bagitau yang masyarakat di sini bila anak-anak yang hendak mengambil peperiksaan, mereka akan datang ke sini dahulu untuk mendapatkan restu. Dalam gua ni pun ada lagi satu statue yang namanya aku tak ingat. Actually gua ni berbentuk T. So, bila kita masuk ke dalamnya, di sebelah kiri tu patung Ganesha, and the other one statue yang lagi satu tu. Di hadapan entrance gua ni ada satu mata air. Sejuk dan jernih airnya. Ada macam-macam kepercayaan berkenaan air di sini. Dengar sahaja lah ya…
Pura Tirtha Empul
Tirtha Empul ni terletak tidak jauh dari Goa Gajah. Juga dikenali sebagai Tampaksirini, ia merupakan kuil Hindu yang terkenal dengan holy water-nya yang digunakan oleh penganut agama berkenaan untuk menyucikan diri. Untuk masuk ke kawasan ni pun kita kena memakai sarung. Ramai yang datang untuk mandi dan membersihkan diri di sini termasuklah para pelancong. Kami just tengok dan snap gambar je la. Punca mata airnya terletak di dalam sebuah kolam dengan airnya yang sangat jernih dan sejuk. Semasa kami sampai di sini, terdapat sekumpulan penganut sedang melakukan ritual agama mereka. Cuma yang hendak bersembahyang je boleh masuk ke dalam tempat ni.
Menurut Gusti, jika mereka memakai baju putih, mereka melakukan ritual agama, tetapi kalau berpakaian hitam, terdapat upacara pembakaran mayat. Rata-rata kaum lelaki yang datang ke sini mengenakan kain dan sejenis “tengkolok” berwarna putih. Tapi apa yang pasti, kawasan di sini semerbak dengan aroma dari pembakaran kayu colok yang diperbuat daripada bunga Frangipani atau bunga Kemboja yang banyak terdapat di sini. Ni yang Gusti bagitau lah. Setelah puas bergambar di sini, kami ke destinasi seterusnya iaitu Temen Village untuk melihat pemprosesan kopi Luwak.
Temen Village – Coffee & Spices Garden
Actually, lawatan ke sini aku dah cancelkan dengan tour agen ni. Tapi dia masukkan juga sebab banyak lebihan masa dan tambahan pula lokasinya terletak di main road untuk ke destinasi lain-lain di dalam itinerary kami. So, bila sampai sini, kami dibawa memasuki kawasan kebun yang penuh dengan segala macam tumbuhan herba. Antaranya ginseng, kopi, bunga roselle dan pelbagai lagi. Juga diletakkan di dalam sangkar 3 ekor luwak yang rupanya seperti musang. Memandangkan haiwan ni adalah jenis nocturnal, maka tidur je la mereka di siang hari. Cara pemprosesan kopi luwak ni sure korang dah sedia maklum, so aku malas nak cerita. Hahaha. Tapi aku sempat la try menggoreng biji kopi kat situ. Bayangkan entah berapa jam proses menggoreng, menumbuk dan menapis yang mereka lakukan untuk menghasilkan kopi luwak tu. No wonder la kopi luwak yang betul-betul asli ni mahal harganya.
Berbeza dengan kopi luwak yang dihasilkan secara besar-besaran/komersial, luwak yang berjumlah ribuan ekor yang terdapat di dalam hutan di sini memakan daging ayam selain biji kopi itu sendiri. Manakala yang diternak secara komersial tu hanya diberi makan kopi. So, nak tak nak mereka terpaksalah memakan kopi sahaja. Dan dalam ribuan ekor luwak tu, kalau dikutip sisa buangannya di sebelah pagi kadang-kadang hanya akan dapat dalam 1-2 bekas kecil sahaja. Maknanya, memang tak mudah nak buat kopi luwak ni. Dan oleh kerana kami berpuasa, maka tak dapatlah nak merasa kopi luwak ni. Tapi aku sempat singgah di kedai cenderahati di sini membeli sepacket kopi Bali dengan serbuk bunga Roselle yanag asli tanpa campuran apa-apa bahan lain. Actually banyak lagi produk-produk yang dihasilkan di sini, tapi cukuplah beli dua tu je. Just nak merasa je kata orang.
Kintamani – Batur Volcano & Lake
Selepas melawat Temen Village, kami dibawa melawat ke Batur Lake dan volcano yang terletak di Kintamani. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Gunung Batur adalah di antara salah satu gunung berapi yang terdapat di Bali. Tapi kat sini takde lah sepanas macam masa aku pergi Gunung Merapi kat Yogja tu. In fact, tengok dari jauh je. So, dari lookout point tu, dapatlah kita menikmati pemandangan Gunung Batur dan tasiknya. Menurut Gusti, di seberang tasik tu, terdapat sebuah perkampungan yang diberi nama Trunyan. Di kampung ni, tradisi yang terkenal di situ adalah mereka tidak membakar mayat tetapi sebaliknya membiarkannya sahaja di dalam sangkar buluh sehingga mereput. Dan tengkoraknya tu nanti akan dikumpul di suatu tempat lain. Takut pulak mendengarnya. Katanya tak berbau sebab di sini terdapat pokok Tru Menyan yang mengeluarkan bau yang wangi. And nama kampung ni diambil sempena nama pokok ni lah. Tru Menyan tu rasanya kemenyan kot kan? Anyway, kalau korang tanya aku, tempat ni takde apa sangat. Kinda boring I would say. Or maybe masa aku datang je cuaca overcast je. So view tak berapa menarik. Tak lama pun spent masa kat sini. Snap few photos dan beli limau sekilo, terus naik van untuk ke destinasi seterusnya. Jadilah kan… janji pernah menjejakkan kami ke sini.
Next destination, kami singgah di kedai souvernir yang Gusti suggest. Katanya kualiti kat sini lebih bagus dari kedai yang lainnya. So, pergilah usha sekejap sebab hajat di hati nak cari t-shirt I Love Bali tu. Memang ada tapi designnya bukan seperti yang kami nak. Tapi beli la jugak sehelai dua t-shirt bercorak batik. Memang kualtiti kainnya berbeza dengan kedai-kedai tepi jalan yang kitorang tengok kat Kuta tu. Yang situ memang murah, but kat sini mahal sedikit. Benda-benda souvenir lain malas aku nak beli kat sini sebab kami plan nak beli di Krisna je. Banyak blog yang suggest beli kat sini. Banyak pilihan dan murah. Dan selepas shopping kat sini, kami dibawa ke Tegallalang pula.
Tegallalang Rice Terraces
Selesai lawatan di Kintamani ni, kami meneruskan perjalanan ke Tegallalang untuk melihat kawasan padi yang ditanam di lereng-lereng bukit. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kebun buah-buahan terutamannya buah limau. Sampai di kawasan ni, pengunjung boleh tahan ramai. Tapi takde lah sesak sangat. But one thing for sure, viewnya kurang menarik sedikit sebab masa kami datang ni padi-padinya telah dituai. So takdelah nampak hijau dan segar yang macam dalam gambar tu.
Dalam pada sibuk bergambar, kami berkesempatan snap few photos dengan seorang pakcik kat sini. Gusti kata pakcik ni seorang petani dan famous sebab mukanya pernah masuk magazine Bali ni. Kiranya icon di Tegallalang ni lah. Mukanya unik ditambah pula dengan topi yang dipakainya yang diperbuat daripada anyaman daun kelapa. Sebagai upah, kami memberinnya sedikit wang. Ye lah, dah ko bergaya sakan dengan topi dan kendongan miliknya, takkan nak free je kan. Yang group pompuan mat saleh sebelum kami tu beri dia setin air Coke. Pun boleh…
Garuda Wishnu Kenchana Cultural Park (GWK)
Selepas Tegallalang, kami pergi ke GWK ni yang terletak sejam lebih perjalanannya. Taman Tema ni merupakan sebuah projek yang lama untuk disiapkan. In fact, masa kami datang ni ada beberapa tempat yang masih dalam pembinaan. Di sini terdapat 2 buah plaza yang menempatkan 2 buah statue iaitu Wishnu dan Garuda yang berasingan dan bakal disatukan untuk menjadi sebuah statue yang terbesar di dunia katanya. Kalau aku tak silap dengar lah. Lebih besar dari Statue of Liberty kot. Apa yang menarik kat sini? Entahlah.. aku tak boleh nak appreciate sangat.
Tapi kat sini ada free cultural performance seperti tarian Barong, Legong dan lain-lain. Dipersembahkan setiap setengah jam kalau tak silap. Takdan kami nak menunggu sebab nak berkejar ke dua destination terakhir iaitu Uluwatu dan Jimbaran. Selain tu, kat sini juga terdapat kedai menjual souvenir dan cafe. So, pada sesiapa yang nak membeli cenderahati atau makan, bolehlah ke sini. Dan di luar amphitheater ni juga terdapat khidmat melukis potret. Kalau berminat dan ada fulus lebih, bolehlah try.
Uluwatu Temple
Perjalanan dari GWK ke Uluwatu ni lebih kurang setengah jam lebih. Uluwatu merupakan sea temple yang dibina pada kurun ke-11 yang bertujuan untuk melindungi Bali daripada evil spirits. Temple ni terletak di hill cliff yang mengadap Lautan Hindi yang terbentang luas. Untuk masuk ke sini adalah dinasihatkan jangan memakai topi ataupun kacamata kerana terdapat banyak beruk-beruk di sini yang agak “nakal”. Tapi masa kami sampai tu masih awal lagi.. so tak banyak makhluk ni yang keluar. Cuaca masih panas, makanya mereka masih berehat di dalam hutan kat situ. Aman sikit rasanya.
Uluwatu ni memang famous. Sesiapa yang pergi ke Bali memang wajib post gambar mereka kat sini. Pemandangan memang cantik. Dengan ombak dan lautnya yang luas. Tak tergambar dengan kata-kata. Kami di sini tak lama. Lebih kurang 15 minit je. Lepas ambil gambar terus beredar. Tak pergi pun templenya sebab nak ke Jimbaran pula untuk berbuka puasa.
Jimbaran Seafood Dinner
Dinner di Jimbaran ni adalah termasuk sekali di dalam package. Ikutkan dalam jam 8.00 malam but memandangkan kami nak berbuka puasa, maka aku request dengan Gusti suruh buatkan awal sedikit. Lagipun aku ada plan dengan pihak hotel untuk buat surprise kat birthday boy hari ni. Anyway, dinner kat sini orang kata agak mahal. But aku tak sure berapa harga sebab dah bersekali. Yang pasti dinner kami sangat mengenyangkan. Dengan ikan bakar, sotong, udang, kerang, ketam, air kelapa dan buah-buahan, ni semua dah cukup puas hati. Not the best, but okaylah. Yang penting sambil makan kita boleh menjamu mata melihat sunset selain daripada dihiburkan dengan pemuzik jalanan serta tarian tradisional mereka, tari Legong. Pemuzik kat sini tanya kami dari mana dan bila dapat tahu dari Malaysia terus mereka dendangkan lagu Carefree – Rindu Bayangan. Versatil mereka ni. Dengan group dari China dibantainya menyanyi lagu Kantonis. Patut aku cakap je dari Korea or Arab, tengok boleh ke tak nyanyi lagu Kpop or Arab, kan?
Anyway, lepas habis dinner kami pun terus balik ke hotel. Bagilah sikit tips kat Gusti dan Made sebagai tanda penghargaan. So, bila masuk ke kat lobi hotel dah terpampang flower decoration kat water feature kat situ birthday wish untuk Erol, walaupun namanya dah sedikit berterabur. Ye lah.. bendanya siap dah lama… mesti terkena angin atau ada tangan-tangan gatal yang mengusiknya. But puas hati dengan hasil kerja mereka. Thanks to Yuli yang tolong aku arrange benda ni. Erol ngan Firr pun nampak cam surprise. Hahaha.. So plan aku kira berjayalah.
Next plan plak aku dah kawtim dengan Firr. Memula cakap nak keluar lepas berehat sekejap.. lebih kurang jam 9.30 malam. So, suruhlah Erol mandi dulu. Aku pun menunggu la juga mana staff hotel ni tak sampai-sampai sebab mengikut perancangan aku suruh mereka hantarkan kek ke bilik jam 9.00 malam. Bila Erol dah siap, aku sengaja melengah-lengah untuk mandi. Tup-tup jam 10.00 malam baru Yuli call kata boleh deliver ke tak. So aku cakap okay je. Kebetulan Erol tengah busy dengan phone dia kat balcony. Bila bell berbunyi, aku panggil dia suruh buka pintu sebab cakap malas nak bangkit dari katil. Dan bila dia buka pintu.. tadaaaaa… ada 2 staf bawa kek sambil nyanyikan lagu Happy Birthday. Menjadi lagi surprise. Hahaha. So, thanks sangat kat pihak hotel sebab memberi sebiji kek ice-cream yang sedap. Serious pihak hotel ni memang sangat membantu. Lepas bedal sikit kek dan bersiap, malam tu kami merayap ke area sekitar Kuta dengan misi utama mencari KFC sebab mengidam dari haritu tak dapat-dapat.
On the way balik, kami singgah di sebuah kedai menjual baju untuk mengusha t-shirt I Love Bali tu. Memula dia letak harga Rp150,000 which is lebih kurang RM40.00. Bapak mahal. Selalu t-shirt camni aku beli paling mahal pun RM15.00. Kain bukannya high quality pun. Lepas tawar punya tawar dapatlah Rp55,000 sehelai. Lebih kurang RM15.00. Beli la beberapa pasang. Tapikan sebenarnya kalau korang nak beli souvenir or apa-apa t-shirt termasuklah I Love Bali ni, beli aje di Krisna. Jauh lebih murah. Kualiti sama je. T-shirt yang sama dijual dengan harga Rp27,000 kalau tak silap. Bila convert dalam RM7.00 lebih je. Menyesal pula beli kat sini. Hahaha. So, next time ingat ya. If nak beli souvenir, pergi ke Krisna je. Krisna ni bagi yang tak tahu adalah pusat menjual ole-ole Bali. Mereka ada banyak cawangan di sekitar Bali ni. Bila naik cab, cakap je kat driver teksi nak ke Krisna, tau lah dia nak membawanya.
Day 3: Nusa Dua
Pada hari ketiga ni kami ke Nusa Dua untuk menaiki Banana Boat. Ni compliment daripada pihak hotel. So free je la. Mereka sediakan pengangkutan pergi dan balik. Bertolak dari hotel sekitar jam 9.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Actually kami tak naik pun banana boat ride tu. Malas aku nak berlekit-lekit basah dengan air laut. Erol dengan Firr pun sama malas. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk melepak di tepi pantai je. Since takde buat apa memang agak bosan la. Luckily, staf hotel bernama Madesa tu baik hati then suruh pak supir hantar kami balik sekitar jam 11 lebih. Ikutkan lama lagi kena tunggu sebab ada group dari China yang satu van dengan kami tadi tengah sakan buat water sport.
Dalam perjalanan, pak supir, Gusti dok tanya-tanya dah pergi mana-mana tour ke tidak. Aku bagitaulah dah semalam. So dia offer nak bawa ke Pandawa Beach or Tanah Lot menaiki vannya dengan charge Rp50,000 sejam, lebih kurang RM14.00. Fikir punya fikir kami pun setuju memandangkan flight kami esok pada jam 7.00 malam. So siang tu ada banyak masa. Just pergi Pandawa Beach je la sebab Firr kata tempat ni pun cantik dan baru.
Sampai je kat hotel kami terus claim free 20 minutes back massage yang hotel bagi. Then ambil cab untuk pergi ke Krisna, pusat menjual ole-ole Bali. Driver taxi bawa kami ke Krisna di Sunset Road. Memang banyak souvenir yang dijual di sini daripada baju, kopi, kudap-kudapan dan bermacam-macam lagi. Macam aku kata sebelum ni, kalau nak beli souvenirs beli je kat sini. Fixed price but still murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai tepi jalan tu. Bila tawar pun still tinggi, unless ko hebat gile dalam bab tawar-menawar ni, then boleh la kot. Banyak juga aku shopping kat sini beli kopi Bali dengan t-shirt. Dengan RM300.00 lebih kurang, macam-macam ko boleh beli.
Selesai shopping, kami pulang ke hotel untuk meletakkan barang sebelum keluar semula merayap di sekitar Kuta. Hajat hatinya nak berbuka dengan Ayam Penyet dekat restoran yang terletak berdekatan dengan kedai baju yang kami pergi malam tadi. Untuk iftar hari ni, kami order 3 set ayam penyet dengan tambahan satu set Buntut Penyet (ekor lembu) dan extra sambal. Murah gila la makan kat Indonesia ni. Cukup puas hati.
Lepas makan, kami berpecah. Firr balik bilik manakala aku dan Erol gi singgah spa untuk body massage dan scrub. Kami memilih Steiner Salon & Natural Day Spa dengan mengambil pakej foot reflexology, body massage dan body scrub. Pakej selama 2 jam setengah ni berharga Rp230,000 iaitu sekitar RM63.00. Murahkan? Dan messeurnya adalah lelaki. So, takdelah segan atau rasa bersalah. Hahaha. Selesai massage di sini, kami lepak pantai sekejap then terus pulang ke hotel. Oh.. by the way, kualiti massage di situ biasa-biasa je. Tak sebagus macam aku pergi kat Krabi dulu. Masa buat scrub tu dia betul-betul sental belakang badan ko. Yang ni kira okay je la. Tapi apa yang pasti, massage dan treatment kat Bali ni betul-betul murah jika dibandingkan dengan Malaysia or even Thailand.
Day 4: Pandawa Beach – Kuta – Kuala Lumpur
Ahhh.. sedihnya! Hari ni merupakan last day kami di Bali. Inilah part yang paling tak best bila bercuti. Nak face reality semula. Tapi nak buat cemana. Tak bekerja mana nak datang duit untuk pergi bercuti kan? Hehehe.
So, pagi ni aku bangun awal. Dah siap kemas semua, aku keluar ke Kuta Beach untuk menikmati angin pagi. Yang 2 orang lagi tu memang tengah nyenyak diulit mimpi. Bila balik semula bilik, mereka tengah bersiap. So, kami checkout awal pada jam 10.00 pagi. Pak supir kami, Made, dah tercongok kat hotel menunggu. Bila selesai urusan checkout dan tinggalkan luggage kat situ, kami pun bertolaklah ke Pandawa Beach di Nusa Dua.
Pandawa Beach
Ini merupakan kawasan yang baru dibuka yang terletak 40 minit perjalanan dari hotel kami di Kuta. Pemandangan di sini memang sangat cantik dengan air laut yang crystal clear, membiru dan pasir pantai yang putih. Ombak pun boleh tahan besar. Tapi aktiviti laut yang boleh dilakukan di sini hanya berkayak. Surfing tak sesuai sebab ombaknya tak seperti di Kuta dan lain-lain. Tatau nak describe camne. Buat-buat faham je la ya. Di sini ada terdapat 5 patung yang diletakkan di dalam dinding bukit dekat dengan main entrance. Nama-namanya aku tak ingat. Sorry la ya. Resort kalau tak silap aku takde kat sini. Kalau ada pun ada sebelum sampai di pantai ni. Sebab ni kawasan baru kan. Maybe in future ada kot. Menurut Made, kalau lewat petang lagi ramai pengunjung di sini. Since kami sampai pun tengahari, panas terik pula tu, so takde la ramai sangat. Cuma pelancong asing yang tegar nak ber-suntan bersidai kat sini. Kami spent like sejam di sini mengambil gambar sambil menikmati pemandangan. Kiranya kami menggunakan khidmat Made selama 3 jam yang berharga Rp150,000.
Sampai kat Kuta, kami suruh Made dropkan kat area kedai semalam. Malas nak balik hotel dulu sebab ada few hours lagi sebelum nak bergerak ke airport. Dah pesan siap-siap kat Made suruh ambil kami kat hotel jam 4.30 petang. Dia offer tambang Rp120,000. Boleh la kot. Malas nak fikir sangat. So, sampai kat Kuta kami singgah di Kimberly Spa untuk buat foot massage, pedi ngan medi. Saja nak try. First time nak try buat bendalah ni. So trylah. Untuk tiga-tiga treatment tu kalau tak silap aku berharga Rp145,000. Makanya duduklah diam-diam sejam lebih untuk treatment tu. Nilah namanya membuang masa. Hahaha. Selesai semua, kami terus balik ke hotel dan Made memang dah ada kat sana. Siap semua, kami bergerak ke airport. Si Made bersungguh-sungguh suruh contact dia lagi bila datang semula ke Bali. Dia boleh bagi special harga untuk wisata ke tempat lain. Katanya…
Anyway, sampai airport dan selesai urusan checkin luggage dan membayar airport tax sebanyak Rp200,000, kami pun masuklah ke waiting hall sambil membeli sedikit makanan untuk berbuka. Dan bila masuk flight, kami bertiga bantai Nasi Lemak Pak Nasser sepuasnya. Senyap je makan, almaklum.. kelaparan. Alhamdulillah, kami sampai awal di KLIA2 daripada waktu yang sepatutnya. Dan dengan ini, maka tamatlah percutian kami sempena birthday Erol di Bali. Bosannyaaaaaaaaa sebab esoknya aku kena kerja. Hahaha. Tapi yang penting, we had lots of fun kat Bali ni. Walaupun puasa, tak langsung rasa keletihan sebab cuaca kat Bali sangat selesa dan tak sepanas di KL. Lagipun sangat windy. And the best part, hotel Grand Istana Rama yang mula-mula tu aku rasa macam pasrah je la nak stay selepas membaca review kat internet, turn out to be pilihan yang tepat. Murah, selesa, lokasi yang terbaik dan staf yang sangat friendly.
Dan, ni sedikit tips yang aku nak kongsi based on my experience kat sini:
- Naik teksi BlueBird, yang ni menggunakan meter dan boleh dipercayai.
- Nak beli souvernir, beli di Krisna je. Fixed price but still murah gile banding dengan kedai-kedai tepi jalan tu.
- Nak hotel murah, selesa dan lokasi yang terbaik, pilih je Grand Istana Rama. Walaupun hotel ni hotel lama, tapi conditionnya bagus lagi.
- Makanan halal senang nak cari kat Bali ni. Banyak kedai makan Padang di sini. Fast food pun okay like KFC. McDonalds dan lain-lain.
So, that’s about it. Jumpa di post yang akan datang! See you soon.
Leave a Comment