Pengenalan
Assalamualaikum dan hello semua! Aku menerima beberapa soalan mengenai tren MySawasdee KL ke Hatyai ni. So, aku rasa better aku compilekan sedikit info mengenainya. Mudah-mudahan membantu juga la kan?
Sebenarnya, ramai yang masih belum tahu, sekarang korang dah boleh ke Hatyai dari Kuala Lumpur dengan lebih mudah dan selesa menggunakan tren khas MySawasdee! Tren ini adalah kerjasama antara KTM dan SRT Thailand, yang menawarkan perjalanan terus dari KL Sentral ke Hatyai tanpa perlu tukar tren di Padang Besar seperti sebelum ini.
Dalam post ini, aku kongsikan panduan lengkap naik tren MySawasdee KL ke Hatyai, termasuk cara tempah tiket, suasana dalam tren, proses imigresen, serta tips berdasarkan pengalaman sebenar aku. Kalau korang tengah plan trip bajet ke Thailand, ini mungkin salah satu cara paling jimat dan relaks untuk ke sana!

Tapi… sebelum tu, jangan lupa subcribe, like dan share video-video di channel YouTube aku ya! So, takde la korang terasa terhutang budi dengan aku bila dapat info ni kan? Hahahaha.. Kidding! Okay, jom aku terangkan.

Tren MySawasdee KL Sentral – Hatyai
Kalau korang nak travel ke Hatyai dengan cara yang santai, tak rush, boleh baring dengan selesa dan boleh bergerak ke kafe atau tandas, tren MySawasdee memang pilihan terbaik. Naik dari KL Sentral terus ke Hatyai*, perjalanan yang lama tapi tak terasa sebab boleh tidur berbaring sepanjang malam di atas katil. Tak payah fikir pasal drive jauh-jauh atau leceh nak naik bas.
Apa itu tren MySawasdee?
Tren MySawasdee ini ialah tren khas yang disediakan oleh pihak KTMB untuk membawa penumpang dari KL Sentral terus ke Hatyai, Thailand.
* Walau bagaimanapun, tren ini akan berhenti seketika di Padang Besar untuk tujuan imigresen, sebelum meneruskan perjalanan dan berhenti di Haytai Junction (Hatyai Train Station).
Tren khas ini ialah dari jenis tren KTM Intercity DMU (Diesel Multiple Unit), sama seperti Tren Ekspress Rakyat Timuran tu dan bukan dari jenis Electric Train Service (ETS).
Ia menggunakan lokomotif KTMB (Malaysia) sehingga Stesen KTM Padang Besar di sempadan Thailand. Selepas itu, ia akan ditukar dengan lokomotif SRT (Thailand). Namun, gerabaknya masih kekal sama.



Bila jualan tiket MySawasdee dibuka?
Trip tren MySawasdee ni tidak ada pada setiap masa seperti ETS atau InterCity yang lain. Aku ada ternampak beberapa kali pertanyaan dari orang-ramai bagaimana hendak membeli tiket ni di laman KTMB sebab bila nak beli je takde.
Penjualan tiket lazimnya diumumkan oleh pihak KTMB melalui media sosial mereka (Instagram, Twitter, Facebook, dll). Jadi bagi korang yang nak tahu tarikh penjualan tiket, kena check atau follow sosial media mereka. Bila diumumkan tarikh je, korang kena stand-by depan desktop atau phone masing-masing kerana selalunya tiket mereka cepat habis terutamanya bagi seat katil (lower and upper berth).
Selalunya tiket jualan dibuka sehingga untuk beberapa slot contohnya jika jualan dibuka pada bulan Januari, terdapat juga jualan tiket untuk bulan-bulan berikutnya sehingga Mei. Tapi, apa yang pasti, trip MySawasdee ni selalunya ada semasa cuti perayaan, cuti sekolah atau hujung minggu yang panjang.




Tempoh perjalanan KL Sentral – Hatyai via tren MySawasdee
Perjalanan dari KL Sentral ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 11 jam termasuk dengan proses imigresen di Stesen KTM Padang Besar. Imigresen Malaysia dan Thailand terletak di dalam bangunan yang sama.
Tren ini juga berhenti di beberapa stesen utama seperti Tanjung Malim, Ipoh dan Taiping.
Mengikut pengalaman aku, lazimnya jadual tren khas ni adalah seperti di bawah. Bertolak pada malam hari Khamis dan pulang pada pagi hari Ahad. Ini bukan jadual yang tepat, cuma anggaran masa secara kasar:
- Khamis, 10.30 malam (WM) : Bertolak dari KL Sentral
- Jumaat, 6.06 pagi (WM) : Tiba di KTM Padang Besar, urusan imigresen Malaysia dan Thailand**
- Jumaat, 8.50 pagi (WT) : Tiba di Hatyai Station
- Ahad, 10.20 pagi (WT) : Bertolak dari Hatyai Station
- Ahad, 1.00 petang (WM) : Tiba KTM Padang Besar, urusan imigresen Thailand dan Malaysia
- Ahad, 10.52 malam (WM) : Tiba di KL Sentral
(WM = Waktu Malaysia, WT = Waktu Thailand. Beza waktu Malaysia dan waktu Thailand ialah 1 jam)
Tetapi, ada juga masanya jadual perjalanan bukan pada hari-hari yang bekenaan. Ia tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh pihak KTMB.
** Bila tiba di KTM Padang Besar tu pada waktu pagi, kalau tren sampai sedikit awal, maka kenalah menunggu sekejap sebab imigresen Thailand buka pada jam 6.00 pagi waktu Thailand (7.00 pagi waktu Malaysia). And then, tren pula nak tukar kepala lokomotifnya, so semua proses ni mengambil sedikit masa. Sementara tu, boleh la korang posing-posing buat content. Hahaha..
Harga dan jenis seat dalam tren MySawasdee
Tren MySawasdee menawarkan beberapa jenis tempat duduk iaitu:
- Lower Berth (katil bawah) – RM 119 : paling popular, lebih selesa & tingkap luas
- Upper Berth (katil atas) – RM 109 : sempit sedikit, perlu turun/naik tangga & tingkap kecil
- Seat biasa – RM 95
Harga di atas hanya sah untuk perjalanan KL Sentral – Hatyai / Hatyai – KL Sentral sahaja.
Koc katil ialah di koc C manakala koc tempat duduk ialah di koc B. Bagi koc katil, bantal dan selimut nipis turut disediakan.
KTMB mengenakan one fare zone di mana harga adalah sama bagi penumpang dewasa, warga emas atau kanak-kanak.



Cara membeli tiket tren MySawasdee
Tiket tren MySawasdee boleh dibeli secara online melalui app KTMB Mobile ataupun di laman web https://online.ktmb.com.my/
Membeli tiket tren MySawasdee melalui website
- Log masuk laman web: https://online.ktmb.com.my/
- Kalau korang belum daftar, better daftar terlebih dahulu.
- Pilih (origin: KL Sentral) dan (destination: Hat Yai). Departure dan return date pilih ikut tarikh yang telah diberikan oleh pihak KTM. Kalau korang letak tarikh selain daripada tarikh-tarikh yang diberikan, memang confirm tak akan jumpa tiket perjalanan ni.
- Pilih berapa ramai jumlah penumpang (up to 8 pax untuk sekali purchase).
- Kemudian, klik Search.

Cari dan pilih seats
- Jadual perjalanan berserta jumlah seat yang available akan dipaparkan mengikut tarikh yang telah dipilih. Kalau 0 tu maknanya dah habis. Bolehlah korang menangis di bucu katil.
- Klik butang Pick Seats untuk memilih tempat duduk.

- Pilih seat yang dikehendaki. Rujuk icon untuk mengetahui jenis seat sama ada katil bawah (lower berth), katil atas (upper berth) atau seat biasa.
- Jumlah seat yang ada juga dipaparkan. Lazimnya koc katil terletak di koc C manakala koc tempat duduk pula di koc B. Apapun, ia tertakluk pada perubahan oleh pihak KTMB.

- Bagi tempat duduk pula, terdapat 2 jenis iaitu forward dan backward.
- Forward ialah mengikut arah pergerakan tren, manakala backward pula berlawanan arah pergerakan tren.
- Ini juga penting sebab ada orang yang akan pening kalau duduk berlawanan arah pergerakan. So, masa nak beli tu pastikan beli seat yang betul.

- Selepas membuat pilihan seat, klik butang Confirm Seats.

Masukkan maklumat penumpang
- Pastikan pilihan seatsnya betul. Kemudian, klik butang Proceed to Passenger Details.

- Masukkan butiran lengkap yang dikehendaki. Bagi warga negara Malaysia, masukkan nombor kad pengenalan sudah memadai.
- Pastikan semua butiran betul sebelum klik butang Proceed to Payment.

Buat pembayaran
- Jumlah harga tiket dipaparkan.
- Pilih payment option yang korang prefer sama ada kad kredit, MyDebit atau yang lain-lain dan klik butang seterusnya untuk membuat pembayaran.

- Selepas membuat pembayaran, untuk melihat tiket, korang klik: nama (on top right) > My account > My ticket > Upcoming.
- Klik icon printer di sebelah kanan pada jadual perjalanan.

- Tiket perjalanan dipaparkan. Klik butang Print.

- Korang ada pilihan untuk print atau save as PDF. Just save as PDF sudah memadai. Boleh share dengan group korang melalui WhatsApp dan lain-lain.
- Gunakan kod QR yang diberikan untuk diimbas di boarding gate.

Membeli tiket tren MySawasdee melalui mobile app
First of all, download app sama ada untuk Android atau iOS.
- Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ktmb.user.mobile&hl=en&pli=1
- iOS: https://apps.apple.com/us/app/ktmb-mobile/id1527902857
- Launch app KTMB Mobile.
- Kalau korang belum daftar, better daftar terlebih dahulu.
- Pilih (origin: KL Sentral) dan (destination: Hat Yai). Departure dan return date pilih ikut tarikh yang telah diberikan oleh pihak KTMB. Kalau korang letak tarikh selain daripada tarikh-tarikh yang diberikan, memang confirm tak akan jumpa tiket perjalanan ni.
- Pilih berapa ramai jumlah penumpang (up to 8 pax untuk sekali purchase).
- Kemudian, klik Search.

- Pilih seat yang dikehendaki dan klik Next.

- Masukkan butiran penumpang dan kemudian klik Make Payment.
- Pilih payment option yang korang prefer sama ada kad kredit, MyDebit atau yang lain-lain dan klik butang seterusnya untuk membuat pembayaran.

- Untuk melihat tiket, klik My Tickets > Upcoming. Tiket perjalanan terkini akan dipaparkan.

- Klik View Tickets. Tiket digital akan dipaparkan. Gunakan kod QR yang diberikan untuk diimbas di boarding gate.

Selain beli online di laman web KTM atau aplikasi KTMB Mobile, tiket tren MySawasdee juga boleh dibeli secara offline di kaunter tiket KTM.
Tempat Beli Tiket Secara Walk-In
- Kaunter KTM Intercity: KL Sentral, stesen-stesen KTM lain yang ada perkhidmatan KTM InterCity
- Kiosk Layan Diri: sesetengah stesen KTM ada mesin layan diri untuk pembelian tiket
Kalau nak beli secara walk-in, pastikan pergi awal sebab tiket cepat habis, terutama masa hujung minggu atau cuti sekolah!
Kemudahan yang sediakan dalam tren MySawasdee
Koc “Chillax”
Tren ni menyediakan koc khas “Chillax” untuk penumpang bersantai. Boleh lepak main games, boleh caj telefon dan lain-lain. Nak solat pun kat dalam koc ni. Tempatnya tak besar mana, so pandai-pandai la squeeze time nak solat tu.



Kafe
Selain koc Chillax ni, ada juga disediakan kafe dan mereka menjual pelbagai jenis packed food, makanan ringan dan minuman. Bila dah buat pembayaran, nanti depa panaskan makanan dalam microwave. Seat dalam kafe ni tak banyak. So, bila korang dah selesai menikmati makanan, berilah laluan kepada menumpang lain yang nak menjamu selera. Jangan dok melepak lama-lama. Kalau takde orang, lainlah cerita.



Tandas
Dari segi tandas pula, aku kongsikan gambar tandas dalam tren MySawasdee ni. Kalau tandas dalam koc katil tu, tandasnya agak uzur sedikit tapi still okay. Air, flush semua berfungsi. Disediakan sabun dan tisu juga. Kalau dalam koc Chlx atau kafe tu, tandasnya agak baru juga. Korang ambil wudhu’ dalam tandas ni sebelum menunaikan solat. Hati-hati ketika menggunakan tandas especially kalau korang bawa masuk phone dan barang-barang berharga yang lain. Kalau termasuk dalam lubang tandas tu, memang selamat jalan la…




Lain-lain yang korang perlu tahu
- Datang awal di KL Sentral – Pastikan datang paling kurang 30 minit awal, sebab tren bergerak ikut masa. Kalau terlepas, memang menangis tepi platform la jawabnya.
- Penumpang boleh memilih mana-mana stesen dalam laluan seperti yang tertera dalam jadual perjalanan.
- Tambang tidak termasuk makanan, minuman atau pakej pelancongan di Hatyai.
- Penumpang wajib turun di Stesen Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen dan kastam sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai.
- Penumpang yang berlepas dari Hatyai perlu membawa semua barang mereka ke Stesen Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen dan kastam.
- Paling penting, sentiasa ingat PERBEZAAN MASA THAILAND DAN MALAYSIA IALAH 1 JAM! Contohnya jika 10.00 pagi waktu Thailand bermakna 11.00 pagi waktu Malaysia. Ini penting agar korang tak tersilap waktu yang boleh membuatkan korang terlepas tren.
Senang je kan? So, kalau nak trip ke Hatyai yang rileks dan best, cubalah pengalaman naik tren My Sawasdee ni.
Untuk budget dan itinerary di Hatyai, korang boleh refer pada post di bawah. Ada few juga yang aku share.
Semoga info yang aku kongsikan di sini membantu serba-sedikit untuk korang yang nak bercuti ke Hatyai dengan menaiki tren ni. Selamat bercuti!
English summary:
This is a complete travel guide from Kuala Lumpur to Hatyai via the MySawasdee sleeper train, featuring step-by-step instructions on how, when and where to buy tickets, seat types, onboard facilities, the immigration process at the border and essential travel tips.
Salam Omar,brp sewa van dgn pakcik hashim satu hari
Wassalam Haidil. Sewa van tu 2,000 baht. Lebih kurang RM 260 camtu. Details Omar ada share dalam ni:
https://omaralattas.com/2023/01/hatyai-budget-itinerary.html