Sharing is caring

Nota: Hello guys! Vlog masih lagi dalam proses editing. Insyallah akan di-upload by this weekend.😉😉😉

Pengenalan

Assalamualaikum dan hello semua pembaca blog aku ni. Yes! Kali ni bertemu lagi dalam blog solo travel ke luar negeri aku yang pertama pada tahun 2026 ni. Hatyai je uols! Tapi aku excited gila sebenarnya sebab satu lagi wishlist aku berjaya di”ticked”. So, mari aku share dengan korang pengalaman solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung, Thailand.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Aku perlukan 76,000 subscribers lagi! Matilanak.. sempat ke tidak tu? Hahaha…

Rezeki tak salah alamat!

Anyway, trip ni seperti biasa memang takde langsung dalam planning aku buat masa terdekat. Tambahan pulak, baru minggu lepas dah terbang seribu lebih duit pi servis kereta. Nak dijadikan cerita, pada Jumaat 2 minggu lepas (17 Julai 2026), masa tengah bergolek-golek kat atas katil sementara nak siap pi office, aku saje tengok app KITS kot la ada seat kosong ke utara pada 25-27 Julai tu. Sebabnya aku perlu buat content pada tarikh ni sebab last content aku (ke Kuala Kangsar) akan publish pada 25 haribulan tu. Minggu berikutnya dah takde content nak publish.

Sekali masa belek-belek tiket, eh ada seketul seat kosong untuk first trip jam 7.20 pagi! SATU JE YA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN! Aku try la godek-godek, masa first attempt tu gagal sebab online banking aku lambat load. So, app tu hold seat tu selama 15 minit kot sebelum release semula. Second try tu, ALHAMDULILLAH DAPAT! Tiket balik pun masa aku beli still ada 13 lagi.

And the best ialah aku berjaya juga booked hotel di Hatyai dengan hanya membayar 5 HENGGET jerr! Hahaha.. Ini sebabnya aku dok tukar Trip.com punya coins tu. Ada dalam 200 lebih ringgit nilainya. Kalau tak ke Hatyai pun, memang aku plan nak buat content staycation je. Alhamdulillah, hotelnya pun okay.

Cukuplah intro panjang berjela tu. Jom, aku share serba sikit solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung ni. Ayuh!

Bajet solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.

Hotel
Hatyai Golden Crown Hotel
Standard Twin Room x 2 malam
Tanpa breakfast
RM223.80 (termasuk cukai)
Tolak RM218.20 (Trip.com coin)
RM 5.60
ETS Return Ticket
KL Sentral – Padang Besar
Termasuk insurans & diskaun 30% MADANI30 untuk perjalanan hari biasa
RM 262.00
Van transfer Padang Besar Hatyai
P.Besar – Hatyai: RM 30
Hatyai – P. Besar: 300 baht
RM 66.50
Travel Insurance
Etiqa TripCare 360 Insurance
RM 30.00
Day Trip to Phatthalung
Booked via last trip Grab driver
3000 baht
RM 365.00
Thale Noi Lake Cruise (1 jam)
580 baht
RM 70.90
Jumlah perbelanjaanRM 800.00

Bajet ni tak termasuk makan, shopping, Grab dan lain-lain. Aku tukar sebanyak 8,000 baht (lebih kurang RM 980 lebih camtu) untuk sebahagian daripada perbelanjaan kat atas tu. Untuk Grab, aku just guna online payment charge ke debit card aku je. 

Hotel 3H2M di Hatyai

Hatyai Golden Crown Hotel – Standard Twin Room

  • Personally, aku rasa ni antara hotel di lokasi terbaik aku pernah stay. Terletak betul-betul di sebelah Khaled Restaurant dan Ayutthaya Boat Noodle serta satu lorong dengan Thanyada Village, kedai souvernir tu. Nak ke Lee Gardens dan Kim Yong Market pun tak jauh mana.
  • Biliknya selesa. Aku stay di bilik 202, unit yang paling hujung mengadap jalan. Biliknya bersih. Tilam dan bantal pun selesa. Aircond sejuk dan hot shower berfungsi dengan baik. Air pun laju. Siap ada bath tub lagi.
  • Mineral water, flat screen TV, mini fridge dan hair dryber disediakan. Free WIFI pun ada.
  • Aku takde nak complaint pun sebab okay lah biliknya bagi aku. Next time, aku pi Hatyai, mungkin aku akan pilih hotel ni dulu.

Itinerari 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung

Phatthalung  memang ada dalam wishlist aku bila nak ke Hatyai nanti. Tak sangka pula secepat ni direalisasikan. So, semestinya aku masukkan tempat ni dalam itinerari aku kali ni. 

Basically, plan aku bila sampai Hatyai, nak pi lunch kat Kaitod Meena, and then beli kekacang kat Kim Yong Market dan pi urut badan kat Michael Massage. Hari kedua tu, day trip ke Phatthalung dan last day tu breakfast kat Dimsum Chabura sebelum bertolak balik ke Padang Besar.

Di Phatthalung pula, aku dah listkan beberapa tempat je yang aku nak pergi. Yang wajib Thale Noi, nak naik bot kat tasik penuh dengan bunga teratai tu dan pergi ke Lad Tainod Green Market, nak pekena nasi kerabu. Oh! Tak lupa nak pi 7 Eleven dengan background bukit Khao Ok Talu. Selain dari tu, just singgah-singgah je la.

Kalau korang nak refer itinerary Phatthalung aku, boleh download image kat bawah ni. Dan sebagai membalas jasa baik aku, maka bolehlah korang subscribe Youtube aku. Takde la korang rasa bersalah termakan budi aku kan? Eh, boleh pulak camtu! Hahaha..

So, apa lagi. Jom, ikut aku solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung ni. Ayuh!

Khidmat driver ke Phatthalung

Untuk day trip ke Phatthalung pada hari kedua, aku menggunakan khidmat Ruslan, Grab driver yang aku naik masa trip last year. Masa tu aku naik dari hotel nak ke Central Hatyai. So, masa dalam perjalanan tu, aku dok tanya kalau dia ada bawa trip ke Phatthalung. Dia kata boleh je. Nasib baik la aku ada snap contact kat belakang seat dia tu kan? Oh, harga yang dikenakan ialah 3000 baht, bertolak pada jam 6.00 pagi dan balik semula ke Hatyai pada lewat petang. 

Kalau korang berminat, boleh Whatsapp Ruslan kat sini.

Hari pertama: KL Sentral – Padang Besar – Hatyai

Aku bertolak seawal 5.50 pagi ke KL Sentral dari Cyberjaya. Selepas solat subuh di surau KL Sentral, aku breakfast dulu kat Richiamo Coffee. Pekena nasi lemak dan kopi ais. And then, tapau 2 ketul onigiri dan sebotol air mineral sebagai bekalan dalam ETS nanti.

Alhamdulillah, ETS bertolak on time pada jam 7.20 pagi dan aku duduk di koc B seat 15A. Aku suka seat ni sebab terletak paling belakang dan di belakang seat ni tempat letak luggage. Maybe next time kalau travel aku boleh cari seat ni dulu.

Cuaca sepanjang perjalanan sedikit mendung dan dan hujan bila sampai di Bedong, Kedah. Aku ada sedikit kerisauan sebab kalau hujan ni kat Hatyai dan Phatthalung, memang tak berapa cantik la videonya. Aku berdoa je la ye mudah-mudahan cuaca elok bila kat sana nanti. Tu je la aku mampu buat.

ETS sampai di Padang Besar pada jam 1.00 petang. Lewat 15 minit dari waktu asal sebab sistem semboyannya mengalami masalah. Sampai je kat dalam stesen, aku terus ke booth Pens Leisure untuk ambil van transfer ke Hatyai. Bayaran masih sama iaitu RM30 seorang. Selepas selesai proses di imigresen Malaysia dan Thailand, kami terus dihantar ke hotel masing-masing.

Cuaca kat Hatyai masa ni tengah mendung. So, lepas check-in dan letak beg, first tempat yang aku tuju ialah kedai simcard di sebelah Plaza Lee Gardens tu. Aku rasa lebih jimat kalau aku beli local simcard daripada guna 3-day pass Celcom tu. Dah la berapa GB je data dia bagi. Sebagai influenzahh mana cukup! Hahaha… Data internet 35GB untuk 7 hari cuma 200 baht je. Ke 300 baht? Entah la aku tak ingat tapi murah la kan?

Lunch di Kaitod Meena

So, lepas beli simcard, aku terus je Kaitod Meena untuk lunch. Alhamdulillah, tak ramai orang dan tak perlu beratur. Di belakang kedai la ni pun dah disediakan ruang untuk makan. Selesa la sikit. Kena pula, masa sampai tu, ayam goreng baru diangkat. Bertambah enak la aku membedal nasi khaomok dengan ayam goreng panas-panas. Tak lupa juga beli air di gerai M’ng dan P’ng di Kaitod Meena ni.

Sebelum balik, aku sempat berborak dengan M’ng, tanya camne bisnes selepas banjir last year. Dia kata okay sebab ramai orang Malaysia datang support. Alhamdulillah. Tapi satu je aku tak puas hati. Kenapa dia dah tak jual air lime mint tu. Sedap gila kot air tu masa aku first time try kat kedainya 4 tahun dulu.

Anyway, next destination ke kedai Laila pula dalam Kim Yong Market.

Shopping kekacang di Kedai Laila, Kim Yong Market

Memang dah menjadi satu kewajipan bagi aku setiap kali ke Hatyai. For sure, aku akan singgah di kedai Laila no. 36 di Kim Yong Market ni. Letaknya sederet dengan 7 Eleven dan opposite Cafe Amazon di seberang jalan tu. Sebab masa first time aku ke Hatyai dulu, aku beli kat sini dan mereka semua baik-baik belaka, so yeah.. tu yang dok ke sini je.

Macam biasa lah kalau dah ke sini, aku akan cari kacang gajus dan some snacks untuk dibawa balik. Kawan aku pun dok kirim gula-gula segala bagai. So, beli je la kat sini. Sampai gula siam pun aku beli. Ni Jay la yang kirim. Dengan soohoon bagai. Katanya nak buat somtam guna barang ori Thailand. Hahaha..

Dan habis sessi shopping di kedai Laila, aku masuk ke dalam kejap membeli bedak sejuk untuk Umi dan sabun beras yang adik aku kirim. Settle shopping semua ni, balik semula ke bilik untuk rehat. Jenuh juga nak mengangkut barang-barang tu. Mujurlah hotel aku stay ni tak berapa jauh dari market ni.

Urut badan di Michael Massage

Aku keluar semula menuju ke kedai Michael sekitar jam 5.30 petang. Hujan pun dah berhenti. Cuma renyai sikit-sikit je. Tadi boleh tahan lebat juga. Memandangkan aku takde nak ke mana-mana, so aku message kat Michael nak tukar slot urut badan daripada jam 8.00 malam ke 6.00 petang. Selesai 2 jam massage tu nanti, at least aku boleh merayap pi mana-mana untuk dinner.

Sampai di kedai, Michael sambut macam biasa. Very warm and friend. Banyak juga kami berborak lebih-lebih lagi pasal banjir besar yang melanda Hatyai end of last year. Memang kedai dia terjejas teruk sama macam kedai-kedai yang lain kat sini. Air naik sampai ke siling kedai. Tapi Alhamdullillah, bisnesnya semakin pulih. Katanya orang Malaysia pun banyak support kedai dia.

Selesai massage selama 2 jam dan Michael dok buat perangai dia, tak bagi aku bayar. Katanya kedai pintu kedai dia sentiasa terbuka untuk aku. Lahhhh.. takkan aku dapat free seumur hidup kot aku tanya dia. Hahaha. Takleh la camtu sebab dia berniaga. Dia kata kalau nak bayar, esok je la. So, okay… esok malam sebelum balik aku akan singgah untuk another body massage dan aku akan bayar. Hampeh betul Michael. Tapi, apapun aku happy gila bila tengok review ramai yang bagi 5 bintang untuk kedainya. Sebab servisnya memang bagus dan dia sendiri dan wifenya pun sangat friendly. Anyway, thanks Micheal! Semoga kedainya terus bangkit dan sukses.

Dinner di Hamid Restaurant

Aku dinner kat Hamid je. Ingatkan macam nak makan daging bakar ke apa ke yang sedap-sedap, tapi aku macam malas gila nak pi jauh-jauh. Lagipun takde la rasa lapar sangat. 

Tapi sebelum ke Hamid, aku singgah di Boots, Lee Garden Plaza. Beli la satu dua produk buat stok sebelum balik Malaysia. Nak beli banyak-banyak, sabun-sabun semua tu masih banyak lagi. Kasi habis dulu naa. Tak payah panic buying sangat. And then, aku singgah kat night market beli avocado smoothie. Kalau dilihat dari segi crowds, rasanya tak sesesak masa aku last pergi dulu. Maybe sebab bukan musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Just normal weekend je.

Anyyway, kat Hamid ni aku order mee goreng je sebab last time aku order, rasanya sedap dan kena dengan tekak aku. So, tu je la aku makan sebelum balik bilik. Malas nak merambu sebab aku takde apa pun beli sebenarnya. Better balik awal dan dapatkan rehat secukupnya sebab esok pagi-pagi dah nak bertolak ke Phatthalung.

Hari kedua: Day trip ke Phatthalung

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba! Solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung ni bermula dengan perasaan yang sangat excited dan yang paling best… Alhamdulillah tak hujan! Aku bersyukur gila bila tengok langit ya.

Ruslan dah tercongok kat entrance hotel seawal jam 5.45 pagi. Aku pun bukan cam mukanya sebab masa naik Grab dia dulu, idok le aku dok menelek mukanya. So, dia datang dengan drive EVnya yang baru diambil kat Bangkok. Katanya lebih jimat naik EV berbanding kereta biasa sebab petrol tengah mahal kat Thailand. Aku pun okay je mana-mana, janji selamat pergi dan balik. Dan ini juga first time aku nak merasa naik kereta elektrik. Selesa ya! Dan enjinnya super senyap sampai aku tak sedar bila mana dia start enjin? Hahaha. Mula-mula aku ingat nak tapau something kat Khaled Restaurant sebelah hotel ni, tapi kedai makan ni pun baru terkial-kial nak buka. Takpe la. Tapau je nanti on the way sebab aku pun takde la lapar sangat.

Perjalanan dari hotel aku di Hatyai ni ke Phatthalung ni mengambil masa hampir 2 jam. Ruslan pun kali pertama bawa customer ke Phatthalung. So, kira aku first customer dia lah! Hahaha. Dan memandangkan aku dah rancang perjalanan aku bermula dari utara (Thale Noi), turun ke selatan dan terus balik, maka mudah bagi Ruslan untuk plan nak caj bateri EV dia. Dia dah fully charged pun kereta dan boleh bergerak sehingga 300 lebih km kalau tak silap aku. Dan masa hala balik tu, cuma sekali je dia charge kat stesen lebih kurang setengah jam.

So, first destination yang dituju di Phatthalung ni ialah Thale Noi.

Water Buffalo Conservation

On the way ke Thale Noi, kami singgah sekejap kat tempat just untuk ambil gambar je. Ada wooden platform dengan beberapa ekor statue kerbau serta signage di belakangnya. Dan kat sini juga terdapat beberapa ekor kerbau yang diletakkan di dalam kandang dan yang lainnya bebas bergerak di kawasan paya di bahagian bawah.

Chaloem Phrakiat’s 80th Birthday Bridge

Korang akan melalui jambatan merentasi kawasan paya ni bila korang nak ke Thale Noi. View kat sini memang cantik. Kalau ada drone ni, sure boleh dapat footage yang lebih menarik. Kebetulan time ni depa dok buat marathon. So, satu lane telah ditutup. Tapi jalannya lengang je. Siap boleh bergambar kat tengah-tengah jalan lagi. Lupa pula aku nak buat. Dok posing kat tepi jalan je.

Chaloem Phrakiat Bridge View Point

Kat sini ada signage “Phatthalung”. So, korang boleh berhenti untuk ambil gambar kat sini dengan latarbelakang kawasan paya yang luas. Acik kau nak buat intro Youtube kat sini tapi malu nak menari. Sudahnya. menari ala-ala Mr. Bean je. Dalam kepala siap berimaginasi kononnya kau persis Hyunjin SKZ. Sedih!

Thale Noi Waterfowl Park

Thale Noi di Phatthalung, Thailand, ialah tasik air tawar dan kawasan paya perlindungan hidupan liar pertama di negara itu, terkenal dengan lautan teratai merah, kerbau berenang dan ratusan spesis burung. Nama “Thale Noi” sendiri membawa maksud “laut kecil”.

Kami sampai di area jeti untuk lake cruise tu sekitar jam 8.15 pagi. Lepas park kereta, terus pergi ke operator tanya pasal cruise ni. Ada few operators kat situ. Dia beritahu ada 2 option: 1 jam atau 2 jam. Kalau sejam tu dia round area bunga letak dan lepas jambatan sikit. Dan kalau 2 jam tu cover kawasan water buffalos semua. Aku pilih sejam je la sebab ada beberapa tempat lain nak pergi. Lagipun, kalau sampai awal lagi, okay lah. Ni kalau buat 2 jam confirm lepas tu cuaca panas terik sebab bot ni tak berbumbung.

Apa yang aku boleh katakan sepanjang perjalanan kat sini ialah… MASYALLAH! Memang sangat cantik. Lebih-lebih lagi kalau korang pergi time musim teratai ni tengah banyak iaitu sekitar April-Mei camtu. Yang ni pun dah terlalu cantik bagi aku. Dengan langit biru dan cuaca elok, aku memang sangat-sangat bersyukur. Sebab sedih juga kalau pergi jauh-jauh cuacanya tak elok. Syukur Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Pakcik bot pulak dok bagi aku sejambak bunga teratai yang dia dah ikat. Boleh la buat props untuk berposing. Ruslan pula macam-macam idea dia bagi suruh aku pose ala-ala mencari jodoh. Dah kenapa? Aku ni nampak menyedihkan ke kalau travel sorang-sorang? Hahaha..

Lokasi terbaik peminat burung-burung

Anyway, kalau korang peminat hidupan liar terutama burung-burung, wajib datang ke sini dan bawa DSLR. Aku awalnya nak bawa tapi disebabkan malas nak berjimbiit dengan beg segala bagai, aku pakai phone je la. Selebihnya guna camera Sony ZV1 aku tu.

Pelbagai jenis burung ada kat sini antaranya bronze winged jacana, knob billed duck dan grey headed swamp hen.

Memang sangat tenang suasana kat sini. Sesekali korang akan berselisih dengan bot-bot yang lain dan melihat beberapa orang menebar jala dan menangkap ikan. Perjalanan akan diteruskan dengan melalui jambatan dan berhenti di sebuah pulau kecil untuk mengambil gambar dengan pemandangan tasik yang sangat luas. Dan macam laut dah aku tengok. Dan di belakangnya kelihatan beberapa buah gunung dan bukit yang menambahkan lagi keindahan pemandangan di sini.

Kami kembali semula ke jeti sekitar jam 9.40 pagi. Sebelum balik tu, aku beli 1 photo berframe yang diorang snap masa nak naik bot tu. Harganya 100 baht, dalam RM13 camtu. Mula-mula aku nak beli gambar aku je. And then, aku belikan sekali frame gambar Ruslan untuk dia buat kenang-kenangan.

Selesai lake cruise dengan pemandangan yang menarik ni, kami ke Lad Tainod Green Market pula. Perut aku dah start kelaparan!

Lad Tainod Green Market

Green market ni hanya beroperasi padaa hari Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pasar ini dibangunkan sebagai alternatif untuk menambah pendapatan rakyat di sekitar melalui aktiviti perniagaan dan pelancongan. Pasar ni menerapkan konsep hijau dan mesra alam. Kebanyakan bungkusan produk mereka menggunakan daun-daun dan bahan-bahan mesra alam.

Gerainya pula diperbuat daripada kayu dan buluh dengan beratapkan nipah. Masa aku sampai kat sini, pasar ni memang sesak dengan pelancong luar. Dan macam-macam hidangan yang dijual – halal dan non-halal. Ada juga persembahan muzik dan tarian tradisional.

Dan antara sebab utama aku nak ke sini ialah disebabkan ternampak video Mark Weins dok makan nasi kerabu atau rice salad kat pasar ni. Kat sini ada beberapa gerai halal dan vegetarian. 

Nasi kerabu paling sedap!

Mula-mula aku dah plan nak makan nasi kerabu dan laksa siam. Tapi mampu makan nasi kerabu je la sebab perut tak larat nak sumbat banyak-banyak. Dan nasi kerabu yang aku makan ni, selain presentationnya menarik, rasanya pun memang sangat sedap bagi aku. Ia dihidangkan dalam daun lotus, penuh dengan bahan-bahan herba seperti daun kaduk, taugeh, bunga kantan dan banyak lagi. Pendek kata memang meriah. Kuah budunya pula memang cukup rasa – manis, masin, pedas semua ada. Ruslan kata kuah budunya tu dimasak. Bukan budu yang mentah macam kita makan kat Malaysia tu. Memang sedap. Anyway, gerai rice salad ni gerai vegetarian. Dia tak serve any meat. Yang non-vege dia serve pun cuma telur ayam. Harganya 35 baht satu hidangan.

Aku belanja Ruslan nasi kerabu ni dan dia belanja aku teh ais Thai yang sedap, manis leting potong kaki tu. Settle sudah makan brunch kami. Alhamdulillah.

Pa Phai Sang Suk Bamboo Market

Pasar buluh ni terletak tak berapa jauh dari Lad Tainod. Persekitaran pasar ni sangat cantik bagi aku, penuh dengan pohon buluh yang hijau merimbun. Tapi sayang, tak ramai pengunjung masa aku sampai kat sini kalau nak dibandingkan dengan Lad Tainod tadi. Gerainya pun tak banyak mana. Mungkin sebab tak ramai pengunjung kot.

Aku tak beli apa pun kat sini. Just jalan pusing-pusing ambil gambar. Kalau korang ke Phatthalung, boleh la singgah ke sini juga. Ia mengingatkan ada sikit kepada Arashiyama Bamboo Forest kat Kyoto tu. Ada la sikit-sikit vibenya.

7 Eleven yang viral!

Satu lagi lokasi yang memang ada dalam list aku kalau nak pi Phatthalung. For the sake just nak ambil gambar je. Hahaha… Tapi singgah la juga membeli air dan 2 botol bedak yang kebetulan kakak Jay kirim. 

7 Eleven ni viral sebab lokasinya menyamaikan lokasi sebuah Family Mart di Jepun dengan latar belakang Gunung Fuji. Tapi 7 Eleven ni latar belakangnya ialah bukit yang dinamakan Khao Ok Talu. Menurut Ruslan, “khao” tu maknanya bukit manakala “ok talu” tu maknanya lubang di tengah. So, bukit tu dinamakan Ok Talu sebab di tengah-tengahnya terdapat sebuah lubang.

Kata Ruslan lagi, dulu kat depan 7 Eleven ni (di seberang jalan) ada diletakkan tangga untuk pengunjung mengambil gambar dari view yang tinggi, so that boleh capture bukit di belakang tu. Tapi katanya owner nursery di situ buang tangga tu sebab menghalang kedainya. Hahaha.. Begitulah. Kalau korang ada tripod, maybe boleh capture angle yang lebih baik. 

And then, korang boleh juga pergi ke bahagian kiri bangunan 7E tu untuk mendapatkan view Khao Ok Talu tu dengan lebih clear. Kalau cuaca elok, memang korang boleh dapat gambar yang cantik. Alhamdulillah, aku berjaya! Hehe…

Last stop kami sebelum bertolak balik ke Hatyai ialah Kanam Coffee.

Tea-time di Kanam Coffee

Kafe ni aku just jumpa masa suruh AI suggestkan tempat nak lepak. Aku main masukkan je tanpa fikir panjang. Sebab kedudukanya terletak di bahagian selatan dah nak menghala ke jalan balik. Sebabnya food kat sini aku tengok menunya tak berapa nak halal. So, end up aku order air je la. Ruslan pula dia nak belanja belanja dessert. So, dia pi order dessert pisang dengan kek chocolate.

Frankly, bagi aku surroundingnya tak berapa menarik. Cuma bangunan cafe tu designnya cantik la. Boleh la nak dok lepas minum kopi sat sebelum balik. Aku sepatutnya pilih bikers cafe yang lagi satu tu. Yang tu ada serve halal food dan ada musolla.

Anyway, lepas dan isi perut ni, kami slowly bergerak pulang ke Hatyai. Ruslan singgah sat kat station untuk charge bateri EVnya. Dalam setengah jam camtu settle. Dia  charge sampai 80% je. Cukup nak balik ke Hatyai.

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Hatyai lancar je. Jalan pun tak jem dan aku selamat sampai ke hotel pada jam 5.00 petang. Sempat buat jamak takhir.

Apapun, aku berterima kasih pada Ruslan sebab bawa aku pergi balik ke Phatthalung dengan selamat. Kalau korang nak gunakan khidmatnya, aku sangat alu-alukan. Yang penting dia ambil gambar pun cantik. Hahaha.

Aku dah beritahu dia, Insyallah ada rezeki ke Hatyai lagi, aku nak ajak dia day trip ke bandar-bandar yang lain pula. Kiranya explore selatan Thailand la. Tengok rezeki macam mana nanti.

Dinner di Kah Sah Somtam Miang Pla Pau

Kali ni aku dinner di tempat baru untuk aku. Thanks to Ruslan yang suggest tempat ni. Aku memang teringin nak makan miang pla pau atau ikan bakar Siam yang bersalut garam tu. Selalunya aku akan makan tu di Khlong Hae Seafood Buffet. Tapi disebabkan aku takde rasa nak makan banyak, just nak makan ikan tu je, so aku tanya Ruslan kat mana nak makan benda ni. Dan dia cadangkan tempat ni.

Alhamdulillah, makannya semua sedap. Aku just order ikan bakar tu dengan sup ekor. Sup ekor tu kalau tak order pun takpe. Tu la.. tamak punya pasal. Nasi pun aku tak order. Ratah ikan je. Dia ada bagi ulam dengan sos/sambal, so makan camtu pun dah sedap. Next time datang Hatyai, boleh makan kat sini lagi. Menunya dah la berlambak. Rambang mata nak pilih.

Last massage di Michael

Last night in Hatyai. So, kena buat last body massage kat sini terutama kaki aku yang dah lenguh berjalan siang tadi. Dapat buat sejam setengah je sebab hari ni kedai Michael fully booked! Alhamdulillah. Berjaya juga membayar walaupun dia tetap nak bagi diskaun. Hahaha.. Thanks Micheal! Jumpa lagi Insyallah.

Hari ketiga: Hatyai – Padang Besar – KL Sentral

Last day untuk solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung. Hari ni takde nak ke mana pun sebab aku kena bertolak ke Padang Besar seawal jam 9.00 pagi walaupun ETS balik ke KL jam 1.50 petang. Memang van transfer tu dah sediakan slot macam tu ikut waktu ETS bertolak. Nak naik SRT train pun timing sama je. Melainkan kalau kau nak chartered kereta ke apa, boleh la bertolak lewat sikit. Tapi sebelum tu, aku nak pi breakfast dulu kat Dimsum Chabura.

Breakfast di Dimsum Chabura

Ikutkan aku takde plan pun nak breakfast kat sini. Just nak pi kat Khaled sebelah hotel ni je. Tapi disebabkan Jay dok kirim salted egg pau kat situ, maka kugigihkan jua untuk ke sana. Pi awal jam 6 pagi. Memang sorang dua je la yang baru breakfast kat situ.

Lepas tapau 2 pek salted egg yang frozen tu, aku pun ambil juga beberapa hidangan untuk breakfast. Untuk yang frozen tu harganya 1750 baht, ada 5 ketul pau. Korang nak steam boleh, nak goreng pun boleh. Inti salted eggnya memang sedap.

Anyway, lepas breakfast aku singgah di 7 Eleven sebelah Dimsum Chabura ni. Beli beberapa barang dan 2 bungkus CP burger untuk bekalan makanan dala ETS nanti. Just in case kalau aku lapar.

And then, terus balik bilik, kemas barang dan tunggu van pick up. Van ambil aku awal 15 minit, orang yang pertama. Mujurlah aku dah stand-by.

Alhamdulillah, perjalanan pulang semuanya okay. Cuma hujan je la bila sampai imigresen. Dan aku selama sampai ke KL Sentral sekitar jam 6.70 petang. Syukurrrr!

Penutup

So, begitulah ceritanya solo travel aku yang pertama pada tahun 2026 ni – solo travel 3H2M ke Hatyai dan Phatthalung. Kepada sesiapa yang nak contact Ruslan, driver aku ke Phatthalung tu, boleh contactnya di sini. Pi la sana kalau korang ada masa time bercuti ke Hatyai. Memang best dan berbaloi bagi aku.

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Jumpa lagi dalam post akan datang. Takde plan lagi nak ke mana. We’ll see okay. Doakan aku murah rezeki, boleh jalan-jalan dan share pengalaman dengan korang. Till then, assalamualaikum and tata!


English summary:

Experience an unforgettable 3D2N solo trip to Hatyai and Phatthalung, Thailand, featuring a scenic sunrise boat cruise through the lotus-filled wetlands of Thale Noi, authentic Southern Thai cuisine at Lad Tainod Green Market, the charming Pa Phai Sang Suk Bamboo Market, the iconic Khao Ok Talu viewpoint, relaxing massages in Hatyai, and delicious local food from dim sum to grilled fish. This comprehensive itinerary includes transportation via ETS and van transfer from Padang Besar, recommended eateries, travel tips, and hidden gems—making it the perfect guide for travellers looking to explore beyond Hatyai with an unforgettable day trip to Phatthalung.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.