Pengenalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Bertemu lagi dalam post kali ini iaitu tentang trip 3H2M ke Hatyai dengan menaiki tren MySawasdee pada cuti Hari Malaysia yang lepas. Sedar tak sedar, ini merupakan trip aku kali ke-8 ke wilayah selatan Thailand ni. Apa yang best sangat, aku pun tak sure. Hahahaha.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Anyway, trip ke Hatyai dengan menaiki tren MySawasdee ni memang tak lengkap kalau takde Barak, Shezz dan Daris. So, memang kami berempat je untuk trip kedua ke sini pada tahun ni sahaja. Last pergi hari tu pada bulan Januari 2025. Aku ada juga ajak teman-teman rapat yang lain, tapi mereka tak available.
Oh! Bagi sesiapa yang masih blur tentang tren MySawasdee ni, boleh rujuk pada post aku di bawah ni:
Bajet 3H2M ke Hatyai
Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.
| Tiket tren MySawasdee • KL Sentral – Hatyai (return) • Lower berth (RM 119) & upper berth (RM 109) | RM 228 |
| Hotel • Pacific Residence • Deluxe Double Room x 2 malam • Tanpa breakfast – Bilik untuk 2 orang • Termasuk cukai • 1400 baht / 2 | RM 95 |
| Songkhla Day Tour • Ton Nga Chang, Songkhla Old Town & Khlong Hae Seafood Buffet • 2,100 baht / 3 | RM 95 |
| Ton Nga Chang Entrance Fee • Adult (foreigner) – 200 baht | RM 26 |
| • Makan, shopping & lain-lain | RM 500 |
| Jumlah perbelanjaan | RM 934 |
Begitulah roughly bajet aku ke Hatyai kali ni. Tapi, lebih juga dari tu sebab ada juga yang masa shopping aku bayar guna Maybank QR Pay, sebab aku malas nak tukar cash banyak-banyak.
Hotel 3H2M di Hatyai
Pacific Residence – Deluxe Double Room
- Hotel ini terletak di Hatyai Downtown dan hanya beberapa minit sahaja dari Hatyai Junction (train station).
- Ia juga terletak Cuma 250 meter (3 minit jalan kaki) ke 7 Eleven baru buka yang terbesar di Hatyai.
- Kalau nak ke Lee Gardens pun boleh jalan kaki je. Less than 10 minutes only.
- Bilik yang aku stay ni di nombor 404. Tiada view yang menarik pun tetapi biliknya selesa, bersih dan sesuai dengan harganya yang ekonomi tu.
- Aircondnya pun sejuk dan hot shower pun berfungsi dengan baik.
- Fridge satu pintu yang besar tu disediakan di dalam bilik. Senang nak simpan makanan.
- Kalau nak gosok baju kena turun ke area lobby. Di situ terdapat seterika dan iron board.
- Lif hotel ni kecil je, boleh muat 4 orang. Tu pun kalau masing-masing tak obes!
- Di sebelah hotel ni terdapat perkhidmatan bas express ke KL dan sebagainya.




Itinerari 3H2M ke Hatyai
Berikut ialah itinerary aku secara kasar ke Hatyai pada cuti Hari Malaysia pada tahun ni:
| Hari pertama | • KL Sentral – Hatyai, bermalam dalam tren MySawasdee |
| Hari kedua | • Kaitod Decha, Central Hatyai, Kim Yong Market, Lee Gardens, Michael Massage |
| Hari ketiga | • Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary, Songkhla Old Town, Khlong Hae Seafood Buffet |
| Hari keempat | • Kim Yong Market, Hatyai – KL Sentral |
Actually aktiviti ke Songkhla tu aku main tawakkal je la sebab dalam musim hujan kan. Aku dah bagitau awal-awal pada diorang kalau cuaca elok baru plan ni onz. Kalau hujan, melepek je la kat Hatyai downtown tu. Tapi Alhamdulillah, masa trip ni, cuacanya elok. Maka, dapatlah aku pergi ke Ton Nga Chang Waterfall tu untuk kali ketiga!
So, that’s about it. Dah banyak kali pergi Hatyai, gitu je la itinerary aku. Kalau korang tak bosan nak membaca, meh aku sharekan serba-sedikit trip untuk kali ni. Selamat membaca!
Hari pertama: KL Sentral – Hatyai
Aku dan Barak bertolak dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral sekitar jam 8.00 malam. Shezz dan Daris dah bergerak awal lagi. Sampai di KL Sentral, kami pi settlekan solat Isya dulu. And then, baru pergi makan. Sebab tren MySawasdee akan bertolak pada jam 10.10 malam. Jadi, banyak masa lagi.
200,000 rakyat Malaysia masuk Hatyai!
Dan yang penting, ramai gila orang ya! Memang kebanyakkannya mengambil peluang cuti panjang ni untuk ke Hatyai. Kalau kat berita, diorang kata sekitar 200,000 rakyat Malaysia ke sana dan berbelanja hampir RM50 juta di bandar selatan Thailand tu, termasuklah kami berempat ni. Takde la nak bangga mana pun. Sekadar ikut kemampuan masing-masing la kan. Bagi aku Hatyai affordable, ada tempat makan yang murah dan sebagainya. Kami suka suasananya sebab tu la kami dok repeat je. Bagi yang tak jumpa keistimewaannya, mungkin akan kata cukup la sekali. So, terpulanglah minat masing-masing. Kalau suka – repeat. Tak suka – boleh try tempat lain pula.

Anyway, kali ni aku berjaya belikan seat yang berdekatan dalam koc yang sama. Basically, katil kami opposite je dalam koc C1. Berhampiran dengan café dan koc Chillax. Macam biasalah, koc katil ni memang sejuk. Usahlah diharap pada cadarnya yang nipis tu. Korang kena bawa jaket yang tebal sikit supaya tak mati kesejukkan.
Aku bangun awal sikit sekitar 5.20 pagi camtu untuk bersiap-siap solat subuh sebab nak elakkan berebut-rebut pula nanti. Walaupun ruang koc Chillax tu kecil, Alhamdulillah masih mampu menampung jemaah Muslim untuk solat. Kalau ada yang dok melepak tu, nampak orang nak solat, berilah ruang. Jangan buat tak tahu pula. Kalau kita mudahkan urusan orang, Insyallah urusan kita Allah akan mudahkan pula.
Lepak di koc Chillax
By the way, kami sampai di Padang Besar lebih kurang jam 7.00 pagi. Urusan imigresen smooth je cuma lambat la sikit sebab nak menunggu semua penumpang siap dicop pasport masing-masing. Dan dari Padang Besar nak sambung balik ke Hatyai ni, kami just lepak di koc Chillax je sebab takde ramai orang pun. Sambil cas phone tu kami main word search je untuk mengisi masa.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Hatyai Junction tepat jam 9.00 pagi waktu Thailand iaitu hampir 11 jam 40 minit waktu perjalanan termasuk dengan proses imigresen. Cuaca pun cerah dengan langit biru. Lega sikit rasa hati. Mudah-mudahan cuacanya sama so that boleh la kami ke air terjun.
So, sampai je di stesen Hatyai ni, kami terus berjalan kaki ke hotel sebab lokasinya dekat je. Semuanya bergantung pada navigation Shezz sebab e-Sim aku dan Barak tak dapat lagi. Alhamduillah, sampai juga kat hotel dan kami boleh check-in sewal jam 10 pagi sebab bilik ada yang available. Tapi kami tinggalkan luggage dulu sebab Shezz nak pi money changer dan kemudian kami nak pergi breakfast.
Brunch di Kaitod Decha
Mula-mula ingat nak brunch di Kaitod Meena. Sekali bla lalu, tengok barisannya bukan main panjang. Forget it lah. Nak beli jus buah kat gerai M’ng pun, dia baru nak buka. Sudahnya, kami ambil tuk-tuk pergi ke Kaitod Decha dan brunch di sana. Kami bertiga semua makan nasi khaomok kecuali Shezz dok makan kerabu soohoon. Tapikan, sebenarnya aku lagi suka nasi khaomok kat Kaitod Meena. Tapi kalau tomyam, kat Kaitod Decha ni bagi aku memang sedap.

First round shopping di 7 Eleven
Selesai makan, kami berjalan kami pulang ke hotel dan on the way tu singgah kat 7 Eleven di Chee Uthit Road. Shopping untuk first round. Aku masih lagi gigih mencari shampoo bergamot yang kena buang kat kastam Phuket beberapa minggu lepas! Tapi masih tak jumpa. Staffnya pun dok sibuk promote serbuk Thai tea tu. Beli la satu. Tapi memang sedap pun rasanya. Menyesal beli pek kecil.

Lepak di Central Hatyai
Sampai di bilik, kami rehat kejap sebab cuaca agak panas. Kemudian, selepas puas berehat dan menunaikan apa yang wajib, kami keluar semula. Kali ni ke Central Hatyai dengan menaiki Grab sebab Grab lebih murah ya. Grab driver kami ni namanya Ruslan dan fasih berbahasa Melayu. Aku dah tanya dia siap-siap kalau dia boleh buat day trip ke Patthalung. Dan dia kata boleh je. So, okay. Maybe in future. Sebab kalau nak ajak Pak Hashim macam kesian sikit sebab dia dah agak berumur. Takut dia penat drive jauh-jauh.
Anyway, aku takde nak beli apa pun. Just mencari shampoo yang aku nak tu dengan krim Olay. Sampai sudah tak jumpa! Menyesal tak beli semua kat 7 Eleven Phuket hari tu.
Hampir 2 jam juga kami berada dalam Central Hatyai ni. Hari pula hujan. So, sementara menunggu teduh, kami lepak kat café dulu pekena coffee dan kek. Dari Central Hatyai, kami ambil Grab lagi untuk ke Kim Yong Market. Apa lagi, untuk membeli gajus dan barang-barang yang dipesan oleh Umi. Grab driver kami yang ni pun peramah juga. Benz namanya, Thai Muslim. Walaupun tak berapa fasih bahasa Melayu, tapi dia seronok join kami melayan Daris punya game “Are You Smart?”. Dia kata Daris sama je perangai dengan anaknya, kuat bertanya soalan.
Beli kacang di Kedai Laila @Kim Yong Market
Sampai di Kim Yong Market, kami terus ke kedai Laila. Macam biasalah mencari barang yang selalu dibeli – kacang gajus bakar, selain daripada snack lain untuk officemates.
Masa diorang tengah pack barang tu, aku cakap kat Needa, video yang aku ambil semua ni nanti akan masuk dalam Youtube. Dia tanya apa nama channel aku. Bila aku tunjuk nama channel aku, terus kecoh diorang dengan kedai sebelah tu ajak ambik gambar dan buat video semua. Dia kata kedai Laila viral, ramai orang cari sebab tengok dari video aku. Suraidah kedai sebelah tu kata, kalau Laila tak buka kedai, orang pi cari Laila yang kat dalam sebab ada dua Laila kat sini. Hahahaha.. Dia kata kedai dia dengan Laila sama je. So, kalau korang nak beli barang-barang dan kebetulan Laila takde, boleh je pi beli kat kedai sebelahnya, kedai yang sama cuma dijaga oleh Suraidah dan Parihah. So, that’s it. Selesai sudah tanggungjawab sosial aku. Hahahaha..

Selesai adegan menghabiskan duit di Kim Yong Market, kami menaiki tuk-tuk ke Lee Gardens Plaza untuk sambung membeli t-shirt dan simkad. E-sim yang Barak order tu sampai sudah tak dapat. Nasib baik boleh refund. So, aku ambil unlimited data untuk 7 hari rasanya. Tak ingat berapa. Tak sampai RM30 pun. Kalau guna Celcom 3-day pass tu, macam tak berbaloi. Sekejap je habis datanya. Almaklum, aku kan jenis tak reti sabar nak share kat IG Story! Content creator katanya! Puihhhh!!! Hahaha…
Mee goreng Hamid sedap!
Dah menghampiri senja, kami balik ke hotel dan keluar semula untuk dinner dan body massage di Michael. Barak dah tak larat nak keluar, so dia dinner maggi cup je kat hotel. Aku, Shezz dan Daris dinner di Hamid Restaurant. Mereka berdua dok makan maggi goreng, nasi goreng dengan roti pisang. Aku just order mee goreng ngan telur mata je. Mee goreng dia sedap! Tu je aku boleh cakap.

2 jam body massage di Michael
Selesai makan, kami terus ke Michael. Aku dah book 2 jam untuk body massage. Heaven ya bila badan dengan kaki kau memang tengah lenguh gila. Shezz dengan Daris pun urut kaki sekali tapi diorang buat sejam je la.
Michael macam biasalah, setiap kali aku nak bayar dia mesti tak nak terima. Tak sesudah dia kata belanja. Dia cakap ramai datang dari Singapore.. Australia.. sebab tengok blog/vlog aku. Well, Alhamdulillah that’s good, tapi aku cakap hang berniaga Michael oii, takleh la camni. Tapi dia insist juga dan aku cakap takpe, kalau esok nak sempat nak buat, aku akan bayar. Apapun, aku harap bisnes dia sentiasa sukses sebab keistimewaan kedai dia terletak pada dia sendiri yang sangat peramah dan baik. Tambahan pula, tukang urutnya pun bagi urutan yang berkualiti. Tu kunci utamanya. Aku ni setakat share bodoh-bodoh je… aku bukan Khairulaming ya… Hahaha.

Selesai urut, aku terus balik ke hotel. Tapi sebelum tu singgah sat kat 7 Eleven sebab Barak minta tolong belikan yogurt. Sampai bilik terus blackout! Mudah-mudahan esok cuaca elok lah nak mandi ayaq terjun!
Hari kedua: Songkhla Day Tour
Alhamdulillah cuaca elok! Trip ke Songkhla pagi ni masih menggunakan khidmat Pak Hashim. Aku dah arrange dengan dia untuk trip ni sebulan lebih sebelum sampai sini. Tapi kali ni trip kami tak cover banyak tempat pun. Aku bagitau Pak Hashim kami cuma nak pergi Ton Nga Change Waterfall, Songkhla Old Town dan Khlong Hae Seafood Buffet. That’s it! Floating market semua tu dah malas nak pergi.
Pak Hashim ambil kami di hotel sekitar jam 6.30 pagi. Tempat pertama yang dituju ialah Khaled Restaurant untuk bersarapan pagi.
Breakfast di Khaled Restaurant
Kami sampai awal, so masih tak ramai lagi pelanggan kat sini. Untuk breakfast, aku makan nasi lemak dengan lauk daging goreng, manakala Barak pula makan nasi dagang. Shezz dengan menu kegemarannya, nasi kerabu. Daris pula seperti biasa makan roti.
Aku tapau juga roti sosej dan roti pisang sebagai bekalan di air terjun nanti. Dah mandi sungai nanti pastilah akan kelaparan kan?

Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary
Selesai breakfast, kami terus bertolak ke Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary. Perjalanan mengambil masa hampir sejam dan kami sampai di entrance beberapa minit sebelum ia dibuka. Benda pertama yang aku nampak ialah harganya telah turun semula menjadi 200 baht! Alhamdulillah, last time pergi bulan Januari hari tu terkejut bila tengok harganya 400 baht seorang untuk pelawat asing.

Ada papan tanda baru!
Menariknya bila kita sampai awal ni ialah kawasan ni tiada orang lagi. So, seperti trip sebelum ni, kami berempat je yang conquer kawasan ikan kelah tu. Oh! Ada beberapa perubahan yang kami nampak masa ke sini kali ni, antaranya:
- Ada jambatan kecil yang baru untuk melintas sungai.
- Papan tanda larangan duduk dan makan serrta membawa makanan dan minuman ke dalam kawasan ikan kelah berhampiran air terjun.
Jadi, kalau korang datang ke sini, tolong ikut peraturan baru di kawasan ni. Dan satu lagi, tolonglah jaga kebersihan kawasan ni. Masa aku pergi time ni, banyak juga sampah-sarap yang aku kutip antaranya sudu plastik, tin minuman, gelang getah, puntung rokok dan macam-macam lagi. Sakit betul mata aku tengok.

Perubahan bentuk air terjun
Oh! Lagi satu perubahan yang ketara bentuk air terjun kat kawasan ni ialah ia sedikit berbeza berbanding masa trip sebelumnya. Aliran air terjunnya dah menjadi sedikit kecil dan perlahan dan ada kawasan yang dalam di situ menjadi sedikit cetek disebabkan oleh pasir. So, aku assume ia mungkin disebabkan kejadian kepala air yang mengubah bentuk air terjun di sini. Tapi apapun, ikan-ikan kelahnya masih banyak.

Tapi kali ni, kami tak spend lama sangat, sekitar 2 jam je berbanding 4 jam masa trip sebelum ni. Walaupun 2 jam, rasa macam lama gila kami dok berkubang kat sini. Barak dengan Daris la yang paling enjoy main air. Aku berendam sekejap-sekejap je sebab aku rasa airnya macam sejuk giler! Tambahan pula, Shezz beli makanan ikan yang dijual kat gerai di bawah tu. So, memang seronok la dapat bagi makan ikan-ikan kelah ni. Dia punya kerumun sampai aku naik geli. Nak tercabut anak tekak dok menjerit! Hahahaha.. Apapun, kami memang enjoy our time kat air terjun ni. Alhamdulillah, tercapai juga hajat untuk repeat aktiviti ni. Syukur!!!

Ulat gonggok besar giler!
Kat kawasan rekreasi ni juga disediakan tandas dan bilik mandi. Selesai mandi, keluar toilet tu kami ternampak ulat gonggok yang bapak besar giler! Rasa macam first time aku ternampak ulat gonggok sebesar ni. Kagum sekejap!

Anyway, next destination – Songkhla Old Town!
Songkhla Old Town terletak berhampiran tepi laut di selatan Thailand dan terkenal dengan suasana klasik penuh sejarah. Kawasan ini pernah menjadi pusat perdagangan penting sejak abad ke-18 kerana lokasinya yang strategik berdekatan pelabuhan. Bangunan di sini masih mengekalkan seni bina Sino-Portuguese, kedai lama berusia ratusan tahun, serta lorong sempit dengan mural warna-warni yang kini jadi spot popular untuk bergambar. Selain itu, Songkhla Old Town juga dikenali dengan kafe hipster, kedai antik, dan street art yang mengekalkan identiti budaya Thailand-Cina tempatan
Street Arts di Songkhla Old Town
Lokasi kali ni Shezz yang request sebab last trip kami tak sempat nak cover this area. Mula-mula niat macam nak singgah café ke apa, tapi disebabkan masing-masing dah kelaparan, maka kami just stop kat sini sekadar untuk mengambil gambar sebelum ke Khlong Hae Halal Seafood Buffet untuk lunch.
Apa yang pasti, di sini terdapat banyak spot yang menarik untuk OOTD. Masa kami kat sini, ramai anak-anak muda dari Malaysia yang ke sini dengan pakaian yang beragam untuk berposing di setiap ceruk. Street arts kat sini pun banyak dan menarik. Aku just posing untuk cukup syarat je. Too old for this! Hahahaha…

Setelah beberapa minit di sini, Pak Hashim pick-up kami semula untuk pergi lunch di seafood buffet.
Seafood buffet penuh dengan orang Malaysia!
Penuh sesak dengan orang Malaysia! Itu je yang aku boleh cakap. Tapi Alhamdulillah, nak masuknya tak perlu tunggu lama. Aku dah agak cuak juga sebab tengok kemain banyak lagi bas kat sini.
Sampai je kat seat, aku tak tunggu lama. Tempat pertama aku tuju ialah ke pla pao, ikan bakar garam Thai style tu. Ada beberapa yang tengah menunggu tapi takpe. Mengidam punya pasal. Ada je bahagian kepala ikan yang dah siap dibakar tapi kebanyakannya menunggu bahagian ekor. Siap je dibakar, aku ambil 2 bahagian ekor. Aku untuk aku, dan satu lagi untuk Barak dan Shezz. Puas hati dapat meratah ikan bakar ni cicah sambal. Simple tapi sangat sedap bagi aku. Isinya sangat segar dan tak hanyir langsung.
Kali ni aku rasa aku makan sikit je. Aku just ambil ikan bakar ni, daging, sedikit sup paru/perut dan jeruk. Udang langsung aku tak ambik. Macam rugi je rasa tapi tu la aku rasa dah kenyang gila makan semua tu. Yang penting, tiada pembaziran! Daris macam biasa la dok gila makan kerang bakar.

Alhamdulillah, masing-masing dah kekenyangan dan disebabkan ni kami cakap ngan Pak Hashim najk terus balik je. Just singgah seketika kat 7 Eleven. So, takde lah merambu sampai ke malam. Sekitar jam 4.00 petang tu dah settle dah trip kami. Bayaran tour kami bayar macam biasa je. Ikutkan 2,000 baht tapi kami bagi 2,100 baht. Kira seorang 700 baht untuk mudah kira.
Sampai hotel, masing-masing terbungkang. Rest dulu sebelum nak keluar semula malam nanti.
Malam terakhir di Lee Gardens
Memandangkan ni merupakan malam terakhir di Hatyai sebab esok pagi dah nak bergerak balik, maka Barak tiada alasan untuk tak join kami keluar. Lagipun Shezz nak buat content sama-sama keluar pakai seluar besties Siam yang aku beli setiap seorang hari tu kat Langkawi.

Dari hotel, kami berjalan kaki ke Lee Gardens. On the way tu, singgah ni Toro Fries yang viral tu. Daris teringin nak makan.
Kami dinner di Hamid Restaurants lagi sebab masing-masing takde la lapar sangat. Aku just repeat mee goreng je. Kemudian, sambung lagi berjalan di sekitar kawasan ni tanpa arah tujuan. Singgah la juga makan ais krim kelapa. Macam lama dah tak pekena.

Aku pun takde rasa nak urut badan. So, sudahnya kami terus balik ke bilik je untuk berehat. Tapi sebelum tu, masih sempat singgah di 7 Eleven lagi ya untuk shopping! Hahaha…
Hari ketiga: Hatyai – KL Sentral
Pagi ni kami breakfast lagi di Khaled Restaurant. Aku pekena nasi dagang dengan daging goreng dan tapau juga roti pisang sebagai bekalan dalam tren nanti.
Kedai 20 baht yang viral!
Selesai makan, kami ke Downtown Studio, kedai 20 baht yang terletak di hadapan Kim Yong Market. Aku just cari barangan yang comel-comel sebagai souvenirs untuk 3 orang anak buah aku yang perempuan tu. Semua aku beli yang sama je supaya diorang tak berebut. Praktikal kan? Hahahaha…
Ada this one keychain kamera yang aku beli ni, aku macam kagum gila. Harganya Cuma 20 baht (dalam RM 2.60), tapi keychain ni ada lampu dan boleh project gambar-gambar kartun di dalamnya ala projektor. Menarik! Anak buah aku suka gila bila dapat benda ni. Aku just belikan diorang hair brush, hair pin, gelang dan beberapa benda lain yang berwarna pink-pink kebabi. Gegirl kan suka color pink-pink ni!

So, selesai membeli-belah, kami balik ke hotel, check-out dan terus ke train station dengan menaiki tuk-tuk. Tak larat nak jalan kaki mengangkut beg yang berat!
Etika hidup bermasyarakat
Boleh dikatakan aku tidur je disepanjang perjalanan. Cuma lepak seketika untuk makan di koc Chillax. Café tren sentiasa penuh seatnya sebab ada golongan yang dah makan dok melepak kat situ, tak reti bangun-bangun bagi peluang kat orang lain untuk makan. Tua, muda sama je. Takde common sense. Dah lama habis makan, dok borak-borak tengok phone segala bagai, macam takde rasa bersalah tengok orang lain tengah tunggu tempat duduk untuk makan. Nampak tak aku merentan? Hahahaha.. sebab aku sakit hati weh dengan spesis macam ni. Tak civilised langsung! So, kalau korang travel naik tren MySawasdee ni, jangan la buat perangai peghok macam ni ya.
Tapi, Alhamdulillah, kami dapat juga seat sebab Shezz saje je berdiri sebelah kerusi akak-akak yang dah habis makan tapi main phone tu. So, lepas kami settle makan, kami terus balik ke koc, sambung tidur! Hahahaha…

Alhamdulillah, perjalanan pulang lancar sahaja dan kami selamat sampai di KL Sentral sekitar jam 10.40 malam. Dari KL Sentral kami menaiki ERL ke Putrajaya Sentral dan masing-masing seterusnya mengambil Grab untuk pulang ke rumah.
Cara Nak Contact Pak Hashim
Kalau korang nak menggunakan khidmat Pak Hashim boleh Whatsapp dia di sini. Rasanya lebih baik Whatsapp Call terus sebab macam aku mentioned sebelum ni, takut dia tak berapa reti nak reply text kat Whatsapp tu. Kami sewa van ni dengan harga 2,000 baht (lebih kurang RM 260) untuk Songkhla day trip harit tu. Kami tak pi banyak tempat pun sebab yang lain-lain tu banyak dah cover dalam trip-trip sebelum ni.
Penutup
Jadi, demikianlah serba-sedikit perkongsian untuk trip Hatyai kali ni dengan menaiki tren MySawasdee. Semoga perkongsian ni ada juga manfaat buat korang di luar sana. Terima kasih kepada Barak, Shezz dan Daris di atas pengalaman yang menarik kali ni. Ada rezeki kita explore bahagian lain pula. Insyallah.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Till then, jumpa di post travel akan datang, Insyallah. Bye-bye!
English summary:
Our 3D2N Hat Yai trip by Mysawasdee train from KL Sentral was a fun and trending getaway among Malaysians. We stayed at Pacific Residence near the train station, enjoyed halal meals at Kaitod Decha, Hamid and Khaled Restaurant, shopped at Central Hat Yai, Lee Gardens Plaza and Kim Yong Market, and relaxed with a body massage at Michael Massage. A day trip to Songkhla brought us to Ton Nga Chang Waterfall with mahseer fish, colorful Songkhla Old Town, and seafood at Khlong Hae Buffet. This Hat Yai itinerary combines easy travel, halal food, shopping, and nature — perfect for Malaysians!

Leave a Comment