Sharing is caring

Nota: Vlog Hatyai 2024 ni ada lagi satu part. Aku upload kemudian ya. 🙏🙏

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman. 

Bertemu lagi dalam post kali ni. Di manakah destinasinya? Mana lagi kalau bukan di Hatyai! So, post kali ni aku akan cerita tentang trip kali ke-6 aku ke wilayah selatan Thailand ni dengan menaiki ETS dan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Moga-moga tercapai impian aku untuk menjadi travel vlogger yang berjaya. Hehehe…

Dan untuk perkongsian itinerary dan budget yang lebih detail, korang boleh klik di sini atau link yang aku letakkan pada akhir post ni.

Okay, trip aku ke Hatyai kali ni tidak keseorangan, sebaliknya ditemani oleh teman joging aku, Barak. Tapi sebetulnya aku yang teman dia sebab ini kali pertama dia nak bercuti ke luar negara. Kira macam tour guide la pula ya. Last year aku jadi tour guide kawan-kawan aku juga pada penghujung November 2023 lepas. Tapi time tu musim hujan, nak berjalan pun sendu je cuacanya. Dan memandang hari Isnin (3 Jun 2024) tu cuti birthday Agong, so kami decided untuk pergi pada masa ni bermula Jumaat hingga ke Ahad (31 Mei – 2 Jun 2024). Kiranya trip 3 hari 2 malam je. So, Isnin masa cuti Agong tu, boleh la rehatkan diri di rumah.

Anyway, tiket ETS dan hotel aku dah booked seawal April. Alhamdulillah tiket ETS hala pergi masih ada cuma tiket Padang Besar ke KL Sentral pada slot waktu yang aku nak, dah habis. Yang tinggal semuanya awal pagi. So, untuk hala balik ni aku beli tiket bas melalui https://www.busonlineticket.com dengan memilih Suasana Tony Coach. Boleh la rasa pengalaman menaiki bas ni. Sama ada aku suka atau tak, aku lebih kepada rasa aku tak akan enjoy sebab perjalanannya terlalu lama dan akan stuck kat seat sepanjang masa. Takpelah kan.. cuba la sekali.

Hotel pula, aku pilih The Train Hotel yang terletak di Hatyai Train Station. Nasib baik tak jauh sangat dengan Lee Gardens dan kawasan sekitarnya. Dalam 10 minit jalan kaki ke sana sini, should be okay lah.

Okay, jom aku sharekan budget dan itinerary aku kali ni. Hotel, Grab dan tuk-tuk aku share bayar dengan Barak. Yang lain-lain tu perbelanjaan sendirian.

Itinerary & budget 3H2M ke Hatyai

  • Day 1: KL Sentral – Padang Besar via ETS & Padang Besar – Hatyai via van.
  • Day 2: Hatyai city tour, food hunting or shopping.
  • Day 3: Free & easy, Hatyai – Terminal Bersepadu Selatan (TBS) via bas.
1. Transportation
• KL Sentral – Padang Besar, ETS Platinum  @9.50 am (RM 111.50)
• Padang Besar – Hatyai via van (RM 30)
• Hatyai – Terminal Bersepadu Selatan, TBS (RM 91.25)
RM 232.75
2. Accommodation
• The Train Hotel x 2 malam (untuk 2 pax)
• Superior double or twin room with terrace
• No breakfast
• RM 209.00 / 2
RM 104.50
3. Other expenses
• Makan, shopping, tuk-tuk, GRAB and massage.
RM 500.00
Nota: Kadar tukaran 100 baht = RM 13

Day 1: Cyberjaya – KL Sentral – Padang Besar – Hatyai

Kami bertolak dari Cyberjaya sekitar jam 7.45 pagi ke Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL jam 8.21 pagi. Aku booked ETS pun jam 9.50 pagi. So, takde la nak terkejar-kejar untuk solat subuh nanti.

Sampai di KL Sentral, kami sarapan dulu di salah sebuah kafe di sana. Banyak kafe yang penuh, so pergi mana yang ada kekosongan je. Okaylah mengalas perut dengan nasi dan kari ayam kapitan. Barak pula pekena nasi lemak. Selesai breakfast, kami tapau sikit makanan di kedai serbaneka, just in case kelaparan dalam ETS nanti.

ETS bertolak almost on-time juga. Ramai ya orang sebab cuti panjang minggu ni. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan elok je, cuma sedikit hujan bila di Guar Chempedak, Kedah. Bosan duduk kat seat, aku dengan Barak merayap ke kafe dan lepak di ruangan antara gerabak untuk bergambar dan berborak.

Sekitar jam 3 lebih petang, kami selamat sampai di Stesen KTM Padang Besar dan aku terus ke booth Pens Leisure untuk membeli tiket van ke Hatyai. Urusan smooth je macam biasa walaupun untuk ke ICQ Padang Besar tu kami dihantar naik kereta dahulu. Oh ya, untuk makluman, white card dah tak perlu nak disi lagi bagi tujuan imigresen. Bagus… takde la serabut nak mengisi borang tu. Celcom 3 days roaming pass pun aku dah activate siap-siap bila sampai di ICQ Padang Besar.

Urusan imigresen di kedua-dua imigresen Malaysia dan Thailand berjalan lancar dan kami selamat tiba di Hatyai sekitar 5.30 petang dalam keadaan hujan lebat. Trip kali ni, aku stay di The Train Hotel yang terletak di Hatyai Train Station. Ni antara hotel harga rahmah yang masih available di Hatyai Downtown. Yang lain semua agak mahal which is aku takkan book la sebab buat apa nak membazir duit kan? Bukannya dok memerap dalam hotel. Aku ingatkan nak book Asian Hotel tapi dah penuh la pula. Kira okay la The Train Hotel ni. Takde la jauh sangat nak menapak ke tempat-tempat wajib di downtown ni. Facilities hotel pun okay, bilik bersih, katil selesa dan ada hot shower. Cuma aroma toiletnya aku kurang berkenan sebab mengingatkan aku macam aroma di China. Hahahaha… Takpelah, tak cerewet sangat bab tu.

Alhamdulillah, selesai mandi dan jamak takhir, hujan pun reda. Maka lepas maghrib tu, dapatlah kami keluar untuk mencari makanan. Mula-mula aku ingat nak makan di Lee Gardens je, tengok apa yang ada. Tapi separuh jalan tu aku tukar fikiran sebab masing-masing tengah lapar. So, better cari proper meal. Maka, aku ajak Barak ke Kaitod Decha untuk dinner.

Di Kaitod Decha, aku order nasi pulut ayam dan tomyam campur, manakala Barak dok order nasi putih, telur dadar dan shrimp donut. Tomyam sedap seperti biasa. Barak pun cakap sedap, jadi okay la tu. Ayam pulut pun okay tapi aku lagi prefer Kaitod Meena. Shrimp donut kami kureng sikit sebab macam agak liat. Rasa pun biasa-biasa je. Mungkin kalau makan masa panas-panas okay sikit kot. Sebab kami dok makan benda lain, last sekali baru makan hat ni.

Selesai makan, kami berjalan di sekitar Lee Gardens, tengok apa yang menarik sebelum ke kedai Michael untuk foot and body massage. Actually aku dah book slot awal lagi sejak dari dalam ETS. Memandangkan hujung minggu dan cuti panjang, aku takut kedai dia penuh. Memang tujuan aku ke Hatyai ni pun sebab nak urut badan kat kedai dia la. Last urut masa pi dengan kawan-kawan aku November last year. Since then, aku urut sekali je kat d’Pulze Cyberjaya. Pokai jadinya kalau asyik berurut kat situ. Hahaha…

Oh, aku baru tahu di Level 2 Lee Gardens Plaza ni ada art gallery. Tak pernah pergi pun. Selalu dok merayap kat bawah tu je. Menarik juga art gallerynya. Kat Lee Gardens Plaza ni beli la juga few t-shirts dan sabun-sabun yang menarik kat The Boost tu. Oh, aku baru discover juga yang yogurt collagen spa salt yang ada label “best seller” tu best giler weh untuk buat scrub badan. Menyesal pula aku beli satu pack je. Next time pergi, boleh beli lagi.

Habis merayap di sekitar sini, kami ke kedai Michael sebab slot kami jam 9.00 malam. Aku booked 2 jam; 1 jam urut kaki dan 1 jam urut badan. Barak pun sama je. Lega ya badan dan kaki selepas diurut. Rasa ringan nak berjalan. Harga untuk body oil massage ialah 400 baht manakala foot massage pula 200 baht.

Selesai massage, kami berjalan kaki balik ke hotel sebab dah agak letih gila. Nak cukup rest sebab esok seharian nak keluar berjalan dan makan-makan. So, tu je la aktiviti hari pertama di Hatyai.

Day 2: Dimsum Chabura, Kim Yong Market, Seafood Buffet & Central Hatyai

Pagi ni aku ajak Barak breakfast di Dimsum Chabura. So, bila pergi dengan aku, memang aku akan pastikan gerak awal la dari hotel sebab aku nak sampai sana at least sebelum jam 7.00 pagi. Sebab 8.00 pagi ke atas tu sure dah start beratur panjang. Lagi-lagi la musim cuti panjang ni. Barak redho je la dengan perangai kalut aku. Hahaha. So, dari hotel kami menaiki tuk-tuk dan sampai di Dimsum Chabura pada jam 6.30 pagi. Kedai ni pun dah start buka jam 6.00 pagi. Tak ramai orang which is very good. Jadi, kami pilih la makanan ikut selera masing-masing dan aku pun suggest juga kat Barak apa yang aku selalu ambil kat sini. Antaranya salted-egg pau yang memang favorite aku. Ada few yang lain juga kami ambil, tapi takde la banyak mana. Dia pun bukan jenis makan banyak pagi-pagi hari. 

Kami lepak makan kat sini hampir sejam dan ketika itu orang dah semakin ramai. Kebetulan, client aku kat KL, Kak Roz, suami dan anaknya serta yang lain-lain tu ada juga di Hatyai pada waktu ni. Ikutkan perancangan last year, depa memang nak minta aku jadi guide kat sini. Tapi lepas ding dong ding dong, timing semua tak kena, plan tu terus menyepi sehinggalah aku ngan Barak plan nak ke sini. Then Kak Roz ajak join sekali dan aku beritahu dia jumpa kat Hatyai la sebab aku pun pergi sama time dengan dia. Begitulah ceritanya! Hahahaha.. 

So, Kak Roz pun text aku tanya lama lagi ke kat Dimsum Chabura ni sebab dia pun on the way. Aku cakap dah habis makan dah tapi boleh je lepak tunggu. Nak jumpa semalam kat Lee Gardens tak sempat sebab lepas urut badan memang aku straight balik bilik kerana dah mengantuk gila. Anyway, aku pun tunggu la kejap sambil shopping serba-sedikit kat 7 Eleven sebelah kedai ni. Few moment after that, Kak Roz cakap sorry sebab guide dia bawa pi kedai dimsum lain. Hahahaha.. Aku pun okay je. Ada rezeki nanti boleh jumpa je.

Anyway, kat 7 Eleven memang menarik produk-produk yang dijual. Aku takde la nak beli banyak sangat tapi terbeli juga beberapa ketul whitening soap, shampoo dan bedak. Menarik la bagi aku. Bukan la kata nak putih mana, tapi aku pernah try sabun tu dulu dan aku suka. So, beli la beberapa ketul buat stok. Shezz, member aku kat Cyberjaya pun ada pesan juga. Jadi belikan untuk dia sekali.  Syampu limau purut dia pun best. Untuk rambut gugur. Tak sure la berkesan atau tak sebab Barak dah pau hat aku tu. Hahahaha.. masa last day nak beli lagi dah takde. Tapi, nasib baik aku ada beli jenis yang sama cuma different brand je la.

Habis shopping di 7 Eleven, kami ke destinasi seterusnya iaitu Kim Yong Market dengan menaiki tuk-tuk. Di Kim Yong Market ni, aku akan ke kedai Laila untuk membeli gajus dan lain-lain. Aku dah biasa membeli di kedai dia sejak pertama kali ke Hatyai ni. Harganya boleh tahan la bagi aku. Tapi kalau korang rajin pusing dalam market ni ataupun di kedai di luar market tu, boleh je dapat yang slightly murah. Tapi sebab aku loyal a.k.a bowdoowww aku dok repeat kat sini je. Lebih kepada mengeratkan silaturrahim kaedahnya. Hahaha. Kat sini aku tak bayar guna cash, sebaliknya guna QR code je via apps Maybank. Sebab aku tak tukar banyak cash, so mana yang boleh guna QR, aku bayar guna kaedah ni. In fact, dalam Kim Yong Market ni kebanyakannya boleh bayar menggunakan app Maybank, Touch n Go dan lain-lain. Senang kan?

Seusai menghabiskan duit kat sini, kami berjalan kaki pulang ke hotel. Dalam 10 minit jalan macam tu. On the way tu, Barak sempat membeli satu beg kanvas untuk mengisi barang-barang yang dibelinya. Kalau dah sampai Hatyai, memang tak sah kalau beg korang tak beranak! Dia beli corak yang “standard” sikit pada matanya. Tak nak corak macam aku sebab dia kata aku dari belakang bawa beg tu dah macam pembantu rumah lari dari majikan. Kuajaq kan berani carut aku!

Sampai bilik, rehatkan badan dulu sebelum keluar semua selepas settle jamak takdim. Senang sikit nak merambu bila dah solat kan? Kalau tak, leceh nak mencari-cari musolla. So, tengahari ni aku bawa Barak lunch di Khlong Hae Halal Seafood Buffet. Lokasi wajib pergi setiap kali ke Hatyai sebab bagi aku seafood buffet kat sini sangat berbaloi dikunjungi dan harganya juga berpatutan iaitu 299 baht seorang.

Tapi kan, yang kelakarnya, aku tersilap tengok waktu operasi. Aku tak sure macam mana aku boleh silap. Mungkin tak sabar nak membakar udang dan daging-daging kat situ. Sudahnya, kami sampai awal sejam! Masa kaunter buka jam 2.00 petang tu, kami pelanggan yang pertama. Hahahaha.. Takpela kan. Anggap je la macam ko pergi awal masjid pada hari Jumaat untuk mendapat pahala lebih. Hehee.. Tapi one thing good bila ko sampai awal ni, tenang la nak makan. Lepas beberapa ketika, dah start ramai gila orang datang, berbas-bas dan beratur panjang. Aku bagitau Barak… see… nasib baik sampai awal. Kalau tak, jenuh nak menunggu masuk.

So, kat sini aku ambil macam biasa la. Rule wajib aku apply masa buffet – STRICTLY NO CARBS! Just ambik seafoood terutamanya udang dan daging-daging yang diperap. Tu je la yang aku dok ulang-ulang makan. Dan jeruk juga. Banyak lagi makanan lain tapi perutnya tak mampu nak masuk semua. 

Oh, by the way, akhirnya kat sini aku jumpa Kak Roz dan family, Kak Noora dan Kak Lizz. Kak Roz cari aku, aku cari dia, last-last jumpa kat tengah-tengah kedai. Alhamdulillah dapat jumpa familiar faces di HQ Avon dulu. Lebih 6 tahun juga aku tak jumpa mereka. Kak Roz tu ada la juga aku jumpa di Cyberjaya masa dia buat photoshoot. Seronok berbual-bual walaupun sekejap.

Selesai menikmati buffet di Khlong Hae ni, kami ke Central Hatyai. Nak tempat sejuk katanya. Ye la, dah berpeluh-peluh makan kan? Aku tanya Barak, sama ada nak ke floating market atau tak? Dia kata tak pergi pun takpe. Aku macam… okay.. aku ingat dia macam jenis at least nak pergi cukup syarat ambil gambar mana-mana tempat wajib di Hatyai ni. Tapi dia macam tak kisah sangat bab-bab tu. Okay la juga sebab aku pun dah muak nak ke sana everytime ke Hatyai ni. Tapi sebagai tour guide yang baik, kena la offer dulu kan? Client tak nak, kita okay je. Hahahaha..

Anyway, Central Hatyai ni pun first time aku pergi sebab sebelum ni memang tak pernah sampai. Menarik juga mall ni sebab banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis produk jenama tempatan dan luar negara. Di bahagian bawah pula, terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan dan minuman. Cuma bila kau dah kekenyangan makan buffet, hanya mampu tengok je la. Takde space dah dalam perut ni.

Dan antara banyak-banyak kedai yang kami masuk, aku tertarik dengan kedai “10 baht” sebab dalam ni barangannya berharga sekitar RM 1.30 setiap satu. Murah gila kan? Aku ambil beberapa botol cheap perfume untuk dibawa pulang. Wangi la juga bila disembur. Botolnya pun kecil, senang nak letak dalam poket. Sekurang-kurang kalau dah berkicap badan tu, boleh la sembur daripada membiarkan badan sendiri berbau tengik kan? Merasa la jugak pakai perfume Armani cap ayam yang bernama “Ah Manee”. Hahaha.. Eh tapi ada some yang baunya not bad juga. Ala-ala floral, fruity camtu. Okay la untuk aku yang kedekut nak beli branded perfume ni. Hahaha.

Setelah menyejukkan diri hampir sejam lebih di Central Hatyai, kami balik semula ke hotel dengan menaiki Grab dalam cuaca hujan lebat. Selepas maghrib, kami keluar semula ke kedai Michael untuk sesi body massage selama 2 jam. Kami tak dinner sebab masih lagi kenyang. Last massage sebab esok dah nak balik Kuala Lumpur. Seperti biasa kedai Michael sentiasa penuh terutamanya masa cuti ni. Aku pun dah booked awal-awal lagi.

Habis massage sekitar jam 11.00 malam, kami merayap ke Lee Gardens untuk mencari light dinner. Hajat di hati nak pekena mee segera Thai yang jual kat gerai tepi jalan area ni tapi seat semuanya penuh. Kami pun malas nak menunggu. End up, kami pergi ke 7 Eleven membeli burger CP dan makan di tangga bangunan. Sedap eh burger CP ni. Patut la orang gila dok membeli. Dia bukan la sedap gila-gila tapi layan juga la. Aku beli hat double cheese dengan blackpepper.

Sampai bilik, terus rest. Esok dah nak balik. Haizzzz… cepat betul masa berlalu!

Day 3: Thanyada Village, Street Art, Boat Noodle, Hatyai-KL via Bus

Last day di Hatyai. Pagi ni aku ajak Barak breakfast di Dapor Muslim yang terletak di depan Hatyai Train Station. Ada dua kedai halal di sini dan sebelah menyebelahnya pula ada kedai non-halal. Jangan silap masuk pula. Kedai Makcik Soh pagi ni kekurangan pekerja, so order macam lambert sikit. Akak yang ambil order pun muka ketat je. Pelanggan pun macam rushing juga sebab waktu train nak depart semakin hampir. Aku makan nasi kaomok dengan ayam pad kaphrao. Barak pula order roti telur. Sebab portion nasi tu macam kecil je dan aku agak lapar, aku order lagi satu pinggan, tapi kongsi juga dengan Barak.

Dan disebabkan kat wallet aku banyak syiling dan aku malas nak bawa balik, aku keluarkan semua dan minta akak yang muka ketat tadi kirakan. Aku cakap kat dia aku dah miskin takde duit! Tergelak dia dan mujurlah dia nak melayan aku tolong kirakan. Ngam-ngam semua syiling dengan few notes aku tu. Barak cuma topup 10 baht je. Kalau awal-awal aku buat camni, sure kena maki. Hahaha.. Nasib mood dia okay. Apapun, Alhamdulillah kenyang.

So, next aku bawa Barak ke Thanyada Village, kedai souvenirs yang aku selalu pergi dulu. On the way tu, terserempak lagi dengan Kak Roz and the geng di tepi jalan. Aku memang tak perasan pun. Barak yang beritahu ada orang lambai-lambai. Hahahaha.. Depa baru balik dari beli kopi Amazon. Hari-hari katanya ke situ. Sakan betul! Borak-borak kejap, lepas tu kami bergerak ke tempat masing-masing. Sampai di Thanyada aku mencari-cari juga muka yang familiar. Tapi gegadis dulu tu sorang pun takde. Mungkin ke cawangan lain atau tak tahu la. Yang ada semua muka baru-baru. Kat sini, Barak dok beli souvenirs untuk famili dan kawan-kawan dia. Aku beli sehelai je baju baby untuk anak officemate aku. Dah dekat setahun baby Ayden, aku asyik lupa je nak bagi hadiah. Anyway, kedai Thanyada ni pun dah besar berbanding last aku pergi dulu. Alhamdulillah, business bagus barangkali.

Dari Thanyada Village ni, kami berjalan kaki menuju ke Kim Yong Market. Takde plan nak shopping pun. Just jalan-jalan menghabiskan masa. On the way, singgah bergambar di beberapa street art yang terdapat di sini. Ada banyak lagi street art kat Hatyai ni, cuma aku tak rajin nak mencari.

Sampai di area Kim Yong Market, aku tengok Kaitod Meena pun baru start nak meniaga. Orang pun dah ramai kat sini. Takde la nak makan pun sebab baru lepas breakfast. Walau bagaimanapun, aku singgah di Cha Meena, gerai air buah di sebelah Kaitod Meena ni. Sampai depan gerai, Peng dan Meng tengah sibuk set up barang-barang mereka, minta aku tunggu sat. Lime mint favorite aku takde lagi. So, beli Thai iced tea je la. Barak pula beli jus tembikai. Peng siap tanya aku, tak makan ayam pulut ke? Sebab every time aku datang sini mesti makan ayam pulut. Aku cakap dah kenyang sebab baru sarapan. Dia gelak je. Lepas tapau air ni, kami berjalan balik ke hotel untuk mengemas barang-barang sebelum check-out.

Sekitar jam 12.15 tengahari, kami check-out dari hotel tapi luggage kami tinggalkan kat kaunter sebab nak berjalan ke tempat lain. Lagipun bas kami jam 5.00 petang. Menyesal jugak pergi tukar waktu balik. Sepatutnya balik jam 12.00 tengahari tapi kami pi reschedule ke jam 5.00 petang kononnya nak merayap lagi. End up takde nak shopping apa pun. Hahaha.. 

Anyway, kami ambil Grab ke Rusdee Boat Noodle yang terletak lebih kurang 4 km dari The Train Hotel ni. Kalau korang naik Grab mungkin sekitar 83 baht. Restoran boat noodle yang terkenal di kalangan tempatan sebelum ni diperkenalkan oleh Michael, owner kedai urut yang aku selalu pergi tu. Dia yang suggest makan kat sini sebab katanya makanannya sedap dan turut dilengkapi dengan musolla dan sebagainya. Harga makanan di sini tidak terlalu mahal bagi aku. Semangkuk beef and liver noodle berharga 80 baht (dalam MYR 10 lebih camtu), bergantung pada pilihan korang. Barak pun ambil chicken noodle dengan harga yang sama. Selain noodle, ada pelbagai pilihan makanan lain. Dari segi rasa, sedap la. Takde la terlalu woww sangat. Cukup rasa kuahnya tu dan dagingnya memang empuk. Lagi satu yang aku nak puji kat sini ialah servisnya cepat. Nak menunggu seat pun tak lama, makanan sampai pun tak lama. Dari segi pembayaran, seperti apa yang dimaklumkan oleh stafnya, tiada online payment tetapi kita boleh membayar dengan Ringgit Malaysia. Selesai makan, kami jamak takdim siap-siap, sebab later on the way balik, dah takde berhenti di mana-mana. Kalau ada pun, mungkin pada waktu malam nanti.

Sampai di hotel, kami melepak kat lobi sebab 2 jam lebih lagi sebelum waktu bertolak balik KL jam 5.00 petang. Nak berjalan semua memang masing-masing dah malas. Dalam tengah-tengah melepak tu, tetiba aku terfikir eh waktu bertolak ni jam 5.00 petang waktu Malaysia ke waktu Thailand? Hahahaha.. Tengok jam dah pukul 4 petang waktu Thailand (which is 5.00 petang waktu Malaysia). Kalau dia ikut waktu Malaysia, memang dah masa bertolak ni. Ah, sudah! Biasalah, aku kan pakar bab memeranjatkan diri sendiri ni. Terus aku cakap Barak jom la gerak ke pick-up point bas tu. Dalam 10 minit nak berjalan juga. Aku kalau dah cuak, jalan memang tak pandang belakang dah. Kesian Barak. Sampai-sampai lokasinya, fuhhhh… syukur tak kena tinggal. Bergerak ikut waktu Thailand ya! Aku ni kadang-kadang bodoh tu boleh tahan juga. Apapun syukurlah, daripada kena tinggal kan?

So, bila kat sini, aku serahkan passport untuk staffnya isu tiket bas. Sementara tu, kami merayap ke 7 Eleven berdekatan untuk tapau makanan ringan dan minuman semasa perjalanan nanti. Both of us tapau burger CP dua ketul seorang. Rugi pula rasanya beli sikit je.

Bila bas dah sampai tu, kami pun naik dan duduk di seat masing-masing. Single seat. Bas okay, selesa. Ada outlet USB untuk caj handphone. Air dan selimut juga diberikan. Seat bas pun penuh semuanya.

Perjalanan dari Hatyai ke Sadao Checkpoint hampir satu setengah jam. Kat sini just cop passport je. Tak perlu bawa turun luggage untuk discan. Dan apabila nak menuju ke Imigresen dan Kastam Bukit Kayu Hitam, trafik sangat sesak dengan kenderaan. Lama juga nak menunggu, tambahan pula lorong bas telah disekat dengan kereta-kereta yang ada. Tu yang menambah kelewatan tu. Di Bukit Kayu Hitam ni, penumpang kena turun dan bawa semua luggage dan beg masing-masing untuk discan. Untuk Malaysian, sebenarnya ada laluan autogate di lane paling kiri, tapi aku tak perasan sebab first time kan. End up aku beratur cop secara manual dengan the foreigners.

Dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ni, bas berhenti untuk dinner di Restoran D’Warisan 2 yang terletak di Changlun. Nak makan banyak tak berani sebab takut perut buat hal nanti dalam bas. So, aku just makan nasi goreng kampung dengan telur mata je. Barak pula order nasi putih dengan telur bistik.

Selesai makan, kami naik semula dalam bas sebelum bas menyambung semula perjalanan. Aku memang tak boleh nak lelap mata langsung. Mungkin sebab tak selesa nak tidur duduk macam tu. Aku dah agak dah pun masa beli tiket dulu. Hahaha. Second stop, bas berhenti few minutes di Hentian Ladang Bikam untuk penumpang yang nak buang air. Aku turun juga, tapi membuang angin je. Hahahahaha.. Tu yang tak boleh nak tidur sangat sebab takut terkentut. Bukan main menggelodak angin dalam perut aku ya. Kalau aku lepaskan gas ni nanti, ada mati penumpang-penumpang dalam bas ni! Hahaha..

Kami sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) lebih kurang jam 5.00 pagi, setelah hampir 11 jam perjalanan ya! Mana tak barai badan. 5 petang ke 5 pagi, tolak 1 jam perbezaan waktu. Memang taubat la aku nak naik bas lagi pergi atau balik ke Hatyai ni. Bukan mode transportation untuk aku. Cukup la sekali so that aku boleh share experience ni. Mungkin bagi sesetengah orang, okay je naik bas perjalanan malam, tapi aku tak boleh sebab jenis susah nak tidur duduk ni. Kalau train katil KTM Saswadee tu aku okay je walaupun perjalanannya lama sebab boleh tidur baring.

So, next time kalau nak ke Hatyai lagi, memang aku kena naik ETS. Kalau bosan duduk, boleh bergerak ke cafe atau lepak in between coach tu. Nak solat atau nak buang air anytime je tak perlu risau. Bila tanya Barak, dia pun setuju dengan pendapat aku. 

Anyway, dari TBS ni, kami ambil ERL untuk balik ke Cyberjaya. Masing-masing dah tak larat nak berbual dah barai dan mengantuk gila. Apapun, kira okay la ada pengalaman naik bas ni kan. Selalu dengar orang cerita, aku tak boleh nak bayangkan sangat. Once dah cuba, baru faham.

Jadi, demikianlah perkongsian trip Hatyai aku kali ni. Semoga ada info-info yang bermanfaat. Thanks sebab luangkan masa membaca blog yang tak seberapa ni. Doakan aku murah rezeki so that aku boleh share pengalaman travel dengan korang semua lagi. And to Barak, thanks so much. Harap tak serik la travel dengan aku dan aku sebenarnya rasa honoured juga sebab dapat teman dia travel ke luar negara buat pertama kalinya. Semoga perkongsian aku yang serba-sedikit tu berguna untuk dia nak travel solo nanti in future.

Dan jangan lupa subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Jauh lagi perjalanan aku nak dapat silver button tu. Hehehe…

Till then, jumpa di post yang akan datang. Take care semua!

p/s: Bahagian kedua video nanti aku upload lagi. Tak sempat nak habiskan sebab kerja tengah banyak. Huhuhu…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.