Cuti-cuti di Kuala Langat & Staycation di Amverton Cove Resort
Hello semua! Post kali ni aku nak share tentang Cuti-Cuti Malaysia di Kuala Langat dan staycation semalam di Amverton Cove Resort.
Bila kerajaan umumkan PKPB Selangor boleh merentas daerah, berdesup aku plan aktiviti hujung minggu kali ni. Dah lama aku nak pergi Bukit Jugra tapi tak pernah berkesempatan. Selalu nampak dari balkoni rumah je.
So, seperti biasa aku ajak Sham teman ke sana since dia pun duduk di Banting. Selepas mendaki Jugra, kami merayap ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Kedua-dua tempat ni aku dah pergi bertahun-tahun dulu. Okay lah setakat nak ambil angin di luar Cyberjaya.
Sambungan vlog sebelum ni. Setelah berjalan di sekitar Bukit Jugra dan Banting, kami ke Amverton Cove Resort untuk bermalam di sana. Aku baru tahu kewujudan resort ni semasa dok Google Bukit Jugra tu. Since dah lama rasanya tak dapat travel, dapat bercuti kat sini pun kira okay juga lah. Hotelnya bagus. Dan kalau korang bercuti dengan famili/anak-anak, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.
Okay, tu je la post aku kali ni tentang cuti-cuti di Kuala Langat dan staycation di Amverton Cove Resort ni. Thanks kerana sudi baca.
English summary:
Escape the city with a peaceful getaway at Amverton Cove Golf & Island Resort in Kuala Langat, Pulau Carey. Stay in serene lakeside chalets with modern facilities and enjoy a variety of outdoor activities including kayaking, ATV rides, mini zoo visits and more. Venture beyond the resort to nearby cultural attractions like Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Mah Meri Cultural Village, Jugra Hill paragliding and the golden sunset at Morib Beach. Ideal for Malaysian families seeking both relaxation and adventure.
Leave a Comment