Taman Sari Homestay
Kali ini, aku nak berkongsi dengan korang lokasi untuk terapi minda aku pada minggu lepas. Actually, tempat ni dah lama sangat aku nak pergi tapi asyik tak berkesempatan je. Lokasinya ialah di Taman Sari Jungle Homestay di Hulu Langat, Selangor. Kalau tak silap, aku tahu tentang tempat ni sejak 2014… tapi tu la plan-plan tapi tak jadi. Nasib baik kali ni menjadi juga.
Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Hehehe…
Taman Sari merupakan sebuah penginapan dengan taman seluas 2 ekar, dikelilingi dengan pelbagai tumbuhan tropika.
Terdapat 3 unit penginapan di sini; The Bothy, The Cottage & The Shack.
Aku memilih untuk bermalam di The Bothy dengan private garden yang luas dan dikelilingi pepohon yang merimbun. Bothy ni merupakan sebuah pondok kecil yang mempunyai 3 dinding dan tiada dinding di bahagian hadapan. Best bila bangun pagi dapat melihat matahari terbit. Tapi kalau terlalu terik atau mahukan privasi, korang boleh turunkan bidai yang disediakan.
Penginapan di sini disediakan sekali dengan breakfast yang ringkas seperti nasi lemak bungkus. Rasanya owner yang masak sendiri kot sebab nasi lemak yang dihidangkan memang baru dimasak dan sedap.
The Bothy berkonsep “open”, so katil, tandas, shower dan dapur semuanya terbuka serta bersatu dengan alam. Merasalah korang kalau nak qadha hajat with a view! Dan aku suka giler open shower dia dengan pemandangan pokok-pokok. Hot shower disediakan. So, tak perlu risau kalau korang jenis penakut gile mandi air sejuk.
Tidur dengan pemandangan hutan memang sangat best bagi pencinta alam seperti aku. Memang teringin nak ada pengalaman tidur sambil menyaksikan hutan atau pokok-pokok di depan mata.
Tetapi bagi yang selalu menonton cerita seram atau penakut, korang mungkin akan ada masalah la sikit nak melelapkan mata. Aku okay je. Kena pulak time datang sini, malam tu hujan.. memang syok gile tido!
Nyamuk dan serangga/kelkatu ada je tapi bagi aku takdelah terlalu banyak. Nama pun duduk dalam hutan kan. Rumah aku yang tingkat 28 tu pun kalau buka tingkap akan dimasuki kelkatu, ini kan pulak kat kawasan hutan. Anyway, kalau korang tak tahan, kelambu, ubat nyamuk/serangga ada disediakan.
Selain daripada tu, kalau cuaca panas dan korang ingin sejukkan badan, terdapat small natural water plunge pool yang diteduhi dengan pokok-pokok merimbun. Sejuk, redup dab sangat tenang.
Laman The Bothy ini pula dikelilingi pagar dan terdapat ayam-ayam bebas berkeliaran di luarnya. Terasa suasana di kampung bila mendengar kokokan di pagi hari. Tapi bukan pagi je depa berkokok.. tengahari, petang pun ada je.
Di halaman pula terdapat wakaf dan tempat duduk kalau korang nak berehat atau menikmati makanan di luar rumah.
Antara kemudahan yang disediakan di The Bothy ini ialah tempat membuat roti bakar, coffee/tea, peti sejuk dan mandi air panas/sejuk. Portable stove pun aku nampak disediakan. Since kami dari aktiviti berkelah di Batang Kali dan membawa portable stove, so kami guna yang sendiri je untuk memasak maggi dan lain-lain. So, dalam erti kata lain, boleh memasak kat sini (kecuali di unit The Shack.. kalau tak silap aku tak boleh memasak).
Anyway, ownernya, Affa, sangat peramah. Diterangkan segala kemudahan kat sini dan aktiviti yang korang boleh buat di sekitar kawasan Taman Sari ni.
Taman Sari ni terletak di Hulu Langat yang terkenal dengan kawasan sungai dan air terjun. Antaranya Sungai Lopo Village, Sungai Congkak dan Sungai Lepoh.
Kalau korang nak pergi ke Air Terjun Sungai Lepoh, perjalanannya 10 minit ke Asli Adventure Base Camp. Dari sini korang kena hiking 45-60 minit untuk ke Air Terjun Sungai Lepoh. Asalnya plan aku nak ke air terjun ni lah. Tapi disebabkan malam tu hujan, so nak pergi sebelah pagi tu berkira-kira sebab takut jalan berlecak semua. Maybe next time lah.
The Bothy (for 2 pax) berhargaa RM350 semalam termasuk breakfast.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut: https://www.tamansarimalaysia.com/
Di bawah ini, aku sharekan lokasi Taman Sari Hulu Langat. Selamat bercuti!
Leave a Comment