Percutian sebelum Ramadhan. Kali ni, kami ke Sungai Kedondong di Batang Kali, Selangor. Dan kemudian stay semalam di Flamingo By The Lake sebelum ke destinasi seterusnya. Kalau ikut plan asal aku nak bermalam di chalet sekitar kawasan ni tapi semuanya dah fully-booked! Cepat betul orang Selangor buat kerja. Hahahaha..

Sebenarnya, aku nak ke Kawasan Rekreasi Sungai Pinang di Batang Kali ni. Tapi melihatkan betapa ramainya manusia, so aku ajak Sham berlaih ke Sungai Kedondong di bahagian atas sedikit. Sungai Kedondong ni tempatnya cantik untuk berkelah atau bercamping. Tapi sayang di sekeliling terdapat banyak sampah-sarap yangg ditinggalkan.

Apa kata, mula didik diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, setiap kali pergi bercuti atau beriadah di mana saja di pelosok dunia, apa kata bawa pulang sampah korang dan buang di tong sampah yangg disediakan.

Kalau tiada tong sampah sekalipun, bawa balik saja dan buang di rumah. Tak susah mana pun. Bukan sebab semua orang longgokan sampah di situ, kita pun ikut serta buat perkara yang sama.

Sayang gile. Tempat dah cantik tapi tercemar dengan sikap tak bertanggungjawab manusia. Belajarlah menghargai alam sekitar sikit… ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

Anyway, aktiviti kami kat sini… breakfast nasi lemak dan mandi sungai. Aku bawa barang siap-siap dari rumah untuk buat nasi lemak. Barulah feel sikit. Mandi sungai pun aku sorang je. Sham dia tak tahan sejuk. Rugi!!!

Nah.. nikmatilah pemandangan cantik kat sini yang sempat aku rakamkan.

Dan di sini aku kongsikan lokasi Sungai Kedondong ni. Selamat bercuti dan jangan lupa jaga kebersihan ya.

Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.