Sharing is caring


Aku selalu menantikan hujung minggu sebab aku boleh buat banyak aktiviti yang aku suka terutamanya mengemas dan berehat di rumah. Morning walk tu memang sudah seperti satu kewajipan. Selalunya selepas subuh aku dah keluar. Tapi minggu ni, Shezz, teman morning walk aku tak join, so aku keluar lewat sikit, buat laundry dulu. Nanti balik walk, tinggal sidai je.

Anak pokok Korean persimmon dan apple aku pun semakin membesar. Alhamdulillah. Since aku ada 5 anak pokok persimmon tu, aku pass satu kat jiran aku, Zana, yang duduk kat landed property di Cyberjaya ni. Dia duduk rumah corner lot, so ada la laman dia nak bercucuk tanam. Pokok apple bidara yang aku bagi dia beberapa tahun dulu pun dah besar dan banyak buahnya. Jealous tengok.

Sampai sekarang, aku tak berhenti bersyukur sebab membeli rumah di Cyberjaya ni. Lokasi rumah aku terletak dekat dengan Taman Tasik Cyberjaya, so sangat mudah untuk aku beriadah di sini. Tamannya cantik, banyak pokok-pokok yang menjadikannya redup. Tambahan pula, setiap hari Ahad terdapat Pasar Tani ni sini. Jadi, senang aku nak beli barang-barang kalau perlu. Ikan pun segar-segar, ulam-ulaman dan pucuk pun ada dijual. Kalau bukan bulan Ramadhan, banyak gerai menjual makanan. Pilih je la nak makan apa. Best kan? Minggu ni aku beli udang setengah kilo berharga RM21.60 dan ikan cencaru 4 ekor dengan harga RM18 dan sedikit sayur dan ulaman.

Menu berbuka kali ni aku masak udang goreng kunyit, kubis masak lemak putih, sambal belacan cili api, ulam pegaga, pucuk ketereh/gajus, tembikai dan homemade coconut shake. Dah 16 hari aku nak sentuh nasi, kecuali 1 kali masa buffet kat Aldar Lounge minggu lepas. Kebas weh otak tak dapat nasi… hahahaha. So, kali ni kena makan nasi. Memang puas hati dapat makan masakan simple macam ni. Kalau ada ikan kering lagi perfect! Kiranya weekend ialah cheat day aku untuk makan nasi la.

Aku tak boleh makan nasi hari-hari sebab badan aku akan cepat naik. Lagi la kalau aku skip jog atau morning walk. Februari dengan March hari tu, lama aku skip jog, makan tak jaga, benda-benda manis semua bedal, end up perut membulat macam orang mengandung 5 bulan. So, nak tak nak.. sempena bulan puasa ni, aku ambil kesempatan untuk start semula healthy diet dan lifestyle. Mudah-mudahan nipis sikit la badan ni. Susah ya bila dah menganjak usia 45 tahun ni.. metabolisme kau dah macam haram. Susah dan lambat sangat nak turun. Apapun kena konsisten la. Wish me luck! Hahahaha.

Till then, selamat berpuasa!


weekend routine Malaysia, vlog hujung minggu, aktiviti hujung minggu solo, kemas rumah weekend, rutin pagi hari minggu, laundry dan berkebun ringan, morning walk Cyberjaya, tasik cyberjaya pagi Ahad, pasar tani Cyberjaya Ahad, beli barang masak buka puasa, menu berbuka simple dan sedap, udang masak kunyit, kubis masak lemak, masakan kampung untuk buka, buka puasa masak sendiri, vlog masak bulan puasa, living alone vlog Malaysia, solo living aesthetic, Korean style vlog Malaysia, vlog aesthetic hujung minggu, urban gardening di Malaysia, mini balcony garden, petik sayur sendiri, tanam sayur dalam pasu, chill weekend lifestyle vlog, garden to table vlog, Ramadan routine 2025, vlog Ramadan Malaysia, konten Ramadan Indonesia, puasa sendirian vlog, inspirasi konten solo living, solo weekend vlog aesthetic, vlog aesthetic Indonesia, vlog Korea tapi Malaysia version, masak simpel untuk iftar, menu sahur dan buka puasa homemade, konten berkebun urban, slow living vlog, konten masak dan berkebun, minimalist Ramadan vlog


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.