Sharing is caring

Minggu lepas, aku berpeluang untuk ikut Sham pulang ke kampungnya di Bagan Serai, Perak. Ni pun sempena majlis perkahwinannya yang berlangsung di Bukit Mertajam, Penang… majlis sebelah pengantin perempuan. Aku amat berbesar hati kerana aku sorang je “orang luar” yang dijemput untuk ke majlis ni. The rest semua keluarganya. Sham ni actually ex-intern di syarikat aku bekerja. Dia intern di sini sekitar 2015-2016 macam tu kalau tak silap aku. Dia dulu rajin ajak aku jogging, endup jadi one of my close friends, travel buddy yang rajin teman aku pi sana-sini. Aku selesa gila travel dengan dia dan he’s one of those good people yang aku pernah jumpa. Taat weh dia ni dengan parentsnya. Untung Fina! Aku doakan semoga jodohnya berkekalan sampai ke jannah dan dikurniakan zuriat yang baik-baik.

By the way, sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan, kami singgah bermalam di rumah Mak Longnya yang terletak somewhere di Jalan Banjar, Bagan Serai, Perak. Cantik ya pemandangan di kampung ni. Sawah padi terbentang luas di belakang rumah. Suasana pagi sangat damai dan tenang dengan bunyi kicauan burung-burung. Aku memang suka gile suasana macam ni. Harap-harap ada peluang untuk datang ke sini lagi. Nikmati some of the images yang aku share. Banyak sangat aku snap… tak larat nak sumbat semua sekali.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.