Minggu ni sama je seperti minggu-minggu sebelum ni. Cuaca pun agak bahang dan sedikit berjerebu. Tapi aku masih lagi meneruskan aktiviti morning walk seperti biasa. Buat di Cyberjaya Lakeside/Tasik Putrajaya. Last aku walk kat sini kira-kira 2 minggu lepas. Hari Sabtu lepas, Fatin ajak berbuka. Dia dok masak mee kari dengan nasi daging. Memang kembung la perut aku dok hirup kuah kari dia dan minum air je.
Hari Ahad pula aku just masak fettuccine pedas dengan daging dan udang. Menghabiskan saki-baki makanan di dalam fridge sebelum bercuti Hari Raya. Aku tambah 2 biji kentang memandangkan pasta aku tu dah tinggal ciput je. Pokok cili padi kat balkoni pun dah berbuah. Aku kira ada lebih kurang 20 biji lebih dan yang merah ada 6 biji. So, guna tu untuk tambah kepedasan dalam pasta. Berguna la juga kan? Aku sebenarnya main campak je kat tanah mana-mana cili yang dah rosak dulu. Tak bajet pun akan tumbuh sebab memang lama gila dia nak bertunas. So, la ni pun aku semai juga biji-biji cili yang ada tu dalam pasu kecil. Kalau jadi bertunas, boleh pass kat member-member aku sekitar Cyberjaya ni.
Diam tak diam, lagi beberapa hari je nak raya. Tapi bagi aku, entahlah… Semangat atau roh nak beraya tu dah lama takde. Aku pun tak tahu kenapa aku dah tak berminat nak celebrate raya. Mungkin sebab arwah tok, arwah adik aku dah takde. Seronok balik JB kalau arwah adik aku, Salim tu ada. Dia memang penyeri keluarga. Down-syndrome atau anak syurga bak kata orang. Dia meninggal pada 2017 dulu 5 hari sebelum birthday aku. Nak buat open house la ni pun aku dah malas. Dulu gigih juga la buat, ajak member sana-sini. Now, pencen dah kot rasanya.. hahaha.
Anyway, tahun ni pun, seperti tahun-tahun lalu, baju apa pun tak beli, Just prepare duit raya je la untuk anak buah kalau jumpa nanti. Budak-budak kecik je yang aku rasa excited nak beraya. Macam aku kecil-kecil dulu la. Gigih round satu kampung dengan classmates nak kumpul duit raya. Haizzz.. those days kan.
Bila flashback ni, macam-macam perkara kita teringat. Lagi-lagi memori yang indah bersama keluarga atau insan-insan yang kita sayang. Walaupun ada perasaan rindu yang kuat dalam diri ni, aku pendamkan je. Paling teruk pun, aku luah kat sini je la. Apapun, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka semua.
Till then, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Drive safe semua. Insyallah, bertemu dalam vlog Aidilfitri nanti. Tata!
Leave a Comment