Day 3: Le Pirate Island (Sabolo Island)
IT’S MY BIRTHDAYYYY!!!!! Anyway, hari ketiga kami di Labuan Bajo! Aku bangun awal macam biasa around 5.00 pagi. Biological clock dah macam tu. Tak boleh nak buat apa. Selesai je subuh, aku ajak Barak hiking bukit yang terdapat di pulau ni. Main redah je ya, takde warming up apa. Hahaha.. Nak kata tinggi, takde la tinggi mana tapi jenuh juga la nak naik ke atas sana. Kat sini tiada anak tangga, cuma ada laluan yang ber”tangga” yang diletakkan batu-batuan. Hampir 15-20 minit juga la nak sampai ke puncak. Kami pun daki slow-slow je. Sambil daki, berhenti mengambil gambar.
Pemandangan di sini memang cantik terutamanya ketika matahari sedang terbit. Memandangkan ketika ini musim kering, maka tumbuhan di sini kering kekuningan. Tapi bila terkena dengan simbahan cahaya matahari di waktu pagi, memang bertambah menarik warna keemasannya.
Setelah hampir 30 minit kami berada di atas ni, so turunlah semula. Satgi kalau matahari dah terpacak kat atas kepala, panas terik jadinya. On the way turun tu Barak dok mainkan lagu “Happy Birthday” sempena hari lahir aku yang ke 46 tahun pada hari ini! Fuhhhhhh!!! Lagi 4 tahun nak masuk 50 bhaiiii… seram ke tidak?? Hahahaha.. Apapun Alhamdulillah diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ni lagi. Aku tak minta banyak cuma semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki untuk aku berpeluang untuk menjelajah bumi Allah ni dan diberikan pengakhiran yang baik. Cukup la tu. Kan? Anyway, thanks juga pada yang Whatsapp dan DM di sosial media tu.
Anyway, sampai di bawah, kami terus melepak di kafe sementara menunggu waktu breakfast. Aku suka betul lepak sambil mendengar bunyi desiran ombak. Sangat menenangkan!
Untuk breakfast pagi ini, kami disajikan dengan orange juice yang segar atau dalam bahasa Indonesia “es jeruk”. Menu pilihan pula ialah mee goreng yang dihidangkan bersama telur goreng dan buah-buahan segar. Selesai makan kami rehat dulu di beach hut sebelum turun untuk snorkeling pada sekitar jam 8.45 pagi.
Kami snorkeling bermula di hadapan hut kami kerana ketika ini air telahpun pasang. Dari sini kami perlahan-lahan berenang menuju ke kawasan jeti. Coral di sini lebih cantik dan pelbagai. Memang aku kagum gila sebab kiranya first time nampak coral yang betul-betul cantik dan clear. Ikan pun ada pelbagai jenis. Ular laut yang berbelang hitam putih tu pun ada. Lekas-lekas aku melarikan diri sebab takut! Ular ni kan antara yang berbisa. Satgi kena patuk, satu hal pula jadinya.
Bagusnya di Le Pirate Island ni, mereka melakukan coral farming bagi memulihara coral di sini. Oh, kami snorkeling di sini ditemani oleh Pak Erwin, individu yang bertanggungjawab membuat kerja-kerja coral farming ni. Dia pun turut berbesar hati mengajar Barak untuk buat free diving. Menjadilah juga attemptnya tu. Aku tumpang bangga. Antara pengalaman yang menarik juga bagi aku di sini ialah menyaksikan sekumpulan ikan-ikan yang terbelah bila Pak Erwin melaluinya. If only kamera aku ni boleh capture visual yang lebih clear, sure lagi menarik vlog aku tu kan? Tapi apapun bersyukur sebab dapat lagi satu pengalaman yang baru.
Kami snorkeling di sini hampir 2 jam! Memang puas hati. Sebab matahari dah terpacak atas kepala, terpaksalah berhenti. Kalau tak, sure rentung satu badan.
Selesai mandi, kami merehatkan diri di dalam hut. Tenang sangat suasana kat sini. Sunyi sepi cuma dengan desiran ombak, hembusan bayu dan kicauan burung-burung. Time-time panas macam ni kebanyakan tetamu kat sini duduk dalam hut membaca buku atau tidur. Dan kalau jenis yang gila tu, dok berjemur untuk “sun tan” di tengah panas atau snorkeling.
Tiba waktu makan tengahari, staff akan membunyikan loceng dan menjerit “lunch time”. Menu buffet hari ini yang menjadi pilihan ialah chicken curry yang pada aku lebih hampir kepada ayam masak lemak lodeh. Macam kuah lontong tu.
Selesai makan, kami sambung berehat kat dalam hut. Memang takde buat apa sangat sebab nama pun nak berehat. Sekitar jam 4.00 petang tu, aku dah Barak merayap di sekitar kawasan ni. Kami main table tennis (walaupun cuaca masih panas terik lagi!). Kemudian kami berjalan di sekitar kawasan glamping, di bahagian di mana terbitnya matahari. Antara coral yang aku jumpa terdampar kat kawasan pantai ni ialah coral berwarna merah. First time aku jumpa. Coral ini ialah jenis yang sama yang terdapat di Pink Beach. Serpihan coral ini yang menjadikan warna pasir pantai di situ kemerah-merahan.
Bila dah habis mengambil gambar di sini, Barak ajak aku main volleyball. Dia ajak aku????? Hahahahaa.. aku ni dah la jenis tak suka bermain any sports. Yang aku suka cuma morning walk dan jogging je. Aku suruh dia tanya mat saleh yang berada di gelanggang volleyball tu tapi dia macam segan-segan. Tapi memang rezeki dia juga sebab mereka tengah mencari orang untuk team main volleyball. So, Barak pun join sekali. Ada 8 orang termasuk 2 staff dan 2 orang minah saleh berbikini. Berpinau mata acik kau! Hahahaha.. Jenuh aku nak blurkan visual dalam vlog nanti. Aku tak sure team mana yang memang sebab aku tak concentrate pun. Dok berborak dengan Fatin dan Ed sambil minum dan makan biskut. Tapi lama juga diorang main.
Apabila hari semakin gelap, kami pun balik ke hut, mandi dan bersiap untuk dinner. Menu dinner malam ni aku memilih seared tuna steak manakala Barak memilih beef burger. Aku tak boleh nak habiskan tuna ni sebab hanyir sangat. Kembang pula tekak aku. Hahahaha.. Patut aku ambil je soto ayam macam Fatin ambil tu. Sebelum tu, kami dihidangkan starter iaitu veloute of pumpkin atau nama kampungnya sup labu! Dessertnya pula ialah caramelized banana. Sedap pisang caramel ni.
Aktiviti malam ni ialah outdoor movie. Depa dok main filem “Cast Away” lakonan Tom Hanks. Tapi kami tak tengok pun. Terus balik hut nak tidur. Tapi sebelum tu aku nak buat astrophotoraphy lagu sekali sebab ni malam last. Esok dah nak check-out. Tapi takde rezeki sebab malam ni langit dilitupi awan. Macam nak hujan tapi tak juga hujan. Angin pun takde. Sudahnya, aku balik je hut untuk tidur. Tapi nak dijadikan cerita, aku tak boleh tidur ya. PANASSSSSSSSS!!!! Malam ni memang langsung takde angin. Dah la takde kipas. Aku tak tahu macam mana Barak boleh lelapkan mata (walaupun dia cakap dia tak terjaga juga beberapa sebab aku bergerak-gerak). Nyamuk satu hal sebab kelambu tu kami tak pasang betul-betul. Aku pun dah lupa pasal gigitan nyamuk sebab kepanasan mengatasi segala-galanya. Bayangkan aku berperang dengan kepanasan dari jam 10 malam sampai ke 3 pagi! Daripada berpakaian sampai aku tanggal tinggal underwear je (short la!) Stil tak boleh nak lelapkan mata. Tilam belah aku jangan cakap la… lencun dengan peluh. Hahahaha. Jam 3 pagi tu barulah aku boleh lelapkan sikit mata sebab ada angin bertiup. Tapi aku dapat tidur sejam je la sebab jam 4 pagi tu aku dah terjaga.
Itulah pengalaman paling hazab untuk hari ketiga ni. Aku sangat-sangat mengharapkan pihak Le Pirate Island ni menyediakan kipas kecil so that selesa sikit pengunjung nak tidur kat sini. Tak boleh nak harapkan angin semata-mata. Naya betul!
So, itu sahaja aktiviti pada hari ketiga di Labuan Bajo ni. Sambung dalam blog hari esoknya. See ya!
Labuan Bajo Travel Tips, Top Things to Do in Labuan Bajo, Best Time to Visit Labuan Bajo, Komodo Island Adventure, Labuan Bajo Hidden Gems, Labuan Bajo Must-Visit Places, Labuan Bajo Drone Footage, Labuan Bajo Local Cuisine, Labuan Bajo Budget Travel Tips, How to Get to Labuan Bajo, Labuan Bajo Nightlife, Labuan Bajo Best Beaches, Labuan Bajo Island Hopping, Komodo Dragon Tour Labuan Bajo, Labuan Bajo Travel Vlog, Labuan Bajo for First-Timers, Labuan Bajo Unique Experiences, The Sinclairs Goes to Labuan Bajo, BCL Goes to Labuan Bajo, Labuan Bajo astrophotography, night sky photography in Labuan Bajo, stargazing Labuan Bajo, Milky Way Labuan Bajo, Labuan Bajo dark sky, best places for astrophotography in Indonesia, starry sky Labuan Bajo, stargazing spots Labuan Bajo, clear sky photography in Flores, Milky Way photography Indonesia, low light pollution Labuan Bajo, shooting stars Labuan Bajo, Labuan Bajo travel photography, photographing stars Indonesia, sunset and night sky Labuan Bajo
Leave a Comment