Sharing is caring

Day 6: Labuan Bajo – Kuala Lumpur

Last day di Labuan Bajo! Arghhh… sedihnya mengenangkan percutian telah tamat. So, nothing much aktiviti pagi ni selain daripada mengemas barang-barang. Lepas subuh, aku keluar ke pantai untuk record some footage antaranya garden dan kawasan pantai. Barak pula sambung tidur. Time ni barulah terasa betul sakit kakinya. Bahana panjat bukit kat Pirate Island, Bukit Padar dan snorkeling. Terpaksa jalan slow-slow macam orang baru sunat. Hahaha.

Dalam jam 7.00 lebih camtu, kami pergi breakfast di restoran hotel. Menariknya breakfast di Luwansa Beach Resort ni ialah restorannya terletak di tepi pantai dengan view yang menarik. Pilihan makanannya pula bagi aku mencukupi. Just nice la. Ada makanan tempatan dan makanan barat. Nak makan banyak-banyak pun, bukan boleh muat perut ni.

Selesai makan, kami sambung kemas barang. Dan memandangkan hotel ini menyediakan perkhidmatan airport transfer secara percuma, so kami setuju untuk book pada jam 10.00 pagi. Walaupun flight ke KL tu boarding sekitar jam 2 lebih. Tujuan kami pergi awal ke airport ialah untuk ke Kado Bajo, pusat souvenir yang terletak di hadapan airport.

Kado Bajo Pusat Oleh-Oleh

Ini merupakan one stop center untuk korang membeli souvenirs. In fact, kalau nak beli souvenirs masa last day di sini pun okay. Ada banyak pilihan dan pelbagai jenis cenderahati dijual di sini. Dari makanan, ke pakaian sehinggalah segala macam perhiasan. Tapi dari segi harga tu bergantung juga pada barang yang korang beli. Souvenir seperti fridge magnet di sini cantik tapi harganya tak berapa ekonomi. Yang aku beli tu satu berharga MYR 18. Kalau korang nak yang murah sikit, maybe boleh beli di Komodo Island atau yang ada di Jl. Soekarno Hatta tu. Tapi yang hat MYR 18 tu cantiklah fridge magnetnya. Bukan jenis yang bulat gambar biawak Komodo tu.

Selain daripada fridge magnet, aku turut membeli kompiang, roti khas Labuan Bajo untuk officemates aku. Jadilah buat raso-raso. Aku paling suka tengok Barak shopping untuk kawan-kawan dia. Macam-macam dia beli. Serupa aku masa awal-awal travel dulu. Lepas tu dah malas dah. Hahahaha.

Aktiviti santai di airport

Selesai shopping serba-sedikit, kami berjalan kaki ke airport. Tak jauh pun, opposite je. Sampai airport, kami terus check-in. Tak ramai orang lagi sebab masih awal. So, kami ada 3 jam lebih melepak dalam airport ni. Memang perangai aku prefer sampai awal kat airport daripada terkejar-kejar nanti kan? Lagipun kita tak tahu apa masalah yang boleh berlaku, so kalau awal ni, senanglah nak uruskan itu ini.

Anway, kat dalam ni kami just lepak buat hal masing-masing. Ada yang pergi minum coffee, pi massage kaki dan lepak update sosial media. Pusing punya pusing dalam airport ni, aku ternampak booth yang menjual “bolen pisang”. Sebab Jay dah pesan dengan aku benda ni sebelum pergi dulu, so aku belikan untuk dia sekotak.

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

Flight kami ke KL delay few minutes sebab flight dari KL sampai lewat. Hampir jam 3 petang baru kami boleh boarding. Alhamdulillah perjalanan pulang smooth je. Nampak la dari tingkap aku pemandangan sekitar Labuan Bajo terutamanya Le Pirate Island. Surely kami akan sentiasa rindu keindahan pulau ni. Insyallah, ada rezeki kami berjanji akan ke sini lagi. Kami memang suka gila dengan aktiviti snorkeling di sini. Dan suasana pulau ni sangat tenang. Kecuali part cuaca panas takde angin tu je la yang agak mencabar.

Dalam perjalanan pulang ni, aku dengan Barak seperti biasa. Order 2 meal setiap seorang. Lapar gila ya sebab kami hanya breakfast saja. Tak lunch pun kat airport tadi.

Dan Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA2 pada jam 6.50 petang. Cuaca mendung menyambut ketibaan kami, semendung emosiku.. hahahaha. Yelah, cuti dah habiskan.

Apapun, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Barak, Fatin dan Ed kerana sudi nak travel bersama aku. Mana yang terlebih terkurang dalam planning trip ni, harap-harap dihalalkanlah ya. Insyallah, kalau ada rezeki lagi boleh plan ke tempat lain. Tapi for sure, there will be another trip ke Labuan Bajo ni sebab pulau ni sangat cantik alam semulajadinya.

Terima kasih juga kepada korang, pembaca di luar sana yang meluangkan masa membaca perkongsian aku ni. Mudah-mudahan perkongsian ni dapat membantu korang juga dalam merancang perjalanan ke sini. Doakan aku murah rezeki supaya dapat travel lagi dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Dan jangan lupa subscribe, like dan share vlog aku di Youtube ya!

Dengan ini, berakhirlah blog Labuan Bajo aku pada 2024 ni. Jumpa di perkongsian yang akan datang. See ya!


English summary:

This 6-day 5-night Labuan Bajo travel guide features a detailed budget and itinerary, recommended hotels from affordable to luxury, a private island stay at Le Pirate Island, a full-day Komodo tour visiting Padar Island, Pink Beach, Komodo National Park, Taka Makassar and Manta Point, the best snorkeling spots, halal food options, popular souvenir shopping areas and essential travel tips for travellers.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.