Penerbangan ke Labuan Bajo
Kita bertemu dalam itinerari Labuan Bajo hari pertama. Excited!!! Itulah perasaan yang dapat aku gambarkan setelah beberapa lama menghitung hari. Aku, Barak dan Fatin bertolak dari guard house rumah aku seawal jam 6.30 pagi. Aku memang dah pre-booked AirAsia ride beberapa hari yang lepas. Syukur juga sebab waktu ni subuh masuk awal before 6.00 pagi, jadi takdelah terkejar-kejar nak solat kat airport tu.
Sampai di KLIA2, urusan check-in smooth saja. Aku bertolak awal sebab dok tengok kat TikTok orang kata AirAsia la ni strict timbang hand carry luggage, so takut beratur panjang pula nanti. Sekali bila nak masuk sana, Alhamdulillah sekejap je dah settle. Ed sampai lewat sikit dan kami berkumpul di boarding gate je, sambil excited berborak pasal trip ni.
Flight ke Labuan Bajo bertolak almost on time. Dan dalam flight, aku dan Barak order roasted chicken untuk breakfast. Lately, kami suka order menu ni sebab bagi aku blackpepper saucenya mantap. By the way, dalam flight ni, penumpang diberikan custom arrival card untuk diisi dan diserahkan pada pegawai kastam di airport nanti. Oh, selain tu, jangan lupa isi online form SatuSehat Health Pass dan tunjukkan QR codenya apabila nak memasuki kaunter imigresen nanti. Buat siap-siap supaya tak kalut kat airport nanti.
Memandangkan aku tak duduk kat tepi tingkap, maka aku minta Barak tolong recordkan pemandangan sepanjang perjalanan. Yang menarik pastinya apabila melalui Mount Tambora National Park yang nampak jelas gunung berapi tersebut dengan kawahnya.
Ketibaan & Penginapan
Kami sampai di Komodo International Airport, Labuan Bajo sekitar jam 2.30 petang, itupun selepas pesawat perlu membuat satu lagi pusingan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat, mungkin trafik agak sibuk. Airport Labuan Bajo ni comel je dan kaunternya pun tak banyak. Jadi kalau ramai passenger, boleh tahan sesak juga jadinya.
Selesai urusan imigresen, kami mengambil teksi yang berada di luar airport. Nak call Grab Car pun bukannya ada. Harga teksi dari airport ke Bajo Hotel ialah IDR 100,000 (sekitar MYR 28). Aku rasa agak mahal juga sebab hotelnya cuma 2.5 km je dari airport. Tapi malas nak fikir sangat sebab masing-masing nak cepat sampai ke hotel, so kami okay je la naik. Robert, pemandu teksi kami memberitahu, area hotel kami tu ramai penduduk Muslim, so tak susah sangat nak dapat makanan halal. Di sini pun ada sebuah masjid iaitu Masjid Agung Nurul Falaq. Untuk pengetahuan korang, kepulauan Flores ni majoritinya ialah Kristian.
Apa yang menarik perhatian kami sepanjang perjalanan ke hotel ialah suasanya bandar Labuan Bajo ni. Jalannya kecil dan padat. Ia mengingatkan seolah-olah berada di Phuket.
Bajo Hotel @Jl. Soekarno Hatta
Apabila sampai di Bajo Hotel, kami terus check-in. Bajo Hotel terletak di Jl. Soekarno Hatta dan di sepanjang jalan ni terdapat banyak kafe dan agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai tour package untuk para pelancong.
Bilik Bajo Hotel ni biasa-biasa je. Jadilah untuk merehatkan diri satu malam. Aku pilih pun hotel yang paling murah je sebab tak nak membazir duit sebab esoknya kami akan ke Le Pirate Island. Katilnya okay, aircond pun okay, ada wifi. Cuma airnya je la kecil. Tak puas nak mandi. Dan airnya ada rasa sedikit masin. Mungkinkah air laut yang diproses? Entah le…



Aktiviti Petang Hari Pertama
Setelah mandi, merehatkan diri dan solat, sekitar jam 4.30 petang, kami keluar menyusuri jalan di hadapan hotel untuk ke office Le Pirate Island. Nak check kat mana tempatnya sebab esok pagi kami kena berkumpul di situ sebelum bertolak ke pulau. Okaylah, tak jauh mana pun. Lebih kurang 400 meter je dari hotel.
Bila dah tahu tempatnya, kami meneruskan perjalanan ke area pasar malam atau Kampung Ujung untuk mencari makan malam. Kat sini cepat gelap ya. Sebelum 6.00 petang tu dah masuk maghrib.
Kampung Ujung Seafood
Kami makan malam di Kampung Ujung dengan membuat pesanan di Gerai Citarasa. Sebab ada menu besar di depan gerainya, so senang sikit nak order. Macam-macam spesis ikan ada; ikan kakap, ikan kakaktua (parrotfish), ikan siakap, kerapu dan lain-lain. Lobster pun ada. Harganya IDR 500,000 untuk sekilo (MYR 138). Kami dok order ikan kakap masak asam, cumi goreng crispy, kerang bakar sos padang dan kangkung goreng. Ikan kakap tu kami ingatkan siakap tapi rupanya macam ikan merah. Spesis tu la kot lebih kurang. Minuman pula, kami order es jeruk dan air kelapa.






Anyway, sedap ya makanan kat gerai ni. Depa dok bagi sambal belacan, memang aku je la yang dok bedal. Selain sambal, mereka juga bagi terung bakar dan ulam timun. Total yang kami makan tu berjumlah IDR 400,000 (lebih kurang MYR 112). Bahagi 4, so seorang dalam MYR 28. Not bad la kan? Makan pula sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Elok je habis azan maghrib, kami pun selesai menjamu selera. Takde plan ke mana pun. Terus balik bilik untuk istirehat dan on the way balik tu, kami singgah di mart untuk membeli sedikit kudap-kudapan dan air mineral. Aku beli 2 bungkus roti mentega je, just in case takut kelaparan di pulau tu nanti.
So, itu je la itinerari Labuan Bajo kami pada hari pertama. Jumpa di hari esok di Le Pirate Island!!!! See ya!
Untuk bajet dan itinerari Labuan Bajo, boleh rujuk link yang diberikan.
English summary:
This 6-day 5-night Labuan Bajo travel guide features a detailed budget and itinerary, recommended hotels from affordable to luxury, a private island stay at Le Pirate Island, a full-day Komodo tour visiting Padar Island, Pink Beach, Komodo National Park, Taka Makassar and Manta Point, the best snorkeling spots, halal food options, popular souvenir shopping areas and essential travel tips for travellers.
There is an article in The Star newspaper yesterday (Saturday) on Labuan Bajo. I’ve snapped a photo of it. If you’re interested to read, do let me know. I can send it to you. But I cannot attach it in this comment section, only via e-mail.
Oh Ms Tan. Sorry just saw this comment. It’s okay. I read it already online. Thanks so much ya. ☺️☺️☺️