Sharing is caring

Trip Hong Kong di Ngong Ping 360.

Day 4: Ngong Ping 360, Kowloon City Tour & Ladies Market

Trip 5H4M ke Hong Kong bersambung pada Part II. Aktiviti kami pada hari ke-4 ini yang pertama sekali adalah menaiki Ngong Ping 360 Cabel Car yang terletak di Lantau Island. Untuk sampai ke sini, kena naik train ke MTR Lai King dan kemudiannya tukar ke MTR Tung Chung. But, sebelum keluar, kami breakfast siap-siap dalam cafe yang menyediakan makanan halal kat Chungking Mansions ni.. pekena roti nan dengan kari ayam yang sedap itu dan teh tarik ala-ala arwah moyang aku buat! Hehehe.

Your Sky-Land-Sea Lantau adventure begins here

Ngong Ping 360, Lantau Island

Apabila sampai di MTR Tung Chung, kita dapat melihat CityGate Outlets yang tersergam di hadapannya. So, untuk ke cable car terminal, follow je signage yang ada. Kita kena naik tangga yang tinggi di situ untuk sampai ke kaunter tiket. So, memandangkan aku dah beli siap-siap tiket masuk kat airport hari tu, kat sini just tukarkan je la.

Tiket Ngong Ping 360, Lantau Island, Hong Kong

Ngong Ping Cable Car ni mempunyai 2 jenis kabin iaitu yang standard dan juga jenis kristal (clear boleh tengok bawah). Tapi yang kristal ni mahal sikit la. Aku ambil yang biasa je sebab gayat lah kalau yang clear tu. Tak pasal-pasal sepanjang jalan tu nanti bertitis-titis air kencing. Hahaha.

Anyway, perjalanan dengan cable car ni adalah sejauh 5.7 km. Sepanjang perjalanan ni kita akan disajikan dengan pemandangan yang menarik  antaranya panorama Tung Chung Bay, HK International Airport, Ngong Ping Plateau, Laut China Selatan, the Big Buddha statue serta flora dan fauna yang terdapat di Lantau North Country Park. Tetapi, disebabkan cuaca masa kami datang tu sedikit berjerebu, maka takdelah nampak clear sangat. I bet kalau takde jerebu ni, viewnya memang terbaik!

Pemandangan cable car di Ngong Ping 360, Lantau Island, Hong Kong.

Tapi satu je yang aku tak tahan masa naik cable car ni: 3 orang ah-so yang mulutnya… Ya Rabbi.. tak berhenti-henti bercakap. Dari awal masa beratur nak naik kabin, sampailah sampai kat atas puncak. Duduk sebelah menyebelah je tapi gaya bercakap macam kawan dia tu pekak badak. Hangin je kami ngan sorang mat saleh sebelah derang tu. Ikutkan hati nak je terajang derang keluar dari kabin tu. Kalau boleh lah. Hahaha.

Ngong Ping Village

Keluar dari cable car, kita akan memasuki Ngong Ping Village, sebuah Chinese cultural park seluas 1.5 hektar yang mana di dalamnya terdapat pelbagai tarikan. Antaranya The Big Buddha, International Cable Car Gallery, Po Lin Monastery, Bodhi Wishing Shrine, Wisdom Path dan macam-macam lagi.

Ngong Ping Village di Ngong Ping 360, Lantau Island, Hong Kong.

Kami tak pergi mana pun, just dekat-dekat sini je. Even ke Big Buddha tu pun malas. Tak larat nak mendaki tangga ke atas. Tangga masjid pun jarang naik.. ni kan pulak gigih ko panjat tangga kat sini kan? Hahaha.

Statue Buddha di Ngong Ping 360, Lantau Island, Hong Kong.
Nampak tu tangganya sikit punya tinggi? Gigih la nak daki tengah panas terik ni kan.

Selepas puas berpanas terik dekat area gerbang Ngong Ping Village tu, kami singgah di Po Lin Monastery untuk merehatkan kaki dan at the same time nak snap few pictures. After that, kami singgah di Starbuck untuk menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan daripada cuaca panas kat luar. Lega sikit…

Po Lin Monastery di Ngong Ping 360, Lantau Island, Hong Kong.

Shopping di CityGate Outlets

Setelah hampir 2 jam setengah kat atas ni, kami pun turun semula ke bawah. Nasib baik kali ni takde makcik-makcik saiko menghantui diri. Hahaha. But, sebelum pulang ke hotel, kami singgah di CityGate Outlets untuk shopping. Di dalam outlets ni terdapat banyak kedai-kedai pakaian dari jenama yang mahal hinggalah yang affordable. Dah terlanjur ada kat sini, sambar la sehelai dua kan. Lepas shopping, we had our lunch kat McDonald’s di sini. As usual, menu Fillet-O-Fish sahajalah yang menjadi pilihan. Hehehe.

Shopping di CityGate Outlets, Hong Kong.

1881 Heritage

Sampai di hotel, kami berehat dalam sejam sebelum keluar semula untuk night walk di sekitar Kowloon. Kena la mandi ya… sebab tak larat nak berjalan dengan badan melekit-lekit kan ni. Kami berjalan di sekitar Avenue of Stars sebelum singgah di Heritage 1881, sebuah pusat komersil dengan hotel, butik-butik berjenama dan restoran di dalamnya. Asalnya, bangunan ini merupakan ibu pejabat Polis Marin yang dibina pada tahun 1884. Ia adalah salah satu di antara 4 buah bangunan paling lama dan bersejarah milik kerajaan yang kekal sehingga ke hari ini. Setelah dibaik-pulih, ia dibuka semula pada tahun 2009.

1881 Heritage di Hong Kong.

Harbour City

Sesudah berada di Heritage 1881, kami pergi pula ke Harbour City, one of the largest shopping malls in Tsim Sha Tsui. Di dalam ni menempatkan pelbagai retail outlets berjenama mewah, restoran serta pusat hiburan. Kami lepak kat sini sekejap untuk menikmati pemandangan Hong Kong pada waktu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Ladies Market di Mong Kok.

Harbour Ciity Hong Kong di waktu malam.

Sampai di Ladies Market, pusing-pusing dan beli apa yang patut sebelum berhenti malam makan di Miss India Restaurant kat sini. After that, terus balik naik train. Taubat dah tak nak jalan kaki macam kami buat semalamnya. Semput pakcik!

Sampai bilik, kenalah kemas apa yang patut sebab keesokkan harinya dah nak balik KL. Sedih la pulak time berjimba dah sampai ke penghujungnya. Tapi lagi sedih kalau time ni aku ada kat Seoul. Memang confirm bercucuran air mata!

Day 5: Tsim Sha Tsui – Kuala Lumpur

Hari ni merupakan hari last kami berada di Hong Kong. Pagi ni special sikit sebab hujan renyai-renyai di awal pagi. Seolah-olah ingin mengucapkan selamat tinggal pada kami. Hehehe. Selama 4 hari sebelum ni takde la hujan plak.

Anway, memandangkan flight kami ke KL adalah pada lewat petang, maka sebelah paginya kami merayap di area berdekatan di Tsim Sha Tsui ni. Selepas check-out dan meninggalkan beg kat kaunter hotel, kami breakfast dulu kat dalam Chungking Mansions ni. Brunch siap-siap.

Hong Kong Avenue of Comic Stars

Hong Kong Avenue of Comic Stars.

Then, tempat pertama yang kami pergi adalah Hong Kong Avenue of Comic Stars yang terletak di Kowloon Park. Di taman ni terdapat banyak patung-patung dari komik Hong Kong yang terkenal (well.. aku tak kenal sangat pun.. tapi spesis macam Dewata Raya bagai tu ada lah kat situ..). Nak berjalan kat dalam park Erol tak nak sebab katanya taman orang-orang tua.. Hahaha. Ye la kot.. macam tempat lepak pakcik makcik yang baru lepas bersenam taichi je gayanya.

Kowloon Park, Hong Kong.

Selepas tu, kami masuk di salah satu mall di situ iaitu Miramar. Kaedahnya keluar masuk mall la untuk menghabiskan masa. Then, kami merayap lagi di area Avenue of Stars sebelum lepak kat Starbuck di iSquare berdekatan dengan Chungking Mansions. Sekitar jam 3.00 petang, kami pulang ke hotel untuk mengambil beg sebelum bertolak ke airport dengan menaiki Airport Express di MTR Lai King.

Trip 5H4M di Hong Kong.

Selesai semua urusan imigresen, kami duduk melepak di airport sehinggalah boarding time pada jam 7.00 malam (flight lewat sikit). Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA2 lebih kurang 4 jam selepas itu.

Penutup

Apapun, trip Hong Kong ni memberi pengalaman baru buat aku dan Erol. Interesting I would say. Cumanya, seperti aku mentioned sebelum ni, kalau aku nak repeat pun, aku akan pergi semasa autumn ataupun winter. Sebab tak larat nak berjalan masa summer ni. Panas satu hal.. balik sini habis gelap muka aku. Hahaha. Pastu dengan melekit-lekit dengan berpeluhnya. Tak tahan pakcik!

Okay, Hong Kong.. see you again one day… Insyallah! Dan mungkin boleh includekan Macau sekali sebab plan asalnya nak ke sana juga tapi tak jadi. Malas nak rushing ke sana ke sini. Kena pula yang berjalan ni tulang dah semakin reput.. hahaha. 😛

**Untuk trip Hong Kong Part I, sila klik di sini.


English summary:

Discover Hong Kong’s ultimate 5-day Muslim-friendly itinerary: Iconic attractions (Victoria Peak, Disneyland), verified halal eateries in Tsim Sha Tsui, and insider tips for navigating the city. This guide covers prayer facilities, hidden halal dim sum spots, budget strategies for Disneyland, and cultural etiquette—perfect for Muslim travelers seeking a seamless blend of adventure and faith-compliant experiences in Asia’s world city!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.