Staycation @MoMo’s KL
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Berjumpa lagi dalam post staycation aku kali ini di Kuala Lumpur. Dan memandangkan pada hari Isnin lepas tu cuti Hari Wesak, maka dapatlah aku melepaskan gian untuk bermalam di hotel sambil membuat content untuk channel Youtube aku.

Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Untuk staycation kali ni, aku memilih untuk bermalam di MoMo’s KL di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku tak plan pun nak stay di sini sebab aku aim nak stay di Bukit Bintang. Tapi dah few times aku ke sana. So, why not tukar angin sikit. Dan MoMo’s ni pun aku jumpa secara tak sengaja bila ternampak promo di Trip.com. Untuk satu malam dengan harga RM 91 dan total untuk 2 malam ialah RM 187.74. Pretty good deal la kan? Walaupun pada asalnya aku lebih aim hotel betul-betul di sebelahnya iaitu The Chow Kit. Tapi harga semalamnya dalam RM 200 lebih. Biliknya lebih menarik dan bergaya lah. Maybe next time la kot.
Seperti biasa, Barak menjadi peneman setia aku. Dia pun takde plan nak ke mana-mana sepanjang 3 hari tu. Oh, lupa pula. Tujuan aku nak staycation kat area ni pun ialah sebab nak JJCM. Aku dah listkan beberapa restoran yang hendak dicuba antaranya restoran nasi kandar dan nasi padang. Selain tu, aku ada juga plan nak morning walk di KL Forest Eco-Park dan beberapa aktiviti lain sepanjang staycation ni. Okay, let’s go!
📍 MoMo’s Kuala Lumpur – Crashpad Room Non Smoking
- Harga bilik untuk 2 malam ialah RM 187.74. Harga tersebut ialah untuk 2 orang, tanpa breakfast dan termasuk tax.
- Hotel ini terletak di lokasi yang sangat baik. Persekitaran luarnya juga dihias cantik dengan pokok-pokok. Di sekitarnya terdapat banyak restoran nasi kandar, masakan minang (nasi padang) dan pelbagai jenis makanan yang menarik untuk dicuba.
- Monorel berdekatan ialah Medan Tuanku (300 m) dan LRT Sultan Ismail (400 m). ini sangat mudah untuk pergi ke mana-mana lokasi. Dari sini, aku berkesempatan untuk ke beberapa lokasi seperti Central Market, KL Forest Eco-Park, menaiki KL Hop-On Hop-Off Bus di Bukit Bintang dan banyak lagi.
- Bilik yang kami stay ni berkonsepkan minimalist. Simple, hanya menggunakan platform dan tilam. Tapi sangat bersih dan selesa.
- Ada tingkap, tapi viewnya mengadap bahagian dalam dan tingkap bilik-bilik lain.
- Kalau kat sini ada yang berparty atau berkaraoke, memang akan kedengaran dari dalam bilik. So, korang boleh minta earplugs dari pihak hotel kalau agak bising kalau nak tidur.
- Aircond dan hot showernya berfungsi dengan baik.
- Aku suka gila aroma herba shower gel dan shampoonya. Terasa seperti berada di dalam spa.
- Walaupun bagaimanapun, kalau ada bidet berdekatan mangkuk tandas ia lebih baik bagi tujuan membersihkan diri. Dan lebih bagus kalau ada disediakan hanger dan ruangan untuk menggantung pakaian. 2 tempat penyangkut tu macam tak cukup je.
- Kettle dan iron boleh diminta kalau korang memerlukannya.
- Overall, aku enjoy stay di sini dan akan consider untuk stay di sini on our next visit.












RapidKL MyCity Pass
- Memandangkan aku berjalan-jalan di KL dengan public transportation, jadi adalah lebih jimat kalau aku menggunakan MyCity Pass ni.
- Dengan pass ni korang boleh menggunakan semua jenis transportation under RapidKL iaitu bas, MRT, LRT dan Monorel,
- Korang boleh pilih pass untuk: 1 hari (RM 6), 2 hari (RM 11) dan 3 hari (RM 15).
- Aku pilih pass untuk 3 hari yang valid selama 72 jam selepas diaktifkan.
- Pass ni korang boleh beli di kaunter RapidKL, MRT/LRT ataupun Monorel. Boleh topup dalam kad TnG ataupun kad pengenalan.
HARI PERTAMA
Kami bertolak dari Cyberjaya sekitar jam 1.00 tengahari dengan menaiki MRT. Setelah aku mentelaah map RapidKL, dar MRT Cyberjaya Utara tu, kami tukar tren di Chan Sow Lin dan berhenti di Stesen LRT Sultan Ismail. Dari stesen ni nak ke MoMo’s ni lebih kurang 400 meter je. Less than 10 minutes jalan kaki.
Sekitar jam 2.30 petang tu kami sampai di hotel dan terus boleh check-in. Sampai bilik, kami rest kejap. Aircond pula sejuk. Memang best lah. Sekitar 3.15 petang, kami keluar untuk lunch. Sekali hujan la pulakkkkk! Nasib baiklah restorannya opposite hotel ni je. Aku ajak Barak lunch kat sini sebab ni antara yang ada dalam list. Kenapa ya?
📍 Restoran Kudu bin Abdul
- Restoran nasi kandar ni telah beroperasi sejak tahun 1969.
- Ia dikatakan spot nasi kandar yang selalu dikunjungi oleh Seniman Agong, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya.
- Banyak lauk-pauk yang korang boleh pilih. Menu yang terkenal di sini ialah ayam kicap.
- Aku mencuba ayam kicap, telur ikan, bendi dan lada hijau dengan harga RM 9.50. Okay juga kan harganya?
- Dari segi rasa, aku kena admit aku tak pandai nak cakap nasi kandar ni sedap ke tak sebab lidah aku rasa sama je dengan kedai mamak lain. Tapi dari segi rasanya, okay lah. Berasa juga kuah-kuahnya. Cuma telur ikan tu aku tak gemar sebab abit hanyir bagi aku. First time try. Kalau jenis goreng garing maybe aku suka kot. Ayam kicapnya pula bagi aku kuahnya sedap tapi isi ayamnya sedikit kering. Overall, okay lah. Not that bad untuk lidah yang tak pakar nasi kandar ni.
- Aku terbaca review ada kata rasanya tak sesedap macam dulu sebab dah bertukar generasi yang menguruskannya. Wallahu’alam.
- Barak just order roti pisang je sebab sebelum bertolak tadi dia dah makan nasi campur kat Cyberjaya.






Selesai makan, kami berjalan-jalan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman – Chow Kit ni untuk ke Monorel Chow Kit. Tujuannya nak ke Central Market. Well, actually kalau naik kat Monorel Medan Tuanku tu lebih dekat dengan hotel kami. Aku tak perasan pula. Tapi, takpelah. At least boleh tengok apa yang ada di sepanjang jalan ni dan berjumpa dengan beberapa restoran yang ada dalam list aku antaranya Restoran Nasi Kapau yang menyediakan masakan Minang.



📍 Pasar Seni / Central Market
- Dari Monorel Chow Kit ni kami berhenti di Bukit Bintang dan kemudiannya menaiki MRT dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Kami tiba di kat sini pun dah hampir jam 5.00 petang. Singgah solat asar kat surau MRT sat sebelum merambu kat dalam Pasar Seni a.k.a Central Market (CM) tu. Hari pun masih hujan renyai-renyai.
- Tapikan one this yang aku perasan kat CM ni berbanding masa aku pergi lama dulu, la ni ramai gila generasi muda atau Gen Z kat sini dengan pakaian yang bergaya. Gerai-gerai di luar bangunan pun banyak yang menjual makanan atau minuman yang mengikut trend. Not really viral food tapi yang presentation yang memang menjadi dambaan anak-anak muda ni.
- Anyway, tujuan aku ke sini Cuma satu je. Nak mencari kedai poskad. Ada satu kedai poskad yang aku pernah ternampak kat media sosial yang menjual pelbagai dengan poskad Malaysia dengan design yang menarik. Kedainya di ground floor. Memang banyak pilihan kat sini. Rambang mata nak pilih mana satu. Kalau beli 5 dapat 1 free. Kalau korang nak post poskad kat sini pun boleh. Boleh beli setem di sini. Cuma album untuk poskad je takde banyak pilihan. I wish dia ada jual album untuk poskad bersaiz besar.












Dah puas mencuci mata kat dalam ni, kami beredar pulang ke hotel. Bahaya dok lama-lama dalam ni. Satgi ada je beli benda yang bukan-bukan. Dah la semuanya nampak comel di mata.
Sekitar jam 8.30 malam, kami keluar semula untuk dinner. Tak pergi jauh pun. Opposite hotel ni je iaitu Restoran Pak Punjab.
📍 Restoran Pak Punjab
- Restoran ni menyediakan makanan Pakistani, Punjabi, Indian dan Timur Tengah. Aku pernah menikmati makanan di cawangan restoran ni di Kota Warisan dan aku dapati makanannya sedap especially cheese naan.
- So, bila kat sini aku order benda yang sama iaitu cheese naan dan ayam tikka. Barak pula order garlic cheese naan dan ayam tikka juga. Untuk minuman aku order mango lassi. Memang mantap bosskurr mango lassinya. Pekat, lemak berkrim manis dan ada sikit kemanisan, which is sedap bagi aku.
- Total harga makanan kami ialah RM 60 merangkumi cheese naan (1), garlic cheese naan (1), chicken tikka (2), mango lassi (1), teh o panas (1), minuman bersoda (1) dan air mineral (1).



HARI KEDUA
Aktiviti pada hari kedua ni dimulakan seawal jam 8.00 pagi. First, kami pergi sarapan dulu. Ingatkan nak breakfast kat Kudu je tapi nampak gaya tak buka lagi. Member Instagram aku, Cici, ada suggest boleh try kat Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman. Katanya di sana ada gerai yang menjual roti canai Melayu. Kami pun terus pergi ke sana. Tapi sebelum tu, merayap juga di sekitar Pasar Chow Kit sebab tengok dari jauh macam meriah.
Kami takdelah masuk sampai ke dalam pasar pun. Just tengok dari luar je. Vibenya seakan berada di negara jiran. Itu yang aku rasa lah. Di luar pasar terdapat gerai yang menjual nasi campur. Meriah aku tengok lauk-pauknya walaupun masih awal pagi. Terlalu berat untuk kami makan nasi dengan lauk-lauk ni.
Oh! By the way, Chow Kit ni sangat sinonim dengan Allahyarham Sudirman, penyanyi tersohor kelahiran Pahang tu. In fact, ada lagunya mengenai jalan ni. Di sini juga terdapat Bazar Sudirman dan mural wajahnya diabadikan pada dinding bangunan. Pada tahun 1986, dia pernah mengadakan konsert mega percuma di kawasan ni yang dibanjiri oleh hampir 100,000 orang!






📍 Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Terdapat beberapa gerai di sini yang menjual menu sarapan pagi antaranya roti canai, nasi lemak, teh tarik dan lain-lain.
- Kami just order roti cabai dan teh tarik. Dihidangkan bersama kuah kari yang dicampur sambal. Bagi aku, kuah karinya sedap. Harga roti canainya sekeping ialah RM 1.70 manakala teh tariknya segelas berharga RM 2.00.



Selesai breakfast, kami terus ke stesen Monorel Chow Kit untuk ke Bukit Nanas. Aktivitinya ialah nak morning walk di KL Forest Eco-Park.
KL Forest Eco Park, juga dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas, merupakan hutan hujan tropika tertua dan satu-satunya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak tahun 1906 dan kini meliputi kawasan seluas kira-kira 9.3 hektar. Taman ini berfungsi sebagai “paru-paru hijau” bandar, menawarkan suasana semula jadi di tengah kesibukan kota.
📍 Taman Eko Rimba Kuala Lumpur / KL Forest Eco-Park
- First of all, aku tak sure sebenarnya route nak ke KL Forest Eco-Park ni. Kali pertama kat sini so tak sure mana satu actually entrance ke sini. just refer Google Map je.
- Rupanya route yang kami ambil dari Monorel Bukit Nanas ke lower entrance tu jauh gila ya. Hampir 2 kilometer nak sampai! Dok tawaf ikut Jalan Ampang ke Jalan Raja Chulan, lalu depan Muzium Telekom tu. Matilanak dah lencun badan sebelum sempat nak masuk hutan.
- Actually, member aku cakap lagi dekat kalau dari Monorel Bukit Nanas tu, korang pergi melalui Shangri-la Hotel untuk pergi ke upper entrance berdekatan Menara KL.
- Aku tertanya-tanya kenapa exit yang berhampiran Monorel Bukit Nanas tu tak dibuat juga untuk entrance? Situ dekat kot kalau orang nak pergi dari stesen monorel tu. Hmmmm….
- Anyway, taman ni ada 2 entrance: Bukit Nanas Forestry Information Centre (lower entrance) dan berhampiran kawasan parkir Menara KL (upper entrance).
- Harga tiket bagi warganegara Malaysia seperti berikut:
MyKad | International | |
Dewasa | RM 10 | RM 40 |
Kanak-kanak (6-12 tahun) | RM 1 | RM 5 |
Warga emas (60 tahun ke atas) | RM 1 | RM 40 |
Kanak-kanak (bawah 6 tahun) | Percuma | Percuma |
Orang kurang upaya (OKU) | Percuma | Percuma |
- Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau debit/credit card.
- KL Forest Eco Park dibuka setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang. Kaunter tiket ditutup pada 4:30 petang, jadi pastikan anda tiba sebelum waktu tersebut untuk membeli tiket masuk.
- Di sini terdapat jambatan gantung sepanjang 200 meter yang membolehkan korang melakukan canopy walk untuk menikmati pemandangan hutan dari atas pokok.
- Laluan Jejak Hutan pula merupakan laluan mendaki yang sesuai untuk aktiviti riadah sambil mengenali flora dan fauna tempatan.
- Selain tu, kat sini ada pusat pelawat yang menyediakan maklumat mengenai sejarah, ekologi dan usaha pemuliharaan taman.
- Taman ni juga mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk beberapa yang unik kepada hutan hujan Malaysia.
- So far, masa kami berjalan dalam ni takde kena gigit nyamuk. Setakat satu dua tu biasa la kan. Kalau korang nak bawa insect repellant pun okay juga.
- Routenya bagi aku okay je. Tak terlalu mencabar atau sukar. Boleh la nak bawa anak-anak kecil mengenali hutan dan alam semula jadi.












So, habis je beriadah di dalam taman ni, aku terus ambil Grab untuk ke Central Market. Dah tak larat nak berjalan ke stesen monorel. Hahahaha. Tujuan ke CM tu selain daripada nak membeli air minuman, aku nak pergi semula kedai poskad tu, untuk beli dan kirimkan poskad kepada anak-anak bff aku kat Cyberjaya tu. Saje la gedik walaupun staycation kat KL jerrr! Hahaha.
Selesai urusan di sini, kami terus balik ke area Jalan TAR untuk lunch. Again, kami pi turun di Monorel Chow Kit! Sepatutnya turun di Monorel Medan Tuanku sebab ia lebih dekat dengan restoran yang kami nak pergi ni iaitu Restoran Nasi Kapau.
📍 Restoran Nasi Kapau Masakan Minang
- Restoran ni menyajikan hidangan asli Minangkabau, khususnya dari Bukittinggi, Sumatera Barat. Dulu masa pergi Bukittinggi, Pak Osri suggest untuk try nasi kapau ni. Tapi disebabkan jem teruk nak ke Bukittinggi tu dan aku dok bedal kuih sepanjang perjalanan, sampai sana perut masih kenyang. So, takdan nak try.
- Nasi kapau ni berasal dari Kapau, salah sebuah negeri yang terdapat di Sumatera Barat. Ia terletak berhampiran dengan Bukittinggi.
- Rasanya bagi aku sama je dengan nasi Padang, cuma katanya yang istimewa pada nasi Kapau ni ialah hidangan wajibnya iaitu gulai nangka (cubadak).
- Anyway, banyak gila pilihan lauk-pauk kat sini dan antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rendang, ayam pop, dendeng balado, gulai tunjang dan sayur kapau.
- Hidangan belut goreng pun ada kat sini. Tapi aku tak try pun sebab macam dah ambil lauk lain.
- Pilihan aku semestinya gulai tunjang, dendeng goreng, sayur pucuk ubi dan ulam petai. Sambal merah dan hijau tu memang wajib la kan. Minuman pula the botol Sosro. Barak pula pilih dendeng salai, pucuk ubi dan telur dadar.
- Alhamdulillah, memang sedap masakan kat sini. Cuma satu je, masa menunggu agak lama iaitu hampir 40 minit beratur. Aku baca review katanya sebab ada 1 line je beratur untuk dine-in dan take-away. Sebab tu lama kerana kadang-kadang ada yang order banyak untuk take-away. Maybe owner boleh consider untuk buat 2 lane so that lebih smooth, kan?
- By the way, total makan untuk 2 orang termasuk air ialah RM 39. Not bad la kan?






Habis je makan, kami terus balik ke bilik. Mandi, solat semua lepas tu rest. Barai weh kaki! Hahaha.. Around 6.30 petang baru kami bangun semula dan keluar untuk early dinner. Perut dah kelaparan.
Ingatkan nak pergi ke Bukit Bintang ke atau luar dari kawasan ni. Tapi disebabkan hujan dan semasa berjalan menuju ke Monorel Medan Tuanku, kami ternampak satu restoran yang menyediakan pelbagai masakan ala Thai, so, kami singgah situ sekejap untuk tengok apa yang ada.
📍 Nur Ain Ikan Singgang
- Restoran masakan Kelantan dan ala Thai terletak berhampiran dengan hotel. Belakang Restoran Pak Punjab je.
- Ada pelbagai menu yang ditawarkan antaranya ikan singgang, seafood, chicken chop, burger dan sebagainya.
- Mula-mula aku macam nak try ikan singgangnya tapi last minit aku tukar ke sup tulang, nasi putih dan sambal belacan. Barak pula dok order chicken chop.
- Sup tulangnya sedap. Cukup rasa dan ada rasa masam-masam sikit style sup Thai. Sambal belacan pun sedap. Untuk chicken chop Barak kata pun sedap juga. So, okaylah. Tak payah nak pi jauh-jauh.
- Total yang kami makan ialah RM 45 untuk sup tulang, nasi putih, chicken chop dan 2 gelas air epal asam boi
Dah kenyang, kami terus balik bilik. Tapi aku macam tak puas lagi sebab I need a dessert!!! Aku macam craving gila cake dengan coffee. Tu yang nak pergi ke Bukit Bintang asalnya. Dok ushar area sini macam takde café yang menarik. Nak pegi jauh-jauh, kami malas. Sudahnya, aku order je la mango blended yang diletakkan coconut ice-cream dari café kat lobi hotel ni. Dalam gambar besar, tapi bila dapat kecil pula saiznya! Hareyy betul. Harga RM 20.90 termasuk tax. Nasib baik sedap. Terubat juga tekak nak makan manis. Barulah boleh tidur dengan tenang, kan? Hehehe..



HARI TERAKHIR
Last day staycation. Cepat betul masa berlalu. So, pagi ni lepas bersiap, kami keluar pi breakfast dulu. Kali ni kami pergi ke arah Maju Jucntion tu sebab nak tengok restoran apa yang ada di situ. On the way tu, pertama yang nampak ialah Restoran Sithique Nasi Kandar. Jadi kami breakfast kat sini je.
📍 Sithique Nasi Kandar Pulau Pinang
- Restoran nasi kandar ni terletak berdekatan dengan Restoran Nasi Kandar Saddam.
- Banyak juga menu yang ada. So, kami try mee goreng mamu, roti sarang burung, roti pisang dan telur separuh masak. Standard je la rasanya macam kat mana-mana restoran mamak pun.
- Semua yang kami makan tu berharga RM 22.50.



Lepas makan, kami balik semula ke bilik untuk rest sekejap sebelum check-out. Around 11.00 am camtu, kami check-out dan menuju ke Bukit Bintang. Kononnya nak plan untuk dessert atau lunch siap-siap sebelum balik Cyberjaya. Sebab MyCity Pass kami tu akan expired sekitar jam 1.00 petang.
Tapi masa tengah jalan tu dok fikir, macam terlalu awal untuk balik Cyberjaya! Hahahaha.. aku rasa tak puas lagi berjalan dan untuk content aku. Mula-mula ingat nak pi karaoke. Sekali ratenya RM 65 sejam untuk 2 orang. Masa pi dulu untuk 2 orang baru RM26 untuk 3 jam. Katanya rate public holiday. Forget it la. I’m not gonna spend bodo-bodo camtu. So, aku ajak Barak try naik KL Hop-On Hop-Off Bus pula. In fact, memang ada plan nak naik benda ni masa staycation tu pada waktu malam. Tapi disebabkan cuaca hujan, so tak jadilah plannya. Barak kata onz je so aku pun terus pi kaunternya di depan Sungei Wang Plaza tu.
📍 KL Hop-On Hop-Off Bus
- Bus ride ni ada 2 slot iaitu day tour dan night tour.
- Harga untuk Malaysian ialah RM 30 (day tour) dan RM 35 (night tour)
- Untuk day tour, ia bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan valid untuk 24 jam tapi pada time slot yang dah ditetapkan.
- Untuk maklumat lanjut atau beli online boleh klik link ni: https://ticket.myhoponhopoff.com/
- Untuk day tour ni ada 2 route: garden dan city. Setiap satu route mengambil masa 2 jam. Kalau korang nak try 2 route tu, kena spend masa 4 jam.
- Pada setiap point, operator akan memberikan sedikit info mengenai tempat-tempat berikut dari segi fakta, sejarah dan sebagainya.
- Di sepanjang route ni, korang boleh turun dan naik pada setiap perhentian. Interval bas pada setiap perhentian antara 30-40 minit.
- Kami pilih garden route yang melalui lokasi seperti Petaling Street, Central Market, Taman Botani, Taman Burung, Istana Negara dan lain-lain.
- Seronok juga sesekali menjadi “tourist”. Orang yang lalu lalang dok lambai-lambai kami di dalam bas. Mungkin dia ingat aku dari Italy… mungkin la. South Korea tu jauh sangat. Hehee..
- Cuma satu je tak best bagi aku iaitu aircondnya tak sejuk! Dah la Malaysia ni kalau tengahari panas gila. Kadang-kadang duduk di bahagian luar tanpa bumbung tu lebih sejuk sebab air bertiup waktu bas bergerak. Otherwise, memang ketibas kau dok kat dalam tu. Hopefully ada penambahbaikan la ye.
- Overall, menarik juga try perkhidmatan bas ni. And at one point, aku bangga juga as a Malaysian sebab kita boleh share something yang menarik tentang negara kita. Cuma part aircond tu, please ya…






Habis je menaiki bas ni, kami terus masuk ke Sungei Wang Plaza menuju ke The Chicen Rice Shop. Malas nak fikir sangat makan apa kan? Order terus set menu untuk 2 orang. Actually banyak juga portion makanan TCRS ni. Yang kelakarnya, tekak aku teringin nak makan ice jelly. Yang macam shaved ice ada jelly atas tu kan. Aku tengok dalam menu TCRS ni pun ada tapi bukan jelly pun. Ia nata de coco. Kira okay la tu. Aku pi order saiz large sebab seingat aku yang small tu saiz mangkuk kecil je. Sekali datang bapak besar mangkuknya! Jenuh nak menghabiskan. Nasib Barak ada, so aku share makan dengan dia. Alhamdulillah, kenyang gila! Dan mengantuk.
So, dari Bukit Bintang ni kami terus balik ke Cyberjaya. Demikianlah berakhirnya catatan staycation aku pada kali ni. Thanks kerana sudi membaca. Kalau korang bosan dan rasa nak bercuti acah-acah pelancong, try la. Menarik juga. Next, kalau ada rezeki aku nak try stay di The Chow Kit tu pula dan nak try aktiviti mewarna batik di Central Market ni. Insyallah, one day. And thanks to Barak too sebab sudi temankan aku untuk buat content kali ni.
Till then, jumpa lagi di post akan datang. Tata titi tutu!
Staycation Kuala Lumpur, Momo’s Hotel KL, Momo’s Kuala Lumpur, boutique hotel KL, budget hotel Kuala Lumpur, Chow Kit hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, MoMosita Taco Bar, The Playground KL, Instagrammable hotel KL, affordable hotel KL, KL city staycation, hotel murah KL, hotel bajet Kuala Lumpur, hotel butik KL, hotel Chow Kit, hotel Jalan TAR, tempat menarik di KL, hotel Instagram KL, hotel hipster Kuala Lumpur, penginapan bajet KL, staycation murah KL, Nasi Kandar Kuala Lumpur, Nasi Kandar KL, Nasi Kandar Chow Kit, Nasi Kandar best KL, Nasi Kandar sedap KL, Nasi Kandar Kudu bin Abdul, Nasi Kandar Saddam, Nasi Kandar Sithique, nasi kandar viral KL, restoran nasi kandar KL, Nasi Kapau Kuala Lumpur, Nasi Kapau KL, Nasi Kapau Chow Kit, Nasi Padang KL, Restoran Nasi Kapau KL, makanan Minang KL, masakan Padang KL, KL Forest Eco Park, Bukit Nanas Forest Reserve, Hutan Simpan Bukit Nanas, KL Forest Park, Canopy Walk KL, hutan dalam bandar KL, Central Market Kuala Lumpur, Pasar Seni KL, tempat membeli-belah KL, seni dan kraf KL, KL Hop-On Hop-Off Bus, KL City Tour Bus, Ronda-Ronda KL, bas pelancongan KL, tempat menarik di Kuala Lumpur, aktiviti pelancong KL, tempat makan menarik KL, makanan sedap KL, makanan jalanan KL, makanan tempatan KL, makanan tradisional KL, makanan viral KL, makanan popular KL, tempat makan best KL, tempat makan viral KL, tempat makan sedap KL, tempat makan menarik di KL, tempat makan best di Kuala Lumpur, Pak Punjab KL, Pakistani food KL, restoran Pakistan KL, makanan Pakistan sedap KL, Pakistani cuisine Kuala Lumpur, nsi kandar favorite P. Ramlee
Leave a Comment