Trip 2H1M ke Melaka
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pembaca di luar sana. Sebelum berakhirnya 2025, aku nak selesaikan post-post yang tertunggak dan ini salah satu daripadanya iaitu trip 2H1M aku ke Melaka. Just a quick one je. Rasa bersalah kat sini sendiri pula kalau tak post. Hahaha…

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button tu. Entah sempat entah tak.
Trip 2H1M ni merupakan trip pada minggu berikutnya selepas trip aku pada minggu sebelumnya. Tujuannya ialah untuk menghadiri Majlis Haul Alhabib Ali bin Jaafar Alaydrus, bekas guru Walid aku suatu ketika dahulu di Batu Pahat. Dan, memandangkan minggu ni aku free, baiklah aku luangkan masa untuk majlis ni.
Bajet 2H1M ke Melaka
Penginapan untuk solo trip 2H1M ke Melaka kali ni aku booked melalui Trip.com manakala bas pula aku booked di busonlineticket.com.
Okay, sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.
| Tiket bas • TBS – Melaka Sentral (return) • Termasuk fast boarding (depart QR fee) | RM 32.40 |
| Hotel • Malacca Oracle Bookstore • Spring Double Room x 1 malam • Tanpa breakfast • Termasuk cukai | RM 128.11 |
| Jumlah perbelanjaan | RM 160.51 |
Hotel 3H2M di Melaka
Melaka Oracle Bookstore – Spring Double Room
- Kelebihan paling besar hotel ni memang lokasi dia di Jalan Tukang Besi — dekat sangat dengan Jonker Walk dan kebanyakan spot pelancong sekitar kawasan tu. Dari segi lokasi, memang cun.
- Cuma satu je, hotel ni agak mengelirukan sikit nak cari sebab tak ada papan tanda “Melaka Oracle Bookstore”. Dalam Google Maps dan pada façade bangunan pun cuma ada tulisan Cina, jadi aku ambil masa sikit nak pastikan ini betul-betul tempat yang aku cari.
- Aku pun tak pasti sama ada owner dia orang Malaysia atau bukan sebab mereka hanya bercakap Mandarin dan tak boleh berbahasa Melayu. Tapi komunikasi dalam English tak ada masalah walaupun tersangkut-sangkut sikit. Owner dan staff pun friendly.
- Sepanjang lorong ni juga ada beberapa kedai sewa kebaya Nyonya dan baju batik dan Masjid Kampung Kling pun cuma beberapa meter je dari hotel.
- Untuk naik ke bilik di tingkat atas, kena guna access card, manakala pintu bilik pula guna kunci biasa.
- Bilik dia agak bersih, tilam dan bantal pun selesa. Aircond sejuk, ada kipas dinding, water heater dan WiFi percuma. Dalam bilik tak ada gelas minum, tapi boleh refill air dekat mesin air tapis di luar.
- Mereka juga sediakan ruang pantry dan mesin basuh, cuma aku tak nampak papan seterika — mungkin kena tanya staff.
- Lingkaran nyamuk pun ada disediakan, tapi nasib baik bilik aku memang tak ada nyamuk.
Kekurangan yang boleh diperbaiki:
- Walau bagaimanapun, ada beberapa benda yang boleh diperbaiki. Antaranya selimut tak disediakan, sedangkan itu sepatutnya benda asas.
- Aku juga perasan ada ulat plaster (plaster bagworm) di siling dan dinding — benda ni patut dibersihkan sebab boleh menggigit dan tinggalkan kesan.
- Tisu tandas sepatutnya guna roll baru, bukan yang dah digunakan.
- Tekanan air agak perlahan, jadi mandi tu rasa tak puas sikit.
- Abu lingkaran nyamuk yang lama pun sepatutnya dibersihkan sebelum tetamu baru check-in.
- Tandas juga boleh dibersihkan dengan lebih teliti — tak sepatutnya ada rambut atas lantai atau kesan kotoran dalam mangkuk tandas.
- Secara keseluruhan, hotel ni okay dan sesuai untuk menginap. Fasiliti yang ada memang sepadan dengan harga yang berpatutan.
- Kalau korang jenis tak terlalu cerewet macam aku, rasanya tak ada masalah besar.
- Kat luar bangunan pun ada mural kucing yang comel. Vibe tempat ni rustic dan ada charm tersendiri — masih banyak ruang untuk penambahbaikan, tapi pengalaman menginap keseluruhan tetap menyenangkan.




Itinerari 2H1M ke Melaka
Basically, takde itinerari pun sebab tujuan aku cuma nak menghadiri majlis haul je. Selebihnya, jalan-jalan Bandar Hilir sebelum balik Cyberjaya.
Hari pertama: Cyberjaya – Melaka
Aku tiba di Melaka Sentral sekitar jam 2.15 petang dengan mengambil bas dari TBS pada jam 11.30 pagi. Sampai je di Jalan Tukang Besi, aku sedikit confuse nak mencari hotel yang aku book ni sebab takde pula aku nampak signage Malacca Oracle Bookstore. Yang ada pun dengan tulisan Chinese je. So, lepas berWhatsapp dengan owner hotel ni (aku rasa la), akhirnya jumpa staff dia. Aku rasa depa ni bukan Malaysian Chinese pun sebab Mandarinnya pekat persis Mainland.

Check-in hotel di Jalan Tukang Besi
Asalnya aku book spring double room. Tapi aku tukar ke summer room sebab spring tu ada 2 single bed. Summer ni ada queen bed. Luas sikit aku nak bergolek. Overall, okay la bilik hotel ni. Aku bukan jenis cerewet sangat. So, okay lor. Ikutkan hati, aku nak je book Heeren Boutique Hotel yang aku stay last week. Tapi disebabkan aku nak review hotel yang lain, maka aku pilih hotel ni. Yang penting murah dan selesa.
Sampai di bilik, aku rehat je dulu sebab hari ni last day puasa hari putih. Nak keluar pi makan cendol pun tak boleh. Hahaha. So, lepak je la kat bilik. Tu pun aku keluar sekejap pi Watsons sebab nak beli lip balm sebab bibir aku kering gila.
Masuk je maghrib dan berbuka dengan air dan roti, aku terus ambil Grab untuk pergi ke Masjid Tengkera. Majlis dan bermula sejak lepas asar lagi, tapi aku datang lewat sikit.

Majlis Haul Alhabib Ali bin Jaafar Alaydrus di Masjid Tengkera
Sampai je di Masjid Tengkera, sedang molek aku tengah ambil video, tiba-tiba kawan Walid aku tegur dan ajak aku masuk. Aku plan nak duduk luar je. Sekali diajaknya aku masuk dalam dan duduk kat depan. Hahaha.. Nervous aku! Aku cakap takpelah, aku duduk kat tepi pintu je. Kita bukan orang alim. So, perlahan-lahan aku berjaya meletakkan diri kat bahagian luar. Hahahaha. Segan gila kot nak duduk depan.
Anyway, majlis haul ni dibuat bersekali dengan majlis maulid. Ramai para alim ulama dan habaib yang datang antaranya Alhabib Ali Zaenal Abidin Alhamid. Walid aku memang sejak aku dari kecil lagi selalu bawa ke majlis-majlis macam ni. Katanya kena ambil barakah orang alim.
Alhamdulillah, selesai majlis aku dok mencari Umi dan adik aku yang memang datang dari JB tu. Tengah dok cari, kawan Walid sekali lagi angkut aku pi makan kat bilik VIP. Ya ampunnnnn.. seriau pakcik nak! Nak makan sekali ngan orang-orang alim ni. Aku dah la hauk. Hahahaha.. Tapi Alhamdulillah, dapat berbual-bual dengan orang-orang hebat antara pemilik madrasah tahfiz di Melaka ni.
Aku tak stay lama pun sebab segankan. So, nak mencari Umi pun, dia dah ke tempat lain, maka aku terus je ambil Grab balik hotel. Kena larikan diri dulu sebelum ada lain ejen pencari jodoh nak match-make kan aku dengan Sharifah! Hahaha…

Hari kedua: Jalan-Jalan di Bandar Hilir
Pagi ni, aku solat subuh di Masjid Kampung Keling di Jalan Tukang Emas. Dekat sangat dengan hotel aku stay ni. Just jalan straight few meters je. Dah dekat kan, takde alasan tak solat berjemaah kat masjid. Tak ramai jemaah masa aku pergi kat sini. Ada dalam 5-6 orang je untuk solat subuh.
Selesai solat, aku merayap sekejap kat Sungai Melaka Riverside untuk tengok morning view. Malas nak morning walk sebab memang takde plan nak buat pun. Cuma sat lagi aku nak ke kedai makan Walid aku sebab nak jumpa Umi dengan adik aku.

Breakfast di Warung Habib 151
Aku singgah breakfast kat sini pekena nasi lemak. Alhamdulillah, ramai orang. Tunggang langgang Walid aku dengan staff dia dok entertain customer dengan jaga parking. Lepas makan dan sebelum balik, aku tolong la sikit clearkan pinggan mangkuk atas meja. Nak tolong lebih-lebih aku bukannya tahu. Nak stay lama pun tak boleh sebab aku dah nak kena check-out hotel. Umi dengan adik aku pun later dah nak balik JB.
Selepas check-out, aku decide untuk sambung jalan-jalan di sekitar Bandar Hilir, pergi ke beberapa tempat yang aku tak pergi masa last week. Dan yang penting, nak pekena asam pedas sebelum balik.

Jalan-Jalan di Bukit Melaka
Aku tak pergi mana sangat pun. Just jalan slow-slow ke Bukit Melaka (sebelum ni dikenali sebagai Bukit St. Paul). Sebelum tu, aku lepak pekena mango smoothie dulu kat gerai Cendol Jam Besar ni. Sedap wooo mango smoothie dia lagi-lagi time panas terik ni.
Pelancong memang ramai kat area ni. So, antara tempat yang aku pergi ialah Bastion Middleburg, St. Paul’s Church dan A Famosa je. Just snap few photos dan ambil video. Muzium Kesultanan Melayu Melaka aku tak masuk pun. Tengok dari luar je.
Terdetik dalam hati, kalaulah masih ada peninggalan senibina Kesultanan Melayu Melaka dulu kat sini, alangkah baiknya. Ni yang ada bangunan tinggalan penjajah. Hareyyy betul. Tapi yang aku paling tak boleh brain kat sini ialah model kapal penjajah tu juga yang dibina untuk buat muzium. Aku tertanya-tanya siapa punya idea tu ya? Memang takde jati diri langsung!




Lunch di Warung Asam Pedas Pramli
Trip 2H1M ke Melaka diakhiri dengan menikmati makan tengahari di restoran asam pedas yang terletak di Dutch Square ni. Aku malas nak pi jauh-jauh. So, makan kat sini je la.
Aku ambil set nasi dengan asam pedas ikan jenahak, dihidangkan dengan telur masin, ulam dan sambal belacan. Okay la asam pedasnya. Cuma bagi aku sedikit berminyak. So, aku takdan nak hirup kuahnya tu. Kalau less oily, mungkin licin aku kerjakan.
Sebelum ambil Grab ke Melaka Sentral, aku pekena cendurian kat Hernan Food. Bagi aku sedap sebab dia blend isi durian dengan ais. Habis makan, aku book Grab terus ke Melaka Sentral dan at the same time book tiket bas balik ke KL.


Penutup
Begitulah secara ringkas trip 2H1M aku ke Melaka. Mungkin akan ada lagi trip-trip sebegini in future atau ke old town yang lain pula. Tengok la rezeki camne.
Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Terima kasih sudu singgah mem=baca. Jumpa lagi dalam post akan datang. Adios!
English summary:
This short 2D1N Melaka trip had me staying around Jalan Tukang Besi, within walking distance to the Melaka Riverside and Jonker Walk. The first night, I attended a religious gathering at Masjid Tengkera. The next morning started with Subuh prayer at Masjid Kampung Kling, followed by breakfast at Warong Habib 151. After that, I explored Jonker Walk and Bandar Hilir, checking out historical spots like St Paul’s Church and A Famosa. Lunch was asam pedas at Warong Asam Pedas Pramli in Dutch Square before ending the trip with some cendurian and heading back to Cyberjaya via Melaka Sentral.

Leave a Comment