Sharing is caring

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada rakan-rakan pembaca di luar sana. Howโ€™s your day? Ada baik. Lately cuaca agak panas kan? Jangan lupa minum banyak air kosong okay! Jangan dok bedal air manis je. Last few weeks, aku baru selesai buat medical check-up yang diberi percuma oleh PERKESO. Aku baru nak terhegeh-hegeh pi buat. Lewat 7 tahun! Hahaha.. Tapi kira okay la kan. Buat juga akhir. 

Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

๐Ÿ‘‰ https://sehati.perkeso.gov.my

Bagi yang tak tahu, PERKESO ada menawarkan Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Program (HSP) secara PERCUMA kepada pekerja yang berumur 40 tahun ke atas. Program ni korang boleh claim sekali je. Download app SEHATI, and then korang register kat situ. Jawab 2 set soalan, kemudian pilih klinik berdekatan dengan korang untuk set appointment. Bila dah set appointment, sila call klinik berkenaan untuk buat confirmation. Bila klinik tu dah confirm, slot appointment korang akan appear dekat Setting > Appointments > Upcoming. Untuk hari check-up tu better korang berpuasa. Oh, selain tu, aku tambah juga dari pakej percuma tu untuk check buah pinggang dan liver. 

Resultnya, Alhamdulillah semuanya okay. CUMA, aku dah kena kawal sugar intake aku sebab dah memasuki prediabetic sebab terlebih 0.6. Kolestrol pun kena kawal sikit. Aku dah agak pun 2 tu akan ada isu sebab lately aku minum dan makan manis macam orang hilang akan. Masa pi Dungun. Masa staycation. Memang mendapat lah. Doktor suggest aku amalkan derma darah so that circulation darah dalam badan sentiasa diperbaharui. Insyallah nanti kalau ada kempen tu aku nak try. Sebelum ni aku cam seremmmmm tengok darah kena ambil satu bag penuh tu. Kena kuat, Omaq!

Okay, kita tinggalkan bab medical check-up tu. By the way, pada minggu lepas, Shezz ajak aku dan Barak pergi beriadah. Lokasinya sama ada di Tasik Putrajaya ataupun di Shah Alam. Aku macam okay je nak pi mana-mana. Alhamdulillah, Barak pun tak kerja hari Sabtu tu, maka dapat la dia join sekali.

Shezz ambil aku dulu kat rumah, kemudian ke rumah Barak pula. Lokasi yang kami nak pergi ialah ke Taman Botani Negara Shah Alam. Aku tak pernah ke sana, so aku ikut je. 

Sebelum pergi ke Taman Botani, kami singgah bersarapan pagi ke Restoran Soto Shah Alam.

๐Ÿ“ Restoran Soto Shah Alam

Restoran Soto Shah Alam ni terletak di Seksyen 8. Shezz pakar la area Shah Alam ni sebab dia study kat area ni dulu. Aku antara ingat tak ingat, tapi aku rasa aku pernah breakfast di restoran ni berbelas tahun yang lalu. Aku rasa la sebab nampak familiar. Apa yang membuat aku terfikir macam tu sebab bila ternampak hidangan lauk-pauk dan kuih-muihnya yang berlambak tu. Memang meriah pilihan lauk dan kuih kat sini sampai rambang mata nak makan yang mana satu. 

Aku memilih bihun dan mee goreng yang ditambah dengan sambal tumis, telur mata dan rendang limpa. Rendang limpa ni kalau aku nampak kat mana-mana for sure aku akan ambil sebab aku memang suka dan jarang nak jumpa hidangan ni. Lepas tu, tambah sikit kuih-muih antaranya yang aku tak pernah makan iaitu kuih koci labu. Barak pula dok makan kuih dan ayam pandan dan Shezz dok bedal nasi kerabu. Apapun, makanan kat sini memang sedap. Untung siapa duduk area ni. Banyak gila pilihan untuk breakfast.

Selesai makan, kami terus ke Taman Botani Negara Shah Alam. Tak jauh pun dari sini. 

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) merupakan taman botani terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 800 hektar! Terletak di Shah Alam, taman ini adalah destinasi ekopelancongan, pendidikan alam semula jadi, dan riadah yang sesuai untuk seisi keluarga. Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Sejak tahun 2007, TBNSA telah dinamakan sebagai Taman Botani Negara Shah Alam sampai sekarang.

๐Ÿ“ Taman Botani Negara Shah Alam

Kami tiba sekitar jam 9.00 pagi. Agak lewat juga sebenarnya sebab cuaca dah agak panas. Taman Botani ini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Tiket masuk untuk dewasa ialah RM3. Di sini juga ada disediakan perkhidmatan menyewa basikal dengan harga RM10 untuk 1 jam. Kami just jalan kaki je. Tiada arah tujuan langsung. 

Tapi apa yang aku boleh katakan, suasanya di sini sangat redup dan nyaman sebab terdapat banyak pokok-pokok yang besar dan merimbun. Aku memang enjoy betul berjalan kat sini. Terasa macam banyak sangat oksigen dan udara segar yang disedut! Hahaha.. 

Jauh juga kami berjalan. Ingatkan nak pergi ke arah Empangan Air Kuning tu tapi sebab kesiankan kat Daris, anak Shezz, so kami tak pergi la. Takut dia tak larat nak berjalan jauh-jauh. Di sini banyak lokasi yang korang boleh pergi kalau rujuk pada mapnya. Tapi ada some of the part ni yang macam tak terurus. Teruk gila contohnya gerbang masuk ke laluan nak ke Menara Cerakah tu. Jalan masuk nak pi menara tinjau tu jangan cakap la. Terbiar gila macam scene cerita seram. Aku tak jadi nak masuk pun. Maintenance some of the part dalam ni memang teruk. Yang cantik just kat luar-luar tu je. They really need to do something kat taman botani ni sebab sayang. Tempat dah cantik dah. Tapi maintenance ke laut.

Selepas puas berjalan kaki di kawasan ni, kami berpatah balik ke area main entrance menuju ke kawasan taman haiwan. Actually kalau ikut map ada laluan kot, tapi kami tak berani nak masuk sebab keadaannya tak meyakinkan.

Kat taman haiwan ni, kami tak masuk pun sebab bayaran RM18 tu macam rasa tak berbaloi je. Sebaliknya, kami ke outdoor centre yang terletak berhampiran sebab Shezz buat perangai gila dia nak main Flying Fox dengan Daris. Bayaran untuk aktiviti ni ialah sebanyak RM15 untuk satu trip. Aku dengan Barak tak main pun. Just tolong ambilkan video je. Ramai juga yang buat aktiviti ni. Aku takde la gayat pun cuma malas sebab cuaca dah panas terik dan aku berpeluh-peluh tak selesa. 

Dah habis Shezz buat aktiviti ni, kami balik ke main entrance dengan menaiki tram. Tak larat nak jalan. Sebelum tu, singgah di gerai yang ada di sini membeli minuman untuk menghilangkan dahaga.

Oh, yang kelakarnya, on the way nak pi ke kereta aku berselisih dengan this one girl. Dia tegur “jauh berjalan ya sampai ke sini”. Aku pun reply “haa.. tu la tu”. Aku selalu camtu, blurr! Bila dah lepas tu, baru teringat kenapa tak tanya siapa kan? Hahahaha.. Let’s say kalau next time korang terserempak aku, tegur-tegur la. Aku memang fail kalau bab nak ingat orang, even those yang aku follow kat social media. Tu diaaaa… bajet femes si hanat sekor ni! Hahahaha.. Takde la bukan camtu. Sebab aku segan ada few times orang tegus sebelum-sebelum ni aku cam blur.

Anyway, seusai beraktiviti di Taman Botani Negara ni, sebelum balik ke Cyberjaya, aku cakap kat Shezz panas terik ni sedap kalau pekena cendol dengan rojak. Ingatkan nak makan kat Cyberjaya je. Tempat Barak selalu bawa aku tu. Sekali rupanya Shezz bawa singgah di gerai cendol yang dia selalu pergi dulu iaitu Cendol Pak Akob di Seksyen 16. 

๐Ÿ“ Cendol Pak Akob Seksyen 16

Foodtruck gerai ni terletak di Persiaran Selangor di antara Masjid Jamek Raja Tun Uda dan SPRM Negeri Selangor. Beberapa meter selepas perhentian bas. Dari main road tu boleh nampak food truck ya. So, apa lagi nak makan kat sini.. pekena cendol dengan rojak la! Sejuk tekak makan cendol time panas-panas ni. Rojak pula, dia just jual rojak biasa je. Takde rojak sotong dan sebagainya. Tapi okay la buat ghaso-ghaso. Selesai makan, terus balik ke Cyberjaya. Tak sabar nak balik mandi sebab badan dah melekit-lekit macam dilumur gam! Hahaha..

So, tu je la aktiviti kami minggu tu. Thanks Shezz sebab angkut aku dengan Barak juga. Dapat lagi satu content untuk Youtube aku. Hahaha.. 

Okay la. Tu je update kali ni. Jumpa di post akan datang. Jumpa lagi!

p/s: Vlog nanti aku update.


breakfast soto shah alam, best brunch Shah Alam, brisk walk Taman Botani Shah Alam, largest botanical park Malaysia, Bukit Cerakah hiking, Bukit Sapu Tangan trail, Air Kuning Dam, Taman Haiwan Shah Alam, Laman Padi Shah Alam, cactus garden Shah Alam, tropical fruit garden Malaysia, kayak cycling tram Botani, outdoor activities Shah Alam, flying fox Shah Alam, wall climbing Taman Botani, family day trip Shah Alam, cendol rojak Pak Akob Cyberjaya, Seksyen 16 food stall, weekend getaway Klang Valley, Taman Botani vlog, nature park Malaysia, botanical garden Malaysia travel guide, aktiviti riadah hujung minggu, sarapan soto Seksyen 8, taman botani review, tempat menarik Shah Alam, Agro Forestry Park Malaysia, National Botanic Gardens Shah Alam, nature walk in Shah Alam, tempat rekreasi Shah Alam, hiking trails Shah Alam, best parks in Selangor, sarapan tradisional Malaysia, traditional Malaysian breakfast, cendol terbaik Shah Alam, Malaysian desserts Shah Alam, tempat makan menarik Shah Alam, food hunting in Shah Alam, top attractions in Shah Alam, aktiviti menarik di Shah Alam, things to do in Shah Alam.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.