Hello semua! Apa khabar? Pada hari Rabu minggu lepas, kami yang bekerja di Selangor ni cuti sebab birthday Sultan Selangor. So, aku dengan Barak mengisi masa lapang ni dengan mengayuh basikal di sekitar Putrajaya. Actually ni kali kedua aku sewa basikal di sini. First time pada minggu sebelumnya bila Barak secara random ajak aku naik basikal. Jadi, untuk kali kedua ni, aku prepare untuk buat content sekali so that aku boleh share dengan korang semua.
Sebelum berbasikal, kami breakfast dahulu di tepi Tasik Putrajaya. Well, sejak dah ada kerusi healing beli kat TikTok tu, berhealing je la kita kan? Cuma meja je aku tak beli lagi. Nanti kalau dah ada meja, mungkin vlog masak-masak aku akan bersiaran di tepi-tepi tasik atau sungai. Awasss!!! Hahaha…
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_01-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_01-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_01-03.jpg)
Anyway, selesai makan, kami terus pergi ke Masjid Putra untuk ke KL e-Bike yang diletak di area Souq, sebelah masjid ni.
📍 KL e-Bike @Souq Masjid Putra, Putrajaya
- Lokasinya terletak di LOT C-001, Souq Putrajaya Concourse Area. Bersebelahan Masjid Putra, Putrajaya. Dari Dataran Putrajaya, korang turun ke bawah guna tangga. Kedainya di sebelah Chocolate Souq tu.
- Waktu operasi: 7 pagi – 10 malam (Sabtu dan Ahad), 8 pagi – 8 malam (Isnin – Jumaat).
- Terdapat 6 jenis basikal di sini iaitu citybike, hybrid, folding, 2 seater e-bike, kids bike dan folding e-bike.
- Harga sewa setiap basikal berbeza mengikut jenis. Aku selalu guna citybike tu dengan harga RM 10 untuk 1 jam. Sejam berikutnya RM 10 dan sejam berikutnya lagi RM5.
- Tapi mengikut staff yang bertugas, kalau sewa pada hari bekerja (Isnin – Jumaat) semuanya harga sama iaitu RM 10.
- Korang juga boleh mengambil seberapa banyak air mineral yang diperlukan.
- Topi keselematan turut disewakan dengan kadar tertentu. Tapi kalau korang tak nak sewa, kena sign borang. Kalau apa-apa berlaku atas tanggungjawab sendiri.
- Mereka ada sediakan beberapa route yang korang boleh ikut. Aku dengan Barak main lenjan je ikut route yang kami familiar.
- Sekitar Putrajaya ni banyak view yang cantik. So, boleh berhenti dan ambil gambar.
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_02-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_02-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_02-03.jpg)
Kami tak buat bayaran dulu sebab tak sure berapa lama nak guna. Nanti masa pulangkan basikal tu, baru kami bayar. Route kami sama je macam last week. Dari Souq di kami pergi ke sebelah kiri menghala ke ara Masjid Besi melalui laluan di tepi tasik.
Di laluan ni, korang akan melalui Zenith Hotel, Jambatan Sri Wawasan, McDonald’s Putrajaya, Monumen Alaf Baru, Masjid Besi dan seterus di hadapan Jambatan Monorel. Kat sini view cantik juga, so kami turun berehat sekejap sebelum menyambung kayuhan.
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_03-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_03-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_03-03.jpg)
Dari sini, kami menuju ke Anjung Floria berhampiran dengan Jambatan Seri Wawasan. Meriah kawasan ni dengan orang beriadah dan berpiknik. Kat Anjung Floria ni ada sebuah taman iatu China-Malaysia Friendship Garden dengan seni taman China. Free je masuk sini. Boleh la nak bergambar. Aku lepak kejap je sambil menghilangkan dahaga. Masa kami sampai ni pun ada ramai rombongan murid-murid sekolah melawat kawasan ni.
Di bawah Jambatan ni ada pusat rekreasi juga. Korang boleh sewa kayak di sini. Tapi la ni aku selalu pergi di Wetland tu sebab aku lebih suka suasana di sana.
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-03.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-04.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-05.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_04-06.jpg)
Kayuhan kami setakat sini je. Kemudian patah balik ke arah Masjid Putra. Dan on the way back tu, kami singgah di Hobbit Putrajaya yang terletak berhampiran dengan Monumen Alaf Baru tu. Taman ni berkonsepkan Hobbiton dengan sebuah replika rumah Hobbit. Pintu dan tingkap tak boleh buka pun. Jadi la setakat nak singgah bergambar. Aku pun sebenarnya baru tahu kewujudan benda ni.
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_05-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_05-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_05-03.jpg)
Total perjalanan kami hampir 10 km dengan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Tu pun banyak kali berhenti. Biasa la kan? Buat content! Hahahaha. Selepas pulangkan basikal, kami lepak sekejap kat foodcourt kat area Souq ni. Sambil tu dok fikir nak lunch kat mana. Akhirnya Barak suggest pi lunch kat Dengkil. Restoran Sri Manis. Aku pun okay je sebab takde specific nak makan apa. Tapi bila sampai situ, nampak ada ulam petai sambal belacan semua, memang favorite la kan. Barak pula pi bedal nasi ayam penyet. Kat sini pun ada gerai menjual pisang goreng dengan sambal kicap Johor dan donut. So, aku tapau pisang goreng, keledek goreng dan keropok lekor. Beli siap-siap untuk dinner just in case aku malas nak masak Hahaha.
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_06-01.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_06-02.jpg)
![](http://omaralattas.com/wp-content/uploads/2024/12/tasikputrajaya_2024_06-03.jpg)
So, tu je la aktiviti kami masa cuti umum yang lalu. By the way, kalau korang nak naik basikal ni, kena hati-hati la sikit ya especially kalau ada kanak-kanak sebab masa kami berkayuh ni, ada sorang Chinese boy baru jatuh basikal rasanya. Kesian aku tengok tangan dia terkulai camtu. Nasib ada bapa dia teman. Jadi, berhati-hatilah ya.
Okay la. Tu je ceritanya. Jumpa lagi di post akan datang. Bye!
Putrajaya attractions, things to do in Putrajaya, Putrajaya cycling routes, Putrajaya Botanical Garden, Taman Botani Putrajaya, Taman Wetland Putrajaya, kayaking in Putrajaya, paddle boat Putrajaya, fishing spots Putrajaya, picnic spots Putrajaya, Putrajaya night views, Putrajaya Bridge, Seri Wawasan Bridge Putrajaya, Putrajaya Lake Cruise, Putrajaya food spots, Putrajaya halal food, family activities in Putrajaya, Putrajaya parks, best parks in Putrajaya, Putrajaya for nature lovers, Secret Garden Putrajaya, photography spots Putrajaya, sunset at Putrajaya, Putrajaya jogging trails, Putrajaya sightseeing, places to visit in Putrajaya, free activities in Putrajaya, budget-friendly activities in Putrajaya, Putrajaya architecture, iconic buildings in Putrajaya, Putrajaya light festival, masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, Monumen Alaf Baru, Putrajaya International Convention Centre (PICC), tempat menarik di Putrajaya, aktiviti di Putrajaya, berkayak di Putrajaya, taman awam di Putrajaya, aktiviti mesra keluarga di Putrajaya, makanan halal di Putrajaya, jambatan Seri Wawasan, jambatan ikonik di Putrajaya, cruise tasik Putrajaya, lokasi bergambar cantik di Putrajaya, senja di Putrajaya, taman botani, taman wetland, keindahan Putrajaya, Putrajaya bicycle rentals, sewa basikal Putrajaya, KL eBike rental
Leave a Comment