Sharing is caring

Taman Negara adalah di antara hutan hujan tertua di dunia. Ia telah wujud sejak 130 juta tahun. Ini bermakna, suatu ketika dahulu, hutan ini pernah dihuni oleh dinosaur. Berkeluasan lebih 4,343 km persegi, Taman Negara merupakan salah satu destinasi pelancongan utama dan paling popular di Malaysia.

Hello semua! Selamat Tahun Baru 2022!

Dalam post kali ni aku nak share pengalaman “percutian musim tengkujuh” ke Taman Negara Pahang. Sadis kan bunyinya? Macam ala-ala winter vacation tapi takde salji dan digantikan dengan hujan. Hahahaha..

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Hehehe…

Actually, trip ke Taman Negara ni telah lama aku rancang masa aku dan Sham pi bercuti di Langkawi November 2021 dulu. Sape je yang rajin nak melayan plan aku kalau bukan dia. Tapi yang penting, dia sanggup nak drive dari Cyberjaya ke Kuala Tahan tu sebab aku memang dah malas dan tak larat nak drive jauh-jauh.

Trip ni pun telah ditunda beberapa kali. Asalnya nak pergi semasa Chinese New Year 2021 tapi MCO la pula. Terpaksalah tunda. Sham nak cuti pun payah sebab busy dia mengalahkan PM. Aku pun tengah ada on-going project, so terpaksalah tunda ke masa yang sesuai. End up, membawa ke penghujung Disember ni di kala musim banjir! Nak tak nak, redah je la pergi sebab ni je slot yang ada sebab next year mamat ni nak naik pelamin pula. Sementara tengah available la kan. Takut juga sebenarnya dengan ramalan dan amaran keadaan cuaca. Dah la kawasan di Pahang iaitu Karak dan Temerloh dan sekitarnya teruk dilanda banjir seminggu sebelum tarikh kami bertolak. Seminggu sebelum tu pun 158 pengunjung Taman Negara terpaksa dipindahkan sebab air naik. Fikir punya fikir, Sham pun kata proceed je la.. so kami pun teruskan je. Pendek kata, tawakkal!

Anyway, aku plan trip ni selama 4 hari 3 malam dan cadangnya nak terus sampai ke New Year 2022. Aku booked melalui website Mutiara Taman Negara dengan promo penginapan RM180 semalam untuk 2 orang termasuk breakfast. Ia tidak termasuk aktiviti-aktiviti yang lain.

Day 1: Cyberjaya – Taman Negara Kuala Tahan

Kalau ikutkan plan, kami sepatutnya bertolak selepas subuh sekitar 6.30 pagi. Tapi malam sebelumnya bila Sham text aku, aku tak reply pun sebab aku tengah blur nak pi atau cancel je sebab tengok ramalan katanya akan hujan sepanjang tarikh kami berada di sana. Dan MetMalaysia pun turut mengeluarkan tahap amaran hujan berterusan dari kuning menjadi oren. So, lepas subuh, aku text ngan Sham datang je la. Kalau tak jadi kita pi somewhere else sebab pakcik kau dah siap packed sebulan yang lalu! Siap beli t-shirt berkonsepkan rainforest kat Shopee bagai, beli camera baru.. mana boleh tak cuti! Hahahaha.

Jadi, bila Sham sampai pagi tu sekitar 9 lebih, baru kami decide sama ada nak pi Taman Negara ataupun Penang (sebab aku dah usha sebelum tidur malam tadi). Penang pun diramalkan hujan… so sama je la. Jadinya, kami proceed je ke Taman Negara.

Perjalanan dari Cyberjaya ke Taman Negara Pahang mengambil masa sekitar 4 jam lebih. Ikut Waze/Google Map je… melalui LPT – Temerloh – Chenor – Jerantut dan sampailah ke Jeti Kuala Tahan. Bila memasuki area Karak, dapat dilihat kesan banjir yang teruk tu. Kiri kanan jalan penuh dengan kesan lumpur dan di tepi-tepi laluan air boleh dilihat betapa tingginya paras air yang naik. Ngeri!

Dan masa situasi banjir ni pun, kes pembalakan memang tengah panas. Kat media sosial semua orang dok marah pasal isu ni. Tapi memang pun, sepanjang kami menghampiri Kuala Tahan tu, kat area Jerantut/Padang Piol kalau tak silap, aku dok kira hampir 7 kali kami berselisih dengan lori balak yang sarat dengan muatan. Gila! Dah nak masuk area Taman Negara kot. Depa ni pun rakus memang tak boleh bawa bincang! Selagi boleh tarah konsepnya…

Apapun, Alhamdulillah, keadaan trafik okay dan cuaca pun tidak hujan. Tapi ada la hujan renyai sikit-sikit sepanjang perjalanan tu. Sampai di Kuala Tahan, kami park kereta di kawasan meletak kereta awam yang terdapat di situ. Korang boleh nampak papan tandanya (ke arah kanan). Ratenya ialah RM10 untuk sehari. Di hadapan kawasan jeti pun terdapat kawasan parking, tapi aku tak sure tu parking untuk tetamu hotel Mutiara atau tak. Lupa nak tanya. Parking di bahagian bawah (berhampiran sungai) adalah tidak digalakkan sebab takut air sungai naik/kepala air, masalah pula nanti.

Untuk ke Mutiara Taman Negara, kita kena menyeberangi Sungai Tembeling. Perkhidmatan bot disediakan dengan tambang RM1 seorang sehala. Seberang sungai je… dalam seminit dua camtu. Korang boleh seberang sungai ni anytime, in case nak merayap pi kedai ke, atau nak makan kat luar selain hotel ni ke.. boleh saja. Last bot kalau tak silap aku lepas-lepas maghrib camtu.

The Mutiara Taman Negara Resort mempunyai persekitaran hutan hujan yang menakjubkan yang menghadap ke Sungai Tembeling dan Sungai Tahan. Menjadi satu-satunya Resort di dalam sempadan Taman Negara, ia adalah tempat yang sesuai untuk menerokai kawasan sekitar. Penginapan adalah di chalet kayu gaya Malaysia yang selesa dengan pancuran mandian air panas dan sejuk, penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, kemudahan membuat kopi & teh dan kipas siling.

Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan

Mutiara Taman Negara adalah satu-satu resort yang terdapat di Taman Negara. Keseluruhan resort ni berkonsepkan senibina Melayu yang di kelilingi dengan pokok-pokok dan berlatar belakangkan hutan tebal. Memang aku suka suasana macam ni. Ditambah pula dengan bunyi burung-burung dan mergastua, memang sangat sesuai untuk pecinta alam! Monyet pun boleh dilihat merata-rata di sekitar hotel ni. Kena make sure sentiiasa tutup pintu bila sebab khuatir nanti depa rembat makanan dalam bilik korang macam Sham kena. Begitu pantas monyet tu curi sebungkus biskut dia. Hahaha. Tapi yang menariknya, monyet-monyet ni tak ganggu atau berani masuk pulak di dalam restoran. Mungkin sebab depa dok letak patung harimau dan ular di tepi-tepi restoran ni. Berkesan juga aku rasa.

Untuk bilik pula, aku booked chalet dengan 3 buah katil single. Kemudahan dalam bilik macam biasa. Ada aircond, kipas, hot shower dan segala basic facilities la. Chaletnya comel je dengan beranda yang diletakkan 2 buah kerusi dan meja untuk korang lepak-lepak ambil angin. Ada juga bilik jenis lain. Korang boleh tengok dalam website hotel ni. Macam aku mentioned di atas tadi, harga bilik masa promo RM180 sehari untuk 2 orang dengan buffet breakfast. Murah sangat aku rasa sebab seingat aku harga bilik di Mutiara ni dulu agak mahal sebab mostly yang stay sini adalah pelancong asing. Menurut manager dia, last time sebelum Covid, 80% pengunjungnya adalah pelancong luar negara.

Anyway, pakej yang kami ambil penginapan bersekali dengan buffet breakfast. Terdapat sebuah restoran di sini iaitu Seri Mutiara Restaurant yang menyediakan pelbagai jenis menu masakan, dari masakan Melayu ke hidangan barat. Kalau korang malas nak keluar jauh-jauh, bolehlah tabur duit di sini. Hahaha.. Otherwise, bayarlah tambang bot RM1 tu, pi makan kat kedai makan yang terdapat di sekitar jeti Kuala Tahan tu. Dan lagi satu, free internet cuma ada di restoran ni je. Kat bilik takde internet ya.

Permit Masuk Taman Negara dari PERHILITAN

Untuk memasuki Taman Negara, korang kena mendapatkan permit dahulu dari PERHILITAN. Pejabat PERHILITAN ni terletak di Park Centre, Mutiara Taman Negara. Ada beberapa permit yang dikenakan iaitu permit masuk Taman Negara, permit kamera, permit memancing, canopy walk dan lain-lain. Aku bayar seperti berikut:

  • Permit masuk Taman Negara – RM 1 per person
  • Permit kamera/smartphone – RM 5 per item

Di pejabat PERHILITAN ni terdapat banyak info tentang Taman Negara. Sejarah, fakta, flora dan fauna yang terdapat di sini. Menurut abang yang isukan permit kami tu, kalau ADA REZEKI, harimau pun boleh nampak. Aku macam… wowww… tu nak consider luck ke camne? Hahahaha.. ngeri weh.. kawasan ni sekelilingnya hutan tebal tak berpagar. Ada pengunjung yang nampak gajah dan lain-lain binatang lagi. Seronok mendengar tapi dalam masa yang sama.. aku ghisau!!

Aktiviti di Taman Negara

Di Taman Negara ni, banyak aktiviti yang korang boleh lakukan. Antara menaiki bot menyusuri Sungai Tahan ke Lata Berkoh, menaiki titian kanopi, memancing, night walk, hiking melawat perkampungan Orang Asli dan banyak lagi. Memandangkan kami datang pada musim hujan (nak buat camne…), maka hanya satu je aktiviti yang sempat kami lakukan iaitu pergi ke Lata Berkoh. Nak buat canopy walk, pi Tahan Hide dengan haiwan liar pun tak sempat sebab cuaca tak mengizinkan. Memang dia suruh datang lagi la tu.

Aktiviti di Lata Berkoh ni kami ambil di hotel je. Pakej berharga RM200 untuk satu bot (tanpa bumbung) yang boleh memuatkan maksimum 4 orang. Nanti aku ceritakan detail lagi pasal aktiviti ni.

Perjalanan anda ke Taman Negara Pahang tidak lengkap jika tidak mengunjungi Lata Berkoh. Lata Berkoh merupakan tempat yang popular di kalangan pelancong untuk menerokai keindahan Taman Negara. Ia mempunyai gabungan elemen navigasi sungai, aliran deras dan kawasan berbatu, kawasan memancing dan air terjun yang indah serta gerbang pohon-pohon yang indah. Ramai di kalangan pelancong mengambil peluang berkelah serta berenang di air sejuk di kawasan ini.

Day 2: Lata Berkoh

Hari kedua di Mutiara Taman Negara, cuaca masih lagi hujan pada awal pagi. So, kami macam tak sure sama ada boleh pi Lata Berkoh ataupun tak. Apa-apapun kami buat keputusan selepas breakfast nanti. Dan selepas breakfast pun, hujan masih turun dan sekitar jam 9.30 pagi barulah mula berhenti. Kami pergi ke pejabat hotel dan tanya sama ada boleh atau tak ke Lata Berkoh. Staf yang bertugas boleh ke sana, so kami pun tempah terus aktiviti ni.

Pakej Lata Berkoh dengan harga RM200 satu bot (maksimum 4 orang) dengan 2 orang boatman. Aktiviti ke sini lebih kurang 3 jam lebih. Itinerarynya ialah melihat pokok Tualang yang besar, singgah di Santuari Kelah dan ke Lata Berkoh. Nak pi Lata Berkoh ni kena berjalan lebih kurang 1 km (dalam 20 minit camtu).

Perjalanan menyusuri Sungai Tahan ke Lata Berkoh memang menakjubkan pada aku. Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, aku subscribe majalah/buletin Kementerian Pelancongan Malaysia. Setiap bulan depa send satu copy kat aku. So, selalu nampak gambar-gambar yang menarik tentang Taman Negara ni. Tak sangka, akhirnya dapat tengok depan mata. Memang cantik weh. Air sungainya nampak gelap tapi bila korang celup, jernih bukan main ya. Boatman pun cekap mengemudi. Dah laluannya kan. Dia tahu mana nak mengelak kawasan cetek berbatu dan ada ketika dia akan mengemudi bot melalui bawah dahan-dahan pokok. Memang best!

Menyusuri Sungai Tahan menuju ke Lata Berkoh
Suasana di sini sangat tenang

Selepas beberapa minit menyusuri Sungai Tahan, kami berhenti di first stop untuk melihat pokok besar iaitu pokok Tualang. Besar dan tinggi ya pokok ni. Menurut abang bot tu usianya 400 tahun. Wallahualam. Kalau abang tu tak buat ajaran sesat la. Hahahaha. Aku terjumpa kat info kat internet menyatakan pokok ni berketinggian hampir 70 meter! Abang bot ni ada beritahu juga yang ini adalah pokok tualang terbesar yang terdekat la. Katanya ada lagi yang besar tapi jauh ke dalam. Aku dan Sham luangkan masa beberapa minit je ambil gambar dan video di sekitar kawasan ni sebab hujan gerimis dah mula turun.

Seterusnya, kami ke santuari kelah pula yang letaknya tak jauh dari sini. Di santuari kelah ni, kita saksikan banyak spesis ikan kelah yang besar-besar. Teringat pula masa aku pi tengok ikan kelah kat Tagal Tolungan, Kota Belud beberapa bulan yang lepas. Kami tak bawa makanan ikan, so tak boleh nak beri makan dan saksikan ikan-ikan kelah ni dengan lebih jelas. Dan di sini, hujan renyai dah mula turun.. ah sudah! Camne nak ke Lata Berkoh???

Mula-mula ingat macam nak tunggu kejap. Tapi tengok gaya macam lambat je nak teduh. Dibuatnya makin lebat, bahaya la pulak nanti. So, kami decide, teruskan je la ke Lata Berkoh walaupun hujan tengah turun. Lagi cepat habis, lagi cepat boleh balik hotel.

So, bila dah sampai ke kawasan berkenaan, abang tu berhentikan bot dan maklumkan pada kami boleh pi sendiri, jalan lebih kurang 20 minit untuk ke Lata Berkoh. Mula-mula tu aku macam okay je. Tapi bila dah berjalan beberapa meter mengikut denai sedia ada, aku macam tak sedap hati. Sebab dah la tak tahu jalan, line phone pun takde. Kalau terjadi apa-apa tak ke naya punya kes. Dah la masa tengah jalan tu aku nampak kesan tapak kaki binatang. Hutan tebal ya… bukan semak samun kat Cyberjaya tu. Kalau terserempak dengan pak belang, boleh jadi arwah dibuatnya. Padahal kalau ikutkan masa staf hotel tu bagitau, nak pergi ke Lata Berkoh tu kena ada guide sebab pengunjung tak digalakkan pergi sendiri sebab takut kalau terjadi apa-apa. Tapi tu la.. dah ko dapat boatman pemalas… aku pun malas nak bising sebab cuaca pun hujan. So, takde lah beria nak pegi sangat. Dalam kepala ingat nak balik je. Kena pergi next time la. And that time, kena make sure guide aku ikut tunjukkan jalan, bukan tunggu kat bot sambil hisap rokok. Hampeh!

Melihat pokok Tualang

By the way, di sekitar tempat bot kami berhenti ni, pemandangannya.. Masyallah.. cantik gilerrr!!! Lensa kamera pun tak mampu nak capture. Kena tengok depan mata. Sungainya tak dalam, penuh dengan batu-batuan dan airnya sangat jernih dan sejuk. Kalau tak hujan ni, dah lama aku berendam. Udara tak payah cakap la, memang sangat segar. Tu sebab aku suka masuk kawasan hutan ni. Nikmat dia lain macam. Memang sangat menenangkan. Banyak juga aku ambil gambar kat sini sebab cantik nau!!!! Hahaha.. Aku memang sangat teruja. So, lepas dah puas menikmati pemandangan di sini, kami pun bergerak balik dalam keadaan hujan yang semakin agak lebat. Terserempak la dengan geng memancing dan sorang lagi pakcik tu, sorang-sorang dok memancing dalam hujan. Tak nak balik ke dalam hati aku. Bahaya kot kalau air sungai makin naik.

Sampai di hotel, kami melepak dulu di restoran, order light snack sambil sambil dok access internet sebab kat sini je ada free wifi. Dalam bilik takde wifi. Seharian hujan turun tak berhenti ya. Ingatkan petang tu nak pi canopy walk. Terpaksa cancel. Sudahnya mereput je la dalam bilik hotel, makan biskut yang aku bawa kononnya nak beri ke orang asli sambil tengok TV dan layan internet. At the same time dok sibuk tengok update situasi banjir terkini terutamanya kat Pahang ni. Hujan turun sepanjang malam dan seingat aku reda kejap pada jam 4-5 pagi, then sambung hujan lagi membawa ke keesokkan harinya.

Hujan masih lagi turun di pagi hari ketiga di Mutiara Taman Negara. On the way nak ke restoren untuk breakfast, kelihatan air Sungai Tembeling dah naik dan agak deras. Aku dengan Sham rasa macam nak kena balik la kot hari ni sebab takut tersangkut kalau jalan keluar tu dinaiki air.

Suasana pagi di Taman Negara

Day 3: Kena Check-out Mutiara Taman Negara & Check-in The Saujana Kuala Lumpur

Lepas kami breakfast, pihak hotel memanggil semua tetamu untuk berkumpul di restoren tu sebab ada taklimat tentang situasi banjir. So, memang betul lah. Pihak berkuasa menasihatkan semua tetamu hotel untuk check-out hari ni kerana bimbang paras air sungai semakin tinggi. Takut terjadi macam minggu sebelumnya bila pelancong terpaksa diselamatkan sebab banjir di Jerantut. Dalam hati, syukurlah dapat merasa 3 hari 2 malam kat sini. Group yang baru sampai semalam lagi kasihan. Dan lagi sadis, ada satu lagi group cyclist yang baru sampai pagi ni naik basikal ke Mutiara Taman Negara. Depa park somewhere in Jerantut kalau aku tak salah dengar. Baru sampai dah kena check-out. Tapi better check-out la daripada ada masalah nanti kan?


So, lepas balik bilik, kemas semua barang, kami pun check-out. Dapat refund untuk 1 malam. Dan memandangkan aku masih dalam mood cuti-cuti Malaysia, on the way balik tu, aku book The Saujana di Subang Jaya. Tak tahu nak ke mana lagi. Lepak la semalam kat situ pada malam Tahun Baru. So-so je la aku rasa hotel ni. Maybe sebab kawasannya tak luas dan tak boleh nak ke mana sangat. Takpelah.. janji ada buffet breakfast! Hahahaa..

The Saujana Kuala Lumpur
Mereput dalam bilik

Jadi, itulah serba sedikit perkongsian aku untuk post kali ini. Taman Negara ni korang kena pergi sekali seumur hidup. Memang sangat best untuk korang merehatkan minda. Insyallah, aku akan pergi ke sini lagi tahun ni sebab first trip ni cuaca tak elok dan tak dapat nak buat aktiviti yang lain. And moral of the story, elakkan pergi ke sini semasa musim hujan!

Dan terima kasih kepada Sham sebab tolong drive ke Taman Negara ni. Aku nak wish dia Selamat Pengantin Baru in advance. Semoga jodohnya berkekalan sampai ke syurga. Hilang dah la sorang lagi travel and joging buddy aku. Dan kepada korang semua, Selamat Tahun Baru 2022. Mudah-mudahan tahun ni lebih baik dan cepat la berakhirnya Covid nih!!! Thanks sebab luangkan masa baca coretan aku. Stay safe and take care! Tata…

Kalau korang tak terpana dengan pemandangan ni, aku tak tahu nak cakap apa. Jumpa lagi Taman Negara!

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.