Sharing is caring

Hello semua! Bertemu lagi pada post kali ni. Aku baru nak update aktiviti kami sekeluarga pada cuti Christmas yang lepas. Punyalah busy kan. Nak post tentang tahun baru pun tak buat lagi. Anyway, pada cuti Christmas tu, adik aku yang tinggal di Terengganu angkut mak dan adik aku di JB tu untuk lepak kat rumah aku di Cyberjaya ni. Asalnya nak cari homestay, tapi sampai kesudah tak jumpa. Almaklum time-time cuti sekolah ni kan, sah-sah banyak yang tak available. Sudahnya, aku ajak diorang stay je kat rumah aku studio unit tu, pandai-pandai la depa adjust nanti. Hahaha.

Dan memandangkan diorang sampai di Cyberjaya sebelah malam, aku suggest untuk dinner je terus, so that sampai rumah aku nanti boleh terus rehat. Adik ipar aku cadangkan untuk dinner di Restoran Pak Punjab yang terletak di Kota Warisan dan dia dah book terlebih dahulu. Dia kata makanan situ sedap dan dia dah banyak kali pergi. Aku pula memang tak pernah try. Aku memang jarang gila nak drive keluar dari Cyberjaya mencari makanan. So, bila dia suggest tu, aku okay je.

📍 Pak Punjab Kota Warisan

Restoran ini menyediakan makanan Pakistani, Indian, Punjabi dan Timur Tengah. Ada banyak pilihan makanan di sini dan antara yang kami order ialah grilled lamb, biryani ayam, mixed kebab, salad, cheese naan dan masala tea. Semua makananya sedap-sedap belaka cuma aku kureng sikit kat grilled lamb tu sebab dagingnya sedikit liat walaupun rempah perapannya sangat berasa dan sedap. Tapi liat tak liat, anak saudara aku, Ali tu bedal je. Dia memang hantu kambing. Memang pantang nampak kambing.

Selesai semua dah tersadai kekenyangan, aku ajak diorang ke Secret Garden Putrajaya untuk mencuci mata. Diorang tak pernah sampai ke sini lagi dan aku rasa anak-anak buah aku sure excited bila tengok lampu-lampu yang berwarna-warni di taman ni.

📍 Secret Garden @Taman Putra Perdana, Putrajaya

Secret Garden ni terletak di Taman Perdana Putra, Putrajaya yang berhampiran dengan Pulse Grande Hotel (dahulunya dikenali sebagai Shangri-La Putrajaya). Masuk kat sini percuma je. Taman ni menarik sebab dihiasi dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Memang sesuailah nak bawa keluarga dengan anak-anak kecil beriadah. Anak buah aku kemain excitednya bila sampai kat sini.

Sambil melihat keindahan lampu-lampu di sini, aku ajak mereka berjalan menuju ke Tangga Putrajaya. Sesuailah kan untuk membakar lemak-lemak makanan masa dinner tadi. Hahahaha. Jenuh juga weh nak naik semula ke atas. Masa turun tu okay lagi.

Selesai beriadah kat sini, terus balik rumah dan masing-masing semua pengsan kepenatan! Hahahaha..

Keesokkan harinya, selepas breakfast, aku ajak family aku ke Putrajaya for some activities. Kalau ikut adik, dia ada few option nak ke sana ke sini. Tapi asyik dok search je tapi tak decide apa pun. So, aku suggest untuk sama ada naik Putrajaya cruise tu ataupun sewa basikal mengelilingi Putrajaya. Lokasinya di Masjid Putra. Mula-mula plan nak ambil water taxi je sebab lebih murah berbanding naik cruise tu. Tapi water taxi tak available la pula sebab faktor cuaca.

📍 KL e-Bike @Souq Masjid Putra, Putrajaya

Memandangkan kat kaunter ticket tu juga diletakkan basikal untuk disewa, so, aku ajak mereka naik basikal je. Hujan pun dah berhenti, so should be okay la kan. Cuma adik aku dengan Umi je tak naik basikal. Lain semua ambil. Adik ipar aku pula bawa anak bongsunya. Yang lain semua naik sendiri-sendiri. Aku bawa anak buah aku, Khadijah. Mula-mula dia tak nak juga sebab masih trauma sebab kaki dia pernah tersepit kat tayar basikal. Berbungkus jugalah kakinya sementara menunggu baik. Tapi bila aku dah convincekan yang basikal ni selamat dan tayarnya pun tertutup dengan cover, so okay la. In fact, seronok bila naik dengan aku.

Kalau 2 minggu sebelum ni aku menaiki basikal menuju ke arah Jambatan Sri Saujana, tapi kali ni route berbeza sikit. Dari Masjid Putra tu, kami menghala ke sebelah kiri, menyusuri tasik sehingga ke bangunan kerajaan yang berbata merah tu. Apa entah namanya tapi kalau tak silap aku kat Parcel E kot. Rupanya kat situ ada juga Wetland yang di tengah-tengah tasik tu terdapat pulau kecil yang mana pokok-pokoknya dipenuhi dengan pelbagai burung.

Aku kagum juga sebab anak-anak buah aku ni pandai berbasikal. Mula-mula macam risau juga takut terjatuh atau terlanggar sana-sana. Alhamdulillah semua smooth je.

Selesai kami semua berbasikal, sebelum ke next destination, kami bergambar di Dataran Putrajaya dulu. Macam biasalah tempat ni sentiasa penuh dengan pelancong.

Nak pi makan masing-masing masih kenyang lagi. So, aku ajak mereka ke Pusat Rekreasi Air Putrajaya yang berhampiran dengan Wetland tu untuk meniaga paddle boat dan berkayak. Keluar dengan aku, memang aku sajikan dengan aktiviti yang sihat je la. Hahahaha…

📍 Pusat Rekreasi Air Putrajaya

Sampai je di pusat rekreasi ni, kami kena tunggu sekejap sebab tengah waktu rehat iaitu pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Mula-mula aku ingat macam nak sewa seat yang sama masa aku pergi dengan Barak dan Jay dulu. Tapi kawasan situ lecak la pula. Sudahnya kami berehat dengan di kawasan yang berhampiran dengan parking area tu. Ada kawasan lapang kat sini. Okay lah setakat nak duduk seketika.

Bila kaunter dah buka, aku sewa 2 paddle boat dengan 1 kayak. Kayak tu aku naik dengan Ali je. Okaylah, Ali pun pandai berkayak walaupun ni kali pertama dia naik. Kami berkayak ngam-ngam 1 jam tapi family aku yang naik paddle boat tu kemain terlebih-lebih masa diorang. Almost 15 minutes kot. Nasib baik tak kena extra charge.

Habis je berkayak dan naik boat, kami balik ke Cyberjaya dan singgah lunch di Restoran Jaosamut di CBD 3. Selesai makan, terus balik ke rumah sebab budak-budak ni dah tak sabar nak terjun kat swimming pool. Dah sampai menggigil kecut kaki tangan pun tak nak naik-naik lagi. Sabar je la…

Hari ni last day untuk beraktiviti. Aku serahkan kat adik aku, ikut la dia nak pi mana sebab aku pun tak sure nak ke mana. Kalau ikut plan asalnya, diorang nak pergi cari jubah untuk anak buah aku 2 ketul yang belajar kat tahfiz tu. Lokasinya tentulah di Jalan Masjid India atau Jalan TAR. Tapi bila fikir balik nak masuk KL time-time ni, tak larat rasanya nak dok lama-lama dalam jam. End up, diorang pilih untuk pergi ke GM Mall di Klang. Diorang pun dah biasa ke sana. So, aku ikut je la. Aku ni yang tak pernah sampai. Hahaha…

📍 GM Klang Wholesale City

Menarik juga eh kat sini. Walaupun banyak lot kedai yang tak beroperasi, tapi okay la. Not that bad. Dapat la beli jubah anak-anak buah aku tu. Adik ipar aku pun dok belanja aku sehelai jubah. Orang kata, rezeki jangan ditolak, ye dok??? Hehehe… aku pula just beli minyak wangi yang murah-murah tu. Jadi la boleh dok sembur sebelum tidur. Boleh tahan juga baunya tapi takde la tahan mana. Aku memang jenis kedekut tau nak beli minyak wangi mahal-mahal! Entah, aku rasa cam membazir je.

Habis diorang shopping, kami makan kat restoran dalam mall ni. Sementara tu, adik aku dok pulun search aktiviti seterusnya untuk anak-anaknya. Akhirnya, dia ajak kami semua ke i-City, ada some sort of activity apa la aku pun tak sure dan tak pernah ke sana. Tapi sebelum ke sana, kami singgah solat di Masjid Bandar Diraja Klang Utara.

📍 i-City Shah Alam

Kami confused nak parking kat sini. Tak sure yang mana satu. End up, kami parked kat parking hotel yang agak jauh dari tempat yang nak dituju iaitu Kidz World. Tapi okay la, boleh jalan-jalan cuci mata tengok kawasan sekeliling ni. Besar eh tempat ni. Macam Genting tapi tak tahu la kenapa aku rasa macam serabut dan tak teratur. Dan banyak juga lagi yang masih dalam pembinaan.

Yang gegirl pi main kat Kidz World tu. Adik aku la yang dok teman. 2 orang Abdul tu, bapanya dok teman. Aktiviti diorang lebih lasak sikit. Tapi still aku tak puas hati dengan harga untuk guardian. Masuk teman pun kena bayar 40 hengget! Apooooo!!! Lain la kalau kita dok main sama, make sense la. Ni dok masuk berdiri tengok pun nak kena bayar mahal. Entah apa-apa.

Sementara budak-budak tu galak dok bermain, aku dengan Umi dan adik aku lagi sorang dok lepak kat restoran je, minum dan makan lite-lite.

Sampai ke malam juga diorang dok main, sampai lebam lah kata orang. dah selesai semua, kami terus balik ke Cyberjaya dan singgah dinner di D’Celop NeoCyberjaya. Dah kenyang semuanya, maka kami terus balik ke rumah.

Esoknya, lepas breakfast, family aku terus bertolak pulang ke JB hantar Umi aku dulu sebelum mereka semua pulang semula ke Terengganu. So, demikianlah aktiviti bersama anak-anak buah aku sempena cuti sekolah mereka pada kali ni. Harap-harap diorang seronok juga la dapat buat few activities.

Okaylah, till then. Jumpa di post seterusnya. See ya!


Putrajaya attractions, things to do in Putrajaya, Putrajaya cycling routes, Putrajaya Botanical Garden, Taman Botani Putrajaya, Taman Wetland Putrajaya, kayaking in Putrajaya, paddle boat Putrajaya, fishing spots Putrajaya, picnic spots Putrajaya, Putrajaya night views, Putrajaya Bridge, Seri Wawasan Bridge Putrajaya, Putrajaya Lake Cruise, Putrajaya food spots, Putrajaya halal food, family activities in Putrajaya, Putrajaya parks, best parks in Putrajaya, Putrajaya for nature lovers, Secret Garden Putrajaya, photography spots Putrajaya, sunset at Putrajaya, Putrajaya jogging trails, Putrajaya sightseeing, places to visit in Putrajaya, free activities in Putrajaya, budget-friendly activities in Putrajaya, Putrajaya architecture, iconic buildings in Putrajaya, Putrajaya light festival, masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, Monumen Alaf Baru, Putrajaya International Convention Centre (PICC), tempat menarik di Putrajaya, aktiviti di Putrajaya, berkayak di Putrajaya, taman awam di Putrajaya, aktiviti mesra keluarga di Putrajaya, makanan halal di Putrajaya, jambatan Seri Wawasan, jambatan ikonik di Putrajaya, cruise tasik Putrajaya, lokasi bergambar cantik di Putrajaya, senja di Putrajaya, taman botani, taman wetland, keindahan Putrajaya, Putrajaya bicycle rentals, sewa basikal Putrajaya, KL eBike rental, Putrajaya Lake Recreation Centre, Pusat Rekreasi Air Putrajaya, Taman Perdana Putra Putrajaya, i-City Shah Alam, Kidz World i-City, Pak Punjab Kota Warisan, GM Mall Klang, shopping at GM Mall Klang


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.