Sharing is caring

Salam guys! Minggu lepas, office aku buat jamuan potluck Hari Raya. Dah penghujung sebelum habis Raya kan. Aku macam dok plan nak buat grilled chicken with cheesy mashed potato. Tapi memandangkan betapa hazabnya aku nak lenyek dan hancurkan kentang-kentang tu nanti (aku dah buat masa berbuka puasa hari tu), so aku cancel menu ni dan gantikan dengan bread lasagna. Mudah dan tak renyah! Hahahaha. Last aku buat ni masa 2021 kot, bawa pi office, menjamu officemates aku breakfast. Resepi aku ada sertakan dalam link di blog di bawah. Link kat vlog di atas tu pun ada.

Dan malam hujung minggu yang lepas juga aku berkesempatan untuk pergi ke Secret Garden di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Actually dah lamaaaaaaaa giler aku nak ke sini tapi asyik tak jadi je. Jadi bila lepas dinner kat Dengkil dengan member Cyberjaya aku ni, aku ajak dia temankan pi Secret Garden ni. Jarang ya aku nak keluar merambu malam-malam hari! Tapi sebab dah lama sangat nak ke sini, aku gigihkan juga.

Cantik tempatnya! Penuh dengan lampu yang berwarna-warni. Sesuai untuk merakam gambar-gambar yang menarik. Oh, Secret Garden ni terletak berdekatan dengan Pulse Grande Hotel Putrajaya (sebelum ni dikenali sebagai Shangri-La Putrajaya). Tempat ni sesuai kalau korang yang duduk di sekitar Putrajaya untuk membawa keluarga beriadah di malam hari. Mesti anak-anak kecil korang terpana dengan lampu-lampu yang bergemerlapan itu. Foodtruck ada juga kat sini. Tak banyak pun.. dalam 2-3 kalau tak silap aku, menjual makanan dan minuman. Dari Secret Garden ni, korang boleh berjalan menuruni dan menaiki Putrajaya Steps yang terletak tak jauh dari kawasan ni.

Seterusnya, aktiviti hari Sabtu aku bersambung dengan morning walk di Wetland Putrajaya. Kawasan takungan di Wetland ni dalam proses maintenance, so air di kawasan ni agak keruh. Tak dapat aku nak tengok ikan lampam jawa yang berlambak kat sini. Dan laluan di sini juga telah ditambak dengan batu kerikil dan aku rasa depa nak buat proper path kot. Longkang di tepi jalan berhampiran pokok-pokok sawit tu pun dah diganti dengan longkang baru. Tak jumpa dah la anak-anak ikan lampan dan guppy yang banyak dalam tu. Kalau korang nak tengok, pi usha video dalam link “Weekend Vlog” aku kat bawah tu.

Oh, by the way, masa berjalan kat sini aku terperanjat gila sebab terserempak dengan anak ular tedung. Aku tak perasan di depan aku sebab sibuk buat ambil gambar. Takde la besar mana… ada la panjang lebih kurang 20 – 30 cm macam tu. Geli-geleman aku sebab kepala dia kembang dengan mulut ternganga macam nak terkam aku. Dah la aku gila dengan ular ni! Tak sempat nak rakam sebab laju gila dia menyelinap masuk dalam lubang kat tepi jalan tu. So, next time, kena hati-hati bila berjalan di kawasan-kawasan macam ni.

Anyway, tu je la aktiviti hujung minggu aku kali ni. Bawah ni lokasi Secret Garden Putrajaya. Mana tahu korang berminat nak pergi. Till then, jumpa dalam post akan datang! See ya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.