Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi sekali dalam blog tak ke mana-mana minggu ni. So, marilah menikmati weekend santai di Cyberjaya tercinta ni. Dah lama juga aku tak buat blog dan vlog tentang Cyberjaya.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Mulanya, aku nak morning walk di Putrajaya, tapi disebabkan malas teramat, maka pusing je la kat Cyberjaya ni.
Roti canai yang sedap
Sebelum walk, aku breakfast kat TipTop Kitchen di Crystalville Cyberjaya, pekena roti canai. Aku suka roti canai kat sini. Rasanya bagi aku berbeza dengan roti canai mamak. Rasanya lebih berlemak dan sambalnya pun sedap. Shezz pun join sekali breakfast kat sini.

Morning walk di Taman Tasik Cyberjaya
Selesai breakfast, aku buat morning walk sekejap kat Taman Tasik Cyberjaya. Dah jam 8.00 pagi, so matahari pun dah tinggi. Taman ni macam biasalah kalau weekend. Bila nampak penuh parking, sudah pasti ada event. Memang betul pun. Ada fun walk tadika mana entah.
Aku buat dalam 3 km lebih je. Jadilah… bakar kalori roti canai tadi. Tu pun macam tak cukup je. Hahaha. Habis je walk, aku terus ke Dengkil untuk misi mencari durian dengan Shezz. Dok discuss dengan dia masa breakfast awal tadi.

Durian murah giler di Dengkil!
Kami ke Durian Shania yang terletak berhampiran dengan PUSPEN Dengkil. Aku nak ke sini sebab banyak sangat lalu kat Threads. So, kenalah pergi. Lagi pun aku memang tengah craving gile nak makan durian. Aku sampai awal sikit. Gerainya buka jam 11.00 pagi.
Dan durian kat sini memang murah gila la kot aku rasa. Berbanding masa nak makan musang king dulu. Ambil sebijik dua je. La ni aku ambil 7 biji musang king dan 1 blackthorn dengan harga RM117 sahaja! Murah kan? Lepas tu, ada free sebiji durian jenis apa ntah. Sebab tercampur kat musang king tu. So, dia bagi free je. Alhamdulillah..
Time tengah murah ni la nak bedal betul-betul kan? Aku memang suka musang king. Sedap kat tekak aku.
Settle makan durian, aku singgah sat kat kedai rambut Arab yang selalu aku pergi untuk gunting rambut. Rimas bila rambut dah start bergulung-gulung ni.
Selesai gunting rambut, aku landing sat kat spa untuk massage session pulak.


Spa terbaik di Cyberjaya
Mana lagi antara spot favorite aku di Cyberjaya… kat sini lah – Bayu Family Wellness. Spa ni terletak di CBD Perdana. Berdekatan dengan Restoran Saba’ yang famous tu. Aku suka gila ambience kat sini. Sangat tenang, selesa dan bersih. Servisnya pun sangat bagus. Kalau korang ambil package minimum 5 jam, (RM388) terus auto jadi member. Bila jadi member ni, harganya murah la sikit berbanding normal price. Tapi male therapistnya tak ramai. So, untuk lelaki tu… better book dulu lah. Aku memang tidak la nak suruh orang pompuan urut badan atau kaki.
Kali ni aku try buat deep tissue massage selama 1 jam 30 minit. Memang terbaik. Therapistnya memang tekan point-point yang sengal dan sakit terutamanya kat bahu, belakang dan kaki aku.
Setiap kali selesai treatment, kita akan diberikan teh halia yang sangat menyegarkan. So, kalau korang pi Cyberjaya dan nak mencari spa, aku suggest korang pi sini.


Durian fresh musang king + budu = HEAVEN!!!
Selesai massage, aku terus balik ke rumah. Lunch masak sendiri je. Lagipun ada musang king yang aku tapau tadi. Tak sabar nak makan dengan budu. Ni first time aku nak try durian fresh makan dengan budu. Kalau dengan tempoyak tu dah pernah try. MEMANG SEDAP GILERR YA!!! Kenapa aku tak try dari dulu. Bertambah nasi aku dua pinggan! Hahaha. Padahl lauk simple je. Aku buat ayam (sumbat microwave je), ulam timun dan peria katak, and then budu tu aku patahkan cili padi dan perah limau kasturi. Lepas tu ambil durian 3 ulas. Mantap pak abu! Next time boleh try lagi. Oh.. lagi satu, aku lebih suka budu cap ketereh sebab rasanya lebih sedap. Aku ada try brand lain dan aku tak suka sangat. Terlalu hanyir baunya.

Penutup
Maka, begitulah perjalanan hari Sabtu aku yang lepas. Terima kasih kerana membuang masa membaca tulisan aku ni. Hahaha.
Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan bertambah travel fund aku so that takdelah aku buat vlog Cyberjaya lagi lepas ni. Hehe…
Jumpa lagi dalam post akan datang. Di mana? Tungguuuu… Assalamualaikum!
English summary:
This weekend, I decided to enjoy a slow and relaxing day around Cyberjaya. The morning started with delicious roti canai at TipTop Kitchen, followed by a peaceful morning walk at Cyberjaya Lake Gardens. Later, I drove to Banting to buy affordable Musang King durians at Durian Shania, and for the first time ever, I tried eating fresh durian with budu… surprisingly, it tasted amazing! To end the day, I treated myself to a relaxing massage at Bayu Family Wellness, one of the best spas in Cyberjaya.

Leave a Comment