Sharing is caring

**Sambungan dari previous post**
So.. hari ni ialah cuti Awal Muharram. Maka, plan hari ni nak ke Kuala Terengganu dengan misi mencari kuali tembaga untuk dibawa pulang. Dah lama aku teringin nak masak guna kuali tembaga ni especially kalau masak rendang dan lain-lain. Sebab dia tebal dan habanya sekata. Kat rumah JB ada pusaka arwah nenek aku punya. Besar dan berat gile. Tu memang guna turun temurun. Arwah nenek memang guna tu especially kalau nak masak harisa (masakan Yemen), kuih kole kacang, pulut kacau dan lain-lain. Aku tengok kat online dalam RM300-400 camtu. Kot la kan beli kat Pasar Payang tu lagi murah berbanding beli kat online tu.

Anyway, on the way ke Kuala Terengganu tu, kami singgah breakfast dulu kat gerai Nasi Beriani Hajjah Ramlah kat Jalan Kampung Chabang.. somewhere in Kerteh.

Destinasi pertama yang dituju kat Kuala Terengganu ni semestinya Pasar Payang yang baru. Ya Rabbi.. public holiday kan hari ni. So, nak parking memang hazab giler!!! Dan memang sesak dengan orang. Aku kalau tempat bersesak-sesak ni memang kureng sikit. Tak usha benda lain pun. Just duduk kat kawasan foodcourt tu kejap minum air. Then aku, Umi dan Shaha pi masuk dalam mencari kuali tu. Ada satu lot kedai je yang kami jumpa jual. Tapi harganya… YA AMPUNNNNN.. terus mati pucuk nak beli!! Ada yang RM300-400 lebih tu tapi kecik sangat kalau nak guna. 10 inci je diameternya. Saiz yang aku nak tu dalam RM770. Kalau diskaun pun 10 hengget je. Memang la handmade kan.. tapi tu la.. haizzzz…. Dan bila aku tengok kualiti dia macam agak nipis dan tak setebal macam dulu-dulu punya. Nampaknya musnah la harapan nak berkuali tembaga di Cyberjaya! Hahahahaha.. Belum ada rezeki lagi nak membeli.

So, bila dah selesai usha kuali tu, aku pi beli keropok untuk bawak balik dan Umi dengan Shaha dok memborong buah dulu, rambutan dengan manggis.

Plan nak naik bot pun terpaksa cancel sebab terlalu ramai sangat orang kat jeti tu. Tak larat la weh dengan bebudak kecik semua ni.

Pastu kami terus cabut keluar dari area yang sesak ni untuk tapau makanan for our lunch. Beli nasi bungkus, then pergi pulak ke Pantai Tok Jembal. Kaedahnya makan ala-ala berpiknik tepi pantai. Tapi sebelum tu, kami sempat juga melalui Jambatan Angkat, landmark terbaru Kuala Terengganu ni. Banyak juga yang parking kereta kat area ni untuk bergambar. Tapi aku just record video dari dalam kereta je. Malas nak keluar. Panas hawau!!!

Selesai lunch, kami pi singgah makan sotong/udang celup tepung kat restoran mana ntah. Bukan spot yang famous tu. Kakak adik ipar aku stop singgah kat sini, so.. kami pun join sekali.

Habis membedal sotong, udang, keropok lekor dan air kelapa dengan ABC (tu dia… makan tak hengat!!), kami ke Pantai Batu Buruk pulak. Lepak kat sana sat sebelum pulang ke Kemaman. Bebudak ni punya la excited. Terlompat-lompat macam apa ntah sampai aku pun naik pening. Before maghrib, kami singgah rehat, mandi dan solat dulu since family ipar ada rumah pusaka kat sini. Lega ya dapat mandi. Memang tak selesa berlekit-lekit panas ni.

After maghrib, kami bertolak balik ke Kemaman dan sebelum sampai rumah kami singgah lagi dinner di restoran somewhere kat Geliga. Sebab Walid pun dah sampai sini petang tadi all the way dari Melaka. So, dapat la berkumpul semua satu famili. Cuma adik aku, Ahmad je la yang takde. Kat Indonesia sana.

Sebelum sampai rumah, Shaha dok singgah beli durian pula. Memang dari pagi sampai ke tengah malam tak berhenti makan. Aku hanya mampu bedal 2 ulas je. Itu bukan diri aku yang sebenar ya sebagai hantu durian! Tak larat nak masuk dah weh…

So, the next day Isnin tu, aku dah kena balik dah. Cepat pulak ye 3 hari kat sini. Since bas aku pada jam 11.45 pagi, so sempat la breakfast kat rumah dulu. Ikan patin tempoyak yang sebekas Mak Lang bagi tu jadi santapan aku. Pagi-pagi dah pekena nasi dengan patin. Hahahaa… Seronok makan ramai-ramai ni. Walid dengan Umi pun balik hari ni gak. Ikutkan Walid kena balik awal pagi gak tapi dia postpone balik petang sikit. So, lepas makan tu depa pi memancing dulu dan aku terus ke stesen bas.

Sedih pulak nak tinggalkan budak-budak ni. Takpelah.. Insyallah next time ada cuti panjang sikit, aku akan ke sini lagi. Dah tahu nak naik kat mana semua… takde lah susah mana pun. Cuma aku la ni dah tak berapa rajin nak drive jauh-jauh. Lagi seronok jadi penumpang je. Hahaha…

Okay la, tu je aku nak share pasal trip cuti-cuti Malaysia kali ni. Thanks sudi baca dan jumpa dalam post akan datang. Tata!!!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.