Actually kedai ni dah lama beroperasi sejak 2016 kalau tak silap aku. Tapi aku tak rajin nak ke sini sebab selalunya setiap pagi aku akan ke mamak sebelah office je. But since few months ago dah park kereta kat Centrus tu, so aku dah start breakfast kat sini. Tak sangka pulak breakfast asli Terengganu kat sini sedap. Terus jadi spot breakfast aku almost every day. Hahaha..
Kat sini menghidang sarapan pagi style orang Terengganu. Ada nasi dagang dengan pelbagai pilihan lauk seperti gulai ikan tongkol, rendang daging, ayam goreng rempah dan lain-lain. La ni aku kemaruk breakfast dengan nasi dagang bersama kuah ikan tongkol (tak amik ikan pun.. tapi amik cili padi!), ayam goreng rempah dan telur rebus. Memang sedap gile!! Kena dengan tekak aku. By the way, Mufti Wilayah, Dato’ Seri Dr. Zulkifli pun rajin breakfast kat sini. Few times juga aku terserempak dengan beliau kat Makang ni.
Selain dari nasi dagang, terdapat juga pilihan nasi minyak dan nasi lemak. Dan kat sini juga korang boleh dapatkan karipap dengan inti ikan. Jarang nak jumpa karipapa Terengganu ni kan? Harga karipap tu RM2.00 untuk 4 biji.. kira satu biji 50 sen lah. Other than that, ada juga dijual keropok lekor dan jemput-jemput pisang.
Restoran Makang ni mula beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Sabtu sampai jam 1.00 petang je. Ahad tutup.
So, bagi sesiapa yang nak try makanan kat sini, detail restoran ni aku share kat bawah:
Address:
4805-0-02, CBD Perdana 2, Jalan Perdana, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Operating hours: Monday – Friday (8.00 am – 3.00 pm), Saturday (8.00 am – 1.00 pm), Sunday (closed)
Phone: 019-602 1007
Leave a Comment