Salam semua. Bertemu sekali lagi dalam post kali ni. Okay… berita balik buat penghuni Cyberjaya khususnya rakan-rakan Muslim. Sebuah mall baharu telah dibuka di sini. MALAKAT MALL nama diberi – terletak di CBD3 (Centrus dahulunya). Dilancarkan semalam iaitu hari Jumaat, 13 Mac 2020. Menariknya Malakat Mall ni apabila ia mengetengahkan konsep “A Solat Friendly Mall”, di mana di sini ia mempunyai 7-minutes solat break apabila masuk waktu solat. In fact, selepas launch semalam, terus diadakan solat Jumaat di ruangan legar mall berkenaan.
Terdapat banyak outlet di mall ini antara supermarket yang dikenali sebagai Raudhah Grocer. Di sini korang boleh dapatkan produk Muslim tempatan yang ada di antaranya tak pernah korang nampak. Malakat Mall ni bagi aku adalah antara inisiatif untuk membantu menjana ekonomi orang-orang Melayu khususnya dan Muslim secara amnya.
Selain daripada supermarket, di sini juga terdapat kafe-kafe, lot kedai yang menjual pelbagai barangan antaranya pakaian, hardware, kasut dan pelbagai lagi.
Leave a Comment