Staycation 2H1M di Apartment Tengah² Bukit Bintang
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk post kali ini, aku nak share aktiviti aku pada minggu lepas iaitu staycation 2H1M di apartment yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Okay, staycation kami di Bukit Bintang ni ditaja oleh teman kami iaitu Fatin a.k.a birthday girl yang kami nak celebrate pada kali ni. Birthday girl pula yang sponsored kan? Terbalik bongkang ni. Apapun, semoga murah rezeki Fatin sekeluarga. Amin…
Deluxe Apartment @Chaos Boutique Hotel
- Kami bermalam di unit deluxe apartment di hotel ni. Actually ini kali kedua aku stay di sini. Sebelum ni, aku pernah stay di standard queen room.
- Harga unit aparment ni untuk 1 malam ialah RM 866.67 termasuk tax. Ia boleh memuatkan maksimum 10 orang.
- Unit deluxe apartment ni terletak di aras 1 hotel ni dan mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan pantri. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik air.
- Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah wifi, aircond, water heater, Coway water purifier, iron, peti sejuk, TV, induction stove dan mesin basuh.
- Tilam, bantal dan comforternya bersih dan selesa. Unitnya juga berbau wangi.
- Lokasinya terletak di tengah-tengah Bukit Bintang iaitu di Fahrenheit88 dan berhadapan dengan Pavillion. Sungai Wang Plaza, Lot10 dan MRT Bukit Bintang pun terletak beberapa meter dari hotel ni. Pendek kata, lokasinya memang sangat strategik.

Lunch Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Aku dah Jay bertolak sama-sama dari Cyberjaya dengan menaiki MRT. Malas nak drive masuk KL. Shezz pun naik MRT juga tapi dia bertolak lewat sedikit. Sampai di Bukit Bintang, aku singgah dulu tapau breakfast di Toast Maker. Alas perut sementara nak menunggu lunch. Bila Shezz dah sampai, barulah kami lunch bersama di restoran nasi ayam legend yang terletak di Bukit Bintang ni.
Restoran Nasi Ayam Chee Meng ni antara favorite aku di Bukit Bintang. Bagi pelanggan Muslim, tak perlu risau sebab restoran ni ada sijil halal dari JAKIM. Dan menu favorite aku semestinya nasi ayam steam, kerabu mangga dan jus asam boi. Ni je yang aku selalu order setiap kali ke sini. Oh, Shezz ada order sotong telur masin untuk Daris. Sedap juga ya, tapi sepinggan RM25! Hahaha…
Anyway, selesai makan, kami singgah ke KKV yang terletak berhampiran dengan restoran ni.

Shopping cute stuff di KKV
Kami singgah di sini sebab nak mencari hadiah untuk the kids – anak-anak Fatin dan Shezz. Kebetulan, birthday celebration ni untuk Fatin dan anaknya sorang tu juga. So, hadiah tak boleh beli untuk sorang je. Kena beli untuk semua. Hati anak-anak kecil kena dijaga, gitu… Actually, nak sambut birthday Barak juga. Tapi disebabkan mamat sorang tu kena masuk office Sabtu dan Ahad, so tak boleh la dia nak join.
By the way, KKV ni memang heaven la kalau korang nak cari hadiah atau souvenirs pada kawan-kawan atau diri sendiri. Banyak barangan yang comel-comel, yang kalau korang bawa anak-anak korang, ada kemungkinan dia tak nak keluar atau semua benda dia nak beli. Bahaya! Hahaha…

Check-in Chaos Boutique Hotel
Selesai membeli-belah di KKV, kami terus check-in apartment kami di hotel ni. On the way nak ke sana, terserempak pula ex-intern kami dengan teamnya tengah buat kempen promosi sos ABC. Ambil gambar, post kat socmed, dapat free sebotol kicap atau sos ABC. Demi barang free, semua buat! Hahaha.
Anyway, aku, Jay dengan Shezz je dulu yang masuk. Fatin dan keluarganya on the way. Eika dan Edd, masing-masing bekerja dan akan sampai pada sebelah malam. Alhamdulillah, apartmentnya bersih dan sejuk! Ini yang penting sebab kat luar tu panas meruap. Dapatlah mandi dan merehatkan penat seketika.

Shopping baju di Brands Outlet @Fahrenheit88
Brands Outlet ni pun antara lokasi yang aku selalu pergi setiap kali ke Bukit Bintang. Siap promote kat kawan-kawan lagi. Macam la aku dapat komisyen kan? Hahaha.. Tapi yang pasti, baju-baju kat sini bagi aku banyak pilihan, harganya berpatutan dan kualitinya juga bagus.
Kat sini aku selalu beli oversized t-shirt dan cargo pants. Kena pakai baju-baju besar la ni. Dah tak mampu ya nak pakai baju sendat-sendat. Lemak bersepah kat setiap inci badan! Hahaha…
Selesai shopping, kami balik semula ke hotel. Malam nanti lepas maghrib, barulah keluar semula untuk dinner.

Beratur sejam nak makan di Damascus Bukit Bintang
Aku cadangkan untuk dinner di sini bukan sebab kedai ni viral pun. Tambahan pula, restoran makanan Arab tu pun bersepah kat Cyberjaya. Aku just curious nak rasa sedap sangat ke makanannya dan lokasinya tak jauh dari hotel. Dan aku mengharapkan ambientnya selesa untuk family dinner. Ye lah, ni pun kira mini family aku juga since family aku semuanya tak stay kat Lembah Klang ni.
Hampir sejam juga kami beratur nak masuk. Linenya memang panjang. Memang masyuk betul la Damascus ni. Tapi servisnya agak cepat juga dan makanannya memang sedap terutamanya kambingnya! Lembut gila hawau! Kami order maqloubah lamb, mandy lamb, Damascus grill, 2 ketul pide ala-ala pizza tu, chocolate kunafa dan beberapa jenis air termasuklah adani tea.
Overall, okaylah sedap dan tempatnya selesa. Nak repeat lagi? Tidaklah sebab kualiti dan rasa makanannya kami boleh dapat di Cyberjaya tanpa perlu beratur panjang. Kiranya, pernah la juga merasa makan kat Damascus ni.

Suasana malam di Bukit Bintang
Selesai makan, kami bawa the kids jalan-jalan kat tengah-tengah Bukit Bintang ni terutamanya melintas di Bukit Bintang Crossing tu dan melihat persembahan buskers. Kadang-kala seronok bila tengok suasana meriah malam kat sini, dipenuhi pelancong luar negara. Rasa bangga pun ada. Bagi aku la.
Tapi kami tak stay lama pun, just few minutes je sebab budak-budak ni dah keletihan. Aku pun sama juga. Bukan boleh sangat pun nak stay lewat malam.

Sambut birthday tengah-tengah malam
Sampai di hotel, aku berehat seketika sementara menunggu member kami yang sorang lagi sampai. Ed habis kerja lewat. So, dia tak sempat nak join dinner.
Bila dia sampai je, tak tunggu lama, kami terus keluarakan kek. Plan asal nak sambut kat Damascus tadi. Tapi sebab Ed takde, so kami sambut kat hotel je. Selesai potong kek, Jay pun bahagikan hadiah untuk the kids yang kami kongsi beli sama-sama tu. Ingatkan diorang nak tidur. Tapi dibantainya buat benda-benda tu. Mata aku dah ke lantai ya. Bagi diorang main sat lepas tu suruh diorang tidur sebab esok dah bangun pagi.

Jalan-jalan di Central Market
Keesokkan paginya, kalau ikut plan aku, aku nak pergi briskwalk di KLCC Park. Nak merasa suasana di situ sambil membuat content. Tapi apakan daya, malam tadi tidur lewat dan aku pun malas nak berjalan. So, next time je la.
Selepas breakfast, kami terus naik MRT ke Pasar Seni (Central Market). Tak jauh pun. Cuma 2 station je. Suami Fatin dan the kids pun tak pernah ke sini. Jadi, satu pengalaman yang baru la kan? Takde nak beli apa pun. Just pusing-pusing tengok suasana di sini. Sebenarnya, aku plan juga nak buat batik painting untuk content. Tapi next time la. Tak sure budak-budak ni suka ke tak.Takut nanti diorang bosan.
Oh, sempat juga aku tempah engraved wooden photo untuk Fatin sebagai kenang-kenangan birthdaynya kali ni. Puas tanya, nak apa. Dia dok cakap tahun ni takde birthday wishlist. Group kami memang setiap tahun camtu. Bila time birthday, masing-masing bagi wishlist. Nanti kami beli ramai-ramai. Aku punya birthday hari tu lagi senang. Beli sendiri pastu claim kat group. Habis cerita! Dah tua-tua ni dah takde masa nak surprise-surprise gift dah ya. Straight to the point je. Hahaha..
So, lepas lepak minum air kat foodcourt, kami pun beransur balik ke hotel. Beg-beg aku, Jay dan Shezz semua tumpang kat kereta Fatin. Nanti ambil kat rumah dia je. Namapun berjiran kan?

Penutup
Jadi, itulah sahaja coretan kali ni. Terima kasih kepada semua yang hadir meluangkan masa. Terima kasih juga kat Fatin kerana menaja staycation kami pada kali ni. Semoga murah rezeki dan sentiasa sukses dalam hidup. Thanks juga hadiahkan aku perfume kat CM tu. Wangi gila ya elixir tu. Boleh repeat beli nanti.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Sehingga bertemu lagi di post travel akan datang. Insyallah, minggu depan. Chewahhh. Jumpa lagi okay! Salam Malaysia Madani. Hik!!!
English summary:
This time we went to Bukit Bintang for a 2D1N birthday staycation! First stop — lunch at the famous Nasi Ayam Hainan Chee Meng, tender and flavorful as always. After that, we checked in at Chaos Boutique Hotel — a deluxe apartment with 3 bedrooms that fits up to 10 people. The location is super convenient, right in the heart of Bukit Bintang and just steps from the MRT. We spent the evening shopping for gifts at KKV Bukit Bintang, then had dinner at the viral Damascus (waited almost an hour but it was totally worth it) and soaked in Bukit Bintang’s vibrant nightlife. The next day after breakfast, we brought the kids to Central Market to explore local art and culture. Such a fun and memorable staycation with close friends — food, fun, and vibes all in one!

Leave a Comment