Isu Courts Mammoth Malaysia hina Islam
Semalam tertengok berita stesen TV berkenaan yang kecoh pasal isu Courts Malaysia menghina Islam dengan meletakkan kaligrafi kalimah syahadah dalam flyersnya.
Bagi aku la kan.. ini bukan niat menghina Islam pun. Tapi adalah lebih kepada isu terlepas pandang. Aku rasa mungkin yang design flyers ni non-Muslim atau pun Melayu yang tak reti membaca Jawi. Asal tengok je cantik kaligrafi tu.. okay boleh pakai masuk dalam design. I know.. I’m a designer! Hahaha..
So next time, kepada pemilik-pemilik perniagaan.. kalau nak buat apa-apa printing yang melibatkan perayaan orang Islam.. silalah aware sikit. Jangan nampak cantik je.. boleh guna dalam design. Kalau tak reti baca jawi atau Arab.. dapatkan kepastian dulu. Dan tu belum lagi kaligrafi ayat-ayat dari Bible versi bahasa Arab yang terdapat banyak kat Middle-East. Kalau terguna tu.. ntah apa plak isunya nanti.
Dan kepada stesen TV berkenaan… tak perlulah nak terlalu mensensasikan isu-isu sebegini. Banyak sangat dah sentimen keagamaan dimainkan sejak akhir-akhir ni… ><"

Ya saya setuju dengan pendapat saudara, sebab itu semasa sidang akhbar tersebut saya ada nyatakan bahawa tindakan ini adalah satu proses untuk mendidik agar semua syarikat perniagaan dan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati jika memilih kaligrafi jawi, minta pandangan drpd agensi berwajib seperti JAKIM / Jabatan Agama Negeri. Apa yang saya tidak mahu berlaku ialah flyers tersebut dipijak / dilangkah / diletakkan di tempat yg tidak sepatutnya oleh sesiapa sahaja kerana ia mengandungi kalimah ALLAH & Nabi Muhammad SAW, Jika dilihat sekali imbas ia seolah seperti corak jawi biasa yang diletak secara terbalik, namun apabila kita terbalikannya semula maka jelas ia adalah Kalimah Syahadah, tambahan pula flyers tersebut bukan dicetak ratusan / ribuan keping tetapi jutaan keping kerana ia diedarkan ke seluruh negara. Jika kalimah itu ditulis menggunakan tulisan rumi maka tiada masalah akan tetapi jika ia ditulis dlm tulisan jawi (bahasa Al-Quran) maka ia salah disisi hukum Agama Islam dan cara untuk menghapuskan mana-mana tulisan jawi yang ada, walau satu perkataan sekali pun adalah dengan membakar & abunya dilepaskan ke laut / ditanam dikawasan yg jauh dr tumpuan manusia, dan ini adalah hukum dan sesiapa yang mempunyai pengatuhan terhadap pekara ini, adalah menjadi tanggungjawab individu itu untuk melaksanakannya.
thanks for your comment anon. saya setuju. mendidik tu lebih elok sebenarnya daripada tindakan untuk memboikot secara membuta-tuli. kerana saya yakin rata-rata yang bekerja di syarikat berkenaan tu adalah orang Melayu sendiri.
Saya setuju Court di boikot. Anda tahu tak lepas ini, kalau isu ini tidak diheboh-hebohkan, mereka akan buangkannya merata-rata seolah-olah tiada nilai, sedangkan itu adalah syahadah.
Saya tak tahulah kalau tuan-tuan tak rasa terhina. Kalau saya sakit hati kalau terpandang benda ini kat tong sampah dengan sisa-sisa makanan, najis binatang kemudian dilonggokkan di pusat pengumpulan sampah kemudian dipijak dilangkah oleh kutu-kutu sampah sebelum di bakar.
Agak-agaknya tuan-tuan tak ada naluri dan hati seorang yang bersyahadah. Na'u zubillah….
Assalam. Seperti diperkatakan sebelum ini… ini mungkin kesilapan pihak berkenaan kerana terlepas pandang, bukannya atas dasar sengaja menghina Islam. Maka bagi saya, mereka yang arif dalam perihal agama ni memang wajar menasihat mereka tentang kaedah betul untuk melupuskan bahan berkenaan. Memang tidak wajar kalimah suci itu dibuang merata, dikhuatiri dipijak dan sebagainya. Dan jika didapati mereka membuat sambil lewa/tidak mengendahkan teguran yang diberi.. wajarlah tindakan susulan diambil. Secara peribadi, saya lebih senang dengan tindakan yang dilakukan secara berperingkat. Ia hanya pandangan peribadi saya. Sama ada saudara/saudari bersetuju ataupun tidak, itu terserah. I'm not judgemental person… dan saya bukannya jenis sewenang-wenangnya mempertikaikan keimanan seseorang. 🙂