Sharing is caring

Yes, my first vlog! Untuk meraikan vlog pertama aku ni, aku nak share dengan korang lokasi nasi lemak favorite aku. Kat mana lagi kalau bukan di Village Park Restaurant.

Restoran ni terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya. Bagi aku keistimewaan nasi lemak kat sini ialah ayam goreng rempahnya. Memang sedap, rangup di luar dan juicy di dalam. Sambalnya pun sedap. Just nice, tak terlalu pedas. Selain daripada nasi lemak, terdapat pelbagai hidangan lain yang korang boleh cuba seperti nasi dagang, mee kari, roti bakar dan pelbagai jenis kuih-muih. Minuman pun ada pelbagai jenis Favourite aku semestinya teh ais.

Makanan kat sini halal dan pemiliknya ialah pasangan suami isteri Muslim. Dari segi harga pula, aku rasa sangat berpatutan.

Queue kat sini selalunya panjang, so harap bertabah la ya.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.