Sharing is caring

Assalamualaikum semua! Macam lama je tak blogging kan? Biasalah.. busy. Lagipun takde apa sangat yang nak dikongsikan.. Nak travel.. ntah bila zaman lagi la tu.

Masakan ala kampung lah yang paling sesuai dengan tekak aku…
By the way, kali ni aku just nak post berkenaan tempat makan. Siapa tak suka makan kan? Dan memandangkan aku ni jenis kuat makan.. lagi-lagi lah kalau masakan kampung, so aku kongsikan dengan korang restoran masakan kampung kat area Cyberjaya ni. Ni antara favorite spot aku kalau nak mencari nasi campur atau lauk-pauk Melayu yang sedap-sedap.

*Maklumat dikemaskini pada 22 Oktober 2020

Restoran Semangkuk, CBD2
Mee bandung, nasi/lauk dan lain-lain

Restoran Semangkuk antara restoran favorite aku di Cyberjaya ni. Kalau korang nak pekena mee bandung berperisa asli Muor, di sinilah tempatnya. Bagi aku yang terbaik di Cyberjaya dan sebagai orang Johor, rasanya memang asli. Cukup rasa udang keringnya dan tidak gatal. Ada sesetengah restoran buat mee bandung, kuahnya berasa sos cili/tomota yang dicampur dengan telur. Mee bandung Muar apa camtu. Ada banyak pilihan mee bandung. Ada mee bandung tulang, daging, udang, udang banjir dan lain-lain. Selain daripada tu, banyak juga hidangan lain yang disediakan. Antaranya goreng pisang cheese, nasi daging kambing grilled, itik salai/daging salai masak lemak dan sebagainya. Korang bolehlah check out sendiri.

Restoran Asam Pedas Melaka, CBD2
Nasi campur dan lain-lain

Ini adalah antara salah satu restoran yang aku kerap pergi during lunch time. Asam pedas kat sini memang sedap. Macam makan kat rumah. Aku paling suka asam pedas ikan tenggiri (bahagian ekor). Puas hati bedal dengan sambal belacan goreng dia yang sedap tu. Pekena pulak dengan ulam-ulaman. Confirm korang tersadai lepas makan. Banyak jenis asam pedas kat sini; tetel, daging, pelbagai jenis ikan, pari dan telur ikan. Ada juga lauk-pauk lain. Selain tu, ada jual menu lain seperti mee ketam, mee udang dan lain-lain. Harganya sangat berpatutan dan paling penting, sedap macam masakan ibu di rumah.

Restoran Selera Santai @CBD Perdana, Cyberjaya
Menu: sarapan pagi (ala carte/buffet) & nasi campur
++Restoran ini tidak beroperasi lagi di Cyberjaya++

Satu lagi restoran yang baru dibuka hari ni (15 November 2018). Terletak di CBD Perdana, sederet dengan Wong Solo dan Sharin Low. Menu istimewanya, ikan patin Sg. Pahang masak tempoyak, ayam dara dan pelbagai jenis lauk-pauk. Juga disediakan sarapan pagi ala carte atau buffet (RM6.00 seorang).

Nasi Padang @Restoran Bawang, NeoCyber, Cyberjaya
Menu: nasi padang, shellout dan lain-lain
++Restoran ini tidak beroperasi lagi di Cyberjaya++

Restoran Bawang (yang asalnya Mafioso Shellaut) baru beroperasi dalam menyajikan menu nasi padang di sini. Pilihan lauk diletakkan di bahagian luar restoran. Menunya pelbagai dan sedap-sedap belaka. Aku dah try pucuk ubi goreng/rendang, keli masak sambal, rendang paru dan ayam goreng sambalnya. Memang lazat! Ditambah pula dengan kuah lemak serta dua jenis sambal (lada hijau dan lada merah) yang sangat membuka selera.

Khabarnya tukang masak di sini belajar sendiri dan mendapatkan resepi asli di Padang, Indonesia sana. No wondernya lauk-lauknya semua cukup rasa. Dari segi harga, sangat berpatutan. Dan yang paling penting, sedap!

Nasi Kukus Famosa @CBD 2, Cyberjaya
Menu: nasi campur, ulam-ulaman dan ala carte

Restoran Nasi Kukus Famosa ni antara restoran masakan Melayu yang baru dibuka pada awal 2018. Terletak di CBD2 Cyberjaya (opposite Centrus), restoran ni antara favorite spot aku during lunch time. The best part is Famosa ni buka pada weekend (Sabtu & Ahad), so senanglah nak mencari makanan Melayu time-time ni sebab kebanyakan restoran nasi campur di Cyberjaya ni tutup masa weekend. Cuma restoran ni tutup pada hari Jumaat je. Dari segi menu, masakan di sini memang sedap-sedap belaka dan favorite aku semestinya asam pedas ikan pari dan ayam goreng berempah. Portion ayamnya cukup besar. Mengah juga kalau nak menghabiskan. Dan dari segi harga, quite reasonable. Yang penting sedap. Tempat makan pun selesa. During lunch time tu pun ada dijual pencuci mulut seperti pengat pisang, bubur pulut hitam dan lain-lain. Kalau korang datang CBD2 ni.. boleh la singgah makan kat sini.

Abe Mat Restaurants @CBD 2, Cyberjaya (ditukar kepada Che Mat Delights)
Menu: masakan Kelantan, nasi kerabu, ulam-ulaman dan budu

Restoran Abe Mat (dahulunya Restoran Che Mat) terletak di corner unit CBD2 Cyberjaya. Restoran ni menyediakan masakan asli Kelantan seperti ayam percik, nasi kukus, singgang dan macam-macam lagi. Favorite aku adalah bahagian ulam-ulaman seperti pucuk ketereh (jambu gajus), pucuk tenggek burung, ulam raja, daun selom dan disediakan budu dengan cili api. Selain tu, ada dijual juga nasi kerabu, nasi kukus, sup daging/ikan dan lain-lain. Dibuka dari time breakfast hinggalah ke petang. Malam aku tak sure buka ke tak sebab aku datang sini time breakfast atau lunch je. Harga makan quite reasonabale lah. Tapi yang penting sedap dan puas hati bila makan.

Cafe Puffy Buffy @CBD 2, Cyberjaya
Menu: nasi campur, ala carte, western & pastries/dessert

Terletak beberapa unit dengan Abe Mat, Puffy Buffy merupakan favorite spot aku kalau nak breakfast (kalau datang awal lah). Menu favorite aku semestinya lontong dengan sambal sotong, laksam, roti canai. Kuih-kuih pun banyak juga. Tu kalau breakfast. Bila lunchtime, banyak lauk-pauk disediakan kat sini. Pelbagai jenis dari gulai, sambal, sayuran.. pilih je mana yang nak. Aku paling suka lauk singgang dengan sambal tumis udang petai. Terbaik!!! Selain dari menu nasi capur, Puffu Buffy juga menyediakan menu ala carte.. termasuklah masakan western. Dan terkini, mereka juga menjual pastries dan dessert. Rambang mata nak memilih!

A&K Kitchen @Cybersquare, Cyberjaya
Menu: Patin tempoyak, masak lemak ikan/daging salai, ala carte & western

Ni restoran paling besttttttttttttt kalau ko jenis yang kuat makan pedas! Patin tempoyak sini TERBAIK!!!! Cukup semua rasa dan paling penting mereka menggunakan ikan patin Sg. Pahang. Bukan ikan patin lain. So kalau korang kaki patin.. boleh rasa perbezaannya. Acik ngan tokeh kedai ni kalau aku datang memang dah tau sangat dok cari patin. Selain daripada patin tempoyak, A&K juga terkenal dengan kelazatan masak lemak daging dan ikan keli salai. Bezanya dengan tempat lain.. bila ko rasa. Terasa smoky flavornya kerana ia disalai sendiri dengan menggunakan sabut kelapa. Tak macam setengah kedai yang claim daging salai… tapi hakikatnya bakar atas api je. Anyway, dulu selalu gak datang tapi sejak parking kat depan kedai tu dah kena bayar.. jarang la sikit nak singgah. Tapi bila ngidam patin je.. memang lunch time aku akan cabut dengan bebudak office ni yang jenis kaki makan cam aku. Sekarang ni pun A&K dah buat menu ala carte western time dinner dan perkhidmatan catering.

So, demikianlah serba sedikit info yang aku nak share dengan korang tentang tempat makan di Cyberjaya ni. Ada lagi few other places, cumanya tiga ni je lah yang aku rajin nak pergi masa lunchtime.

Kepada korang di luar sana… selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.