Sharing is caring

Update 04/09/2017: Untuk makluman, restoran ini sudah tidak wujud dan digantikan dengan restoran baru, #bae. Harap maklum.

Tanggal 5 Julai 2017, aku ajak my mini family untuk dinner sama sempena birthday Erol. Semua last minit plan. Kami dinner di LoKhaba, Bangsar… restoran yang menyediakan menu-menu klasik kegemaran orang Malaysia. Macam-macam masakan yang ada disediakan di sini. Menu masakan ala Johor pun ada juga.

LoKhaba interior
More seating at the back

Antara masakan yang kami cuba kat sini antaranya lontong kering (orang Johor je rasanya tahu benda ni).. and then gado-gado, nasi masak ayam merah, masak kicap dan lain-lain. Pilihan air pun pelbagai.

LoKhaba menu
Nampak ke tulisannya? Kena datang sendiri la kalau nak lagi clear.

Dari segi harga, standard lah seperti restoran-restoran lain. Affordable. And the owner pun friendly and funny juga.

Lontong kering dengan rendang daging
Gado-gado
Set ayam masak merah
Set ayam masak kicap
Air sirap bandung.. sangat Johor nih!

Apapun, thanks to the staff, Princess namanya yang tolong aku arrange dinner ni and prepare cake semua. Dan thanks juga pada mini family yang sempat menghadirkan diri selepas waktu kerja.

Dengan birthday boy

Till then.. tata!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.