Sharing is caring

Panas hawau tapi aku tetap dengan 2 lapis baju!

Te Puia yang terletak di Rotorua merupakan pusat penerangan budaya kaum Maori di New Zealand. Menurut lagenda mereka, geyser ni adalah anugerah tuhan dan lembah Te Whakarewarewa memang terkenal dengan aktiviti geothermal dan kawasan air panas.

Dari jauh dan kelihatan wap-wap panas.
View yang lenih clear.
Bau sulfur/belerang kuat kat sini.

Di Te Puia ni terdapat beberapa geyser antaranya yang paling famous ialah Pohutu Geyser yang mampu memancut sehingga ketinggian 30 meter! Geyser ni sangat aktif dengan pancutan sehingga 20 kali sehari.

Lumpur-lumpur kering yang bersulfur.
Wap panas dah mula keluar.
Semakin tinggi..

Di sini juga terdapat banyak mud pool. Lumpur-lumpur ni kaya dengan kandungan mineral dan sangat baik untuk kulit. Tapi masa aku pusing area ni takde lah pulak nampak orang dok berendam bagai. Panas gile kot. Tapi bagi sesiapa yang nak menikmati khasiat lumpur di sini, bolehlah pergi ke spa/hotel yang berdekatan di kawasan ni seperti Hellsgate Geothermal Park dan Mud Bath Spa. Lebih kurang 16 km dari Te Puia ni.

Akhirnya… pancutan geyser.
Worth a visit. Datanglah sini!

Anyway, bagi sesiapa yang datang ke Rotorua, wajib datang ke sini. Selain dapat menyaksikan geyser, anda juga boleh menyelami sejarah dan budaya kaum Maori. Dan tak lupa.. dapat menyaksikan burung kiwi, ikon negara ni dalam kawasan pemuliharaannya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.