Sharing is caring

Aku memang tak reti nak review movie sangat. Tapi apa yang aku nak beritahu.. ini ialah movie yang pertama membuatkan aku keluar awal lepas sejam tengok. Takdan nak tunggu habis pun. BOSAAANNNNNNN NAMATIIII!!!! And let me tell you why…

Aku pernah tengok.. I think the second one kot.. not as bad as this. In terms of visual semua memang gempak! Aku kagum gile tengok the animation itself.

Tapi jalan ceritanya.. YA AWLOH… buat kepala Nabila pusing berdenyut-denyut! I dunno.. rasanya macam lawak tak kesampaian.. serabut gile.. banyak sgt scene yang menyemak dan tak perlu. Aku tak sure sama ada scene-scene tersebut hanyalah untuk melengkapkan duration keseluruhan movie ni. Lawak-lawak slapstik tu rasanya tak perlu kot. Cuma yang aku tergelak scene dalam kapal terbang dan kapal terbang nak mendarat tu.. Tu je la kot..

Maybe movie ni target marketnya kanak-kanak.. I dunno. Tapi ada je animation lain yang aku boleh layan. Tapi this one..sangat mengecewakan! Endingnya pun aku tatau.. sebab tak larat dah jiwa raga nak tengok.

So… berapa bintang aku leh bagi???
5 bintang untuk kualiti visual dan animasi
1 bintang untuk jalan cerita
1 bintang untuk lawak yang tak try so hard to be funny tu..

Keseluruhan.. 1 ¼ bintang sebab sakit hati membayar tiket untuk movie cam hanat ni… huh!!

Image sources: https://pmcvariety.files.wordpress.com/2018/06/htr3_summercruise_0001_lm_v9_flat.jpg?w=1000&h=563&crop=1



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.