Sharing is caring

Hi semua! Korang pernah pergi tak festival Light and Motion Putrajaya atau lebih dikenali sebagai LAMPU? Aku tak pernah pergi sebelum ni walaupun ini adalah kali ke-6 festival ini dianjurkan. So macam jakun la sekejap.

3D mapping pada facade Istana Kehakiman

Ya Allah.. ramai gile ya yang datang malam pembukaan tu. Nak ambil gambar kat spot-spot yang menarik pun aku malas nak menunggu. Yelah.. dengan cuti sekolah lagi. Surely parents ambil kesempatan waktu cuti dan malam hujung minggu ni untuk berjalan-jalan kan?

Bangunan Perbadanan Putrajaya bergemerlapan dengan cahaya lampu
Salah satu spot di bangunan Perbadanan Putrajaya

Selain daripada persembahan 3D mapping yang canggih dipaparkan di facade Istana Kehakiman @Justice of Palace di Presint 3 tu, banyak perhiasan lampu-lampu di sepanjang boulevard Putrajaya dan juga di bangunan Perbadanan Putrajaya. Ada persembahan muzik, pameran hologram, pertandingan e-Sukan dan pelbagai program yang diadakan sepanjang festival ini berlangsung.

Antara pameran yang terdapat di sepanjang boulevard
Ramai nau nak bergambar kat sini

Dan yang paling penting.. ada Food Valley yang yang menyajikan pelbagai jenis makanan, minuman dan buah-buahan. Cuma kena pandai je la nak memilihnya. Ada aku beli ayam goreng crispy ni cam hampeh je.. dah la sejuk siap.. keras namati plak tu. Nyesal beli.

Perut lapar? Takde masalah. Gerai banyak kat sini…

Anyway, bagi yang free dan takde apa nak buat weekend dan menjelang new year nanti, boleh la singgah sini. Malam new year tu nanti ada persembahan bunga api juga.

Dan kalau korang nampak ada malaun yang pi tala laser beam kat facade building masa persembahan 3D mapping tu, tolong tempeleng kuat-kuat sampai bergegar otak dia ya. Orang dah announce bagitau jangan buat, tetap juga buat. Annoying gile spesis bodoh camni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer laman web LAMPU ni.

Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2018 Festival
28-31 Disember 2018
Istana Kehakiman (Palace of Justice), Presint 3, Putrajaya

Have fun!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.