Oh! Kalau korang nak tahu, Gajah Mada ni adalah restoran makan Asian yang menghidangkan masakan asli dari Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam di bawah satu bumbung. So, korang boleh pilih nak makan masakan dari negara mana. Dijamin sedap belaka.
Memandangkan aku memang tengah diet, so aku pilih pomelo salad, mixed vege, steamed chicken with green chilli dan tempe goreng dengan kuah kacang. Pomelo salad tu memang cukup rasa. Masam, masin, manis, pedas… pendek kata memang cukup rasa. Dan sambal belacan dia memang pedas namati! Cuma aku kureng sikit sebab dia terlebih garlic. Aku pun sempat bagitau manager dia masa dia dok tanya pendapat tentang masakan kat situ. Yang lain semuanya superb!


Steamed chicken dengan green chilli ni pun sedap. Cukup rasa masinnnya dan sambal cili hijau tu memang melengkapkan rasa hidangan tersebut. Kalau ikutkan tembolok ni, macam nak order lagi satu je. Mujurlah masih beriman. Hahaha..

Syai pulah memilih masakan Thai iaitu pad thai. Memang sedap!

Dan tempe ni pulak.. biasalah rasa tempe. Hahaha.. Sedap kot. Tambah pulak kau cicah dengan kuah kacang tu. Sedap weh kuah kacang dia. Kalau aku pi beraya open house, ada orang buat kuah kacang sesedap ni, confirm aku akan cium dahi dia!

And surprisingly harga makanan kat sini sangat affordable dan tak mahal. Aku rasa kalau kat tempat lain mungkin berganda harganya. Semua 5 hidangan termasuk 2 botol mineral water yang kami order tu dalam RM67.50 je. Sangat berbaloi.
Jadi, kepada korang yang tak pernah makan di restoran dan berminat untuk mencuba, bolehlah kunjungi Restoran Gajah Mada di MyTown Shopping Mall di Cheras.
Selamat mencuba!
Instagram: @gajahmadamy
Gajah Mada by The Majapahit
Address: G-021 & G-E-021, Ground Level, MyTOWN Shopping Centre, Seksyen, 90, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Phone: 016-226 1878
Leave a Comment