Sharing is caring

++sambungan dari post sebelum ni..++

Lepas lunch dan berehat kat bilik, around 3.45 petang camtu, aku keluar semula ke area Hoan Kiem Lake tu. Saje keluar awal so that aku boleh merayap kat area tu sementara menunggu show water puppet nak start.

First, aku meronda sekeliling tasik.. ambil gambar dan video sambil melihat telatah manusia kat sini. Ramai golongan warga emas melepak kat sini. Kemain santai lagi! Hahahaha.. Kat Hoan Kiem Lake ni ada few spots yang korang boleh lawati. Aku tak tawaf habis pun sebab tak larat la weh… cuaca panas.. berpeluh-peluh melekit memang bukan kesukaan aku. Lain la winter macam kat Lake Bled tu. Tawaf satu tasik 6km pun tak berpeluh!

Ngoc Son Temple ini dibina pada kurun ke-18 bagi memperingati pahlawan mereka, Tran Dung Hao yang berani menentang Dinasti Yuan pada kurun ke-13.

Temple of the Jade Mountain & The Huc Bridge

Temple of the Jade Mountain atau juga dikenali sebagai Ngoc Son Temple ni terletak di letak-tengah tasik Hoan Kiem dan dihubungkan dengan the iconic Huc Bridge yang berwarna merah menyala tu. Tokong ni dibina pada kurun ke-18 bagi memperingati pahlawan mereka, Tran Dung Hao yang berani menentang Dinasti Yuan pada kurun ke-13.

Hoan Kiem Lake & the Huc Bridge.
Entrance Huc Bridge.
Sweet ke idokk??
Temple of the Jade Mountain.
Besauuu kura-kura tasik ni!

Di dalam tokong ni juga dipamerkan 2 spesis kura-kura dari tasik ni yang telah diawetkan. Bapak besar yang kura-kura ni. Anyway, Hoan Kiem Lake ni memang terkenal dengan lagenda kura-kura dan pedang saktinya. Kalau korang berminat nak datang ke tokong ni, harga tiket masuk ke sini ialah VND30,000.

The Huc Bridge dengan lampu neon merah menjelang malam

So… dah habis pusing-pusing kat area sini, aku lepak jap kat cafe sebelah Thang Long Theatre tu sementara tunggu nak masuk. Actually ada lagi spot aku nak pegi iaitu Hoa Phong Tower, tapi aku tak larat nak jalan dah. Hahahaha. Boleh je actually kalau naik beca. Tapi takpelah. Lepak dalam aircond lagi penting! Hoa Phong Tower ni adalah sisa peninggalan Lien Tri iaitu pagoda yang terbesar kat sini pada abad ke-19.

The world-famous Thang Long Water Puppet Theatre in Hanoi has its roots in an art form that dates back to the 11th century. The tradition of water puppet theatre stems from a time when rice paddy fields were flooded and villagers would make entertainment by standing in the waist-deep water with the puppets performing over the water.

Thang Long Water Puppet Show

Lebih kurang jam 6.15 petang kami dah dibenarkan untuk masuk ke dalam ruang theatre. Ramai juga yang menonton especially Westerners. Show start tepat jam 6.30 petang dan berlangsung hampir 45 minit. Bagi aku memang worth la tengok show ni dengan harga tiket VND200,000 yang alu beli tu. Shownya sangat menarik dengan persembahan muzik dan nyanyian tradisional Vietnam. Lagi la aku ni memang suka dengan cultural dan traditional show. Memang layan habis walaupun tak faham sepatah haram. Tapi macam boleh tangkap la sikit-sikit apa yang dipersembahkan. Actually korang boleh je ambil headphone dengan translated audio.. depa ada sediakan kalau korang nak faham apa jalan ceritanya. Tapi aku malas nak ambil. tak tahu la free atau disewakan. Tapi besar kemungkinan free je kot. Aku ada rakam sikit show tu so that korang pun boleh tengok sama. Anyway, korang juga dibenarkan untuk record dan ambil gambar kat sini. Just make sure jangan penonton lain sudah la..

Apa yang aku dapat faham dari show ni adalah berkisarkan kehidupan masyarakat tradisional kat Hanoi ni yang terdiri daripada pesawah, petani dan nelayan. Then ada sikit sejarah Hoan Kiem Lake tu dengan legenda kura-kura dan pedang sakti dan lain-lain lagi lah. Kalau korang datang ke Hanoi ni, silalah tengok. Ambil seat yang depan macam aku ambil. Puas hati. VND200,000 tu dalam RM36 je. Selain tu, korang juga akan diberikan pek istimewa poskad-poskad Hanoi dan Water Puppet ni. Sebagai pengumpul poskad masa travel, ni memang bonus lah untuk aku!

Sebagai pengumpul poskad, aku memang suka nih!

Selesai tengok show ni, on the way balik hotel, aku singgah sat kat foot reflexology kat sini… urut kaki sejam, then urut badan sejam. Memang puas hati dengan kaki yang dah barai berjalan dari siang tadi. Dan urut kat sini bagi aku murah gila. VND200,000 sejam untuk kaki dan VND250,000 sejam untuk badan. Dalam RM36-RM45. Murah la kan?? Kekdahnya menghabiskan saki baki Dong sebab esok dah nak balik. Dan mamat yang urut kaki dan badan aku memang dia betul-betul urut. Pijak badan aku macam takde rasa bersalah. Mujur la tak patah riuk pakcik kau ni! Hahahaha.

So.. tu je la aktiviti untuk hari ke-4 kat Hanoi. Esok dah nak balik. Stress plak rasa setiap kali vacation dah sampai ke penghujung. So, see you in the next post. Thanks for reading. Muackkkkksss!!!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.