Sharing is caring

Man: “Are you okay?”
Me: “Alhamdulillah… I’m good..”
Man: “Oh okay… if you said so…”

That was our last conversation di Whatsapp masa awal July lalu sebab masa tu hampir 2 minggu Omar membisu di Instagram. Biasalah.. setiap kali awal Julai, emosi Omar akan sentiasa bergolak sebab teringat benda-benda yang lepas. Dan selepas tu, Chuman pun menyepi and I thought it was normal sebab Chuman pun memang jarang di media sosial. Sehinggalah recently one of your close friends DM Omar tanyakan pasal Chuman dan nak confirmkan berita yang Chuman dah tiada. Omar terkejut gile! No wonder la my Whatsapp dan DM tak berjawab. Chuman tak beritahu pun Omar Chuman kena Covid… atau Chuman tak nak Omar risau…

Sejak awal perkenalan lagi, walaupun ramai memanggil Chuman sebagai Luq.. Luqman.. atau Haq.. Omar dah address you as Chuman, panggilan dalam your family sebab Omar rasa lebih mesra dan rapat dengan panggilan sebegitu.

Chuman, mungkin kita cuma kawan biasa saja di media sosial dan tidak pernah berjumpa. Tapi Omar sangat hargai perhatian yang Chuman berikan. Setiap kali Omar post IG Story, Chuman antara orang yang paling awal akan view dan selalunya komen. Bila Omar post something yang sedikit beremosi, Chuman cepat detect dan selalu carut Omar sebab tak reti nak move on lagi walaupun dah bertahun-tahun. Sepanjang 4 tahun kita kenal sejak 2017, kita selalu bergurau dan Chuman selalu kutuk Omar stay kat Cyberjaya ni. Chuman kata tempat bosan dan sesuai untuk orang-orang tua pencen. JB juga paling best. Chuman selalu kata Omar lupa daratan sebab tak nak balik JB. Omar memang dah plan nak ajak Chuman lepak Cyberjaya ni, pusing sana sini bila Covid dah berakhir. Nak tunjukkan Cyberjaya takde la bosan mana.

Chuman selalu cakap nak merasa masakan Omar. Kita pun ada berborak tentang our travel plan. Bila Omar cakap nak pi sini, Chuman tanya kenapa tak pi sana. Bila Chuman nak pi sini, Omar suggest pi sana. And it was our never-ending discussion. Banyak sangat idea. Omar betul-betul rindu that moment. Seriously memang nak sangat pi somewhere ngan Chuman sebab 2 tahun tak travel ke mana-mana.

Chuman, sejak Chuman beritahu Chuman anak yatim, Omar tak pernah lupa masukkan nama ayah dan ibu Chuman setiap kali Omar membaca Yaasin. And now, I couldn’t believe that I have to include your name too…

Rehatlah Chuman. Omar kena terima hakikat yang Omar telah kehilangan seorang teman yang sangat istimewa.. happy-go-lucky dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Chuman tenang di sana dan sebagai kawan, Omar janji Omar tak akan lupakan Chuman dalam setiap doa Omar. I really really miss you…

Terima kasih di atas persahabatan ni dan kenangan. Omar akan ingat Chuman sampai bila-bila. Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk mengenali Chuman. Dan bergembiralah kerana bertemu dengan ayah dan ibu Chuman di sana…

Al- Fatihah…
Mohd Razman bin Abdul Rahman
Abdul Rahman bin Mohamad
Zaleha binti Md. Arif

You’ll be missed forever… Chuman.
Image “Rain Umbrella” by Souvick Ghosh from Pixabay
Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.