Sharing is caring

Minggu ni, aku dan Shezz menjelajah buat pertama kalinya ke Taman Awam Cyber 3, a “newly discovered” park di Cyberjaya. Taman ni dah lama wujud tapi viral baru-baru di kalangan warga Cyberjaya. Aku sendiri pun tak tahu kewujudannya. Bagi aku, laluannya mencabar sedikit kalau korang nak berjoging di sini kerana konturnya yang berbukit dan sedikit curam. Menariklah berbanding dengan Taman Tasik Cyberjaya yang landai tu. Dan aku memang suka suasananya sebab ia ada vibe kawasan hutan. Memang sangat fresh kalau buat morning walk di sini.

Taman Awam Cyber 3 ni terletak bersebelahan dengan Garden Plaza dan Clover Garden Residence. Car park ada disediakan berhampiran pintu masuk taman ni. Kawasan ni agak sunyi, so kalau korang nak ke sini, better bertemanlah terutamanya kaum wanita.

Untuk pengetahuan korang, total distance untuk 1 loop taman ni hampir 3 km.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.