2024…
Sedar tak sedar, kita dah melangkah masuk ke tahun 2024. Macam cepat sangat masa berlalu kan? Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca blog ni di luar sana.
Dan tak sangka blog aku ni dah berusia 12 tahun!!! Seingat aku post pertama aku pada tahun 2012… in fact aku dah register lama akaun Blogspot, tahun 2007 kot… tapi tak pernah nak menulis. Tahun 2012 baru aku start post. Time tu banyak post-post yang merentan sebab muda-muda jiwa selalu kacau. Hahaha. Then tahun 2017, aku migrate akaun Blogger ke WordPress dan start guna domain omaralattas.com ni. Walaupun akaun hosting dan domain ni berbayar setiap tahun, tapi aku puas hati as long as layoutnya kemas, senang aku nak update dan aku boleh share info dengan korang semua. Aku berangan 2024 ni nak tukar layout baru tapi tak jumpa template yang berkenan di hati. Aku tak suka layout yang serabut. Suka simple dan clean design. Korang pun senang nak access kan?
Anyway, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi bagi tahun 2024 ni, rasanya sama je dengan tahun-tahun sebelumnya. Cuma aku mahukan perubahan yang lebih baik terutamanya hubungan di antara Tuhan dan sesama manusia. Ini antara yang ingin aku tekankan pada tahun ini sebagai peringatan untuk diri sendiri
SENTIASA BERSYUKUR
Ringankan mulut untuk melafazkan rasa syukur seawal bangun dari tidur atas umur yang Allah berikan. Syukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan walaupun sekecil-kecil nikmat. Selamat sampai ke office – syukur, dapat parking – syukur, selamat sampai ke rumah – syukur dan seterusnya.
ISTIQAMAH
Jangan meninggalkan yang wajib, perbanyakkan yang sunat, tinggalkan yang haram dan makruh – dan istiqamah dalam mengerjakannya. Perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik.
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudah segala urusan. Jika doa aku selama ini belum dimakbulkan, teruskan berdoanya dan jangan berputus asa. Setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau tidak, yakin akan hikmahnya. Mungkin yang tidak baik itu sebenarnya ialah yang terbaik untuk aku, begitu juga sebaliknya. Yakinlah bahawa Allah ialah sebaik-baik perancang.
MANFAAT DAN MUDARAT
Jika aku tidak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain, elakkan diri dari menjadi mudarat kepada mereka.
UTAMAKAN KELUARGA
Lebihkan masa bersama, berusaha untuk rezeki yang lebih supaya dapat membawa famili aku melancong ke destinasi yang lebih menarik.
SIMPAN DAN LEPASKAN
Simpan mereka yang hargai kewujudan diri ini dan berhenti mengejar mereka yang di hatinya tiada aku. Tak guna juga dok mengejar orang ni. Rasa pathetic pulak kan? So, dok diam-diam sudah dan just appreciate those yang close dengan kita je terutamanya keluarga dan kawan-kawan rapat. Sunyi? Beb… dalam kubur kau sorang-sorang juga ya…
JAGA LIDAH DAN TANGAN
Bercakap perkara yang perlu, memberi pandangan jika diminta dan diam jika tidak ada kata-kata yang elok untuk dibicarakan, apalagi caki-maki dan provokasi.
ETIKA MEDIA SOSIAL
Tidak perlu ambil pusing hal yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri. Di sana bercerai, di situ berpoligami, artis ini begini, si polan itu begitu – kalau terjumpa, baca sekali lalu, tidak perlu ikut memberi pendapat dan menjadi golongan terpaling tahu dalam segenap hal.
PERKONGSIAN YANG BERMANFAAT
Perbanyakkan perkongsian yang berguna dan mempunyai nilai positif kepada orang lain terutamanya berkenaan dengan travel dan sebagainya. Elakkan diri daripada berkongsi perkara-perkara yang negatif apalagi yang berunsur fitnah, gosip, umpatan dan yang seangkatan dengannya.
KESIHATAN YANG LEBIH BAIK
Konsisten dalam melakukan “morning walk” setiap pagi sekurang-kurangnya 5 km sehari. Lebih elok kalau aku mampu melakukannya selepas solat subuh berjemaah di masjid. Makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan makan bergula dan yang mendatangkan mudarat.
PENGURUSAN KEWANGAN YANG LEBIH BAIK
Menguruskan simpanan dan hutang dengan lebih baik. Jangan terlalu boros. Tak lupa, zakat dan sedekah juga.
MAAF DAN MEMAAFKAN
Sebelum melelapkan mata, berlapang dada dengan apa yang berlaku. Renung kesilapan diri dan berazam untuk memperbaikinya. Sentiasa melihat setiap kebaikan dalam diri orang lain berbanding kekurangan mereka.
YOUTUBE CHANNEL
Konsisten update seminggu sekali sekurang-kurangnya dan mudah-mudahan mencapai sasaran subscibers dan view yang lebih baik pada masa akan datang.
Jadi, begitulah sedikit sebanyak azam aku untuk tahun 2024 ni. Semoga ia lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan sama-sama kita berdoa agar Allah mudahkan urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk menghadapi masa depan yang mencabar.
Terima kasih juga kepada pembaca di luar sana kerana sudi singgah di blog aku ni. Aku harapkan segala perkongsian aku di sini bermanfaat dan membantu sedikit-sebanyak terutamanya dalam bab-bab melancong.
Till then, jaga diri dan SELAMAT TAHUN BARU 2024!
Leave a Comment