Sharing is caring

Alhamdulillah di pagi Jumaat yang mulia ni, aku nak mengumumkan bahawasanya blog aku ni telah bersiaran di hosting yang baharu! Maka dengan itu, selesai juga la isu SSL certificate yang dah expired tu. Sebab kalau aku nak update SSL cert kat hosting lama tu, mahal nak mampuiii bak kata Jason. Walhal setakat yang aku tahu banyak je provider yang bagi benda tu free.

Terima kasih hosting lama yang telah berkhidmat sejak 2017. Kalau hang bagi free SSL tu, mungkin aku still maintain je kat situ. Tapi apakan daya…

Rabak jugalah poket aku untuk pindah rumah baru ni. Nampak gaya blog ni yang beraya dulu. Aku dah kena hulur tabung milo ni kat korang rasanya. Hahahaha.. Adehhhh.. Tapi adalah lebih baik korang tolong aku dengan cara like, share & subscribe Youtube channel aku tu dan tak skip iklan. Dapat la juga aku kumpul dana dari situ untuk maintain kelangsungan blog ni sejak dari 2012!

Anyway, terima kasih juga sebab jadikan blog aku ni tempat rujukan korang yang nak travel ke destinasi yang aku pernah pergi. Semoga bermanfaat dan membantu juga la ya. Tu je la nak bagitau. Till then, jumpa di post akan datang. Selamat berpuasa!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.