Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan maya semua. Bertemu lagi dalam post kali ni. Oh! Sebelum tu, selamat berpuasa juga. Diam-diam dah 11 hari kita berpuasa.
Okay, kali ni aku nak post pasal resepi bubur lambuk je. Alkisahnya, ex-officemate aku text pada last week, tanya kat aku resepi bubur ni. Dia kata ex-housemate dia dok tanya dan kalau aku buat dia nak beli. Dia pernah makan few years ago masa aku buat untuk makan-makan kat office. Katanya, bubur lambuk aku buat tu rasanya hampir sama dengan yang arwah ayah dia masak. Aku macam… haaa.. tak payah la nak beli-beli. Nanti aku buatkan je. Lagipun aku dah lama tak masak bubur lambuk ni. Aku ada share dulu dalam post tapi bukan pasal resepi pun. Lebih kepada memori masa kecil setiap kali bulan puasa pi ambil bubur lambuk ni kat masjid.
So, now aku sharekan resepinya. Ini style arwah Baba (nenek aku) buat. Umi pun kalau buat sama je camni. Cuma aku tambah sikit here and there terutamanya untuk seasoning.
Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak bubur lambuk ni.
Oh! Sebelum tu. Resepi ni aku buat untuk bagi kat orang juga. Dalam 5 cawan beras. So, agak banyaklah. Boleh dapat lebih kurang 25 bekas makanan camtu. Kalau korang nak buat sikit, pandai-pandai la agak-agak sukatannya ya! Hahahaha..
Bahan-bahan:
- 5 cawan beras – dicuci bersih
- 800 gm daging cincang Ramly’s
- 500 ml santan kotak
- Daun selasih – 2 ikat
- Daun kesum – 2 ikat
- Kangkung – 1 ikat
- Daun pudina – 1 ikat
- Daun kunyit – 2 helai (dihiris halus)
- 2 kiub stok daging (boleh guna ayam atau ikan bilis)
- Ajishio blackpepper – secukup rasa
- Garam – secukup rasa
- Serbuk perasa – jika perlu
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 4 -5 biji buah pelaga
- 3-4 biji cengkih
Bahan dikisar:
- 5 biji bawang besar (saiz sederhana)
- 1 labu bawang putih (lebih kurang 10 biji)
- 3-4 inci halia
- 80 gm ikan bilis (1 packet)
- 50 gm udang kering (1 packet)
- 30 gm lada hitam (pastikan dikisar kering dan halus)
Cara-cara memasak:
- Masak beras dengan menggunakan air yang banyak sehingga teksturnya lembut menjadi bubur. Sentiasa gaul agar tidak berkerak di bawahnya.
- Sementara menunggu teksturnya lembut, masukkan daging cincang. Sentiasa gaul supaya daging cincang tersebut tidak menjadi ketulan-ketulan besar.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan kisar.
- Masukkan pula kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
- Kemudian, masukkan santan dan gaul rata.
- Tambahkan pula kiub perisa daging.
- Jika tekstur agak kental, tambah sedikit air.
- Selepas itu, masukkan semua daun-daun dan sayuran. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan garam, Ajishio blackpepper secukup rasa. Jika perlu, tambah serbuk perisa untuk menambahkan lagi rasanya.












Dah siap! Itu je cara-cara nak buat bubur lambuk versi family aku ni. Insyallah rasanya sedap. Lagi satu, family kami kalau makan – kami akan letak sambal kicap Johor tu, yang makan dengan soto atau pisang goreng tu. Memang bertambah sedap rasanya.
And then, daun-daun bagi aku yang wajib mestilah daun selasih, daun kesum dan daun kunyit. Selasih tu kena selasih atau kemangi. Thai Basil pun okay. Tapi jangan daun basil mat saleh tu. Aromanya tak kuat. Tiga daun ni yang akan membangkitkan aroma bubur lambuk. Yang lain-lain tu secondary.
So, tu je la aku nak share kali ni. Selamat memasak. Kalau korang masak ni, share la bagaimana rasa kat ruangan komen tu.
Till then, jumpa lagi! Daaaa…
resepi bubur lambuk tradisional, cara memasak bubur lambuk, bahan-bahan bubur lambuk, resepi bubur lambuk Johor, resepi bubur lambuk ayam, resepi bubur lambuk daging, resepi bubur lambuk sedap, and resepi bubur lambuk mudah, traditional bubur lambuk recipe, how to cook bubur lambuk, bubur lambuk ingredients, Johor bubur lambuk recipe, chicken bubur lambuk recipe, beef bubur lambuk recipe, delicious bubur lambuk recipe, easy bubur lambuk recipe
Leave a Comment