South Korea for First Time Visitors

Bandaraya Seoul diambil dari Namsan Hill. Winter ~ January 2015.

Hi semua! Apa khabar? Harap-harap korang semua sihat sejahtera.

Okay kali ni aku nak share serba sedikit pengalaman aku di Seoul, South Korea. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang pertama kali nak datang ke sini. I’m not an expert here in Seoul tapi bila dah datang sini few times ada la something yang aku boleh share kan? Ayuh!

1. THE COUNTRY AND ITS WEATHER
Sejarah mengenai South Korea sah-sah la korang boleh Google kan? So, aku just nak highlightkan yang South Korea merupakan negara 4 musim pada waktu-waktu yang secara kasarnya seperti berikut:

  • Winter (musim sejuk): December – end of February
  • Spring (musim bunga) : end of March – May
  • Summer (musim panas) : June – end of August
  • Autumn (musim luruh): end of September – November
Flurries at Myeongdong. Winter ~ January 2015.

Kalau korang tanya aku bila waktu yang aku paling suka pergi South Korea, semestinya pada musim winter. Sebab duduk Malaysia mana korang nak experience salji bagai (kecualilah yang tiruan… sedih!). Kedua, aku suka time autumn (dah dua kali merasa) dan ketiga sudah tentu spring. Cuma spring aku tak berkesempatan lagi nak merasa. Summer memang aku tak masuk dalam list sebab panas kot. Macam Malaysia je. Dah tu kadang-kadang hujan bagai. Personally aku rasa tak menarik lah nak datang time summer ni. Kecuali kalau korang ke Busan. Katanya pantai-pantai di sana penuh dengan umat manusia bila time summer. So saper yang rasa nak menggedik cuci mata tengok oppa dengan awek Kpop boleh la kot try bersummer kat sana. So, aku ringkaskan seperti berikut:

  • Winter – kalau korang experience salji dan membeku. Kalau nak experience salji turun silalah tengok Accuweather dulu bila time ia turun. Kadang-kadang tepat, kadang-kadang beza sehari dua dan kadang-kadang tak kena langsung sebab namapun forecast kan. Bergantung pada luck juga sebenarnya.
  • Autumn – suasana musim luruh dengan daun-daun yang kuning keemasan.
  • Spring – beautiful cherry blossom especially di Yeouido Park atau di area Namsan. Kalau nak experience cherry blossom, silalah tengok cherry blossom forecast kat website KTO tu dulu.
  • Summer – panas.. sorry tak minat! Haha.. 

2. ENTRY TO SOUTH KOREA

Beruntung kita sebagai Malaysian kerana nak melawat South Korea TIDAK MEMERLUKAN VISA. Cukup sekadar passport International yang masih valid dan dibenarkan berada di sini untuk tempoh 30 hari.

3. WHAT TO WEAR?
Memandangkan South Korea adalah negara 4 musim, maka amatlah perlu bagi kita untuk membawa pakaian yang sesuai pada musim-musim tersebut. Secara umumnya, ini yang selalu aku buat:

Winter – selalunya aku akan pakai selapis heattech (beli kat Uniqlo je), selapis jumper, winter coat/jacket dan sehelai neck scarf. Kalau tak tahan sejuk, maybe boleh tambah lagi selapis heattech atau tshirt. Untuk seluar, normally aku just pakai jeans je. And again, saper yang tak tahan sejuk boleh tambah lagi heattech di dalamnya. Jangan lupa sarung tangan juga. Amat perlu sebab kadang-kadang anginnya sangat sejuk sampai tak tahan jari jemari itu.

Membeku di atas puncak Yong Pyong. Winter ~ January 2015.

Autumn/Spring – Sehelai cotton jumper, neck scarf sudah memadai. Tapi boleh je kalau nak tambah jacket in case takut sejuk. Time ni average temperaturenya lebih kurang 15-20°C. Sangat selesa. Tapi kalau korang pergi awal Autumn (early September), cuacanya masih panas. Suhu menurun bila penghujung September.

Di Yeouido Hangang Park. Autumn ~ September 2013.

Summer – Hahahaha.. pakai je la macam kat Malaysia. Jangan korang fefeeling nak berwinter coat bagai time ni. Orang gile je wat camtu!

4. TRANSPORTATION

Gangnam Station yang sentiasa sibuk.

Sistem tren di South Korea adalah sangat efisien! Itu adalah antara salah satu sebab kenapa aku suka negara ni.  Perkara pertama yang wajib korang buat bila sampai airport dan dah ambil luggage adalah membeli/reload T-Money.

T-Money
T-Money actually sama macam Touch N Go di Malaysia. Korang boleh beli di mana-mana kedai serbaneka di sini (kat airport, on the way out tu pun ada). Harga kalau tak silap dalam 2,500 won but korang kena top-up. Lazimnya kalau aku ke sini dalam 9 hari aku akan reload dalam 30,000 won (lebih kurang RM100.00). Itu pun bergantung, kalau banyak berjalan dan beli itu ini kat kedai serbaneka, memang kena topup lah. Oh ya! T-Money ni selain digunakan untuk train, ia juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang di kedai-kedai atau membayar tambang bas.

T-Money adalah wajib bila berada di Seoul.

Anyway, kalau korang dari Incheon Airport, korang ada beberapa pilihan, sama ada nak naik Airport Train, bas atau taxi.

Kalau naik Airport Train untuk ke Seoul Station memang cepat tapi abit mahal lah. Aku selalu naik bas je di depan airport tu. Naik bas ke Myeongdong, bayar guna T-Money… 10,000 won je (lebih kurang RM30.00) untuk perjalanan lebih kurang satu jam.

**Aku naik bas ke Myeongdong sebab aku stay kat area ni. So, kalau korang nak naik bas, make sure dulu destinasinya ya. 

Update June 2017: Harga tambang bas 6016 dah naik 15,000 won untuk satu hala.

5. INTERNET & DATA PLAN
Apa yang paling best tentang South Korea ni adalah line internetnya. Wifi bersepah-sepah dan kebanyakannya free. Tapi selalunya kalau aku ke sini aku roaming je. Data plan Celcom adalah unlimited dengan RM38/per day.

But, kalau korang malas nak roaming, korang boleh sewa dengan Guesthouse Wifi Egg berharga 5,000 won (lebih kurang RM15.00) per day untuk 300MB sehari. Tapi kena ada deposit sikit.. tak ingat berapa.. 30,000 won kot.. rasanya lah. Anyway, yang aku cerita ni aku sewa dengan Namsan Guesthouse 5, tempat yang aku stay ya.

6.  MOBILE APP
Silalah download:
1. Subway Korea – ia sangat membantu untuk ko nak check train route.
2. Google Map – in case korang sesat barat.
3. XE Universal Currency – kalau korang lembab nak mengira.

7. CURRENCY EXCHANGE, DEBIT / CREDIT CARD
As per April 2014, ratenya dalam 3.4. Tapi selalunya aku akan roughly darab 3 je. Sebagai contoh 10,000 won lebih kurang sama dengan RM30.00. Nak mudah kira katanya. Pakcik maths fail sikit. Hahaha..

In case kalau tak cukup cash, korang boleh withdraw duit dari ATM di sini, but ada sedikit service charge lah. But sebelum tu, korang kena call bank dulu untuk activatekan international withdrawal. Aku guna kat Maybank Debit Card je.

8. ELECTRICAL PLUG / POWER SOCKET
South Korea menggunakan 2-pin electrical plug. So, silalah bawa satu universal adapter dan electrical extension untuk memudahkan korang charge phone, on laptop dan sebagainya. Extension tu sangat penting ya agar korang tak stress nak tunggu giliran charge phone bagai.

9. ACCOMMODATIONS
Di Seoul, terdapat banyak hotel-hotel dan guesthouse. Boleh pilih nak hotel berapa bintang atau guesthouse yang berkatil atau tidur di atas Korean heated floor (ondol system). Dan di area Namsan ni terdapat banyak hotel dan guesthouse. Pilih je mana korang nak. And of course, aku suka stay kat Namsan Guesthouse.

Namsan Guest House 2.

Namsan Guesthouse, Namsan
Website: http://www.namsanguesthouse.com/

Personally, aku suka stay di Namsan Guesthouse (NGH) yang terletak di area Namsan. NGH ada 5 kesemuanya. Aku paling suka NGH 2 especially kalau dapat bilik atas yang ada balkoni tu. Sangat feeling bila time-time winter duduk situ, berselubung dengan comforter sambil minum coffee ya! Hahaha.. But, recently aku stay di NGH 5. Yang ni baru bukak.. so lebih baru la dalamnya. Yang penting, NGH ni memang bersih dan selesa. Ada kemudahan wifi, pantry, washing machine dan banyak lagi. Dan staf-stafnya juga sangat friendly.

Pantry di NGH5. Bosan duduk bilik, boleh lepak sini buat roti bakar dan coffee.

Kenapa aku suka stay sini?

  1. Harga berpatutan, bilik bersih dan selesa.
  2. Lokasi – TERBAIK! Dekat dengan train station, few minutes ke Myeongdong (tempat paling happening) dan sangat dekat dengan Namsan Hill. Korang boleh je menapak jalan kaki naik ke atas bukit tu untuk sampai ke NSeoul Tower kat atas tu. Kalau tak larat nak daki bukit tu, cable car station just few minutes walk je.
  3. Nak pergi/balik ke aiport pun senang. Ada bus stop kat Sejong Hotel yang berdekatan dengan NGH ni. So, kalau flight korang pagi dari Incheon boleh je naik bas kat sini direct ke airport. Bus no 6015. First bus adalah seawal 4.50 pagi waktu Seoul. Harga 10,000 won one way per person.

Update June 2017: NGH sekarang cuma ada 3 – NGH5 telah menjadi NGH1 selain NGH2 dan NHG2 Annex.

Itaewon
For those yang nak stay dekat dengan Masjid or tempat makanan halal, maybe boleh consider untuk stay di area ni juga. Di Itaewon ni terdapat satu-satunya Masjid di Seoul dan di area ni banyak terdapat kedai makanan halal. International crowd ramai di sini juga. Sebab apa? Di sini juga banyak bar dan club. So, malamnya meriah la kot.

Selain dari Namsan dan Itaewon, banyak je tempat tinggal kat Seoul ni. Pilih je la nak stay mana. But kalau korang tanya aku mana best nak stay.. of course aku akan suggest Namsan Gueshouse ni lah.

10. WHERE TO EAT?
Ni paling penting! Hahahaha.. Takkan ko datang Seoul asyik nak makan mee segera kat bilik hotel je kan? Sedih la kehidupan macam tu.

Actually tak susah nak carik kedai makan halal di Seoul ni. Dan tempat yang paling terkenal sekali semestinya Itaewon. Untuk info mengenai halal food di Seoul, boleh visit link ni.

Itaewon
Di Itaewon, terdapat banyak komuniti Islam di sini. Selain terdapat sebuah Masjid Seoul, kedai-kedai makanan halal bersepah-sepah di sekitar kawasan ni. Selalunya makanan Middle East atau Indian lah. Kedai makanan kesukaan aku kalau kat area ni adalah Kervan Turkish Restaurant dan Mr. Kebab. Harganya berpatutan antara RM20.00 hingga RM50.00 satu hidangan. Ikutlah menu apa yang korang pilih kan. Dan di susur-susur jalan menuju ke Masjid Seoul ni pun terdapat satu kedai Indonesian yang menyediakan Ayam Penyet bagai. Aku pernah ternampak but tak pernah try lagi lah. But hati-hati juga, keluar dari Exit Subway Itaewon tu ada juga sebuah kedai yang menyediakan nasi goreng tapi ada juga disediakan menu encik porky juga. So kena hati-hati melihat menu ya.

Chicken shish kebab di Kervan Turkish Restaurant, Itaewon.

Myeongdong
Selain Itaewon, di Myeongdong juga terdapat beberapa kedai yang dilistkan sebab halal oleh Korean Tourism. Ada sebuah kedai seafood favorite aku di sini. Kedai ni menyediakan semua masakan berasaskan makanan laut. And masakan favorite aku semestinya Galchi Jorim iaitu Asam Pedas Ikan Hairtail. Memang sebijik asam pedas! Masam, masin, manis, pedas. Cukup rasa. Dihidangkan dengan beberapa banchan (side dishes) dan nasi panas, hidangan ni cukup mengenyangkan. Harganya adalah 8,000 won. Selain tu, ada juga disediakan ikan bakar, pajeon dan macam-macam lagi. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut pasal kedai makan ni.

Galchi jorim!!! My favorite dish di Myeongdong Seafood Restaurant.

Selain tu, kat Myeongdong ni juga ada gerai menjual halal kebab. So, kalau lalu area ni, usha-usha lah. Mana tau terjumpa. Selalunya gerai dia pada waktu malam berdekatan dengan Uniqlo opposite Nature Republic itu.

Insadong
Ada few kedai makanan yang disenaraikan halal juga oleh KTO. Salah satunya adalah Sanchon Temple Food. Nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini.

Sanchon Temple Food di Insadong. Ni baru set kedua. Ada 4 set kesemuanya!

Selain Sanchon nim terdapat juga Little India Cafe di Insadong ni. Tapi frankly cakap lah.. tak berbaloi makan sini sebab makanannya mahal nak mati dan tak sesedap mana pun. Tapi kalau korang nak try gak, lokasinya berhadapan dengan simpang nak masuk ke Sanchon tu.

11. SUGGESTED ITINERARY
Lazimnya orang tanya berapa hari kalau nak pergi South Korea ya? Bagi aku ia bergantung pada minat individu. Kalau jenis yang gile Kpop tu, maybe nak masukkan Apgujeong atau Gangnam sebab banyak record label kat situ. Atau kalau suka nature maybe nak masukkan Seoraksan bagai kan. So, ikut minat masing-masing lah.

Selalunya aku akan ke sana dalam 9 hari 8 malam. Dan itinerary aku sangat flexible bergantung pada mood dan cuaca. Aku memang jenis malas nak rushing-rushing kalau pi travel ni. And most of the time aku akan stay kat Seoul je sebab aku sangat suka this city.

But untuk first timer, maybe dalam seminggu dah cukup kot. Trust me, korang akan datang lagi sebab Seoul memang best. So, di bawah ini aku try suggest tempat-tempat yang korang boleh pergi di sini.

a. Myeongdong, NSeoul Tower & Namsangol Hanok Village
Kelebihan kalau korang stay kat Namsan Guesthouse, korang boleh pegi sini anytime sebabnya sangat dekat.

Myeongdong memang happpening tak kira siang atau malam. Kedai-kedai menjual beauty product dan pakaian memang bersepah. So sudah semestinya korang akan berpinau bijik mata nak memilih. This is MUST VISIT kalau korang ke Seoul. Souvernirs pun ada dijual di sini. But kalau nak beli better di Namdaemun Market. Lagi satu, kalau korang datang masa winter, jangan lupa beli strawberi yang besar, manis dan masak ranum itu. Yummy!!!!

Myeongdong sentiasa sesak dengan lautan manusia.

NSeoul Tower yang terletak di atas Namsan Hill ni boleh diakses dengan hanya berjalan kaki kalau korang stay kat NGH (banyak plak aku promote NGH ni! Macam la derang bayar aku kan?! Hahaha). But seriously memang dekat. Nak morning walk boleh.. evening walk boleh. Di atas ni kita boleh menyaksikan keseluruhan bandaraya Seoul. Lagilah kalau korang naik NSeoul Tower tu.

Menapak dari Namsan Guesthouse ke atas sana memerlukan stamina yang tinggi. 😛

Dan yang paling famous kat sini adalah kawasan love locks ni. So siapa yang nak berjiwang-jiwang dengan pasangan masing-masing, boleh la ke sini. Jangan kat sini je dok berkunci mangga bagai, balik Malaysia pastu breakup. Buang karan je! My favourite activity kat atas ni – minum coffee sambil duduk mengadap view Seoul. Best giler! Haha..

Certeka kunci aku kat celah mane? Hewhewhewww..

Namsangol Hanok Village pula adalah perkampungan tradisional masyarakat Korea yang terletak di Namsan Valley. Kalau korang nak tengok rumah-rumah tradisional mereka, ni lah salah satu tempatnya. Tak jauh mana dari NGH ni. Tapi kalau korang malas nak jalan, boleh je naik subway Line 3 atau 4 berhenti di Chungmuro Station. Dah dekat sangat dari station ni.

Source: https://seoulandbeyond.files.wordpress.com/2015/03/20150320_123156.jpg

b. Gyeongbokgung, Gwanghuamun & Cheonggyecheon
Ketiga-tiga ni terletak di kawasan yang berdekatan. Gyeongbokgung merupakan kompleks istana yang terbesar di Seoul. Luas gile kawasan ni. Kalau korang nak explore keseluruhan area ni mungkin mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Selain tu, Gyeongbokgung ni famous kerana terdapat  guard exchange ceremony. So, kalau korang nak tengok pengawal dengan pakaian tradisional mereka, bolehlah datang ke sini. Anyway, keluar dari Gyeongbokgung Station ni actually ada booth para pelajar sekolah yang menyediakan English speaking tour guide kat sini. Free je. So kalau korang berminat, mereka akan bawa korang tour dan menceritakan serba sedikit sejarah istana ni. Nanti at the end of the tour, all you need to do is to evaluate servis mereka. Ini adalah sebahagian daripada ko-kurikulum mereka. So, dah la orang bagi free kan, so janganlah kedekut nak bagi markah tau! Hahaha.

Geunjeongjeon, the main throne hall of Gyeongbokgung.

Gwanghwamun pula merupakan sebuah dataran di hadapan Gyeongbokgung. Ini sebenarnya adalah pintu masuk utama dan paling besar ke istana ni. Di sini terdapat 2 statue yang utama iaitu King Sejong, Maharaja Dinasti Joseon yang paling masyhur (dia lah yang mencipta tulisan Korean yang digunapakai sampai hari ni) dan Statue Admiral Yi Sunshin, panglima angkatan laut yang terkenal semasa penjajahan Jepun ke atas Korea pada 1592-1598.

Statue of King Sejong, Maharaja dari Dinasti Joseon yang termasyhur.

Cheonggyecheon juga terletak berhampiran dengan kawasan ni. Cheonggyecheon merupakan kawasan saliran/sungai di dalam bandaraya Seoul. Dahulunya sungai ni sangat tercemar dan selepas proses pemuliharaan yang menelan belanja $900 juta, ia dibuka semula pada 2005. Ini adalah tempat lepak warga Seoul, tak kiralah tua atau muda. Panjangkan lebih kurang 10km. Kalau korang rajin nak menapak, silalah. Air sungai ni sangat jernih sampai boleh nampak ikan-ikan di dalamnya. Aku dulu masa first time datang sini boleh plak menapak dari Dongdaemun sampai ke area Gwanghwamun ni. Gile barai rasa kaki. Hahaha. Tapi seronok sebab ko berjalan sambil menikmati pemandangan. Katanya!

Cheonggyecheon Stream.

c. Nami Island
Nami Island atau Namiseom ini adalah wajib untuk first timer ya! Gile tak.. ni trademark untuk drama Korea yang famous iaitu Winter Sonata (aku tak pernah tengok pun! Hahaha). Namiseom ni terletak di daerah Gapyeong, Gangwon-do. Namiseom ni tak besar mana. Apa yang menarik kat sini? Of course, beberapa shooting spot dalam drama Winter Sonata tu antaranya path di tengah-tengah deretan pokok itu. Cantik view kat sini especially time autumn dan winter.

Autumn, October 2012.

Selain daripada tu, korang boleh juga menyewa basikal untuk mengelilingi pulau kecil ni. Bila lagi nak beromantik ngan partner masing-masing kan? Kalau nak ke sini kena spend sekurang-kurangnya 4 jam untuk explore keseluruhan pulau ni.

Winter, January 2014.

How to get there? : Ambil subway Line 1 ke Cheongnyangni Station. Di Cheongnyangni ni beli tiket ITX ke Gapyeong dengan harga 4,000 won one way. Perjalanan dari station ni ke Gapyeong mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai di Gapyeong Station, ambil teksi di luar station ke jeti Nami. Harga teksi lebih kurang 3,000 won one way. Sampai di jeti, beli tiket masuk ke Namiseom (8,000 won per person). Perjalanan boat sekitar 5 minit sahaja.

**In case kalau tiket di Cheongnyangni ke Gapyeong habis on the day korang nak pergi, boleh je beli siap-siap untuk tarikh berikutnya. 

Tips: Terdapat sebuah gerai makanan halal di sini. Menunya adalah dosirak berupa nasi yang dicampur tuna dan cheese. Nak makan korang kena goncang dulu. Should try!

Kedai makanan halal di Namiseom terletak kat sini.

d. Yong Pyong Ski Resort
Silalah ke sini kalau korang datang South Korea time winter! Yong Pyong Ski Resort terletak di Pyongchang, Gangwon-do. Ski resort ni antara yang terkenal di negara ni.

Yong Pyong Ski Resort

View di sini time winter memang superb!!! This is definitely my favorite winter wonderland. But make sure kalau datang ke sini pakai baju tebal sikit. Wind chill dia kadang-kadang boleh tahan membunuh gaks. Sejuk nak mati!

Yong Pyong, Winter ~ January 2014.

Apa yang boleh dibuat kat atas ni? Apa lagi main ski lah! Hahaha. Tapi aku kalau ke sini memang takdenya nak main ski bagai. Lepak atas ni, tengok pemandangan sambil minum coffee. Pastu posing kat snow macam orang gile!

Yong Pyong Ski Resort

Anyway, kat sini pun banyak shooting spot drama Winter Sonata. Untuk naik ke puncak Yong Pyong ni korang kena naik cable car. Wajib naik sebab kalau korang tak naik, rugi gile sebab pemandangan keseluruhan kawasan ni memang menakjubkan! Kalau korang ada extra bajet boleh je bermalam ni sini but harga resort sini memang mahal lah. Huhuhu. Selalunya aku akan spend masa sehari suntuk kat sini, kiranya kalau sampai dalam tengahari tu, then amik bas balik ke Seoul dalam jam 6 petang.

Yong Pyong, Winter ~ January 2015.

How to get there? : Ambil subway Line 2 atau 8, berhenti di Jamsil Station. Bus station di terletak di luar Lotte World. Di sini, ambil bas berwara purple (ada tulis Yong Pyong). Tiket boleh beli dari driver bas tu. Harga kalau tak silap dalam 19,000 won one way. Perjalanan dari Jamsil ke Yong Pyong mengambil masa lebih kurang 2 jam. So, bila dah sampai Yong Pyong, korang masuk ke dalam Tower Plaza untuk beli return ticket siap-siap. Then bila dah beli ticket balik, korang boleh pergi ke Dragon Plaza pula untuk beli tiket cable-car naik ke atas resort tu. Harganya  kalau tak silap 14,000 sorang untuk return ticket.

Di luar Lotte World (Jamsil Station), purple bus ke Yong Pyong Resort.

Tips: Ada gerai Kebab Turki yang halal di luar Dragon Plaza tu. Boleh try. Sedap. Nak lagi best suruh dia letak sos pedas gile tu extra. Mau berasap lidah korang makan. Hahaha.

e. Lotte World & Everland
Kalau korang suka theme park, korang boleh datang ke sini. Macam-macam indoor/outdoor games ada kat sini. Kalau di Lotte World tu, ada slot untuk Kpop cover dance performance. Quite interesting.

Magic Island, Lotte World ~ Autumn 2012.

How to get there?:
Lotte World: Ambil Subway Line 2 atau 8, berhenti di Jamsil Station. Lotte World terletak di sini. Masa pergi aku amik tike masuk after 4.00 pm berharga 23,000 won seorang.

Everland: Ambil Subway Line 2 berhenti di Gangnam Station. Then keluar dari Gangnam Station ni, ambil bas no 5002 ke Everland. Sampai di Everland, ada shuttle bus masuk ke theme park ni. Tiket masuk ke Everland adalah 38,000 won seorang.

Everland ~ Winter 2014.

f. Yeouido Park, Hangang River
Kalau korang datang time spring, memang wajib ke sini untuk melihat cherry blossom (tapi cherry blossom ada waktunya.. bukan sepanjang musim bunga ya. So kena refer cherry blossom forecast dulu. Tapi kalau korang tak datang ada musim bunga pun, korang boleh still visit recreational park ni. Kalau korang berminat, boleh juga menaiki Hangang River Cruise untuk melihat pemandangan bandaraya Seoul di sepanjang sungai ni.

Source: https://letstravelkorea.files.wordpress.com/2014/01/yeouido2.jpg

How to get there?: Ambil Subway Line 5, berhenti di Yeouido Station.

g. Gangnam & Apgujeong
Those yang minat gile Kpop dan terpengaruh sangat dengan lagu Gangnam Style tu boleh la ke sini kalau nak tengok lifestyle warga Seoul. Jarang aku nak ke sini. Kalau pergi pun just lepak kat Cafe Twosome Coffee di hadapan exit Gangnam Station itu. Area Gangnam dan Apgujeong ni terdapat banyak record company untuk artis-artis Kpop. So saper yang die hard fan tu mungkin ni kawasan wajib kot. Mana la tau kot terserempak dengan artis-artis yang korang minat kan.

Gangnam, Seoul.

How to get there?:
Gangnam – Subway Line 2, berhenti di Gangnam Station.
Apgujeong – Subway Line 3, berhenti di Apgujeong Station.

g. Dongdaemun & Namdaemun
Dongdaemun dan Namdaemun adalah kawasan market yang terkenal kat Seoul ni. So kalau sesiapa yang nak shopping souvenirs atau pakaian, boleh melawat ke sini. Nanti aku ceritakan lebih detail selepas ni.

11. SOUVENIRS
Sudah semestinya kalau kita pergi travel, kita akan sibuk hendak membeli souvenirs kepada family atau kawan-kawan kita kan? Tak kiralah sama ada fridge magnet ke, stokin Korea ke dan pelbagai jenis barangan lagi. Aku ni dah berkali-kali pegi memang takdenye la nak membeli sangat. Hahaha. Tapi kalau korang nak pergi beli cenderahati ni, aku suggest ko ke sini:

Namdaemun Market
Di sini, banyak terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati termasuklah fridge magnet, bookmarks dan pelbagai mak nenek lagi. Ada this one kedai corner yang pemiliknya this one auntie. Normally aku akan beli kat sini je. But jangan tak tahu, kalau korang masuk ke dalam building kat Namdaemun tu banyak lagi kedai-kedai yang menjual benda yang sama dengan harga yang lebih murah!!! Kalau kat luar tu derang letak harga 2,000 won, kat dalam tu kalau korang bargain leh dapat 1,000 won je. So, kalau rajin pi lah usha kedai-kedai di dalam tu. But, kalau malas beli di luar sudah. Pergilah kayakan auntie itu. Selain souvenirs, di sini jual terdapat kedai-kedai pakaian, kasut, makanan antaranya seaweeds dan lain-lain.

Macam-macam jenis souvenirs kat kedai ahjumma ni.

Note: Kalau korang datang market ni, try this juicy honey melon. Manis gilerr!! Slurrpppp!

Manis bak anggg!! ~ Autumn 2012.

How to get there?: Subway Line 4, berhenti di Hoehyeon Station.

Dongdaemun Market
Tempat yang sesuai untuk makcik-makcik yang nak cari brooches, comforters dan benda-benda yang seangkatan dengannya. Bukan tempat kegemaran aku. Hahaha. Nak cari baju-baju pun tak berapa menarik sebab design cam baju pakcik-pakcik je. Melainkan kalau korang pergi Doota Mall tu.

Kawan aku beli comforter kat sini harga 60,000 won. Comfy gile katanya.

How to get there?: Subway Line 1 or 4, berhenti di Dongdaemun Station.

Insadong
Insadong terkenal dengan deretan kedai yang menjual arts and crafts yang berkualiti. Tapi kalau nak beli souvenirs kat sini abit mahal. But still, Insadong mempunyai tarikan yang tersendiri.

Insadong ~ January 2014.

How to get there?: Subway Line 3, berhenti di Anguk Station.

12. SHOPPING PAKAIAN
Masyarakat South Korea memang terkenal dengan gaya dan fesyennya yang trendy. Kalau kita berjalan di sepanjang Seoul, mesti melilau mata tengok gaya mereka tak kiralah dari yang muda sampailah yang tua. So, kalau korang berminat nak bershopping pakaian di sini, aku suggest some of these places selain daripada Myeongdong itself.

Hongik University / Hongdae
Wajib ke sini kalau korang minat gile dengan Korean street wear. Di sepanjang jalan nak ke Hongik University ni banyak kedai-kedai menjual pakaian untuk remaja. Sangat stylo dan trendy. Area ni juga sebenarnya berdekatan dengan universiti so memang ramai la youngsters kat sini. And at one area kadang-kadang diorang akan main muzik, menyanyi dan sebagainya. Happening! Cafe dan kedai kosmetik jangan cakap lah. Memang bersepah-sepah. So selain korang shopping, at the same time korang boleh menjamu mata melihat awek-awek dan oppa-oppa Korea yang comel-comel serta hot-hot! Banyak pulak perkataan berganda aku kan! Hahaha…

Hongik University Street.

How to get there?: Subway Line 2, berhenti di Hongik University Station.

Doota Mall, Dongdaemun
Kalau korang nak beli baju-baju yang trendy, silalah ke sini. Memang gile dibuatnya dengan pelbagai design yang menarik. Dan hargapun menarik juga lah! Hahaha. Average harga di sini antara RM90.00 dan ke atas. Tapi design memang menarik dan berkualiti. In fact, kat sini ko boleh minta resit VAT dan boleh refund kat airport masa nak balik nanti. Dan yang bestnya kat sini ialah mall ni dibuka hingga larut malam. So, korang boleh lah bershopping sampai subuh! Hahaha..

Men’s Designer Zone, Doota Mall, Dongdaemun.

How to get there?: Subway Line 1 or 4, berhenti di Dongdaemun Station.
Untuk maklumat lanjut mengenai Doota Mall ni, klik sini.

Migliore, Myeongdong
Migliore ni terletak di pintu masuk Myeongdong berhadapan dengan Uniqlo. Di dalam ni pun terdapat banyak kedai-kedai yang menjual baju dengan rekaan yang menarik. Dan kat sini korang boleh bargain la sikit berbanding dengan Doota Mall tu. Kalau nak carik coat-coat yang menarik dengan Korean design, sinilah tempatnya.

Migliore terletak di main entrance Myeongdong, opposite Uniqlo.

How to get there?: Subway Line 4, berhenti di Myeongdong Station. Kalau korang stay NGH, jalan kaki je.

Update June 2017: Latest yang aku dengar Migliore ni dah tutup… tak sure sebab last aku pi ada lagi. Apa-apa nanti aku update.

Other shopping malls
Silalah explore sendiri sebab aku tak rajin nak berkunjung ke mall-mall ni sangat. Tapi antara yang terkenal di sini adalah COEX Mall.

13. VAT REFUND
Menariknya kalau korang shopping di sesetengah outlet di Seoul ni, korang boleh dapat tax refund. Tak susah mana pun prosesnya. Masa ko nak shopping baju ke kasut ke dan sebagainya, tengok kat luar kedai ada tak dipaparkan logo untuk tax refund. Kalau ada, masa bayar nanti request untuk dapatkan resit yang ada refund ni. Kadang-kadang kalau korang tak mintak pun, derang akan bagi. So, bila dah dapat ni, simpan resit tu elok-elok. Kalau korang shopping banyak gile better checkin luggage kat counter untuk tax refund. If just hand carry je, then bila kat departure gate, dapatkan cop kat resit tu daripada pegawai kastam. Bila selesai that part, once ko dah masuk kat departure hall, pergi ke Gate 28. Kaunter untuk tax refund ada kat di situ. Sebelah Starbucks. Ada 2 lane; satu untuk Global Tax Free (warna oren) dan satu lagi Global Blue (warna biru). Korang claimlah kat kaunter yang berkaitan ikut pada resit korang. Senang kan? Dapat refund leh sambung shopping kat duty free kat situ. Hahaha..

Tax Refund Counter di Gate 28 Departure Hall, Incheon Airport.

14. KKULTARAE
Kkultarae atau honey candy adalah sejenis manisan yang diperbuat daripada madu dan maltose dengan inti kacang dan lain-lain. Uniknya, ia diperbuat dengan cara menarik adunan sehingga menjadi helaian rerambut yang halus sebelum dibentuk menjadi seketul candy. Gerai kkultarae terdapat di merata-rata terutamanya di Namdaemun Market dan Insadong.  Kalau di Namdaemun tu, oppa yang jual tu boleh mengusik kita dengan bahasa Melayu! Senang nak cam sebab mostly pembuatnya berpakaian serba putih dan menyanyi riang ketika membuat kuih ni. Hahaha.. Kuih ni sedap sebab rasanya tak berapa manis. Boleh dijadikan souvenirs gak tapi hazab sikit kalau nak bawak balik Malaysia sebab dia takleh kena panas. Kalau panas je, adunan rerambut halus tu akan cair. Daripada cantik rupa bentuknya terus jadi hodoh.

Oppa penjual kkultarae di Namdaemun ni suka bergurau cakap Melayu.

15. KOREAN CAFE / COFFEE SHOPS
Coffee shops di sekitar Seoul memang bersepah-sepah. Tak kiralah sama ada international brand seperti Starbucks ke atau Korean product itu sendiri. You name it.. Holly Coffee la, Cafe Pascucci, Cafe Bene dan banyak lagi. Even kalau di kedai serbaneka pun, pilihan coffeenya sangat banyak. That’s why kalau aku datang South Korea, most of the time aku lepak Seoul je. Lagilah time-time sejuk, minum coffee dan melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tambah plak time tu salji turun. Tak ke feeling namanya tu. Hahaha..

Cold weather and hot mocha.. just perfect!

16. BUDGET
Untuk anggaran budget ke South Korea, korang boleh refer post ini:
http://omaralattas.com/2016/10/budget-to-south-korea/

So, tu je lah yang aku boleh kongsi berkenaan trip ke Seoul ni. Insyallah next time kalau aku ke sana lagi dan aku terjumpa benda baru, aku akan share kat sini. And to those yang hendak ke sana tu.. have fun!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai South Korea Tourism, klik di sini.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

3 comments On South Korea for First Time Visitors

Leave a Reply to bungamerah Cancel Reply

Your email address will not be published.

Site Footer